Bila masuk bulan Ramadhan,,,mesti tertunggu-tunggu hari kebesarannya.Tapi ada satu yang sering dilupakan.ZAKAT.berapa dari kita yang ternanti untuk membayar zakat.ada yang buat-buat lupa dan ada pula yang mengharapkan orang lain.ish ish ish,kenapa nak harapkan,kalau rasa diri tu da mampu,bayarkanlah zakat tuk keluarga kamu juga.oke oke hari ini,bakal-cikgu-english mau ajar subjek zakat.hehehe.
Pengertian Zakat Fitrah Zakat fitrah atau disebut juga dengan zakat jiwa yang artinya adalah untuk menyucikan badan atau jiwa. Dengan kata lain membayar zakat fitrahmerupakan kewajiban bagi setiap muslim baik kaya atau miskin, laki-laki dan perempuan, tua dan muda, merdeka atau hamba untuk mengeluarkan sebagian dari makanan pokok menurut syari’at agama islam setelah mengerjakan puasa bulan Ramadhan pada setiap tahun. Ukuran zakat fitrah adalah satu gantang (sha’) untuk setiap muzakki atau kira-kira 3.5 liter ataupun 2.70kg beras atau senilai dengannya.Kadar ini ditentukan oleh Pihak Berkuasa Negeri-negeri.
Orang Islam yang wajib mengeluarkan zakat fitrah untuk diri dan keluarga atau tanggungannya ialah:
- Individu yang mempunyai lebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
- Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadhan dan hidup selepas terbenam matahari.
- Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan dan berkekalan Islamnya.
- Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
- WAKTU WAJIB – Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- WAKTU YANG PALING AFDHAL – Sebelum sembahyang Hari Raya
- WAKTU SUNAT – Sepanjang bulan Ramadhan
- WAKTU MAKRUH – Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal
- WAKTU HARAM – Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.
Penerima Zakat:
Dalam Al Qur’an QS At Taubah 60: Allah berfirman:“Hanya sedekah-sedekah itu (zakat) diberikan kepada fakir miskin, orang yang bekerja mengurus zakat (amil), orang-orang yang hatinya mulai terpau dengan islam (muallaf), budak-budak, orang-orang yang berhutang, orang-orang yang di jalan Allah, serta kepada orang-orang yang dalam perjalanan.” Maka,penerima zakat fitrah ini ialah: 1.Fakir 2.Miskin 3.Amil 4.Muallaf 5.Hamba Sahaya 6.Gharimin 7.Fisabilillah 8.Ibnu Sabil
Golongan yang tidak wajib dibayarkan zakat fitrah:
1. Isteri yang durhaka; maka gugur kewajiban suaminya untuk menafkahinya2. Isteri yang kaya3. Anak yang kaya, kerana mampu bayar sendiri, namun boleh juga orang tuanya mengeluarkan baginya zakat fitrah4. Anak yang sudah besar (mampu menafkahi diri sendiri atau sudah berusaha)5. Budak yang kafir6. Murtad (keluar dari Islam)
Siapakah yang tidak boleh menerima zakat fitrah?1. orang yang kaya harta benda dan wang2. Budak (selain budak mukatab). Budak Mukatab yaitu budak yang bisa merdeka dengan syarat tertentu, adapun budak qin adalah budak asli: seluruh hidup dan tubuhnya melekat nama budak; budak mudabbir: bisa merdeka setelah tuannya meninggal3. Bani Muthalib4. Bani Hasyim5. Orang Kafir6. Orang kuat untuk berusaha7. Nabi Muhammad SAW
Jom pula kita tengok kadar bayaran zakat untuk tahun ini:
#so...jangan lupa nak bayar zakat tue oke?!.lebih suci jiwa dan lebih berkat kita perolehi di bulan yang mulia.
4 Comments
sabah paling tinggi kadar zakat, hihihi...klu org sabah tggl kt kl cmne?...ikut tmpt tggl la kan?!
ReplyDelete@kak lang...rasanya kita ikut negeri dimana kita bermaustautin.
ReplyDeletekawan sy ckp:..mana2x jak.tapi rasanya better kita ikut kadar negeri tempat kita bermaustautin :)
huhu..kna la byr taon nih..huhu
ReplyDelete@asamasin..bayar jangan tak bayar :P
ReplyDeleteTerima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*