Tips membuat Rumah Terbuka

Tips membuat Rumah Terbuka


^_ASSALAMMUALAIKUM_^



arghhh,nak buat rumah terbuka,...tapi nak jemput sapa,makanan nak kena sedia banyak ka tidak,duit raya nak bagi tak,kawan-kawan datang ke tidak,sanak-sedara ne nak datang ke tidak,..pening pening pening!.


pening nak buat rumah terbuka?.tak usah pening-pening,ne bakal-cikgu-english-yang-ada-masalah-grammar nak ajarkan.Ini ikut pengalaman I masa buat rumah terbuka SENDIRI (dua tahun lepas),,perggh dua tahun lepas eh eh 2008 dah berapa tahun berlalu..3tahun LEPAS.silap dan malas nak backspace[terima kasih].jom teruskan pembacaan k,ilmu nak kongsi-kongsi:....

1) Jemputan.
Bagi korang yang sudah bekerja,mesti dah melalui pelbagai fasa hidup.Dari zaman sekolah,zaman universiti/kolej,zaman perkerjaan..mesti ramai kenalan nak jemput kan.Mana lagi sanak sedara.Takut pula tetiba datang segerombolan cik kiah masuk meminang,tak ke menang tangan tu?...penat lagi memenatkan.SO,bila nak buat rumah terbuka,agihkan masa.Mungkin pagi untuk kawan-kawan sekerja,petang pula untuk teman-teman seuniversiti/kolej dan malam untuk teman-teman zaman sekolah.Another days,boleh buat untuk kaum keluarga jak.Kan bagus bila lebih ramai yang berkumpul dalam satu masa.Contohnya,bila korang tak aturkan jadual camtu,tetiba datang teman sekerja,lepas tu datang pula teman satu sekolah..dah bertembung.Nanti bila korang asyik layan teman sekerja tu,teman-teman lain bila nak layan,takut pula dorang kecil hati kan.

2) Makanan.
Dah namanya raya,mesti nak grand sikit kan?.Tak salah bagi kamu nak tempah makanan dari mana-mana katering,lebih mudah dan kamu tak susah untuk kamu bangun awal berpenat di dapur.Itu kalau ada bajet LEBIH,bagaimana pula yang takde eh eh tak berapa nak ada bajet....jangan risau,guna kelebihan yang kamu ada.Contohnya,kamu dah expert sangat masak laksa(merujuk kepada diri sendiri le tue...hikhikhik),apa salahnya kamu buat je laksa dan hidangkan kepada tetamu.eh eh laksa baru satu hidangan kan,dibuatnya nanti ada tetamu kamu yang tak makan laksa camna?..tak usah susah-susah....masak nasi(variasikan jadi nasi+kismis ke,nasi kuning ke,nasi tomato ke)...then masak dua tiga lauk,hidangkan..dah jadi.Nak tambah lagi,buat kek takpun beli dekar SR(SR mahal gila dowh...1kek rm80,tambah tax dah rm84,boleh bikin 4biji chesse kek..malah lebih lagi..).Kalau agak-agak teman kamu bakal membawa anak-anak kecil,jangan lupa hidangan untuk budak-budak.Kadang-kala bagi mereka,gula-gula dah cukup.

3) Tempat dan ruangan.
Aspek ini wajib dititikberatkan.Bagi kamu yang tinggal di kampung,mungkin oke,ruangan halaman mungkin besar,tak yah halaman,ruangan beranda suda cukup untuk menampung tetamu.Pastikan sahaja sediakan kerusi dan meja disitu,dan paling penting,sediakan bekas habus rokok...sebabnya,ruangan beranda ini lebih diminati oleh kaum lelaki yang keja duk "menambah nyawa".Lagipun ianya lebih santai kan?...Tapi camna pula dengan rumah dengan ruangan yang kecil..hah,,sila rujuk tips #2.aplikasikan.Kat ruang tamu,tak usah nak semakkan dengan perabot yang bagai nak rak.Sediakan ruangan kosong,in case tetamu kamu membawa anak-anak kecil.Mereka neyh memerlukan ruangan yang besar tuk bermain..kan lebih memudahkan mereka.

4) Duit raya.
Kadang-kadang terfikir nak sediakan,tapi kadang-kala tak cukup bajet.hah?!.pening dop?...so,rancang awal-awal.nak beri,tak yah nak banyak-banyak.yang penting ikhlas.eh eh,kalau RM1 pun da oke dah..Kalau dorang taknak terima,I terima...kalau 1rumah dapat RM1,sepuluh rumah..dah boleh cover topup sebulan. :)

I bagi 4 tips dahulu yer,kalau ada I nak tambah,I update nanti.Apapun bila nak buat rumah terbuka,cek poket sendiri dulu,jangan kemudian hari nyesal tak guna...buat takyah grand sangat,kang dikata menunjuk-nunjuk,tak elok,buat ala kadar...sebab apa yang penting,kita ziarah-menziarahi disamping pereratkan hubungan silatuhrahim sesama kita. 


err,korang ada tips nak kongsi ke?..sila-sila-sila ruangan komen terbuka :)

Post a Comment

1 Comments

  1. Makanan yang sesuai amat penting dalam majlis. Kekeke

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*