2. Pembantu dalam pengurusan kewangan keluarga - Jangan menjadi seorang isteri yang hobinya suka shopping sahaj
a. Anda sebenarnya mula memeningkan suami. Lebih-lebih lagi bajet kewangan suami anda adalah di luar kemampuannya. Sebagai seorang isteri andalah yang menjadi pembantu dalam perancangan ekonomi keluarga. Anda mungkin membantu jika anda juga bekerja. Tetapi bagaimana jika anda suri rumah sepenuh masa? Jika anda tidak berkemampuan untuk membantu meningkatkan ekonomi keluarga, biarlah sekurang-kurangnya anda menjadi pengurus yang bijak terhadap bajet bulanan yang diberikan oleh suami anda.
3. Pengurus dalam segala hal - Suami diberikan kuasa untuk memimpin kerana suami lebih rasional dalam membuat keputusan. Tetapi tidak dapat menguruskan semua perkara tanpa adanya isteri. Maka andalah wahai isteri-isteri yang perlu menjadi ‘pengurus’. Makan pakai suami, anak-anak, kebersihan rumah, perbelanjaan rumah dan perkara-perkara kecil yang diperlukan dalam kehidupan berkeluarga tidak akan dapat diuruskan tanpa bantuan isteri. Anda perlu mula memahami hakikat ini kerana sekiranya anda mampu menguruskan semuanya dengan cekap dan baik maka sudah pasti apabila suami anda pulang dari bekerja, dia akan memberikan senyuman yang sempurna kerana menghargai anda.
4. Selalu di belakang suami - Ramai isteri mengharapkan suami berada selalu di samping mereka. Tetapi mereka terlupa bahawa ramai suami lari dari isteri kerana isteri mereka tidak pernah berada di belakang mereka. Seorang isteri perlu menjadi penenang kepada suami, berikan suami kata-kata semangat dan pelukan di saat emosi mereka jatuh. Sekiranya anda mampu berbuat demikian, tidak akan ada wanita lain di mata suami anda. Berikan sokongan dan galakan walaupun mungkin ada perbezaan pada minat dan hobi anda berdua.
5. Menjaga perut suami dan anak-anak - Yang ini seharusnya seorang isteri tidak dapat tidak, mesti tahu memasak. Bahkan kalau mahukan kasih sayang lebih dari suami kena tahu apa masakan kegemaran suami. Hakikatnya suami tetap mahukan air tangan isterinya dalam menyediakan makanan. Tangan seorang isteri bukan sahaja menyediakan yang terbaik dalam menu untuk keluarganya, tetapi juga berdoa untuk setiap usaha menyediakan makan minum suaminya.
6. Pandai jaga diri - Isteri perlu pandai jaga diri dan famili. Ketika suami ‘out station’ kerana berkursus atau atas urusan kerja yang lain, maka sudah tentu isteri yang pandai jaga diri dan famili akan memberikan kelegaan di hati suami.
7. Perunding imej - Kalau suami anda nampak kacak di pejabat, sebenarnya isterilah yang mendapat pujian. Terutama di pandangan mata orang-orang tua. Sebab itu isteri perlu tahu menjaga imej suami. Bila digelar sebagai perunding imej suami, maka isteri juga perlu lebih-lebih lagi pandai mengurus imej diri. Jangan hanya nampak cantik etika berada di luar rumah, sedangkan ketika di rumah baju T-shirt dan kain batik menjadi pakaian utama. Cuba ubah situasi ini jika anda ingin menjadi isteri dambaan suami anda.
8. Menjaga keluarga mertua - Tidak dapat tidak untuk menjadi isteri dambaan suami, jangan hanya menyayangi suami anda akan bahagia. Anda perlu menjaga hati semua ahli keluarga sebelah suami anda. Percayalah anda benar-benar menjadi dambaan suami apabila anda mengambil berat tentang sakit demam mertua anda. Anda menjaga mertua anda seperti ibu kandung sendiri. Kerana itu semua akan membuatkan suami anda rasa dihargai dan menerima dirinya dan keluarganya.

Tentang Penulis :: Menggunakan Nama Pena *Si MataTajam*,seorang Home minister & ibu yang penyayang kepada Muhammad Naufal Khalish.....Berasal dari utara semenanjung.Berbelog untuk mengisi masa lapang dan mencari kenalan baru di dunia maya.
Jom Follow Blog beliau --> Mai Nak Cerita
eca cakap-cakap :: menjadi seorang isteri menjadi idaman semua wanita (eh,asal macam pena dengar je ayat ne?!.hahaha).Bila da jadi seorang isteri,kita bukan sahaja mengahwini lelaki yang kita cintai,malah haruslah juga menjadi pelindung,pedamping dan paling penting teman terbaik kepada suami ye.
p/s :: baca entry macam ne yang buat daku tak sabar je nak kahwin.sabar ye eca,cari calon dulu.hahaha :P
8 Comments
semua org nak menjadi yg terbaik.. insyaallah kalau kt berusaha pasti berjaya..
ReplyDeletedoa buat eca moga dipertemukan jodoh yg terbaik.. tgk x astro selami jiwa edisi yg ade an ngasri tu.. best tau..
wahhhh... hehehe... ;) bagus ni eca..
ReplyDeleteKan....!!
ReplyDeleteKita samalah eca, bila baca entry ni, rasa tak sabar2 nak nikah..!
moga ALLAH ketemukan kita dengan jodoh yang sesuai...!
Ameen...!!!
Apapun, semoga berjaya buat Kak M.. :)
bsar tangungjawab..huhu..yg last tu jg mentua..hohoho..bru tringt..lame tak tepon bakal mentua.. :p
ReplyDeleteInsyaAllah moga dapat menjadi isteri yg sempurna di mata suami :)
ReplyDeleteuwaaa.. like like...
ReplyDeletepanduan ni eca.
kalau kau kawen jangan lupa jemput
ReplyDeletetips yg sgt2 bagus...
ReplyDeletejgn lupa pratik tau eca!! heeee
Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*