Sanggar Peppek a.k.a Pisang Penyet.


Assalammualaikum.
eca bab masak bukan nombor satu tapi kalau diri tu kepingin dahhh, laju je cari bahan & masak!....Konfirm bukan pilihan bakal-mak-mertua tuk dijadikan menantu. Pemalas kemainnn tapi bila bakal-mak-mertua dah rasa sanggar pepek & sambal belacan eca, perghhh, dan2 nak jadikan menantu..#ehhh?!.

sanggar pepek atau senang korang panggil pisang penyet ne makanan suku kaum Bugis. Dulu masa study degree, eca duk serumah dengan orang Bugis...dari situlah pandai makan. Pastu dulu ada satu restoran kat Alamesra jual sanggar pepek ne tapi dah tutup. Makanya, kita buat sendiri lah ikut anak tekak!...

Bahan-bahan :
Pisang (yang masih hijau tauu!)
Minyak Masak
Belacan *
Bawang Putih + Bawang Merah *
Tomato *
Cili Padi *
Gula + Garam *
*Bahan untuk buat sambal belacan.

Cara memasak :
1. Blend bahan-bahan tuk buat sambal.
2. Siap blend, boleh tumis ikut kesesuaian korang. Agak-agak dah masak semua, rasa pun dah cukup..boleh angkat & ketepikan.
3. Panaskan minyak sambil kupas kulit pisang.
4. Agak dah panas, pisang sebiji-sebiji masukkan ke dalam minyak panas.
5. Agak dah kekuning-kuningan pisang tu, keluarkan.
6. Lepastu, gunakan lesung tuk penyet-penyetkan pisaang tu supaya jadi melebar. (korang tumbuk-tumbuk je, takyah nak guling-gulingkan sangat!)
7. Then, masukkan kembali ke dalam minyak panas tadi & goreng sehingga garing.
8. Bila dah garing, boleh angkat & nikmati pisang penyet koraang dengan sambal belacan + secawan kopi.




nyummm, weekend ne kalau free nak buat lagi aaaaaa.
korang try lah dulu buat yer~
nanti khabar kat eca apa rasany ^-^

{ 10 comments.. read them below or add one }

Sally Samsaiman Sally Samsaiman 23 September, 2016
oooo...macm best je manis tambah pedas..pelik tapi mmg syok makan kan?
Cik Farhana Cik Farhana 23 September, 2016
Thanks for sharing:) sedap nih mkn ngan teh panas..hee
yaya_flanella yaya_flanella 27 September, 2016
Waaa nampak sedap! Boleh cuba resepi ni. Thanks for sharing!
Eca Dwinky Asha Eca Dwinky Asha 04 October, 2016
mmg syok,,tmbh2 kalau ada kopi
Asha Lya Asha Lya 10 October, 2016
Blh la try buat ni, byk pisang hijau ni d umah hihi
SNM Mohamed SNM Mohamed 17 October, 2016
Teringin nak rasa...macam sedap!
Singgah bw dari Senarai Rakan FB Mialiana.com. (^^,)

Regards,
SNM_Yana Afi Mohamed
puteraduyong puteraduyong 27 October, 2016
wah... pisang penyet... ok terima kasih sbb bagi idea ye... nak buat pisang goreng je taknak penyet2... :)

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*