Sarawak Trip

Sarawak Trip

Assalammualaikum.
cuti sekolah yang lepas, eca p Sarawak. Tujuan utama p Sarawak sebab nak hadiri majlis perkahwinan rakan yang terlebih comel eca, si Syipakkkkk. So, nak ceta pasal trip eca sorang diri ke Sarawak.

10 Mac|Khamis
Flight eca jam 1025pm, sampai Kuching International Airport dalam pukul12 jugak. Ohya, nak masuk Sarawak takyah pakai passport dah..(bagi orang Sabah, tak tahu pulak orang Semenanjung).Menurut cakap mama, dulu masa dia study kat Sibu, dorang kena tunjuk passport Malaysia. Tapi, eca kena bagi 1kertas yang menyatakan eca masuk Sarawak...dan kertas penyata tu, kena bagi balik masa keluar dari Sarawak....*kira macam guarantee lah masuk Sarawak kan.Nasib eca baik sebab Syipakkk dah tunggu kat airport...terus balik rumah Syipakkkk.

11Mac|Jumaat
Subuh lagi dah terbangun dengar azan, tapi sambung tido balik (jahanemmmm dak eca tu kan!).Around 7am, Syipakkk kejutkan sebab nak keluar p Breakfast.....and Im so excited sebab nak makan makanan made-in-Sarawak.hakhakhak...dan menu breakfast eca pagi tu ialah :
Rojak Ayam Sarawak...nyummm.
Lepas breakfast, balik rumah & tolong buat hantaran kahwin Syipakkk.Petang tu pulak, mak Syipakkkk suh p Pasar beli Asam Paya tuk buat umai, and I am excited tengok pasar.hahaha!!!Before balik rumah, sempat singgah makan cendol & rojak buah.*sumpah cendol sedapppppp~
the best cendol in Kuching.

Then, eca belajar buat umai ikan dari mak Syipakkk.sumpah sedapppppp walaupun leceh banyak kena potong kecik-kecik...*sekarang dah teringin pulak nak makan umai ikan. Malam tu takde buat apa sangat..duduk rumah & kenal sikit-sikit dengan family Syipakkkk...tidur awal tau sebab esoknya nak p Serikin tuk memborong.

12Mac|Sabtu
Awal bangun sebab excited nak p Serikin...kalau korang nak tahu, Serikin ne jual macam-macam barang dari Indonesia.Ala, sempadan Sarawak-Kalimantan,Indonesia lah kiranya....Macam-macam ada dan eca sebenarnya excited nak cari kain pasang & batik Sarawak yang lebih murah berbanding kedai-kedai kat Kuching.

Pasar Serikin tu buka hanya di hujung minggu.Memang kena p awal, sebab jalan ke sana selalu agak jammed. Ramai orang p sana kannn, tu pasal jammed.So, dari Kuching p Serikin dalam sejam jugaklah..Kitaorang (eca & Syipakkk's bestfriends Zaa, Eny & Eny's husband) gerak dari rumah dalam 10lebih..Sampai kat Serikin, 11lebih almost 12pm yang mana cuaca agakkkkk panas. Sila bawak payung awal-awal yer korang, sebab cuaca kat situ agak panas tapi berangin...Kawasan hutan oiii, konfirmlah berangin kan, pokok masih banyakkkk.

Dari satu gerai ke satu gerai, omgeeeeeee sakit mata & sakit hati. Cash awal-awal sila bawak banyak-banyak, sebab dugaan nak membeli tu macam ada saitooon bergayut kat badan.Lagipun takde korang nak withdraw kat sana yer & segala makbapak kadkredit pun tak berguna.Ikut pengalaman eca shopping kat Serikin & Pasar Baru, Bandung..lebih kurang je kualiti kainnya.Lagi bagus bila datang Serikin, bawak sekali orang Sarawak atau orang yang dah fasihhhhhh berbahasa Sarawak...Bukan apa, kalau penjual tu tahu korang "orang-luar", dorang takkan bagi banyak sangat diskaun even memborong...credit to Eny sebab tolong eca tawar-menawar...Habis jugaklah around RM300 beli kain raya tapi puashati sebab dapat dua pasang masing-masing tuk eca, mama & adik pompuan.

MINTAMAAF, GAMBAR HILANG PULAK...sedih oi!

Balik Kuching dahhhh penat tapi hilang penat bila dapat makanan Jawa especially tempe yang memang feveret eca tuuu! Malam pulak, majlis berinai Syipakkk...So, amik kesempatan jugak tumpang berinai.


13Mac|Ahad
Bangun pagi tolong apa yang patut & yesss, hari yang ditunggu Majlis Perkahwinan #amrenzafirah...banyak betul benda baru eca dapat alami hari tu.Totally, kenal sikit budaya perkahwinan orang Sarawak. Lepas majlis kahwin, pengantin bawak p Santubong tuk photoshoot....Selalu dengar hikayat Puteri Santubong, tapi yang ne tengokkk depan mata oi!!!...Gila cantik view dia,padanlah ramai sangat pengantin buat photoshoot dekat situ yerrr.
cantik ya ampun.....belum tengok laut tu lagiiii~
Balik dari Santubong, Pakcik eca yang dah menetap almost 20tahun kat Sarawak amik eca & bawak gi makan kat tepi sungai...So, merasalah daku "Mee Kolok Daging"...sumpah sedap mee kolok, daging tolak tepi sebab langsung tak makan pun...daging liat dan menurut kata pakcik,"daging kat Sarawak mahallllll & most are imported dari Sabah"...no wonder, daging tu liat sebab lama dalam peti kotttt.

makan-makan kat tepi sungai...seberang dari Kubah Ria.

Lepas tu, jalan-jalan malam kat Kuching & balik hotel. ohya, eca menginap malam tu kat Tune Waterfront...kenapa menginap kat Tune?..satu MURAH, dua dekat dengan WATERFRONT...murah sebab takde tv, takde wifi, takde aircond, takde toiletries.takpe, semalam je buat pe nak ada semua tu...most important, SELESA yer...ohya, kalau kat area tu, sila berhati-hati oke. Sebab kat situ dianggap "Black Area"...even banyak sangat hotel berhampiran.


14Mac|Isnin
Masa tuk balik Sabah...sebelum balik, p memborong lagi kek lapis tuk bawak balik KK...Nak pergi beli kek, kita naik sampan yer....sebab yang jual kek tu, kat seberang sungai.Actually, ada jalan lain ke sana takyah naik sampan, tapi jauhhhh, so naik sampan dekat & bayar RM1 je.Before menyeberang tu, eca jalan-jalan sekitar sana and I found :

gigih eca pusing-pusing, kawan lak cakap "datang Sarawak, kena bergambar dengan kucing".tak sanggup aku berdiri kat tengah tu..malu oiii!.So, ambik je la gambar kucing as a symbol dah sampai Kuching....Lepas tu, misi diteruskan dengan beli kek lapis di Mira Cake House....gila oi, rambang mata nak pilih apa. Beli 10, percuma 1 oi, apalagiiiii.hehehe.Puashati.

the sampan to the seberang >,<
Before ke airport, pengantin bawak makan kat Dayang Salhah Cuisine kat belakang Pullman Hotel...so, eca pun pilih "Mee Jawa"....sedapppp yer mee jawa. Lepas makan, p cari kasut lak kat Plaza Merdeka sebabnya kasut eca "missing-in-action".Tu pun pinjam kasut Eny..(Moral : standby, at least bawak dua kasut kalau p travel)...sib baik dapat kasut under RM30 kat Verns.

tetiba lak rasa nak buat posing macam ne setiap kali travel.

Overall percuti ke Sarawak was under 1k...and teringin nak datang lagi tauuuuuu kalau ada orang sponsor.ahakkk~
Thank you Sarawak for a great moments.
Thanks to Syipakkk's families (parent, brothers, aunts, uncles & cousins)
Thanks to Syipakkk's bestfriens (esp Eny & Husband and Zaa)

harap lepas ne akan lebih banyak #ashatravel sebabnya tengah plan nak p *****
byeeee korang *-*

Post a Comment

2 Comments

  1. wah.. bgsnya..sggup p tuu sbb kwn khwin. susah nk jmpa skg kwn gini..hehe

    yui xpnh p srwk..trgin lak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. next year plan nak p Perak...sila2 bawak eca meronda!!! hikss~

      Delete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*