Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kolej Vokasional ILP Kota Kinabalu.

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM) Kolej Vokasional ILP Kota Kinabalu.

Assalammualaikum.
Khamis yang lalu, ILP Kota Kinabalu (tempat kerja eca!) adakan satu majlis untuk pelajar Kohort2013 iaitu Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil Vokasional (SVM) yang mana pelajar-pelajar ini sebenarnya dah tamatkan pengajian di peringkat sijil (selama 4 semester) dan sekarang dorang dah "otw" nak dapatkan Diploma Vokasional Malaysia (DVM).

 
Majlis Anugerah Kecemerlangan & Penyampaian Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
ILP Kota Kinabalu | 24 Mac 2015 | Khamis

 Penerima Pelajar Terbaik dengan CGPA 3.50 ke atas..dari 46 orang calon SVM, mereka ini antara yang dapat keputusan 3.50 ke atas...Tahniah buat semua.Dorang ne masa amik SVM, eca tak ajar...eca hanya ajar KOHORT2013 untuk subjek Pengurusan Kewangan semasa Semester 1 DVM...Pelajar-pelajar ini juga adalah antara pelajar yang memberi perhatian semasa kuliah.



Dari ramai-ramai tu, tiga orang pelajar ini dianugerahkan sebagai Pelajar Terbaik Bengkel. Dari kiri, NoorFitriyanie (Bengkel Cadd-Senibina), Hillary Sapok (Bengkel Rekabentuk Produk Industri juga penerima Anugerah Pelajar Terbaik Kohort2013) dan Mohd Ika Izham (Bengkel Mekatronik)
 



Suasana di dalam Dewan Teratai ILPKK sewaktu Majlis Anugerah Kecemerlangan.Pelajar Kolej Vokasional ILPKK memang tak ramai sebab pengambilan hanya dibuka untuk dua Kohort sahaja iaitu Kohort2013 dan Kohort2014.Untuk pelajar Kohort2014, eca ajar dorang subjek Bahasa Melayu dari sem 2 sehingga sem 4.....dan sebab tu jugaklah eca tak sabar tunggu Majlis Anugerah Kecemerlangan Kohort2014..konfirm ramai je akan dapat 3.50 (insyaallah).

...dan yang bestnya, semasa Pengarah ILPKK buat ucapan, sempat pulak beliau mention Keputusan Bahasa Melayu SVM yang mana semua pelajar lulus dan ILPKK merupakan ILP Terbaik untuk subjek Bahasa Melayu.Harussssslahhh bangga! ohya, lupa pulak nak ceta...sebelum penyampaian Anugerah, ada satu sesi dialog antara ibubapa, pelajar dan Pengarah ILPKK..Bolehlah ibubapa bertanya lebih jelas halatuju pelajar Kolej Vokasional ini.



Lepas majlis Anugerah Kecemerlangan, kat Dewan Rafflesia pulak ada majlis Penyerahan Sijil Vokasional Malaysia (SVM). Tenaga pengajar bengkel akan menyerahkan transkrip dan Sijil kepada ibubapa serta pelajar. Lepas tu, ibubapa ne boleh jumpa setiap pengajar untuk bincangkan mengenai result serta attitude pelajar...Tambahan pulak, lebih baik kenal sesama ibubapa+tenaga pengajar kan?.

selesai sudah majlis ringkas yang persediaan tak sampai seminggu...yes, hanya 3hari. Isnin, meeting & sebelum tu, eca teman Kak Sitti uruskan hadiah. Rabu pulak ambil hadiah serta uruskan "Goodies Bag" dan buku program tuk dimasukkan ke dalam Goodies Bag tu...Ringkas je kerja, tak pening kepala.Macam tu baru best bekerja!.

sampai sini je cerita kali neyh. Jumpa korang next entry yaaaaa~
xoxo,
eca.dwinky.asha




Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*