TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Merdekakah Kita?

Assalammualaikum.

andai minda masih terjajah,
andai hati bukan disini,
layakkah kita merdeka?

andai bukan kerana mereka,
andai tiada semangat itu,
takkan kita kenal erti merdeka?

Tanya pada hati,
soalan kepada akal,
merdeka kah kita?

Happy Independence Day
#Sweet 55 Malaysia!.
Al-fatihah buat pahlawan-pahlawan kita,tanpa mereka....
tak mungkin kita kecapi Malaysia hari ini.


Janji

Assalammualaikum.


kau,
pernah berjanji,
bukan dibawah cahaya bulan,
namun mampu terangi hatiku.

janjimu,
takkan pernah mencuba pergi,
takkan pernah curangi aku,
takkan pernah.............

namun janji,
iya,cuma janji manis,
bagai menanam tebu dibibirmu,
manis bagimu,hempedu untukku.

jangan cuba BERJANJI kalau tidak ditepati.

Mungkin

Assalammualaikum.


Mungkin kau bisa ingat,
mungkin kau harus ingat.

meniti titian cinta,
berteduh dibawah limbunan kasih,
kau selimutkan kasih,
dalam nafasmu terungkap sayang.

mungkin kita pernah bersama,
mungkin kini kita terpisah.

segalanya mungkin terjadi,
segalanya mungkin terelakkan,
namun tidak segalanya menjadi mungkin,
dan aku masih menanti,
mungkinkah kau akan kembali,kekasihku?!

kemungkinan bakal terlerai,namun bersediakah hati dan akal fikiran?!

aku cuma .....

Assalammualaikum.

aku cuma rindukan,kamu.
aku cuma inginkan,kamu
aku cuma mencintai,kamu.

aku cuma rindu,sebagaimana kau merinduiku.
aku cuma ingin,seharusnya kau menginginkanku.
aku cuma cinta,selayaknya kau mencintaiku.

ya,aku cuma...
bermimpi,
berharap,
kau bisa memahami.

kita cuma mampu merancang,DIA menentukan.
kita cuma manusia biasa!.

Wordless Wednesday #20

Assalammualaikum.


perghh,....
KEDAPATAN sudah!!!!.
siapalah yang dok skodeng-skodeng BLOG cikgu dia neyh?!.

Wordless Wednesdar #19

Assalammualaikum

Beutskin Essence,produk kecantikan yang berkesan.Bacaan lanjut di sini ---> http://www.ecadwinkyasha.com/2012/07/beutskin-essencebantu-wajah-tampil.html

ENTRY tersebut adalah entry pengiklanan (advertorial),ingin produk/blogshop anda diREVIEW,teruskan pembacaan anda di SINI --> Pengiklanan.


Cerita Dari Hati

Assalammaulaikum.

Hati bicara kata cinta.
Cinta yang masih dalam pencarian.
Entah dilubuk mana,pasti akan ketemu.

Hati bicara kata rindu.
Rindu yang tak bertuan,hanya kupanjangkan padanya.
Agar rindu temui empunyanya.

Hati bicara kata sayang.
Sayang cuma dibibir sahaja.
Zahirnya tak kelihatan,
arghhh,aku buntu!

Lantas,kubiarkan hati bercerita.....
agar segala yang tersimpuh akan terlerai,
agar segala yang tersirat bakal tersurat,
lantas satu cerita merungkai semua,menjadi satu simpulan kasih abadi.


sekadar meluah sesuatu yang bermain difikiran


Petua Mengesan Kehadiran Sihir

Assalammualaikum.

Sihir,mungkin ada yang tidak percaya.Namun,dalam diam ianya wujud dan boleh membunuh kita.Apatah lagi,jika iman tidak kuat,badan lemah......Tanpa kita sedari,sihir itu ada dimana-mana.Mari teruskan bacaan mengenai petua mengesan kehadiran sihir dalam badan manusia.
(tidak perlu percaya,cuma moleklah kiranya kita lebih berwaspada)


1. Jika anda kerap mendengar bunyi berdesing dalam kepala menunjukkan anda disihir. Tukang sihir mungkin memuja roh anda dan menghantar jin/syaitan dalam roh anda. Kesihatan anda selepas itu merosot dari hari ke hari, badan selalu terasa lemah dan tidak bersemangat. Lama kelamaan akan mendapat penyakit misteri dan jika tidak diubati boleh merana dan membawa kematian.
2. Untuk mematikan sihir yang dihantar kepada anda, amati bunyi desing dalam kepala. Jika tiba-tiba terasa bunyi berdesing dalam kepala anda, cepat-cepat baca “Auzubillah himinas syaito nirajim” dan terus membaca “Bismillah hirrah manirrahim”. Bunyi tersebut pasti akan berhenti. Ini bermakna syaitan yang cuba memasuki akan terbakar dan gagal memasuki roh anda untuk menyihir.
3. Setelah itu cepat-cepat minum air limau nipis dengan membaca 3 kul dan selawat syifa. Mandi air limau nipis samada waktu mghrib/pagi lepas subuh.
4. Untuk mengelak perbuatah sihir /buatan manusia jahat, rahsiakan tarikh lahir dan nama ibu anda. Jangan beri kepada orang sembarangan. Sihir berlaku melalui alam roh dan syaitan memasuki roh anda jika ia mengetahui tarikh lahir dan nama ibu anda


selalu juga terdengar bunyi berdesing dalam kepala,especially dekat dengan leher ne,tak ambil peduli...sebab ingat tu tanda-tanda tak cukup rehat..ngeee,pasne perlu berwaspada....dan sentiasa amalkan selawat syifa.eca tinggalkan anda dengan video penawar sihir dari Ustaz Sharhan Shafie :



^-^ ,semoga ianya menjadi amalan kita =)

Iftar with Blogger Sabahan.

Assalammualaikum
baru nak UPDATE ceta iftar yang eca attend hari itu.yessa,kemalasan amatlah melanda diriku dan kesibukan itu menerajai hari-hari sepiku (cehhh,tak boleh blah!)

Subject :: Iftar with Sabahan Blogger.
Organise by :: Emas Putih & AkuSiJebat.
Venue :: Grace Point Food Court
Time :  4.00pm -07.30pm
Date : 11th August 2012

So,hari tu...lepas shopping few things for raya with family,bapa hantar eca ke tempat yang dituju.Awal oke,jam 4 dah ada kat situ,oke benarnya 4 lebih sikit...Sampai kat situ,terus jumpa Cik Emas Putih dan her geng.citcat sikit-sikit  dan adalah ambil gambar syok sendiri banyak-sikit!.

tandas yang sangat awesome....wangian serai yer.tersangat wangi eca cakap!.hehe


1`
Almost jam 5,kami semua pun stay terus kat foodcourt tu sementara yang lain order makanan.Then,tunggu  Azan Maghrib dari Masjid Negeri....chit-chat dlu sambil belajar pasal Hosting dari saudara Abdur Rozak.
\


close-up sebahagian makanan berbuka pada hari tersebut.yeahhh,sangat mengenyangkan dan sangat banyak.cuma jus orange tu PAHIT sangat!.disebabkan haus,bedal je lah yer.cuma takde kurma pulak..spoil!.hukhukhuk. (time ne tengah bergosip dengan adik eca,cara-cara mengambil gambar makanan agar nampak menyelerakan....so,adakah anda terliur?!)


atas :: eca & Emas Putih (Uzu)
bawah-kiri :: eca & peneman setiaku merangkap jurugambar, adik eca...Ina =)
bawah-kanan :: eca & penjual hosting merangkap sifu tentang hosting dan pembekal hosting serta domain,saudara Abdur Rozak...sila dapatkan domain (dot)my dengan harga berpatutan di Hosting Rajawali.



antara blogger yang hadir.
yang tak hadir takpe..kita akan adakan gathering lagi!.jangan RISAU yer.
terutama si IPAR yang jelous nda dapat hadir.

cerita raya?!...tak kan ada kot,sebab raya pun simple-simple je.
Raya pertama & kedua :: beraya sakan...duit raya dapat RM5 je oke?!.
Raya ke-3 buat rumah terbuka kat kampung.
Raya ke-4 naik KK,daftar final semester & shopping.
Raya ke-5,duduk rumah sebab cery-bery & siapkan report
Raya ke- 6, KK lagi,parents pergi rombongan merisik eca dan adik-adik SHOPPING lagi dan singgah beraya dirumah makcik-makcik di Kg Darau Laut,Menggatal.
Raya ke-7 & 8,kemas rumah,masukkan barang dan stor serta SIAPKAN REPORT lagi!!!.
raya ke-9 : KERJA DAN KERJA,silakan kembali ke sekolah Teacher Asha!


btw : cuti raya di blog bersambung lagi.......Ahad ne tak sempat nak buat Rumah Terbuka di Kudat,sebab Sabtu join sekali rombongan bertunang ipar pakcik eca....so,dari hari isnin - jumaat,sibuk sikit tolong siapkan hantaran yer.

Traffik sepanjang cuti raya.

Assalammualaikum.

sepanjang cuti raya ne,ramailah blogger akan mengeluh kan,traffik jatuh lah...earnings tak memuaskan lah!.Sabar lah,semua ambil kesempatan sempena cuti ne nak bersama keluarga kan?!.hehehe.Mari lihat traffik blog Cerita Dari Hati sempena cuti raya bermula 16hb Ogos yang lalu =)



from blogger.com

from nuffnang.com.my

jatuh merundum?...ke mencanak naik?!..eca pun tak pasti la sangat,sebabnya....traffik turun naik juga.hehehe.yang penting,blog masih bernyawa,nuffnang pun masih ada yang sudi klik.....dan paling penting,kawan-kawan blogger sudi komen dekat entry,even eca tak sempat lagi nak balas kunjungan!.SILA SALAHKAN CELCOM line oke?!.dekat kampung,line ala-ala kentut nak terlepas kadang-kadang kentut segan-segan nak melepas.oke?!.


ohya,eca masih mencari penaja untuk Contest & Giveaway akan datang ne.
berminat atau perlukan pertanyaan lanjut,atau ingin KONFIRMkan penajaan,
jangan segan silu hubungi eca di :
emailkan saja ke ecasha.89@gmail.com

dan ya,eca masih lagi turut serta RACING di Stadium Google Malaysia dengan sukan SEO terhangat eyriqazz vs denaihati,mari bantu eca untuk jadi pemenang (biarpun tahu takkan dapat tempat pertama,hahaha)....caranya mudah sahaja :
1) clearkan cache & history browser korang
2) buka website google.com.my
3) taip keyword --> eyriqazz vs denaihati
4) cari entry eca...  Eyriqazz Vs Denaihati | Cerita Dari Hati.
5) klik entry tersebut dan sudikanlah untuk SHARE,TWEET & paling penting Google+ di entry tersebut.
ish,tak sedar rupanya dah hari Jumaat hari ne ye.
hari ini akan turun KK,yelah....KB-KK tak sampai pun 2jam.
Lagipun parents join rombongan merisik adik ipar pakcik eca dekat Putatan.Kami adik-beradik takkan nak join juga kan?!.so,kami akan ambil kesempatan juga turun KK tuk Shopping barangan untuk dijual di blogshop akan datang eca & adik eca... ++ tengok wayang.lama tak tengok wayang sejak praktikal.
btw,,, 1Month lagi praktikal TAMAT!.yeeehaa :)

Selamat Hari Raya

Assalammualaikum.

Harap belum terlewat  nak ucapkan.....


semoga SALAH dan SILAP,harap diMAAFkan =)

ada sedikit pengumuman sempena RAYA ::

1) Kad raya bagi yang dah berikan alamat dekat eca,eca da POS Khamis lalu (sebelum cuti).So,harap dapatlah yer...btw,kad raya tu 90% handmade kecuali gambar.
2) Kad raya yang lain (yang lambat berikan alamat),eca akan send JUMAAT atau Isnin depan.sila la terima,syawal masih berbaki 3minggu lagi!.hahaha.
3) Rumah Terbuka part #1 bertempat di Kampung Tambilaung,Kota Belud dah dilaksanakan pada Raya ke-tiga..insyaallah,part #2 akan dilaksanakan di Taman Ehsan,Kudat pada 2 September.(jemput datang,sekali sambut bday adik & bapa)
4) Habis je cuti sekolah nanti,eca akan diObserve oleh pensyarah dari kolej...dan lagi 3minggu akan selesai praktikal.So,sekarang lagi busy siapkan REPORT REPORT REPORT!.sepatah haram eca blur buat report ne :((
5) dah penat membebel,eca berhenti dulu ye.mungkin blog sunyi tanpa entry.Nasiblah ada yang sudi jenguk disini :)



Sebelum CUTI RAYA.

Assalammualaikum.


Khamis ne dah mula CUTI RAYA sehingga Ahad depan.Isnin baru mula kerja balik...lepas tu 3minggu latihan mengajar.eh,TAK SANGKA kan?!.so,sempena CUTI RAYA,eca pun nak bercuti juga dari segala kerja design,edit template dan yang sewaktu dengannya....nak tumpu RAYA & LAST Observation selepas RAYA oleh lecturer.....dengar-dengar pensyarah dari HQ akan turun observe,cuma yang terpilih je lah.hopefully terpilih sebab ada HARAPAN DAPAT A.kalau tak terpilih pun TAKPE,syukur dengan marks yang eca dapat.
oke,sebelum mula bercuti,eca nak tunjuk beberapa blog yang sempat didesign & diedit::


blog ini bertemakan PINK + Diamond.....penuh diamond kak Sue.
permintaan diamond keliling main post...cuma eca tak dapat buat diamond keliling border sidebar.
jom terjah blog mereka --> http://sikecilaina.blogspot.com/




blog bertemakan hitam+merah+hijau.ringkas dan comel.
eca pasangkan breadcrumb,metatag+keywords,sitemap.(+ RM5 yer!)
ohye,,owner blog ne menjual Premium Beautiful Corset + Lactolite.
jom terjah untuk tampil lebih cantik dihari raya =)


yang blog ini pula,lama da eca editkan.Cuma terlupa nak update disini.jom tengok :


blog ini semua update pasal masakan.
nak resepi-resepi,boleh terjah --> http://littlemesseykitchen.blogspot.com

macam banyak dah rasanya edit blog orang kan...blog sendiri bila nak ada rupa baru yang lebih ringan ne?!.
hikhikhik...teringin nak rupa baru blog sendiri.lebih ringan dari yang ada sekarang!!.
(LOL,macamlah blog ne ringan sangat ye dak?!)

berjumpa lagi dengan review customer selepas raya =)
sekarang ada 2 dalam waiting list yang dah konfirmkan servis eca.yang tak konfirmkan,
SILA BERBUAT DEMIKIAN selepas cuti raya yer.....dan yang minta dieditkan,eca masukkan dalam waiting list.sekian.

Wordless Wednesday #18

Assalammualaikum.


baca petikan :: "dia mempunyai masa depan yang baik".
renung-renungkan!!!

Wordless Wednesday #17

Assalammualaikum.


wahai remaja,bangunlah demi masa depanmu.
wahai remaja,kamu harapan bangsa.
bangkit dan mara ke depan.

Wordless Wednesday #16

Assalammualaikum.


Istighfarlah,saat hatimu bergelegak kencang.
Istighfarlah,kerana ia buat kamu kembali tenang.



Keperluan Kad Nama

Assalammualaikum.

Ada segelintir orang kata "membazir je ada kad nama ne,bukan leh buat apa pun kan?".Tapi sebagai seorang blogger yang 'sebenarnya' ingin lebih serius dalam bidang ini...tak salah bagi eca untuk kita ada satu set kad nama sendiri.Betul tak?!.

Kepentingan Kad Nama kepada blogger
(diolah dari entry blogger Sop,Keperluan Kad Nama kepada Blogger)

1) Perkenalkan diri.
Sebagai seorang blogger,kita mungkin akan dijemput menghadiri event-event rasmi ataupun tidak.So,dengan adanya kad nama blogger,kita akan lebih senang untuk perkenalkan diri.Mungkin kita akan berjumpa para pengiklan mahupun blogger-blogger yang ingin bekerjasama dengan kita.Lantas,tak salah adanya kad nama,lebih memudahkan orang lain untuk 'track' atau hubungi kita kembali kan?!.[cakap je taak guna,manusia mudah lupa...dengan adanya KAD NAMA,orang akan rujuk bila-bila...SETUJU TAK?!]

2) Maklumat blogger.

Blogger sinonim dengan penulisan secara online.So,nak cari blogger....buka blog mereka.Tapi dengan adanya KAD NAMA,tak perlu susah-susah cari seseorang itu di alam maya.Senang cerita,cari nombor telefon blogger di kad nama tersebut.kan kan?!..[ada blogger yang masih bujang tak nak hulur kad nama dengan eca,leh eca SMS malam-malam..hikhikhik]

3) Promosi Offline.
Jika kita sering ping entry sebagai promosi online terhadap blog,tak salah jika kita mempromosi blog kita secara offline.So,dengan adanya kad nama kita....tak perlu lah susah-susah sangat nak ping blog kan?!...ini satu cara je untuk orang kenal kita.Betul tak?!.

4) lebih PROFESSIONAL.
ouch,terCAPS LOCK pulak yer?!.ngeengee...kan dah mention diatas,kad nama ne kita boleh edarkan kepada semua.So,untuk kelihatan lebih professional (yela professional!)...tak salah kan.Lagipun,ramai diantara blogger menjadikan blog sebagai medium menimba rezeki. =)

so,..dengan itu,muka tak malu,eca pun tempah la kad nama blogger.Ini dia ;;



tempahan printing : JFZ Pakar Printing Bisnes Kad (sila ADD FACEBOOK untuk maklumat lanjut)
Harga Promosi (single side SAHAJA)
RM10/box.Setiap 1kotak,ada 100keping kad.Minimum belian 2box
Design oleh pihak printing - RM5.Design sendiri oke je =)
Harga Pos : RM6 (Semenangjung)    RM9 (Sabah/Sarawak)

untuk kad nama eca ne ::
Kad Nama = RM20 (2box)
Design = SENDIRI :)
Harga pos = RM9
Jumlah keseluruhan cuma :: RM29 sahaja.

Tempoh masa disiapkan , 3hari selepas anda confirmkan design...dan sehari proses penghantaran.Disebabkan eca berada di Sabah,so agak lewat sedikit...ambil masa 3hari untuk kad berada ditangan.Nasiblah sempat sampai sebelum event iftar Blogger Sabahan,boleh la edar dengan kawan-kawan blogger yer.

kalau nak kad nama sendiri,boleh la PM beliau tu ye.
kot-kot masih ada harga promosi!.
^_____________^

p/s :: siapa nak kad raya,boleh tinggalkan alamat diruangan komen,eca takkan publish.kad masih banyak ne =)

Pergimu Tak Kembali temanku.

Assalammualaikum.

Masih ingat tak cerita kawan-kawan eca yang kemalangan jalan raya lebih kurang 4bulan yang lalu?Seorang dari mereka meninggal dunia di tempat kejadian,seorang lagi meninggal dunia di Hospital Kota Belud,manakala seorang lagi dikejarkan ke SMC Damai.

refresh kejap himpunan kisah ini di entry berikut : Lepaking Team

Tengahari tadi,eca dapat panggilan inform pemergian seorang teman,kak Rain (selalu sebut dalam blog Miss Rain).....pemergian beliau di Hospital Tawau pagi ini dan akan dikebumikan petang ini juga.

last outing of Lepaking Team.dekat tepi kami tu tentera-tentera.
kak rain cakap, "gilak ne tentera,...pilak juga dia cari di Sabah ne,sudahlah teda IC,cuba dia ngurat kita,kita ne kan single".


Kini,tiada sudah orang mahu dengar cerita eca..teda sudah yang bersemangat mahu kurus sama-sama.
pemergian arwah,eca rasakan sangat.rindu arwah.dari tahun 2010 tinggal bersama dalam satu bilik,
lepas tu November 2010,menyewa apartment bersama-sama.pergi McD sama-sama,makan KFC sama-sama,tengok wayang sama-sama.teman online sampai larut malam pun bersam-sama.
kini beliau dijemput Ilahi,pada Hari Lahirnya...apapun,eca tetap nak ucapkan ::
"Selamat  Ulang Tahun Kak Rain,.....nasihat kau aku ingat sampai bila-bila.Tiada teman yang mungkin akan menggantikan tempat kau di hati aku.Aku ingat janji akan lupakan dia,aku ingat janji dengan kau.Paling aku ingat kita berdua off TV sebab time tu tengak cerita hantu di TV3...dua-dua penakutkan?!....hahaha,tapi lepas off TV, boleh pula kita dua pergi keluar di kedai luar apartment beli cola + keropok,pastu bercerita depan dewan sampai kul 3pagi.....sampai sekuriti pun geleng kepala dengan kita kan?!..Sampai rumah,terus cuci kaki dan tidur,kepenatan kita bercerita kan kak?!.macam nda habis-habis cerita kita dua.Kak,semoga kau tenang disana.Sampaikan salam buat mereka dua yang lebih dahulu kak...jumpa sudah kau dengan arwah babah mu kak,itu yang kau rindu selalu kan kak?..al-fatihah".
Al-Fatihah.
Dari DIA kita datang,kepada DIA kita kembali.

Alahai Student #3.

Assalammualaikum.

oke,cerita tentang student yang makin canggih sudah sekarang......

kisah #1
Kelas Ganti Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2.
Tajuk : Hukum Puasa.

me : soalan seterusnya,...apakah hukum puasa bagi orang yang berzina?
student 1 : teacher,berzina tu apa?
me : er,berzina tu merujuk kepada lelaki dan wanita yang belum berkahwin tetapi melakukan persetubuhan ataupun melalukan aktiviti suami isteri.
student 2 : teacher,persetubuhan tu macam mana?
me : ermmm,persetubuhan itu adalah tindakan suami isteri untuk mendapatkan zuriat.
student 3 : contohnya teacher?.
me : Nanti kamu kahwin,kamu tahu lah.Teacher pun tiada sumai lagi,jadi teacher tidak tahu.
sengaja je kan dorang mainkan eca....tu la,murid-murid sekarang makin canggih.Zaman eca dulu,takde pun tanya apa tu berzina...apa tu bersetubuh....yang ne siap minta contoh >.<"
kisah #2.
Kelas Bahasa Inggeris Tingkatan 1.
Hari Pertama Puasa.

me : bla bla bla (tengah marah ne,tengah membebal student tak hantar kerja).
student 1 : Teacher,teacher puasa?
me : ya,kenapa?..nampak teacher makan tadi?
student 2 : nda lah teacher.....tapi
me : kenapa?
student 1 : kuranglah puasa teacher marah-marah kami.
reti sangat dah dorg ne kenakan eca kan?!.takpe takpe....biarkan.Nanti balas dendam bagi kerja sekolah banyak-banyak masa cuti raya >,<"
kadang-kadang happy bila tengok student focus dalam kelas,tapi setiap kelas mesti ada je yang bising mulut....dan dalam kelas eca,selalunya ialah LELAKI oke?!.panas je daku dibuatnya :|
nasib baik dorang dapat cikgu comel macam ne,kalau tak?!.ngeee.

Border pada sidebar

Assalammualaikum.

tutorial kali ini telah direquest oleh Raihan.
Mari belajar nak buat border pada sidebar.


1) Buka
       (old interface) Dashboard - Design - Edit HTML.
       (new interface) Dashboard - Template - Edit HTML - Proceed.

2) cari kod ini :
        ]]></b:skin>

3) Copy kod dibawah dan letakkan diatas kod (2)
       .sidebar .widget {
        background : transparent ;
        border: 5px solid #000000;
        margin:0 0 2em;
        padding:10px 10px 10px 10px ;
       }

4) Customizekan kod :

background : #000  
<---letakkan simbol # dan cari kod warna di SINI.

border : 5px solid #000 
<-- 5px untuk tukar lebar border,nak kurang,letakkan 2px
<-- solid,nak tukar jenis border,rujuk INI.

sumber : EMPAYAR TIGA.
ini tutorial dari Empayar Tiga,namun eca kurang gunakan kod ini,sebab eca ada satu kod khas untuk customize sidebar.Tunggu entry akan datang #insyaallah.

Shopping Raya

Assalammualaikum.


esok,insyaallah akan buat persiapan terakhir untuk hari raya.SHOPPING MOOD sudah on....Wisma Merdeka,Segama,Sinsuran,Karamunsing Complex,City Mall,Centre Point akan ku jejaki.ngeee..tahan tak tahan,kaki je bakal menjawab.Ingat Wordless Wednesday #14 ??

RM757,ada sesiapa boleh tolong transfer ke akaun eca?!.ngeee

Macam tak logik je belanja raya ne..ye,tersangatlah banyak boleh dipotong dan tidak perlu.

Baju Kemeja - RM180.00.....rasanya tak perlula sampai macam tu kan?Cari kat mana tu....kat butik pun rasanya dah banyak sale.Then,ada satu kedai kat 1Borneo tu,baju kemeja dia RM38 berbanding di Wisma Merdeka harganya RM45..yeah,1Borneo adalah tempat WAJIB pergi macam ne...harap-harap sempatlah.

Seluar Jeans - RM90....maaf,daku bukan lah penggemar selua jeans berBRANDED neyh.so,beli yang murah-murah je....dalam RM30 - RM50,beli satu cukup.sebab yang ada ne,masih elok dipakai.ngeee.

Baju raya 2 pasang - RM360.makk aii,baju raya penuh labuci kot?!.takde,bukan style eca.So far,baju raya eca dah siap berjahit.Kain mama cari sendiri...cukup murah RM15 untuk 4 meter,ye bila eca cakap cantik..sangat cantik.hikhikhik...so,baju raya 2 pasang hanya dalam RM60 je termasuk upah jahit.Ingat nak jahit manik sendiri....misi mencari manik selepas ini.

Zakat - RM7,betullah kat Sabah memang RM7.Tapi bapa dah bayar.
Kuih raya - RM120,oke,kuih raya tahun ne semua kuih tunjuk yer....tunjuk-tunjuk je guna jari penunjuk,lepas tu keluarkan dompet dan silalah melantak...semua dibawah tanggungan mama.cuma tahun ne buat cornflakes madu + kek je.

sebelum mulakan aktiviti shopping esok,mari baca petua dulu ::
1. Jangan terburu-buru membeli barang murah. Sewaktu melihat jualan murah berlangsung di kompleks membeli belah, jangan sesekali terburu-buru membeli barangan yang di lihat murah. Fikirkan dahulu sama ada anda memerlukannya atau tidak. Sekiranya anda sudah memiliki barangan tersebut, jangan beli.
2. Bandingkan harganya. Jangan tertipu dengan papan tanda jualan murah kerana harganya mungkin mahal daripada harga sebelum diskaun. Untuk mengelakkan diri dari tertipu tidak salah anda bandingkan harga barang yang ingin anda beli di kedai yang tidak melakukan potongan harga.
3. Bawa Teman. Salah satu untuk memastikan anda tidak boros, bawalah teman ketika membeli belah tetapi pastikan teman yang anda bawa tidak boros seperti anda. Adanya rakan yang menegur anda cara berbelanja mungkin membuatkan anda berfikir 2 kali dalam berbelanja.
4. Buat Senarai. Sebelum anda keluar rumah dengan tujuan untuk membeli belah, buatlah senarai barang yang ingin anda beli. Pastikan anda tidak membeli barangan yang tiada dalam senarai.
5. Peruntukkan jumlah wang untuk berbelanja. Pastikan anda menghadkan jumlah wang gaji anda untuk tujuan membeli belah supaya anda tidak menghadapi masalah sesudah musim raya. Jangan biarkan wang poket anda mengalir seperti air tanpa had sewaktu berbelanja.

peruntukan shopping : RM200.(untung mama,bapa & kaklong keja government ne)
so,esok bakal habiskan duit dengan :
Sepasang kasut baru (even sebelum praktikal dah menambah 3 kasut baru)
Sebiji beg (sebelum praktikal lagi nak beli,ne dekat nak habis praktikal..baru tercapai hasrat.moga-moga Parkson ada SALE & beg yang menepati selera eca)
3-4 helai tudung baru (kalau beli banyak boleh kurang harga tak?!.ngeee)
peralatan make-up (lipstik,bedak muka -semua nak habis dah!)
contact lens (ala,RM20 je kan?!.sekali-sekala nak beraya guna contact lens.hikhikhik.)



ALAMAK,kalau macam ne punya list,macam tak cukup RM200.
Ma,boleh tambah lagi tak?!.ngeengee.oh ye,eca tinggalkan anda dengan lagu raya feveret eca 

Fadilat Ramadhan #3

Assalammualaikum.

Firman Allah, "Sesungguhnya Kami telah menurunkan al-Quran ini pada malam al-Qadar. Apakah yang kebesaran yang terdapat pada malam al-Qadar? Malam al-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada Malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara yang ditakdirkan berlaku pada tahun berikutnya. Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar." (al-Qadr:1-5)


p/s :: seminggu lagi kita mengumpul amalan dibulan mulia ini.
p/s :: eca akan OFFLINE sehingga hari Isnin.....nak balik kampung,then akan shopping raya + hadiri event berbuka puasa bersama Sabahan Blogger.
p/s :: ada sesiapa nak kad raya?!...sila tinggalkan alamat anda diruangan komen yer.eca akan delete komen tersebut ye,takkan publish oke?!.

Susulan isu kutuk Sabah.

Assalammualaikum.

Ingat lagi entry eca berkaitan isu hina/kutuk Sabah?!.
jom terjah disini terlebih dahulu ::
Sabah Bagus Bah!
Isu Kutuk Negeri Sabah

TERBARU,satu laporan polis dan SKMM telah pun dilakukan.Malah,pejabat Naib Canselor UMS telah dihubungi bagi membincangkan perkara yang melibatkan pelajar UMS sendiri.


so,sebelum post apa-apa yang menghina negeri-negeri lain,
better think twice!.
tak pasal-pasal kena saman lak yer.

ohya,ada satu lagi kes,dimana seorang budak perempuan POST kutukan terhadap negeri Sabah.Kononya,FB beliau telah dihack....#eh?!.


 

tak paham eca?
putus cinta terus la nak kutuk-kutuk.
yang daku putus cinta sebab ex-bf kawen orang senegeri dia,takde pun eca nak kutuk-kutuk?!
ishhh,jangan suka kutuk-kutuk.Kang terKAHWIN orang SABAH,macam mana?!.


sejauh mana 1Malaysia dalam diri kamu?!

alahai teacher #1.

Assalammualaikum.

selalu cerita pasal student seja kan?!.kali ini,eca nak cerita pasal eca dengan cikgu-cikgu yang lain pula.korang ingat cikgu ne semua nerd-nerd..oke,fine...cikgu adalah pembuli tegar,tu pasal anak murid banyak kerjasekolah,dek kerana cikgu dia la tu,suka sangat bagi kerja sekolah bawa balik rumah!.eh eh,sebenarnya....cikgu bagi kerja sekolah,supaya murid lebih faham,BETULKAN?!.



oke,here's the story.

kisah #1.
baru balik dari 'relief class",buka laptop + susun buku student untuk disemak.

cikgu 1 : Asha,bila bertunang?
me : ah?..macam mau bertunang,calon pun tiada lagi.
cikgu 1 : hah,bujang lagi lah ne?!..jangan lama-lama.
me : muda lagi cikgu.....belum lagi 30,belum lagi 25...baru 23.
cikgu 1 : cikgu cakap tunang dulu,tak payah tunggu 25,30....tunang dulu.
me : belajar lagi ne cikgu....lagipun tiada calon.pelan-pelanlah.dulukan la yang senior-senior..tu cikgu *** tu.
cikgu 1 : jangan memilih,jangan tunggu umur lanjut...kang jadi macam sorang ne,umur dah 30 neyh,tak kawen-kawen lagi.
me : nah,bagi dia kawen la dulu cikgu,saya muda lagi.
cikgu 1 : kamu nak dia?.dia bujang lagi ne.
me : adooi cikgu!.
susah betul juga kalau bujang ne..asyik dikenen-kenenkan seja!.Habis blushing muka eca masa tu,tapi lagi blushing muka dia...hahahaha.Nasib tak ramai guru dalam bilik guru tu,kalau tak,habislah daku dikenen-kenenkan lagi...tolonglah cikgu,saya sudah ada CALON (kononnya).[betul eh dia BUJANG?!...borang ada?!.hahahaha]

kisah #2.
tengah online.

cikgu 1 : eh,buat apa tu cikgu?
me : takda apa cikgu.
cikgu 1 : blog tu..
me : sekali-sekala blog cikgu.
cikgu 1 : blogger tegar la neyh?
me : takde lah cikgu.
cikgu 1 : suka betul berblog cikgu.
me : isi masa lapang cikgu.
Jangan je dia baca blog eca sudah!.ngeee...habislah daku dikenakan lagi.Asal cikgu tu lalu belakang eca,memang eca akan cepat-cepat buka tab lain..buka email la...cover line sikit.hahaha. XD

eca kononnya dah berTEKAD.
taknak bagi cikgu-cikgu,murid-murid tahu 
Blog,FB.Twitter eca.kalau boleh,TAKNAK sehingga TAMAT praktikal ne.
lepas tu,nak skodeng FB ke,retweet ke,baca blog ne ke,
dipersilakan....sepanjang praktikal ne,taknak la kononnya tak nak sosial sangat dekat laman sosial ne.
ngeee ^___^

Eyriqazz vs Denaihati

Assalammualaikum.
Eyriqazz VS Denaihati,cabaran SEO mampu buat anda sakit kepala!!!.

Eyriqazz VS Denaihati,...
kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri dalam dunia blogging.
 
puncak kinabalu mencecah awan,
nak mendaki semangat kena kental,
contest seo Eyriqazz VS Denaihati menjadi taruhan,
menang atau kalah,takde hal.

Eyriqazz vs denaihati,mungkin jurang yang amat besar dari segi niche blog.Eyriqazz.com lebih santai dengan cerita kehidupan seharian sebagai seorang ayah dan suami,namun masih mampu menarik para pembaca untuk membaca setiap entry beliau.Keolahan ayat yang lebihn santai namun tetap berinformasi....Apatah lagi,antara blogger yang sering menganjurkan kontest-kontest yang menjanjikan hadiah-hadiah menarik.

Eyriqazz vs Denaihati,kedua-duanya punya ciri yang sama...bak kata Denaihati,hidup untuk memberi.....ya,cuba diaplikasikan dalam blog ini juga.Hidup untuk memberi itu sesuatu yang luas.Namun,tujuannya cuma satu,maksud disebaliknya juga sama....memberi ataupun berkongsi apa saja yang kita miliki mahupun mampu kita berikan.
si baju hijau sentiasa dihati,
menjadi perwira harapan negara,
ilmu SEO luas sekali,
sesekali mencuba teringin juga.
Contest SEO eyriqazz vs denaihati ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja bersama Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com , Shakiddo.com , ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com Papamifz.com, Mksyahir.blogspot.com, Boladaily.com , BloggerSentral.com , Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com,kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, Bluedianthus.Com danPanduanServisBlog.Com
eyriqazz vs denaihati sedang berlangsung.Hadiah menarik,tidak menghampakan....menang atau kalah adat pertandingan,cuma jika tidak mencuba...dah sah-sah kalah dsitu....So,mari teruskan niat anda dengan menyertai Cabaran SEO Eyriqazz VS Denaihati di blog eyriqazz sebelum 31 Ogos 2012...hadiah bernilai RM1700 untuk diagihkan?,terbaik bukan?.


sila-sila ringankan jari-jemari,sesekali tekan butang Google+ kat bawah ne.boleh tak?!.hikhikhik.

Wordless Wednesday #15

Assalammualaikum


I'm SABAHAN.
I'm TOTALLY PROUD of SABAH.
(*______________*)

Wordless Wednesday #14

Assalammualaikum.

  

speechless.


Apam Polkadot Cik Tom.

Assalammualaikum.

paling tak suka bila sana-sini blogger update resepi macam-macam dan eca tak leh BUAT!.serius tak suka,so dari sakit hati sendiri,BAIK daku google dan cari resepi yang mudah,ringkas,cepat disediakan.(saya bukan pemalas,saya cuma kurang rajin).So,dijadikan lah suatu petang nan indah,burung terbang diangkasa,pohon nyiur melambai mesra...............(erghhh,ayat penambah perasa betul!),daku pun mengoogle   lah satu RESEPI ne..


dan dari sinilah,daku mengenali blogger Cik Tom.

sumpah,ini kisah benar....kalau tak kerana apam polkadot,tak kenal agaknya eca dengan Cik Tom ne yer.cuma,tau la eca ne kan,pemalu orangnya (oke,memang budak ne nak kena pelempang sikit)..so,disebabkan sikap kepermaluan budak comel ne,,,so,daku jadi silent reader beliau je lah.ngee *-*

tapi,bila Cik Tom join Forum Caricyber,kat situ lah daku tegur-tegur dia.

eh,korang ingat eca ne pemalu sangat eh?.taklah,dia just nak orang tegur dia.

sumpah,kalau eca nak cakap something dengan someone tu,eca sanggup tunggu dia tegur eca tau.selagi orang tu tak tegur eca,memang taknak la daku tegur.apa lagi bila dia sangat KACAK.Bukan apa,kalau eca yang tegur dulu,kang orang lain cakap,"eh,tergedik-gedik jugak budak ne".

disebabkan sifat kepermaluan yang teramat sangat,daku sanggup HANTAR SURAT berbanding cakap depan-depan tau..especially,SURAT BUAT IBU MERTUAku....eh eh,patut tulis SURAT BUAT bakal IBU MERTUAku yang jauh diSANA.......tak caya eca tulis surat tu?!..jom baca ENTRY ini.(klik pautan ini)

entry ini original dari eca.no copypaste oke?!.orang COPY ENTRY INI,adalah~.~"
so,dengan titah pemilik blog Cerita Dari Hati beralamatkan www.ecadwinkyasha,
entry Surat Buat Ibu Mertuaku adalah entry terbaik beliau,even telah banyak juga entry-entry lain sudah terhasil!!!

jemput baca entry berkenaan.Jika berkenan untuk diposkan ke alamat rumah ibu mertua kamu,sila tinggalkan alamat diruangan komen berserta siapkan persediaan mental dan fizikal untuk dibenci oleh ibu mertua sendiri..(wekkkkkk!),nak kena makan penampar agaknya?!.hahaha.

so,demikian cerita perkenalan eca dengan blogger Cik Tom,dengan ucapan...apampolkadot tu,resepi dari dulu dah bookmark,tapi buat ntah bila..kepada Cik Tom yang sudi membaca entry ini,tolonglah sudi juga send apampolkadot sekali ke rumah ye.ngeengeengeee >,<""

“Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer,Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”
masam manis rasanya cinta,
namun kudulukan mengejar cita,
perkenalan cuma di alam maya,
moga kekal buat selamanya. 

nak JOIN :
klik pautan ini dan JOIN sebelum 31 Ogos 2012 



Malam Ini.....

Assalammualaikum.

sebelum mula baca,mari dengar lagu ini dulu =)

Malam ini,
sebuah kisah terpendam,
dari lubuk hati,
untuk kamu.
Malam ini,
kisah cinta aku padamu,
tiap bait puisi,
ibarat jiwa berbisik,
semua untuk kamu.
Malam ini,
aku ingin kamu tahu,
bunga akan layu,
tapi tidak cintaku padamu.
Malam ini,
aku belajar setia,
seperti dahulu dan untuk selamanya,
adakah kau juga sama?
Malam ini,
aku takkan menangis,
kerana tangisan untuk si pengalah,
aku ingin menang,
dalam merebut cintamu.
Malam ini,
hanya ada kamu,
dalam ingatan hatiku.
LOL!..terjiwang pulak kan?!..sesaja nak duga hati kamu....Rindu orang TERSAYANG,gi call cepat.Tak dapat CALL,tengok gambar kalian berdua.....hehehe *-*
btw,eca sedang SEDIH atas perkara-perkara ini ::
1) takde BE baru,tau la korang semua ada BE baru kan?!.takpe takpe,ada rezeki lain kot.
2) chokki HILANG...siapa CHOKKI?,rujuk entry ini.Maklumat lanjut,klik pautan ini [KLIK]

Kelebihan Google+.

Assalammualaikum.

Google+,satu lagi produk dari Google.Laman sosial seumpana FB,Twitter ini  memberi kelebihan kepada para penggunanya,terutama blogger macam kita ne.Memula memang eca buta pasal Google+,tapi setelah lakukan sedikit sesi pembacaan dan eksperimen,baru eca sedar...Google+ ne pun oke juga.

Jom lihat kelebihan Google+ dari mata eca ::

1) Ping entry terbaru ke Google+.
 melalui gambar diatas,dapat eca simpulkan ping entry terbaru ke Google+ mudah sahaja.
Selepas publish entry kita,akan keluar pop-up seperti diatas.tekan SHARE ataupun CANCEl..tapi takkan nak tekan CANCEL kot.Kalau nak share kat FB,atau retweet kat Twitter mahupun ke mana-mana ping site,kita kena drop/sumbit link,betul kan?!...tapi dengan Google+,lepas update,boleh la terus +1 entry kita.Bila kita re-edit entry sekalipun,tetap akan keluar pop-up macam ne.


2) Tingkatkan carian dalam Carian Google (Google Search).
Ciri-ciri eksklusif pada Google+ membenarkan Google mempunyai maklumat yang lebih baik untuk produk korang seperti entry yang anda share/+1 ke Google+.Ertinya,Google+ ini lebih mesra enjin carian.Apabila korang ataupun orang lain melakukan carian untuk satu-satu keywords,pihak Google akan teruskan ke blog kalian.(jika kena keywordsnya.hikhikhik).

infographic kelebihan Google+,lihat di INFOGRAPIHC.

sebenarnya banyak lagi kelebihan dengan gunakan Google+.Tapi yang eca boleh katakan,entry kita akan cepat terindex dengan google.Yela,produk sendiri,takkan nak dianaktirikan pulakkan.....Google,Google+,Blogger,Youtube memang terbaek!!!.

ohye,entry ini dituliskhas untuk yang KACAK,encik Boni Kacak,sebab beliau baru je terjebak dalam dunia Google+.......harap-harap dah faham hendaknya....eca pun baru gak belajar-belajar ne.and,please kalau rasa entry ini CANTIK,tolong eca ::
1) masuk google.com.my
2) diruangan search taip eyriqazz vs denaihati
3) cari entry eca (ada muka eca dengan url www.ecadwinkyasha.com)
4) klik link berkenaan.
5) klik G+ pada entry berkenaan.
semoga abang kacak faham entry ini.kalau tak faham pun buat-buat faham oke?!.
(sambil cekak pinggang dan sebelah tangan ada rotan!!.cikgu garang neyh!)
#LOL!.

Eyriqazz vs Denaihati,dimana entryku?!

Assalammualaikum.


eyriqazz vs denaihati,cabaran SEO terbaru yang eca turut serta.cabaran SEO eyriqazz vs denaihati masih belum berpenghujung....masih ada lebih kurang 3 minggu untuk anda semua turut serta....Persoalannya,entry eca.Di page ke berapa kah ia?!.

Ini adalah cara untuk mengetahui entry eca berada di page berapa dalam carian engine google.com.my
1) Buka new tab anda.
2) taipkan google.com.my
3) dalam ruangan search,taip keyword yang menjadi taruhan iaitu eyriqazz vs denaihati.
4) cari entry eca.[ada muka comel kat tepi]-cari entry berURLkan www.ecadwinkyasha.com
5) tolong klik entry itu,tolong G+ kan juga entry berkenaan.

Ini carian yang eca buat pada hari Jumaat yang lalu,jam 1.50am


alhamdulillah,page 3 tue~
baguslah kalau betul,ada kot harapan dapat hadiah saguhati.
hahahaha.

bila baca semula entry tersebut,eca dah track beberapa kelemahan di entry tersebut.dan eca masih kekurangan backlink...ada sesiapa nak ajarkan?!.bila bermain dengan SEO,ada satu kepuasan disitu,walau ilmu masih dibawah tapak kaki.SEO bukan mudah,ya eca akui.....walau pernah menang Contest SEO:Cinta Kotak Fibox suatu masa dahulu,ilmu masih tidak seberapa....tapi yang pasti,jangan cuba-cuba bermain jika tidak bersedia menerima kesannya.(p/s :: SEO itu dadah yang akan buat anda mabuk!.#LOL)

buat entry ini pun daku dah mabuk,apatah lagi nak teruskan lagi.
uweekk uweekk,kan dah muntah..berapa bulan sudah ne?.siapa bapanya neyh?!..
#LOL

Pencarian Blogger Aktif #2 Oleh Mialiana.com

Assalammualaikum.

Pencarian Blogger Aktif #2
Pencarian Blogger Aktif #2 oleh Mialiana.com
5/8/2012 hingga 12/8/2012

eca join!!!!.

dah FOLLOW (Mialiana.com , teratakliana.blogspot.com)
dah Like Fanpage dan Follow Twitter.
shoutbox eca ada di SINI.

jom JOIN ramai-ramai yer =)

Border pada gambar.

Assalammualaikum.

Border pada gambar ada yang disediakan oleh template ada juga tidak.Border ini boleh kita tambah,buang dan ubah mengikut citarasa sendiri.Jom try ::

1) Buka
    (old interface) Dashboard - Design - Edit HTML.
    (new interface) Dashboard - Template - Edit HTML - Proceed.

2) cari kod ini :
     /* Posts
     ----------------------------------------------- */

3) Dibawah kod (2),cari kod berikut :
    .post {

4) Selepas itu,tambahkan/ubah suai kod ini :
   .post img {
    border : 2px solid #000000;
    }


ubahsuai border tersebut:
a) saiz - 2px,nak tambah cuma tambahkan angka ke 3px,4px,5px etc.
b) jenis border :


c) warna - #000000,untuk ubah jenis warna,semak kod di SINI.

kalau nak BUANG,just ubah 2px - 0px je oke?!.
nak tengok contoh yang eca berjaya buat,terjah Ema Blog.


so,mudah seja kan?!.Anda pun boleh ubah bila-bila masa.
oh ya...untuk sesiapa saja yang inginkan tutorial blog dari eca,
boleh PM eca melalui FB -> Eca Dwinky Asha
ataupun email -> ecasha.89@gmail.com

kalau rasa TUTORIAL ini BERGUNA,tolong eca klik apa yang patut,tambah pendapatan gitu =)

Border sekeliling post entry.

Assalammualaikum.


Hari ini eca nak ajar macam mana buat border sekeliling post entry.Contohnya,macam entry eca ne,nampak tak ada garisan berwarna pink?!..oke,jom mulakan tutorial ini ::

PERHATIAN : Tutorial untuk pengguna Picture Window Template,sesuai juga untuk Simple Template.

1) Buka
    (old interface) Dashboard - Design - Edit HTML.
    (new interface) Dashboard - Template - Edit HTML - Proceed.

2) cari kod ini :
     /* Posts
     ----------------------------------------------- */


3) Dibawah kod (2),cari kod berikut :
     .post {


4) Selepas itu,tambahkan/ubah suai kod ini :
     border : 2px solid #000000;  <--kod tu lebih kurang macam ne,cari dengan teliti oke?!.
ubahsuai border tersebut:
a) saiz - 2px,nak tambah cuma tambahkan angka ke 3px,4px,5px etc.
b) jenis border :



c) warna - #000000,untuk ubah jenis warna,semak kod di SINI.
d) buatkan border anda melengkung,cuma perlu tambah kod ini dibawah kod (3)
     -webkit-border-radius: 20px 20px 20px 20px;


so,mudah seja kan?!.Anda pun boleh ubah bila-bila masa.
oh ya...untuk sesiapa saja yang inginkan tutorial blog dari eca,
boleh PM eca melalui FB -> Eca Dwinky Asha
ataupun email -> ecasha.89@gmail.com

dan eca akan updatekan TUTORIAL setiap hari Sabtu dan Ahad sahaja.
boleh kan?!.



Blog Review di blog sop.name.my

Assalammualaikum.


Blog Review di blog sop.name.my.
kelebihannya?!..tak perlu nak cakap,direviewoleh blogger berpengalaman,mesti ada sesuatu yang menanti kita.....disebabkan eca baru buat sedikit makeover dengan blog (kecuali header yang nak tukar tapi xjadi atas sebab-sebab tertentu).

join di SINI.

blogger Sop atau jua Gnesop,merupakan seorang ayah kepada 3 orang anak.Eca kenal beliau melalui penyertaan beliau dalam contest Forum & Blogger kelolaan Forum CariCyber.(keputusan contest tersebut tunggu admin ye,eca takleh buat keputusan.....hehehe).Beliau juga sering menyertai pelbagai kontest yang dikelolakan oleh para blogger.bermula dengan domain www.gnesop.com,kini beliau juga bertapak di www.sop.name.my.

wahh,eca pun teringin juga nak berdomain .my ne..ada sesiapa sudi menaja?!.hikhikhik.
jom JOIN reramai!






August's Lover

Assalammualaikum.

Sedar tak sedar dah15hari kita berpuasa dibulan Ramadhan.Alhamdulillah....hari ke-15 ne pula dia datang!!!.tak dapat nak penuhkan sebulan,tapi tu bukti daku sihat walafiat kan?!.ehemmm (keras sikit ehemnya!).Untuk bulan Ogos ne,banyak perkara yang datang dan pergi....banyak yang telah  berlaku,banyak yang akan berlaku.Jadi,tidak salah kalau eca katakan ini merupakan bulan paling sibuk untuk eca.

So,bulan Ogos yang tiba ne,tibalah juga masa tukar bloglist baru...Bukan setakat tukar,malah tambah 2bloglist lain pula...jom tengok senarai blog dalam August's Lover ::
http://rienahaiqal.blogspot.com/
http://nusha1706.blogspot.com/ 
http://masyaamiraaimie.blogspot.com/ 
http://nurazizahyahaya.blogspot.com/ 
http://ummi-iman.blogspot.com/ 
http://www.duniashida.com/ 
http://sukacakapsorang.blogspot.com/ 
http://hairuliza-anakku.blogspot.com/ 
http://www.emarieys.com/

kepada yang sudi menyenaraikan blog mereka,meh meh sudikanlah diri anda untuk hantar alamat surat-menyurat anda ke ---> ecasha.89@gmail.com untuk urusan penghantaran kad raya.ye ye,eca nak bagi kad raya kepada mereka yang bertuah!!!.Anda adalah yang terpilih.#ngeeee~
ogos.
raya....merdeka....
praktikal....penilaian terakhir....
hadapi dengan senyuman *-*

Fadilat Ramadhan #2.

Assalammualaikum



"sesiapa berbuka satu hari pada bulan ramadhan tanpa sebab,dan tidak juga kerana sakit,dia tidak akan dapat melunaskan puasa yang ditinggalkannya itu,sekalipun dia berpuasa seumur hidup" 
[ hadis riwayat tirmizi,abu daud ibnu majah dan ibnu khuzaimah ]

"berapa ramai di kalangan kamu yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga"
[ Riwayat Bukhari ]


berpuasa bukan setakat menahan diri dari lapar dan dahaga,
malah menahan diri dari melakukan perkara munkar.

Isu Kutuk Negeri Sabah.

Assalammualaikum.

Susulan dari entry Sabah Bagus Bah!.

Kenyataan dari 'budak-budak' tersebut,ianya cuma gurauan semata-mata.Kononnya, soalan-soalan tersebut pernah diajukan oleh orang Semenanjung terutama junior-junior mereka di UMS.UMS,Universiti Malaysia Sabah.perghhhh mantap tu.Kalau di kampung-kampung,orang tua-tua selalu tanya apa yang eca buat sekarang,bila beritahu eca masih belajar,teruslah cakap,"UMS ka nak?"....macam nak jak cakap,"Pakcik,di Sabah ne ada juga universiti lain,saya belajar di Universiti Tun Abdul Razak.Universiti saya ne ada belajar Pengajian Malaysia  paling mantap penggunaan Bahasa Inggeris dalam sistem pembelajaran".Jadi,dari yang tak reti berbahasa inggeris,kamu akan diajar sebaiknya.

oke,'budak-budak' yang mengutuk negeri Sabah dalam entry Sabah Bagus Bah! telah pun meminta maaf disalah satu fanpage UMS.Berikut adalah printscreen ucapan maaf mereka. 



sumber gambar : Emas Putih Blog

so,nak maafkan ke?!...orang kata baik maafkan je,lebih-lebih dibulan mulia...maaf-maaf pun parut dihati kami (orang Sabah) tetap ada.Jangan ada yang sampai sakit hati,saman 'budak-budak',gagalkan 'budak-budak' ne ke,gantung pengajian 3 semester ke.....oke juga kan?.Mohon pengurusan UMS pertimbangkan.(jahat tak jahat tak?!).


hati orang ne kita kena jaga baik-baik.
lebih-lebih bila berada ditempat orang.
haruslah sedar diri,ye dak?!




KPM bagi Cuti Raya

Assalammualaikum.

amaran :: entry ini gurauan semata-mata.nak release sikit tension.tekanan kerja.
kehadapan tuan pengetua,
saya dengan segala hormatnya memperusulkan surat pekeliling ini.
Tuan Pengetua yang disanjungi,
Sesungguhnya,di sekolah kita,terdapat beberapa orang guru yang berasal dari semenanjung.Tidak perlu saya nyatakan disini,tapi yang pasti penerbangan dari Sabah ke Kelantan (#eh?!) mengambil masa yang lama.Apatah lagi mereka perlu transit sebentar sebelum meneruskan perjalanan balik kampung.Dengan adanya cuti sehari tersebut (pada 17hb Ogos),bolehlah para guru-guru terbang balik lebih  awal tanpa perlu mengurangkan cuti tahunan mereka.[pst,ayat sebenar harus macam ne,kan bagus cuti sehari awal,tak perlu la saya iron baju kurung + tudung,sediakan Rancangan Pengajaran Harian dan alat bantu mengajar,mudah sikit kerja saya]. #LOL.
Tuan Pengetua,
sesungguhnya cuti pada 17hb itu haruslah diganti.Jadi,saya memohon agar cuti tersebut terlaksana dengan jayanya.Diumumkan bahawa cuti pada tarikh berkenaan diganti pada 22September.Lagilah saya berbesar hati dengan adanya cuti gantian tersebut.[ayat sebenar :: paling sesuai la cuti gantian pada tarikh 22 September,ini kerana tarikh akhir saya bertugas sebagai guru pelatih di sekolah ini adalah pada 14 Sepetember.Diikuti dengan ROS sehingga 21 September di sekolah rendah.Namun demikian,saya tidak boleh kembali bertugas pada 22 September kerana tarikh permit mengajar saya hanya sehingga 21 September sahaja...jadi,sukalah...takyah sibuk-sibuk nak gi sekolah benarnya!]
amaran :: entry ini gurauan semata-mata.nak release sikit tension.tekanan kerja.


tak perlu jumpa tuan pengetua pun,memang tarikh 17 Ogos tu CUTI!.yeahhh,suka sangat.Bukan apa,cuti tu boleh lah eca kemaskan rumah parents dulu,sebelum balik kampung.Kami raya di kampung.Rumah kat sana....rumah tu dah jadi tempat persinggahan je.Tapi hati tetap ada dirumah itu.Even dikampung sangat jauh dari pekan,ketenangannya lain sangat.

rumah kami,syurga kami.kecil namun bererti.
kerana rumah ialah dimana hati kita berada.
jemput datang beraya yer --> Kampung Tambilaung,Kota Belud,Sabah.
Rumah betul-betul siring jalan (tepi jalan lah!)


cuti raya korang macam mana pula?
dah apply belum.