Temuduga PPPDG 41 MARA.


Assalammualaikum sayangku sekalian.

Tarikh 17 Januari 2015 (yer, tahun lepas..tahun ne baru nak update!)..eca dapat panggilan interview untuk jawatan PPPDG41 MARA (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41) bertempat di IKM Kota Kinabalu, Sabah. Masa tu happy kemain, kira hadiah birthday lah untuk eca. Namun, rezeki tidak berpihak kepada eca bila tak berjaya untuk mendapat jawatan tersebut...Tapi, tahun ini ramai pulak rakan-rakan dari Unitar berjaya mendapat panggilan interview tu.So, eca nak kongsikan sedikit pengalaman eca semasa menghadiri temuduga pada tahun lepas.

1st, korang kena tahu untuk temuduga ini terdapat 4 slot yang korang kena ikuti iaitu :
  • Fitness Test (Ujian Kecergasan)
  • Psikometrik Test
  • Mock-Teaching 
  • Interview berkumpulan
So, korang kena siap sedia untuk keempat-empat ujian ini. Untuk ujian kecergasan, sila pastikan korang pakai PAKAIAN SUKAN lengkap dengan KASUT SUKAN yang selesa. Ujian ini tak susah pun, korang akan diberikan task untuk berlari sejauh 100m (kalau tak silap eca!) dalam jangka waktu yang diberikan. Takpe, kalau tak larat boleh keluar je.....
TIPS : stamina kena cukup yer!.So, make sure korang dah p fitness awal-awal.

Then, ada psikometrik test. Untuk ujian ini, pastikan korang bawa alat tulis seperti pensil, pen, pemadam, pembaris & kalkulator..Nanti korang akan diberikan 1set soalan objektif yang lebih kepada pengetahuan am dan soalan ujiminda.

Seterusnya, korang kena buat Mock-Teaching atau lebih mudah eca katakan, korang kena mengajar di hadapan dengan dua (atau lebih)  interviewer. So, korang kena anggap interviewer tu adalah pelajar korang. JANGAN SYOK SENDIRI pulak mengajar yer. Kalau interviewer tu rasa enjoy dalam kelas, peluang korang untuk lulus Mock-Teaching adalah sangat CERAHhhhhh.
TIPS : pastikan korang faham dan amat faham tentang topik yang korang nak ajar tu serta sediakan aktiviti yang sangat menarik yer. Jangan lupa sediakan LESSON PLAN & ABM masing-masing tau~

...dan yang terakhir, korang akan ikuti temuduga secara berkumpulan.So, korang kena perlu lebih menonjol daripada calon-calon yang lain. Adalah lebih penting korang untuk perkenalkan diri dengan ringkas tapi padat.contohnyaaaa, "
"Selamat Pagi, nama saya Ali. SPM tahun 2006 mendapat 12A, lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Pengkhususan Matematik dari UPSI kini melanjutkan pelajaran ke UMS dalam peringkat Ijazah Sarjana Matematik. Pengalaman kerja saya tiada tapi saya yakin dengan latihan mengajar dan pengetahuan saya boleh menjadikan saya sebagai guru yang baik."

ringkas tapi padat dan berkeyakinan. Korang boleh olah mengikut apa yang korang nak promote diri korang sendiri. Jangan pulak meleret-leret perkenalkan diri tu yerrr..KISS (keep it short & simple) yer korang....INGAT!!!!..eye-contact sangat penting bila berhadapan interviewer. Adalah amat penting apabila kumpulan korang diberikan satu soalan dan korang WAJIB turut serta untuk berikan pendapat korang. Samaada betul atau tidak, dorang cuma nak tengok sejauh mana korang berikan pendapat masing-masing.

so, eca harap sedikit penerangan dari eca kali ini dapat membantu korang menjalani interview tu nanti. 
Good Luck untuk semua~
Temuduga PPPDG 41 MARA.