Kenali Wangian Anda...

Kenali Wangian Anda...

Assalammualaikum.
semalam update ceta pasal ole-ole dari seseorang kan, kali ini nak share sesuatu yang mungkin ramai tak tahu pasal wangian...kalau kita gi beli wangian (atau dalam kes daku, ada orang suka sangat bagi  wangian), cuba tengok ada tak tulis Eau De Parfum, Eau De Toilette, Eau De Cologne, Body Mist dan lain-lain.Tahu ke tidak yang semua tu berbeza, nama je minyak wangi tapi setiap satu EDP, EDT, EDC tu berbeza...jom baca perbezaan EDP, EDT, EDC, Body Mist...


Eau De Parfum
EDP mengandungi kandungan minyak wangian antara 10-15%.So, baunya lebih pekat dan kuat berbanding yang lain.Bau EDP pulak tahan sehingga 10jam...kalau p kerja, boleh lah sembur sebelum gerak ke opis, balik opis bau still tahan.Tapi, EDP tidak boleh disembur ke atas baju sebabnya nanti akan tinggalkan kesan.


Eau De Toilette
EDT pula mengandungi minyak wangian antara 3-8%.Maknanya hanya boleh bertahan untuk satu tempoh yang singkat...So, sentiasa pastikan korang bawa perfume dalam bekas kecil, boleh sembur selalu sampai orang kat sebelah menyampah asyik sembur minyak wangi je.


Eau De Cologne & Body Mist
Kedua-dua ini merupakan gabungan air dan minyak wangi sekitar 3% sahaja.So, kepekatan minyak wangi adalah kurang dan tak hairanlah ianya jauh lebih murah berbanding EDT & EDP.Untuk kedua-dua EDC & Body Mist, elok digunakan selepas mandi bagi melembapkan kulit kita..

minyak wangi peneman sepanjang hari.


dah tahu perbezaannya kan?
So, bijaklah membeli..ada yang murah tapi tak tahan lama, rugi jugak tu!
setuju ke tidak?