Perlumbaan Kura-Kura dengan Sang Arnab

Perlumbaan Kura-Kura dengan Sang Arnab




^_ASSALAMMUALAIKUM_^

Cerita perlumbaan Kura-Kura dan Sang Arnab.
Ingat tak pasal cerita perlumbaan Kura-kura dan Sang Arnab ne?.Kalau tak ingat,jom kita layan video ini sama-sama:.


Dalam cerita diatas,kita dapat melihat bagaimana kura-kura yang berjalan lambat akhirnya berjaya memenangi perlumbaan tersebut.Moralnya,biar lambat asal selamat dan jangan kita riak dengan kelebihan yang kita ada kerana akhirnya ia akan memakan diri sendiri.Lihat bagaimana sang arnab begitu yakin akan memenangi perlumbaan ini kerana menganggap dirinya berlari laju berbanding kura-kura yang agak lembab,tetapi apa terjadi adalah sebaliknya.Kita sendiri tidak menyangka bagaimana sifat riak arnab akhirnya menyebabkan beliau kalah di tangan kura-kura.

Demikian moralnya,tapi jika kita ubah sedikit jalan cerita ini,mungkin kita sendiri akan mendapat pelbagai moral lain yang boleh kita jadikan iktibar.Jom baca moral lain yang I nak kongsi dari blog encik DJ Rumputt dari website beliau, www.rumputt.net.:


Versi #1: 
Arnab tidak puas hati lalu mengajak kura-kura berlumba semula.Akhirnya,arnab menang kerana tidak tertidur lagi pada kali ini.

Moralnya:
Zaman sekarang kita perlu berlumba-lumbadan fokus untuk mencapai matlamat.



Versi #2:

Kura-kura tidak berpuashati dan mengajak semula arnab berlumba. Kura-kura dapat idea bagaimana untuk menang. Kura-kura mensyaratkan trek yang disediakan dan arnab bersetuju sebab yakin dengan kelajuannya. Mereka berlumba dan dengan lajunya arnab berlari. Bagaimanapun trek ini ada anak sungai yang menyebabkan arnab tidak boleh menyeberang. Akhirnya kura-kura yang memenangi perlumbaan ini.

Moralnya:
Kita kena kreatif dan ubah cara berfikir untuk maju.



Versi #3:
Arnab rasa sangat tercabar dan mencari lagi jalan bagaimana untuk mengalahkan kura-kura. Akhirnya arnab dapat idea. Arnab menggunakan cara berfikir paling kreatif untuk mencorak idea ini. Melalui trek yang sama, pada jalan yang lurus arnab mendukung kura-kura dan bila melalui sungai kura-kura yang mendukung arnab. Akhirnya mereka sama-sama sampai.

Moralnya:
Pada masa ini kita sukar untuk maju secara bersendirian. Mesti saling bantu-membantu untuk sama-sama berjaya. Contohnya pasukan bolasepak tidak akan mampu menang jika main seorang diri dan begitu juga dengan tukang masak tidak akan mampu untuk menjadi pelayan dalam masa yang sama.


ingatlah,dalam kehidupan kita ini,mungkin terlalu banyak cara yang boleh kita lakukan untuk berjaya.Tapi,ingat juga saat kita berjaya,jangan dilupa orang yang membantu kita tanpa jemu.Hidup kita tanpa insan-insan yang sejak dari mula disisi kita siapapun kita dan menerima kita seadanya.Tapi zaman sekarang,bila da kaya sikit,insan-insan yang sudi membantu kita dilupakan.ish ish ish,tak paam betul =.="

so,renung-renungkan dan selamat beramal (^.^)

Post a Comment

2 Comments

  1. anak akak suka tgk video ni.. akak tgk video ni dgn anak akak.. hihi

    ReplyDelete
  2. @IntaNBerliaN.bagus bagi anak2 tengok macam ne.....banyak pengajarannya.

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*