Seminggu Lagi


Assalammualaikum.
ohyeahh, cuti sekolah hampir nak ke penghujungnya.Kalau tahun lepas, waktu-waktu camne eca tengah nangis-nangis sebab kisah cinta yang tak kesampaian sambil-sambil pecutan study tuk exam.Kalau diikutkan hari ne dah start exam kitaorang, tapi ntah kenapa kena TUNDA kononnya p bulan Januari...memang hadiah hari jadi datang awal buat daku.

since kitaorang memang takde cuti macam cikgu-cikgu sekolah, takde la istilah CUTI HUJUNG TAHUN...memeraplah kat opis tu.Macam last week, tinggal beberapa orang je kat opis.Memang tak nampak le beberapa orang tu duk opis...start enjin keta, JALAN...gi sarapan kat McD, lunch kat Alamesra, jenjalan 1B....tu lah rutin.Last week, before cuti Krismas....eca gi hantar tesis proposal *ohyeah, gembira gilak bila sudah hantar!, agak tinggi diri dengan kawan-kawan jap...hahaha*....Lepas hantar proposal kat UMS, terus gi lepak 1Borneo dengan kenkawan opis yang sorang tunang orang, yang sorang bapak orang...eh, janganlah anggap kitaorang asyik keluar je.Sebenarnya, kitaorang saja menghabiskan waktu terluang.Memandangkan next semester jadual semua PADAT...takde masa nak lepak-lepak 1B lag, so nikmatilah sisa waktu yang ada.

seminggu ne je lagi masa relax-relax.Nanti student dah masuk, tak de ekau nak relax-relax dah.relax pun mesti dihantui banyak kerja.Bayangkan minggu pertama je ada sesi pendaftaran & Minggu Suai Kenal pelajar baru...konfirm lah selain tugas hakiki seorang cikgu, ada lagi tugas lain...dah biasa dahhhh,dah enam bulan keja kat ILPKK ne...masuk minggu kedua, eca dah start exam pulak...adoi, nak amik cuti tu senang, nak cari orang gantikan kelas tu...agak susah hati sebab semua pun sibuk je dengan kelas masing-masing...so, sebelum mula sesi kuliah, kenalah cikgunya ne sediakan TUGASAN tuk anak-anak...

seminggu yang tinggal ne lah kena prepare semua supaya next week, boleh bernafas dengan senang hati.supaya next weeknya pulak boleh bercuti dengan tenang, supaya masa exam takde orang cari daku tanya pasal kelas and so on.seminggu lagi, moga anak-anak dah sediakan peralatan belajar...jangan lah cari alasan takde duit beli pen, kertas semua tu..sebulan lebih kot cuti, tak percaya kalau budak-budak ne cakap dorang tak kerja.KONFIRM gi buat kerja sambilan tu!!!.Hopefully perangai dorang tak menjadi-jadi sepanjang cuti sekolah ini.



dulu masa zaman sekolah rendah/sekolah menengah, perkara paling eca suka bila buka sekolah ialah
KASUT BARU, BAJU BARU, BUKU BARU, SEMANGAT BARU,...korang pulak?