Semak Keputusan Peperiksaan melalui SAPS Ibubapa

Semak Keputusan Peperiksaan melalui SAPS Ibubapa

Assalammualaikum semua.
Ohyeah, sekarang ne musim busy cikgu-cikgu masukkan markah pelajar ke dalam SAPS. Maka, tidak ketinggalanlah seorang Eca ini turut sibuk walaupun satu kelas sahaja tapi kena key-in tu ramai gak pelajarnya. eh eh SAPS tu sebenarnya korang tahu ke tidak?..meh Eca kenalkan apa itu SAPS.


SAPS 
SAPS ialah singkatan kepada Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah. Sistem ini dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memudahkan para ibu bapa juga pelajar menyemak markah ujian atau peperiksaan. Selain itu, sistem SAPS ini juga boleh diakses dan digunakan pakai oleh pihak sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Markah ujian dan peperiksaan yang boleh disemak melalui sistem SAPS adalah seperti ujian satu dan dua , peperiksaan pertengahan tahun serta peperiksaan akhir tahun. Manakala untuk peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM, paparan keputusan tidak akan dimasukkan sistem SAPS.

layari dahulu : SAPS IBU BAPA


KELEBIHAN SAPS
Bagi Eca, penggunaan SAPS lebih mudah dewasa ini. Apatah lagi, kini kita lebih banyak menggunakan telepon pintar dalam komunikasi. Antara kelebihan SAPS :
1. Ibu bapa boleh menyemak keputusan anak melalui telefon pintar.
2. Para guru mudah memuatnaik keputusan pelajar mengikut subjek yang diajar.
3. Kedudukan pelajar dalam kelas serta tingkatan tidak perlu dibuat secara manual. Semua automatik bila guru-guru dah isi markah tau. Menyenangkan kerja guru kan?
4. Kedudukan pelajar di dalam kelas serta di dalam tingkatan turut diketahui dengan mudah.


SEMAKAN SAPS IBUBAPA
Semakan keputusan peperiksaan boleh dibuat melalui hanya  SAPS dengan hanya memasukkan nombor kad pengenalan anak-anak. Mudah kan?..Mari ikut langkah berikut :

Paparan SAPS Ibubapa melalui laman web SAPS Ibubapa.


Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.
  1. Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No Kad Pengenalan/Sijil lahir, Negeri, Nama Sekolah dan tahun.
  3. Tekan semak.
  4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif. Walaupun pihak sekolah akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan juga dikenali Hari Pemulangan Buku Rekod, ibubapa boleh menyemak lebih awal. Malah, ibubapa boleh bersedia dengan semua soalan mengenai perkembangan pembelajaran anak-anak sebelum bertemu guru kelas anak mereka.

Sekiranya nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan dengan kadar segera. Kejadian ini selalu  berlaku disebabkan oleh kesalahan semasa proses pengisian nombor kad pengenalan  di Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM). Bagi pelajar yang baru berpindah sekolah, jangan risau...anak anda akan didaftarkan di sekolah baru selepas sekolah lama mengugurkan nama pelajar dari sistem mereka. 

Ohya, ibu bapa boleh semak keputusan peperiksaan melalui aplikasi di telefon bimbit masing-masing. Muat turun melalui capaian berikut :  https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.moe.sapsnkra&hl=en

SAPS NKARA Ibu Bapa - Muat turun melalui Play Store.

Mudahkan dengan SAPS?... Sejajar dengan perkembangan semasa, dunia pendidikan kini lebih maju. Ibu bapa tidak susah untuk  memeriksa keputusan peperiksaan anak-anak anda. Dihujung jari juga boleh.  Untuk ibu bapa, jika anda ingin mengetahui mengenai perkembangan dunia pendidikan berkaitan sistem-sistem pendidikan boleh layari laman sesawang SISTEM KPM.


SISTEM KPM : Sebuah forum yang menyediakan panduan lengkap dan pertanyaan sistem-sistem KPM seperti SAPS, APDM, eOPERASI, egTUKAR dan lain-lain. Laman ini bukan sahaja untuk warga pendidikan tapi juga untuk ibu bapa yang ingin mengetahui perkembangan dunia pendidikan.


ohya, ibubapa boleh mula memeriksa keputusan anak-anak ya. Dah nak hujung tahun ne, mesti dah ramai guru-guru memasukkan markah murid ke dalam SAPS. Semoga perkongsian ini bermanfaat buat semua ya. 

till next entry!
-ecadwinkyasha-

Post a Comment

6 Comments

  1. ada web ni senang sangat

    ReplyDelete
  2. skg semua dihujung jari.. kalau dulu mo tercabut jantung p ambil result depan cikgu sekolah hahaha

    ReplyDelete
  3. Selalu kmia berdebar2 ni buka ni web. Suspense tingu result anak2 😅

    ReplyDelete
  4. memang sangat membantu sistem ni

    ReplyDelete
  5. Suka sistem ini.. Guna hp je dah boleh tahu keputusan anak..

    ReplyDelete
  6. Sekarang memang mudah...semua ibubapa boleh lawat laman web tu untuk semak percapaian anak mereka dengan segera.

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*