permainan dia.


Assalammualaikum.

Pernah tak rasa, kawan korang ke boyfriend korang ke mempergunakan korang tuk kepentingan diri dia...Masa dia ada masalah, rajin je contact korang. Masa dia tak mampu buat kerja, laju je cari korang....tapi, bila korang ada masalah, nak mengadu sesuatu....dia buat bodoh je!.Sekali takpe, yang ne berkali-kali sampai tiap kali korang rasa sedih, dia tiada kat situ macam dulu.


Sakit hati kan bila terjadi macam tu.Memula bolehlah pendam..buat bodoh..buat tak tahu.Even, kawan-kawan sekeliling dah cakap macam-macam.Kawan Baik sendiri yang terlebih geram.Kawan yang makan sepinggan, minum secawan dah kutuk-kutuk...buat donno je kan?!..sebab apa, sebab SAYANG.

ntahlah, sebab sayang atau sebab bodoh jadi macam tu?!..Nak kata masih sayang, sakit hati tu dah membunuh perasaan sayang tu (cewahh ayat cikgu BM).Nak kata dah benci, masih pulak ambil kisah pasal dia.(yang tu konfirm hati&minda tak sehaluan)....sampai diri sendiri pun konfius gitu nak pilih mana.

block la FB, block la segala chatline. tak guna juga!!
selagi dalam hati kau tak block dia. 
selagi dalam kepala kau teringatkan dia.
bagitau hati, kau sedang dipermainkan.
bagitau akal, kau sedang dipergunakan.


dia mungkin cakap tidak,
tapi kalau tidak,
kenapa masa dia susah,
rajin bebenar dia cari kau?!.
 #nampak permainan dia?!


cuba untuk menidakkan, tapi hati dan akal mungkin sudah lelah.
ini masanya untuk lari, bukan kerana kau salah, tapi kerana kecewa.
permainan dia.