GILRS!.they are difficult to understand,but they are special ;)

GILRS!.they are difficult to understand,but they are special ;)

.assalammualaikum.
hari ini I akan bercerita tentang pompuan.yerr..perempuan!.hehehehe.Ramai lelaki diluar sana suka mengeluh tentang perempuan (seperti juga kaum hawa yang akan mengeluh tentang c jejaka!).Actually,perempuan ne tak lah cerewet,mengada-ngada ke apa...mereka cuma mempunyai 'maksud' lain tuk disampaikan dalam 'ayat' yang lain.Contohnya ::

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. dah tu u berdua happy-happy pulak!.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


 itulah perempuan tapi mereka punya maksud lain untuk menjaga kepentingan mereka juga kan?.SO,jejaka diluar sana..janganlah complain suka hati korang.Ingatlah saat-saat kekasih hati kamu sanggup tinggalkan kawan-kawannya untuk keluar 'dating' bersama kamu.Ingatlah saat-saat isteri kamu sedang bergelut dengan nyawanya untuk melahirkan zuriat kamu.Ingatlah ibu kamu yang mengandungkan,menjaga dan membesarkan kamu tanpa sedikit keluhan puwn.

I heran men nowadays...sukar sangat nak beri komitment dalam setiap perhubungan kan?.Bila hati si gadis dah kata suka..dorang pula wat hal.Bila si gadis kata tak suka,merayu-rayu pulak dah!.Bila si gadis bagi hint 'bang,masuklah meminang cepat'...si jejaka boleh pla wat tak tahu.Bila si gadis kata 'bang,jom arh dating'..si jejaka pula kata 'malas arh yang,duit takde neyh'..tapi bila si gadis kata 'bang,makelove yerr'..si jejaka pun kata "MEH LAH YANG..ABANG DAH TAK SABAR neyh"...wahai jejaka,yang tu nak pula yerrr.apalah!.CINTA taknak bagi..tapi bila yang TUT laju pula dah!...see,boys nowadays neyh~.~

 See,kadang-kadang girls ne tak minta lebih dari si jejaka selain cinta dan perhatian.Sesekali buatlah hati si gadis bahagia berbunga-bunga.Bukan dorang nak minta 'DINNER HOTEL LIMA BINTANG'..dinner berdua di pasar malam pun dah oke....Bukan dorang nak minta 'BUNGA ROSE TIAP-TIAP HARI'..cukuplah dihari istimewa mereka.Bukan dorang nak CINCIN EMAS bertatahkan BERLIAN,cukuplah CINCIN PENGIKAT TANDA penyatuan DUA HATI :)

 so,silalah para jejaka diluar sana tue...BUKA MATA,BUKA HATI,BUKA MINDA u'll tue.silalah layan seorang wanita sepatutnya....kerna.......

wanita itu dilahirkan dari tulang rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
tapi dekat dibahu untuk dilindungi
dan dekat dihati untuk dikasihi

erm..I mewakili para wanita (macam dah dewasa sangat pulak dah) .... memohon para lelaki diluar tue yang tengah baca blog I neyh..tolong jaga hati kami kerana hati kami rapuh.tolong pimpin kami jika kami telah terpesong jauh.tolong bangunkan kami jika kami terus terleka.tolong sedarkan kami jika kami terlena.yerp,kami insan yang lemah tapi kami takkan lemah selamanya,kami cuma perlu kamu untuk menyokong kami agar kami tidak terus lemah.

woww,tetiba I rasa terharu dengan entry kali ne.Macam dah dewasa sangat I neyh kan?..hehehe.Oh yerr, I belum bersedia untuk menjadi 'wanita dewasa'.I masih daddy's little girl yang masih ingin dimanja oleh ibubapanya,yang masih belum boleh memberi komitment dalam percintaan,yang masih ingin bersuka ria dengan sahabat tersayang dan masih ingin meneruskan pelajarannya.I admit I kadang-kala perangai manja,gediks tak tentu pasal,perangai keanak-anakan tapi itulah I.Bukan maksudnya setiap saat dalam hidup I,I hanya ingin berseronok..tapi I ada certain time untuk serius.I manja yess..tapi manja I tak buat-buat.Cuma kadang-kala terlebih gediks...its the way I express myself to you.

k,sampai sini je I membebel kali ini.next time sambung pulak dah...yang sebenarnya,entry ini dah lama terperap dalam 'draft' blog I,cuma kali ini baru berkesempatan untuk dipublishkan ;)



p/s : tetiba lagi I rasa I semakin dewasa dalam menghasilkan entry :)
p/ss : dan I pun tetiba I rasa gediks semacam bila baca ayat diatas!!!. (*-*)
p/sss : sila klik LIKE kat bawah ne jika suka entry ini ;)
p/sss : napa I rasa I tambah gediks lepas tulis ayat diatas???
p/ssss : berapa kali nak {p/s} dah!.out~.~

Post a Comment

0 Comments