Hari Sarapan MILO Malaysia 2016 di Kota Kinabalu.


Assalammualaikum.
Ahad lepas (17 April 2016), eca luangkan masa pagi untuk bersama-sama warga KK bersarapan bersama MILO di Taman Awam Teluk Likas. eca gerak dari rumah kul 7.30pagi dan sesampai kat sana, PARKING FULL tepi jalan nasib baik dapat jugaklah parking. Bila sampai sana, acara dah lama bermula...Masa eca sampai, dah mula acara Zumba. memang meriah sungguh tau. Eca sendiri tak sangka orang-orang KK ne sporting untuk sama-sama berZUMBA...Kalau korang nak tahu, pengunjung acara Sarapan Bersama MILO ini hampir 2,500 orang walaupun acara ini dijalankan buat kali pertamanya di Sabah.

zumba @ Hari Sarapan Malaysia bersama MILO.
Selain dari acara Zumba, banyak acara lain tau....Untuk pengetahuan korang, pagi tu eca memang tak sempat nak sarapan cuma sempat minum air putih je...Nasib baik sampai sana disediakan makanan dan minuman MILO secara percuma....Kalau hari bekerja, eca memang kena ambik sarapan. Kalau tak sarapan, alamatnya korang akan dengar bunyi rengekan kelaparan eca sepanjang pagi tu. Kadang-kadang tu, eca nampak students tak bertenaga...Konfirm dorang ne tak ambil sarapan pagi...sebabnya badan kita akan kehilangan 80% tenaga semasa tidur.So, pengambilan sarapan pagi adalah WAJIB agar dapat menggantikan kembali tenaga yang hilang. That's why lah selalu nampak students tak bertenaga setiap pagi sebab dorang selalu skip sarapan pagi. Lepas ne, kena nasihatkan dorang supaya minum MILO je, konfirm dapat tenaga semula sebabnya MILO kini tampil dengan formula Activ-Go yang terdiri daripada PROTOMALT dan nisbah mikronutrien yang sempurna yang mana membantu memberikan tenaga yang optimum, mengurangkan keletihan dan  menyokong fungsi tubuh pada awal pagi.

minum MILO anda jadi Kuat & Sihat!....*trademark MILO*

Selain bersarapan secara percuma dan berzumba, banyak lagi aktiviti lain tau..Pengunjung juga boleh bersantai di bawah khemah yang disediakan..siap kena bagi tikar MILO tauuuu~.Memang aktiviti yang bermanfaat bersama keluarga dihujung minggu....jom layan gambar pulak :




Geo Allen George (Pakar Nutrisi) dan Vannesa Lim (Pengurus Besar MILO) yang berkongsi maklumat mengenai khasiat MILO dan kepentingan Pengambilan Sarapan pagi.

Hari Sarapan Malaysia 2016 di Taman Awam Teluk Likas, Kota Kinabalu, Sabah.
Untuk pengetahuan anda, Milo kini menjelajah ke 7 tempat untuk mengajak rakyat Malaysia bersarapan bersama-sama disamping mendidik rakyat Malaysia betapa pentingnya mengambil sarapan. Melaka merupakan lokasi pertama jelajah Hari Sarapan MILO pada 27 Mac diikuti Kuantan pada 10 April dan Kota Kinabalu pada 17 April...Lepas ne jelajah Hari Sarapan MILO diteruskan ke :
  • Perbadanan Pasir Gudang, Johor (23 April)
  • Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang (15 Mei)
  • Padang Merdeka Kuching, Sarawak (22 Mei)
  • Komplek Perbadanan Putrajaya Presint 3, Putrajaya (29 Mei)

So, kalau korang nak tahu lebih lanjut, boleh layari www.milo.com.my =)

Bukti KEHADIRAN Blogger sebagai tanda sokongan kepada Hari Sarapan MILO.

2 comments.. read them below or add one

nuyui a.k.a miss YUI nuyui a.k.a miss YUI 20 April, 2016
sdpnya dpt minum milo kawwwww..hihihi
Mia Liana Mia Liana 24 April, 2016
wahhhh meriahnya aktiviti macam ni.... seronok kak mia tengok

pstttt.. terima kasih sudi join Segmen Nak URL Blog #23. maaf mia baru sempat nak blogwalking.

blog ini tersenarai dalam http://www.mialiana.com/2016/04/senarai-url-blog-23.html

pemenang akan diumumkan pada 26 April 2016

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*