Bayi dibuang di pintu masjid

Bayi dibuang di pintu masjid

Assalammulaikum.

lagi cerita tentang pembuangan bayi.....kali ne PORT masyukkk..pintu masjid!.

Seorang jemaah masjid terkejut mendengar tangisan bayi ketika melangkah masuk ke dalam masjid.Khasli Mohd Razali,48, menemui bayi tersebut lengkap bersama susu botol,beg berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan pakaian yang terisi di dalam beg berkenaan.

Bayi seberat 2.9kg disyaki berketurunan Melayu itu ditemui dengan beberapa kesan gigitan nyamuk dipercayai telah ditinggalkan selama dua hingga tiga jam.Bayi ini kini dihantar ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.

perbuatan membuang bayi adalah perbuatan yang tidak berperikemanusiaan.

Kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang bakal membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Bacaan lanjut di Berita Harian Online.

:: eca cakap-cakap ::
mahu buat tapi tak tahu caranya.dah jadi gini,tahu dibuang kemana.kenapa masa buat tak berfikir dulu.hanya kepuasan nafsu semata-mata.anak yang lahirnya ibarat kain putih,suci dan tidak berdosa dibuang tanpa belas kasihan.Dah berdosa,kini berdosa lagi.Tak ingatkah pada Tuhan?!.dunia dunia.

semoga kisah ini menjadi teladan dan pengajaran buat kita semua.
Nak Buat?.biar BETUL caranya!

Post a Comment

4 Comments

  1. bila kebanyakan manusia sekarang byk menghalalkan yg haram, inilah jadinya..!

    smoga pihak polis, dpt jejak org yg buang bayi tu..!

    ReplyDelete
  2. comelnya baby ni... jgnlah buang.. bglah dkt org yg xda ank n nk jg...

    ReplyDelete
  3. byk dosa ni....adoi...bertambah² dosa...kalau mati lagilah kira membunuh pulak...adoi la....

    ReplyDelete
  4. kenapa tak letak di tempat anak-nak yang mereka tak nak tu..alamak, dah lupa apa namanya

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*