Move On-lah~


Apa yang perit bila putus cinta?..tentu sekali melupakan orang yang kita "pernah" sayang. Memang tak dinafikan, payah nak buat keputusan. Tapi demi kebaikan "dia" dan diri sendiri, ambil jalan yang terbaik. Kalau "dia" dah berdiam diri, berhentilah berharap. Bukan kerana hati dah tak sayang, tapi "diam" tu buat hati makin sakit. Lebih baik jaga hati sendiri sebab "dia" dah tunjukkan "dia" dah takde hati. 

Walaupun memutuskan itu senang, kau sedar melupakan itu susah. Macam soalan Add Math, kau tak tahu mana datang nombor tu tapi kau dah kata susah...sedarkan tak, yang percintaan tu, macam kita buat soalan kira-kira. Kau sedar soalan Math tu susah, tapi sekali kau cuba jawab, mesti kau dapat punya!. Gerenti dapat sebab dah belajar baik-baik. Hahhhh, macam tu lah melupakan orang yang kita pernah sayang. (sampai sekarang, masih tertanya..dari mana datang titik perpuluhan)

Kau percaya, kalau kita teringatkan seseorang, waktu tu dia mesti sedang ingat kat kita?!.JANGAN PERCAYA, boleh tak?!...sebab kalau dia ingat kat ngko, lama dulu dia akan mesej ko, call ko....dah, gi amik air sebaldi buat siram diri sendiri, biar sedar sendiri. Paam dak ne?!.

Kau percaya cakap kawan kau yang cakap kawan dia pesan suh jaga dia baik-baik sebab kawan dia tak pernah nampak dia serius dengan mana-mana perempuan kecuali dengan kau. Ngko jangan mudah percaya cakap kawan, boleh tak?!.Mungkin tak cukup sebaldi air buat siram, kau perlu setangki air kan?!...dah, cakap kawan kau amik sikit-sikit sebab dia tak pernah cakap apa pun, jangankan cakap, tunjuk pun tidak. Dah, gi sapu airmata ngko, buat semak daku tengok!!






'ngko MOVE ON aje, senang cerita.
sebab orang yang sayang kau, dia akan cari kau sampai dia dapat.
Bukan cari kau bila perlu...dan diam bila tak perlu.
Move On dari semua kenangan, boleh?!