Kes Simbah Asid sudah sampai ke Sabah.

Kes Simbah Asid sudah sampai ke Sabah.


^_ASSALAMMUALAIKUM_^


KES SIMBAH ASID SUDAH SAMPAI KE SABAH.
sumber dari sini.

KOTA KINABALU: Seorang gadis melecur pada hampir seluruh wajahnya dan mungkin menghadapi risiko buta akibat disimbah cecair dipercayai mengandungi bahan berbahaya oleh seorang lelaki sejurus turun dari kereta di depan sebuah pasar raya di Taman Khidmat, Kolombong dekat sini baru-baru ini.
Dalam kejadian pada Rabu kira-kira jam 2 petang itu, selain cedera pada mata, Ling Siew Teen, 22, turut melecur pada pipi, hidung, bibir dan dagu berikutan terkena cecair yang dipercayai mengandungi bahan berbahaya.
Bagaimanapun, mangsa yang bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat pembinaan dan tinggal di Taman Nelly, kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian agak bernasib baik kerana bahan berbahaya itu dipercayai sudah dicampur air.
Ketika ditemui di Wad Mata Hospital Queen Elizabeth (QEH), di sini kelmarin, Ling berkata ketika kejadian beliau turun dari kereta untuk ke pejabat syarikat kontraktor bapa saudaranya di tingkat satu dalam bangunan pasar raya berkenaan dan tiba-tiba terdengar seorang lelaki memanggilnya dari belakang.
Sebaik saja mangsa menoleh, seorang lelaki yang memandu kereta Perodua MyVi memberhentikan keretanya, lalu menyimbah sejenis cecair ke muka mangsa.
Sejurus sebelum dibawa masuk ke wad berkenaan, mangsa sempat membuat laporan di pondok polis hospital itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Deputi Superintendan Peter Umbuas yang dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan sedang dijalankan. Setakat ini belum ada sesiapa ditahan.

kes simbah asid kini menjadi modus operandi kepada semua penjenayah diluar sana.Terbaru,di negeri I sendiri,dan lebih mengerunkan bagi I,kejadian ini berlaku tidak jauh dari kawasan rumah sewa I.Selalu limpas/lalu kawasan tu kalau balik kampung,ataupun pegi makan dekat Inanam.Harap-harap penjenayah dapat ditangkap.Kalau ikutkan berita diatas,I rasa penjenayah tu kenal mangsa,kan kan kan?..pendapat korang pula?...


Post a Comment

8 Comments

  1. astagfirullah.. taman khidmat?? dekat umah kakak cp lak tuh.. astagfirullah~~ mintak dijauhkan..

    ReplyDelete
  2. bahaya la simbah asid ni..tak pasal2 yg bersalah jd mgsa...

    ReplyDelete
  3. dah makin teruk skrang. ishhh3

    ReplyDelete
  4. @Cik Purple Pinkypuff taman khidmat kolombong,area2 bukit padang juga...nah hati2 bilang sama dia :)

    ReplyDelete
  5. @syAzAnA..betul tu.sume terikut2 nak simbah asid.

    ReplyDelete
  6. ayie ad bace juga dekt blog mber tadi pasal bnda ne..aish dekt2 skrng nie

    ReplyDelete
  7. @cucu umie..tue la menakutkan..tempat tu mmg dekat dengan ruma sewa eca di KK.area2 la juga...

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*