Drama & Movie Apps | Review

Drama & Movie Apps | Review

Assalammualaikum.
Lama tak menulis, hari ini rasa nak berkongsi pulak dengan korang semua. Sepanjang PKP dari Bulan Mac lalu, memang ramai dok rumah je kan? Samalah dengan Eca, kebetulan balik kampung cuti sekolah tu. Bila dah dok uma tu, rasa bosan pulak..So, apalagi Eca download beberapa applikasi tuk tonton movie dan drama kat HP Huawei P30 Pro tu. Bukan setakat download, siap subscribe lagi yer.

Antara aplikasi yang Eca download : 


NETFLIX | Boleh download di playstore yer, tapi pengguna Huawei yang takde playstore pun boleh download. (Download Petal Search dulu, baru install Netflix k!).

Bagi Eca, Netflix ne terbaik!. Banyak pakej yang ditawarkan oleh Netflix bermula dari RM17 untuk Pakej Mobile. Untuk Pakej Mobile, hanya 1 screen sahaja dibenarkan. Ikut kefahaman Eca, hanya 1 devices sahaja boleh digunakan untuk satu-satu masa. Takleh share leh maksudnya dan dah namanya Pakej Mobile, maksudnya hanya boleh layan di handphone or tab. Takleh layan kat laptop dan TV yer. 

Untuk layan kat TV, korang boleh pilih Pakej Basic dengan bayaran bulanan RM35. Yang ni Eca tak galakkan, nampak sangat kedekut!. Hahaha.  Dengan beza hanya RM10, baik korang langgan Pakej Standard. Untuk pakej ini, korang boleh layan di handphone, tab, laptop atau TV. Terhad untuk 2 penggunaan pada satu masa dan resolusi nya adalah lebih baik iaitu 1080p.

TAPIIIIII, Eca lebih cadangkan korang langgan Pakej Premium dengan bayaran bulanan sebanyak RM55 sahaja!. Resolusi nya adalah 4K + HDR. Boleh layan untuk 4 devices korang pada masa yang sama. Macam kat rumah ne, sampai 4 devices layan Netflix. Yela, masing-masing layan cerita ikut mood memasing. 

Untuk pembayaran bulanan, Eca terus ke Bil Postpaid Digi. Maklumat lanjut : NETFLIX

Next, Eca nak kenalkan pula aplikasi yang banyak cerita Korea mahupun Cina. Macam Eca sendiri, memang layan cerita Cina ne, cuma Korea dah kurang sikit......taktahu pasal apa!

iQIYI | iQIYI ne aplikasi dari negara China. So, memang banyak drama dari negara China...tapi jangan risau, sekarang ne banyak juga drama dan anime dalam apps iQIYI. Drama Kampung People dan Kampung People 2 pun dah ada kat iQIYI tau..senang lah nak tunggu marathon pasne!

Untuk aplikasi iQIYI ni, korang boleh tengok semua drama secara percuma KECUALI untuk drama VIP. Yang tu kena subscribe tauuuu. Untuk subscribe, korang hanya perlu SIGN UP melalui Astro ID, Facebook mahupun akaun Google. 

Pakej yang ditawarkan pula ada dua iaitu Standard dan Premium. Beza bagi kedua pakej ini adalah untuk Standard terhad kepada 2 devices dan untuk Premium terhad kepada 4 devices. Ciri-ciri lain boleh dinikmati oleh pelanggan ialah resolusi 1080p, boleh download drama/movie VIP dan boleh tengok suatu drama/movie lebih awal!!!. 

Untuk pembayaran langganan bulanan, boleh melalui Debit/Credit Card mahupun Postpaid Mobile (Digi, Celcom, Unifi, UMobile). Maklumat lanjut : iQIYI  | iQIYI Malaysia 

pssst : Eca suka drama China kat apps ne. Lebih-lebih lagi ceta My Roomate is a Detective lakonan Hu Yitian, bakal pakwe Eca tu kannnn. hihi! Ohya, Eca suka download semua episod terus marathon dan yang bestnya, kalau takde line internet pun boleh tengok episod yang dah didownload tu. BEST KAN?

next, WeTV. Hah yang ne pun sama juga macam iQIYI. 

Untuk WeTV, kita boleh tonton juga semua drama/movie. Hanya untuk VIP ja kena subscribe. Banyak drama menarik juga kat WeTV ne, cuma bagi Eca, resolusi nya kurang memuaskan. Untuk ahli VIP, korang akan dapat Special Price untuk movie VIP. Selain tu, dapat juga tengok drama/movie in advance tapi, hanya ahli VIP hanya boleh tonton drama/movie terhad kepada dua devices sahaja!.

kalau cakap pasal drama/movi, bagi Eca..dekat WeTV ne banyak juga drama yang tengok on going. yang best pun sangattttt banyak. Cara Eca pulak, download semua episode, walaupun dah download kena juga ada line internet untuk tonton video yang didownload tu ye!!!!

Maklumat lanjut boleh klik link : WeTV

sebenarnya banyak lagi aplikasi macam ne. Antara lain ialah Astro Go, Viu, Huawei Video, Lin Li (China) dan macam-macam lagi. Tapi bagi Eca, tiga apps yang diatas ne WAJIB ADA dalam handphone or tablet Eca. Anytime boleh layan. Kadang time relief kelas pun daku layan jugak! :)

korang pulak layan movie/drama kesukaan korang kat mana? Mari share kat komen!.
till next time. bye!


Post a Comment

1 Comments

  1. time pkp ni mmg abis movie ditonton kan
    hahaha
    skrg hotsport la x cukup sbb streaming kat tv je. huhuhu

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*