serius,saya tidak suka perangai kamu!.

serius,saya tidak suka perangai kamu!.

^_ASSALAMMUALAIKUM_^

*oke,ini entry serius.dan mungkin ada perkataan 18SX keatas.
jangan risau,I akan tapis segala perkataan yang tidak sesuai*

apa perasaan kamu,bila kamu sedang HAPPYily ever after takde terlibat dengan apa-apa event yang menuntut tanggungjawab kamu sepenuhnya dan kamu telah merancang satu *percutian* yang indah bersama si dia dan teman-teman rapat kamu,tetiba kamu dipanggil untuk satu TUGAS yang mungkin dipandang ringan oleh sesiapa sahaja namun sebenarnya TUGASAN itu agak berat?!...tak paam eh ayat berbelit tu,meh I simpulkan kepada kamu.......katakanlah,ditempat kerja/sekolah/kolej kamu,ada satu acara yang besar akan berlaku.dan kamu tidak tahu apa-apa mengenai perancangan acara itu.Dalam waktu yang sama,kamu sebenarnya telah merancang satu aktiviti bersama yang tersayang(family,friends,teman lelaki mungkin).Tetiba,kamu dipanggil untuk datang mesyuarat untuk kali yang .....dan kamu sebenarnya telah dipertanggungjawab untuk satu tugasan yang difikiran orang lain sebenarnya tidak penting...tapi sebenarnya tugasan itu merupakan satu yang amat penting.

TAK KE KORANG MARAH?!.SAKIT HATI?!.

bagi I,dalam apa jua acara yang kamu rancangkan....eloklah jika diadakan satu mesyuarat terlebih dahulu.Jangan main tangkap muat.In case,orang yang kamu pilih itu,ada tuntutan lain yang lebih penting.Tidakkah akan menyusahkan kamu untuk mencari pengganti lain dan sebenarnya ia boleh mencacatkan keseluruhan program.

Ya mungkin bagi sesetangah orang,kehadiran seseorang ajk yang mungkin dianggap tidak penting.Tapi sebenarnya ia bukan seperti itu.Setiap ahlijawatankuasa mahupun sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung mahupun tidak,adalah VIP dalam menjayakan sesebuah program.

Dalam apa jua acara sekalipun,biar dari yang kecil sehingga la besar,setiap orang berhak menyuarakan pendapat mereka.Biarpun setiap insan berbeza pendapat,namun kita harus dengarkan pendapat mereka,barulah sesebuah program itu berjalan dengan lebih jayanya.

Seperti juga dalam masakan,tiada garam,takkan ada rasa masinnya.takde gula,tiada rasa manisnya.tiada cuka,tiada rasa masamnya.Macamlah hendak menjadikan satu resepi yang lebih beraneka,jika ramuannya tidak digauli samarata.Sama juga dalam menjayakan sesebuah acara,apa yang kita rasa tak penting,sebenarnya penting.Apa yang kita pandang ringan,itulah sebenarnya tugas paling berat.Seperti dalam kehidupan kita,kita mungkin melihat tugas seorang pengutip sampah itu hina,tapi tanpa mereka yang membanting tulang,kotorlah busuklah sesebuah tempat.

So,jangan pandang ringan pada apa-apa juga tugasan!.

eca cakap-cakap:.
saya bukan marah saya diberi tugasan sedemikian.Malahan saya suka,sebab saya tahu impaknya kepada saya,kepada hasil kerja saya dan lebih penting pada pandangan orang lain terhadap saya.Mungkin kamu melihat saya seperti suka lepas tangan ataupun suka bermain.tapi itulah saya.saya bukan seorang yang suka lepas tangan,saya tahu tugasan saya,apa yang perlu saya lakukan.saya akui,saya seorang yang suka bermain dan bergurau senda,tapi bagi saya,,,bila kita happy,kerja pun tak tension.Bila tak tension,semua orang enjoy dan puas hati.Paling penting,operasi sesuatu program berjalan dengan lancar secara jayanya!.

*kalau kamu ditempat saya,nak marah tak?!.hikhikhik

Post a Comment

0 Comments