Assalammualaikum.

oke,cerita tentang student yang makin canggih sudah sekarang......

kisah #1
Kelas Ganti Pendidikan Agama Islam Tingkatan 2.
Tajuk : Hukum Puasa.

me : soalan seterusnya,...apakah hukum puasa bagi orang yang berzina?
student 1 : teacher,berzina tu apa?
me : er,berzina tu merujuk kepada lelaki dan wanita yang belum berkahwin tetapi melakukan persetubuhan ataupun melalukan aktiviti suami isteri.
student 2 : teacher,persetubuhan tu macam mana?
me : ermmm,persetubuhan itu adalah tindakan suami isteri untuk mendapatkan zuriat.
student 3 : contohnya teacher?.
me : Nanti kamu kahwin,kamu tahu lah.Teacher pun tiada sumai lagi,jadi teacher tidak tahu.
sengaja je kan dorang mainkan eca....tu la,murid-murid sekarang makin canggih.Zaman eca dulu,takde pun tanya apa tu berzina...apa tu bersetubuh....yang ne siap minta contoh >.<"
kisah #2.
Kelas Bahasa Inggeris Tingkatan 1.
Hari Pertama Puasa.

me : bla bla bla (tengah marah ne,tengah membebal student tak hantar kerja).
student 1 : Teacher,teacher puasa?
me : ya,kenapa?..nampak teacher makan tadi?
student 2 : nda lah teacher.....tapi
me : kenapa?
student 1 : kuranglah puasa teacher marah-marah kami.
reti sangat dah dorg ne kenakan eca kan?!.takpe takpe....biarkan.Nanti balas dendam bagi kerja sekolah banyak-banyak masa cuti raya >,<"
kadang-kadang happy bila tengok student focus dalam kelas,tapi setiap kelas mesti ada je yang bising mulut....dan dalam kelas eca,selalunya ialah LELAKI oke?!.panas je daku dibuatnya :|
nasib baik dorang dapat cikgu comel macam ne,kalau tak?!.ngeee.