TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Wordless Wednesday #77

Assalammualaikum


pada suatu petang  di Tanjung Aru Beach 2




p/s : Sunset View from Tg Aru Beach memang lawa.
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Wordless Wednesday #76

Assalammualaikum.


baru dapat blogging bila budak kecil ini tidur.





Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Menjadi Aku #rintihan seorang aku.

Assalammualaikum
pada perkataan "aku",itu cuma kata ganti nama diri pertama.
yang "aku" belajar saat "aku" mula melakar kata.
bukan atas sekeping kertas,cuma dari sekeping hati.
terima kasih "aku" ucapkan.

Menjadi Aku.

Sesuatu dalam hidup ini,
bukan aku yang tentukan,
Orang kata itu takdir,
tapi bagi aku,
itu coraknya.

Kamu ingin menjadi aku,
aku cuma tersenyum,
nyata kamu belum mengenali aku,
disebalik satu nama,
bersembunyi rahsia itu.

Kamu mendewakan aku,
aku tertawa disebalik sinisku,
siapa aku untuk itu,
jauh dan tak ingin kugapai.

Kamu bukan dirimu,
tentu sakit sekali,
aku cuba mengerti,
hanya sakit kurasakan.

kamu,
ingat pesanku,
dengar rintihku,
berhenti jadi aku.

berhenti jadi "aku",boleh?!..aku mohon.


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Kelebihan Membaca Al-Quran

Assalammualaikum.

hari ini,eca nak kongsi satu post yang eca perolehi dari website QuranKini.Eca ada menulis mengenai website ini semalam di entry "Menjana pendapatan disamping berkongsi ilmu agama"
 

Kelebihan Membaca Al-Quran & Kerugian Bagi mereka yang tidak membaca Al-Quran.

Di dalam Al-Quran dipaparkan contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.
Jangan Malu untuk Belajar,dari MALU bila ditanya disana kelak.
So,berminat tak nak belajar Al-Quran tapi MALU?!..nak belajar sendiri tapi takut salah?...Mari beli set QuranKini,lengkap dengan Pen Reader,Panduan Solat dan bermacam-macam lagi.Untuk lihat harga,klik SINI.
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Sop Nama Saya #ReviewBlogger

Assalammualaikum.
nak kenal blogger yang selalu juga cerita pasal anak-anak?..jom kenali Bro Sop.

Menjana pendapatan disamping berkongsi ilmu

Assalammualaikum.
Nak tak kita berkongsi ilmu agama atau juga boleh dikira berdakwah sambil menjana pendapatan sampingan menerusi blog?...eca ada caranya.

Pemenang Monthly GA #Feb13

Assalammualaikum.

Wordless Wednesday #75

Assalammualaikum

Wordless Wednesday #74

Assalammualaikum.

sepetang di UMS....sesaja jalan-jalan cari pasal.
p/s : guna phone vivaz U5i tu je yer...mr kens~ kena pinjam.

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Blogger jual diri

Assalammualaikum.

BLOGGER manalah tu yang gi jual diri eh?!...hahaha...dah dah,jangan gelak sakan sangat,sebab yang gi jual diri tu,eca lah....ada kisah sebenarnya!!!!..dan kisah ini berlaku semasa eca pergi interview pada hari Jumaat & Isnin (kemarin)

kita mulakan dengan interview hari jumaat lalu....Actually,pihak neyh da SMS eca awal-awal sebelum cuti CNY lagi,so ada masa bersedia nak tahu pasal jawatan tu lah..Jawatan yang dia offer ialah Unit Trust Consultant Public Mutual.As you'll know,financial is not my course...eca kan course education,nak jadi cikgu dan kalau boleh nak jadi lecturer.So,g search dengan encik google pasal position tu #yela,kita taktahu apa-apa kan,haruslah SEARCH.

Hasil pencarian eca menemukan eca dengan blog seorang sahabat blogger juga,selalu juga gi mengomen kat blog tu,malah tuan blog tu sendiri pernah juga melawat blog eca ne..Blog yang eca maksudkan ialah sohoque.com...SO,eca pun drop komen dekat one of his entry tanya pasal the job description,then mulalah story-story pasal keja tu,sampai bro ne call eca terangkan camne.

Bila dengar penerangan tu pulak,rasa macam...eh,boleh ke daku jual benda tu..kang orang tak percaya ke apa...so berkat sokongan family,friends & mr skandal,eca pun pergilah.Dipendekkan cerita,eca pergi tu ibaratkan mengulang apa yang eca dah pernah dengar...Rasa bosan lak kan,then one time ne,dia (pihak sana) tanya eca dan other candidates ne ,"After you finished your study,what do you do...minta duit dengan your parents,boyfriend?"...eca terus jawablah,"Im blogging" #kot-kot la dia nak tanya pasal blog ke apa....terus pihak tu cakap camne tau :

"what do you write in your blog,,but you didnt earn money from your blog..eventhough you do this job,you can still blog at night...ala,you do this job,you can find money...find more story to write in your blog...but if you just blog a,your life will be square only...you write about you,sapa mau baca maaaa".# I dont have any oppurtunity tuk balas apa yang dia cakap!!!!.

#terhina,terpukul,terkesima....rasa macam nak cakap camne je kat dia :: "amoii a,saya blogging bukan suka-suka..saya earn money maaa,even saya tulis pasal saya seja,itu lagi baik maa dari saya buat dosa tulis pasal itu keburukan artis cerai sana kahwin sini...saya punya blog a,sudah tolong itu ramai peniaga diluar sana tentang perniagaan mereka maaa..orang cari itu durian crepe sini KK a,dorang jumpa my blog ooo,after then baru dorang jumpa itu peniaga durian crepe ooo.Itu peniaga durian crepe sendiri cakap sama saya a,makin ramai yang order itu durian crepe..dia cakap a,dorang jumpa blog saya cerita pasal itu durian crepe."

SEE,hows blogging help you and others.Eca akui entry mengenai Durian Crepe bukan sahaja menaikkan traffik blog eca,malah menaikkan juga tempahan Durian Crepe Kak Umie...*tetiba cerita pasal Durian Crepe,lapar lak.kuikuikui...Belum pun keluar dari pejabat tu kan,eca da buat muka BOSAN.sorry,kalau ini cara kamu nak persuade me untuk join your company by UNDERISTIMATE a blogger,I'm not interested to JOIN YOU!!!!.[kalau ya pun eca nak JOIN UTC,I'll call Sohoque.com's Owner for futher explaination.hikhikhik]

then,this second interview on Monday lak,ada sesuatu yang menarik minat pihak berkenaan....Eca sebenarnya main terjah je pergi interview,sebab kita taknak duk ruma lama-lama dan asyik minta duit je dari parents...kuikuikui...So,masa pergi sana,ada dua orang lagi yang apply for the position.Then,eca pun cakap dalam hati,"macam tipis je harapan ne.tapi daku ne kan kebal even sebenarnya pemalu...".Bila sesi interview tu kan,macam tak terjangka pun eca gitau pasal 'life as a blogger,how much I earn from blogging dan lain-lain hal berkenaan blog"..seriously,tak de maksud pun nak JUAL DIRI kita ne blogger...but then,itu la juga sebenarnya yang menarik minat pihak disana,she interested with the blog,I guess.

Then,dia tanya lah,eca pun cerita la,camne eca buat blog ne sampai earn sekian-sekian ringgit....design blog,make entry,bla bla bla..dia pula excited.Daku kan oke je..kalau ada orang nak mulakan blog,eca memang sedia nak ajar je....so,kiranya daku yang menjual diri daku ne blogger,ada juga yang berminat kan?!..#garu kepala sebab semalam tak basuh lagi~.~"

dipendekkan entry yang merepek ini dan moral story yang ingin disampaikan ::
1) Tak salah kita inform kita ne blogger,kot-kot dapat membantu kita mendapatkan kerja.Kalau pun tidak berikan kita kerja tu,maybe kita dapat tarik orang untuk membaca blog kita.
2) Gunakan blog juga sebagai medan untuk dapatkan wang poket.Lebih-lebih lagi kepada student mahupun surirumah,dapat jugalah kan earn money sedikit.
3) Blog yang disediakan ini adalah baik jika kita canangkan hal-hal yang baik-baik sahaja,tak perlulah sampai tulis pasal gosip,artis tu cerai,artis ne kahwin lari,artis tu putus cinta,artis ne ada anak takde suami..kan tak elok tu,diibaratkan kita membuka aib orang lain.Setuju tak?!
4) BLOGGING pun satu kerjaya juga jika digunakan dengan berhemah..kan kan kan?!
5) SALAH tu jika kita JUAL DIRI tapi tak salah jika kita inform orang lain kelebihan yang ada pada kita untuk sesuatu yang baik.Contohnya :kalau korang pandai masak,gtau je kat bakal mak mertua pandai masak.Konfirm esok juga ada rombongan~

Majulah industri blogging malaysia kearah mencapai wawasan rakyat celik IT.#eh?!.
sekali lagi,entry schedule tengahmalam....esok jam 10.30pagi ada interview dekat salah sebuah sekolah swasta di Kingfisher,Likas.....doakan eca yer,sebab baca status classmate eca yang lain,rata-rata macam dorang pun dapat panggilan interview yang sama..kena jual diri sebab bagi eca title blogger tu mahal juga.hiks~

hadiahkan seKLIK disini ::
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Jqeury Lazy Load - ringankan blog anda!

Assalammualaikum.

hari ini eca nak share kod yang boleh buat korang ringankan blog tu.

Ranking & Traffik Blog

Assalammualaikum.


seriously,eca SUPER DUPER excited last week,SEBABnya..............eca cek PAGERANK untuk blog ini,dah naik ke PR2....dah 3 tahun lebih berblogging duduk PR1 je,baru neyh naik.Alhamdulillah.....mari eca nak kongsikan pencapaian ranking blog eca yang terbaru kiranya.

Pagerank Blog Cerita Dari Hati


Pagerank atau lebih mudah para blogger kenali sebagai PR,merupakan satu penanda aras tahap kepopulariti sesebuah blog atau website terhadap Google.Angka bermula dari 0 ke 10.Sekiranya blog tersebut berPR tinggi seperti PR10,ia menunjukkan blog tersebut popular.Begitu juga sebaliknya.[in sha allah,eca akan terangkan dan hurai lebih lanjut mengenai Pagerank ini di entry akan datang].

So,PR untuk blog ecadwinkyasha.com selepas update yang dibuat pada 4 Februari lalu adalah ::

Check Google Page Rank

kalau nak cek PR korang,boleh lah masukkan URL Blog korang disini yer.
Check Page Rank of your Web site pages instantly:
This page rank checking tool is powered by Page Rank Checker service
ohya,PR ne dia boleh turun naik yer....ada jadual untuk cek PR kita,kalau tak silap eca,coming soon bulan June...nanti eca cek balik jadual tu yer.....

Alexa Ranking Blog Cerita Dari Hati 

Untuk Alexa Rank,boleh cek di alexa.com..Untuk rank ini,eca memang jauh ketinggalan....sebab traffik blog daku memang kurang sangat-sangat....pemalas memang macam ne =)


Untuk Alexa Rank,terdapat dua aspek yang boleh dikira iaitu Global Rank serta MY Rank (Malaysia Ranking)....Memang agakjauh ketinggalan kan?!....dulu Global Rank eca pernah mencecah 900,000++,sekarang da semakin turun kepada 490,000++.

kali ne nak tunjuk traffik blog yang tak semegah tu...dia kalau tuan blog ne rajin,tinggi la..kalau tuan blog kurang rajin,rendahlah...mengharap entry superperasan hebat tu je tuk naikkan traffik.hehehe.


blog orang lain seminggu 11k eca oiii,kau tu 11k sebulan...kuikuikui.

ini pulak dari Blogger.com...BTW,ne eca nak pesan ye....nampak tak perkataan "Don't track your own pageviews"....korang klik kat situ.Disablekan pengiraan views korang tuk blog korang sendiri..kang tak pasal-pasal,ada yang SYOK SENDIRI tengok VIEWS dia sampai 3,4juta....hikhikhik.#maksudnya disini,korang tidak ambil kira berapa kali korang masuk blog korang dari laptop atau line yang korang gunakan...paam tak neyh?!.

eca sebenarnya nak tunjukk traffik blog dari Google Analytics tapi setiap kali masuk site tu,memang lama baru dapat..ke memang line daku yang lembab tahap super saaya neyh.=.="

Apa-apapun,pencapaian blog ini takkan sebegini hasilnya tanpa kawan-kawan blogger diluar sana yang sudi baca entry daku yang kadang-kala merapu tahap cipan.......kadang-kala syok sendiri dan selalu perasan comel,tak gitu?!...hikhikhik.

fyi : terpaksa schedule entry tengah-tengah malam buta sebab pagi sibuk edit blog & siapkan assignment orang lain....kerja ne je mampu daku buat sebelum dapat kerja tetap >,<"

Bila Blogger Buat Panggilan Hangit

Assalammualaikum.

korang ingat FBI ngan Fara Fauzana tu je boleh buat Panggilan Hangit?!...ada juga budak comel tu yang kenakan eca...dan budak comel tu adalah BLOGGER....#hangit la sangat panggilan dia.

*kringgg kringgg kringgg*  #teponwaburuk,takdebunyi sexy lady!
eca : hello.
dia  : ne eca eh?
eca : ha ah....siapa ne ye?
dia : eca Siti Ashah ......
eca : ye ye,saya.ne siapa?
dia : blog saya dah siap ke?
eca : *alamak,sapa lak tanya pasal blog neyh..terus-terus call* (dalam hati je..)
eca : ne siapa ye....ramai yang dalam senarai ne..
dia : saya lah...Julia.
eca : sapa eh?...nama blog apa.
dia : Julia....
eca : errr...takde pun dalam senarai.
dia : ye ke?
eca : ari tu tanya edit blog email ke dekat FB? *gua dah gelabah,terus buka email,kot-kot ada yang termissed*
dia : email kot..cuba tengok....
eca : betul la takde..... 
dia : takkan takde,lama dah...
eca : betul takde...errrrrrrrrrrrr *glabah dah,housemate pun tergelak-gelak....
dia  : eca,ne NUR lah....
......
tu dia..menyamar sangat jadi Julia yer....................suka tul menghangitkan orang!!!!
orang tu BOSAN kat office dia,tu pasal buat panggilan hangit...kuikuikui.
NUR yang mana satu?!...Cik Nur Amani yang comel tu leh.Mari melawat Blog Beliau eh :
JOM TERJAH BERAMAI-RAMAI.Blog Cik Nur.
by the way,
mohon sesiapa yang nak dieditkan blog,EMAIL atau PM kat FB yer.
eca jarang da topup neyh,biasalah.....kadang-kadang tak tahu nak call sapa.

hadiah seKLIK untuk eca ::
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Monthly Giveaway #Feb13

Assalammualaikum.

seperti biasa,pada tarikh 17 setiap bulan..eca sediakan Monthly Giveaway selama 24jam di blog ini.Syaratnya mudah dan tak menyusahkan.....setiap bulan juga hadiah berlainan dan mari kita lihat hadiah untuk bulan Februari ini :

penutup mata untuk lebih mudah tidur..kain lebut dan comel.
bila travel/balik kampung,eca gunakan penutup mata ne..
supaya dalam keta leh tidur tanpa pedulikan orang lain...hikhikhik.
Syarat-syaratnya :
1) OPTIONAL untuk Follow Blog,Like Fanpage & Follow Google+  (semuanya ada dibawah yer)
2) TAK PERLU buat entry oke?!
3) klik LINI ini --> KLIK.
4) Masukkan Nama,Email & URL Blog diruangan yang disediakan dibawah.



Tempoh GA : 12.00am - 11.59am SAHAJA 17 Februari 2013
Keputusan    : selewat-lewatnya hari Selasa (sebab hari ISNIN,eca BUSY)

p/s : Happy 24years 1month eca! =P
lupa lak,tolong KLIK dibawah ini lagi ::
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

SEGMEN : Song In My Heart.

Assalammualaikum.
gila kentang hari ini menang semangat nak join ga,segmen segala....
kot-kot adalah menyangkut satu kan!hahaha.oke kali ne,nak JOIN Segmen lagi...

untuk syarat-syarat dan penyertaan,boleh baca di SINI dan join sebelum 26 Februari 2013.

Dear Sally,

ada satu lagu buat eca sentiasa tersenyum dan bersemangat...sedang gembira,mahupun bersedih,kecewa,merana,terluka........dengar lagu ini,kembali bersemangat..bait lirik yang menyentuh jiwa dan ianya benar belaka....bila teman-teman lagi mengeluh tentang hidup penuh kedukaan,eca dendangka lagu ini *walau sebenarnya suara daku mengalahkan suara katak panggil hujan!.kuikuikui.  yang penting HATI MAU IKHLAS nak buat kawan tu kembali tersenyum dan menerima semua ketentuan dengan hati yang terbuka.

lagu apa yang eca maksudkan,mari PLAY video ini :


Tajuk Lagu : Hadapi Dengan Senyuman.
Penyanyi : Dewa19

jom hayati lirik lagu dibawah ini 

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi biar terjadi
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua kan baik baik saja

Bila ketetapan Tuhan
Sudah ditetapkan tetaplah sudah
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

*Ulang Daripada Mula
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Segmen: Paly nak bagi topup RM5

Assalammualaikum & Happy WEEKEND!!!!

mentang-mentang hari sabtu,hari ne bangun lewat dari kebiasaan walau sebenarnya setiap hari tidak ada beza untuk daku yang bekerja dari rumah ne dalam erti kata lain *daku masih menganggur!hahahaha*.

SO,hari ini nak JOIN Segmen budak Paly ini...*orang da naik PR2~


join di SINI sebelum 11.59pm hari ini.
selepas 11.59pm tu,korang join Monthly GA #Feb13 eca pulak yer~ 

#harap-harap menang TOPUP.hikhikhik =)


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

HIJABSTER GIVEAWAY BY SHIDAIZY BOUTIQUE

Assalammualaikum.

join GA lagi!!.kali ini dari ::


Join di SINI sebelum 9 March 2013.





Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
Assalammualaikum.

kalau tak join kang,merajuk lak "anak dara" sorang tu..so,mari la JOIN ramai-ramai yer ::

Join di SINI , sebelum 28 Februari 2013.

IntaNBerliaN Mega Giveaway 2013 ditaja oleh ::



p/s :: ESOK ada GA di blog.in sha allah :)

Doa Menjauhi Maksiat

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Assalammualaikum.


semoga dijauhkan dari segala maksiat.
secara langsung mahupun tidak.

amin-amin ya Allah.


Bertunang Menurut Islam

Assalammualaikum.

Bertunang?!..lah,jangan salah sangka lak yer...belum masanya lagi untuk eca.Cuma disini eca ingin kongsikan sedikit hasil pembacaan tentang tajuk yang pernah menjadi perbualan hangat antara eca dan teman serumah.Persoalannya,"perlukah bertunang baru menikah?".
Housemate 1 : nda payah,terus seja kahwin.
Housemate 2 : setuju....lagi bagus nda payah bercinta,terus nikah.
Housemate 3 : aku mau bertunang hari ne,nikah hari yang sama.
Eca : Bagi aku,tempoh tunang adalah persediaan untuk mendirikan rumahtangga.Dimana ianya merujuk kepada tempoh kita lebih mengenali pasangan hidup kita.....kan bagus,dalam tempoh menyiapkan persedian perkahwinan...kemana-mana menyiapkan majlis tu bersama si dia dengan panggilan 'tunang aku'.Nampak macam lagi sweet.Lagipun dalam tempoh inilah kita boleh menguji pasangan kita sebenarnya.
Itu cuma pendapat kami sahaja.Tapi apa pula hukum bertunang dalam islam.....jom baca lagi!!!

bertunang menurut islam

Hukum Bertunang Menurut Islam

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Walhal dengan itu,bertunang adalah satu tuntutan dalam Islam,kerana ianya merupakan titik tolak kita mengenali pasangan kita.Dalam Islam,disyariatkan agar tempoh pertunangan tidak mengambil masa yang agak lama.Ianya agar hubungan itu dapat dielak daripada fitnah mahupun dikhuatiri akan menjurus kepada zina. 

Selain itu,dikhuatiri juga ketika tempoh pertunangan,kita mahupun pasangan akan dikenakan pelbagai ujian.Antara lain,seseorang yang meminati kita ataupun pasangan akan berusaha untuk memisahkan kita.kan agak payah tue..........

So,tak perlulah kita nak bertunang lama-lama.Cukup sekadar 3 ke 6 bulan sebelum melangsungkan majlis pernikahan...takut kalau terlalu lama,"manisnya akan hilang"..kan orang-orang lama da pesan,"kau tu tunang orang,darah manis"...tapi kan,even eca ne bukan tunang orang,darah tetap manis ooo,asyik-asyik nyamuk datang kiss =.="

ishhh,tak boleh blah langsung ayat tu kan.hahaha...so,bijak lah membuat keputusan untuk melangsungkan pertunangan ataupun tidak......bagi mereka yang ingin melangsungkan pertunangan,nantikan entry minggu hadapan mengenai 'Tips Melangsungkan Pertunangan'.

Exabytes Angel Programme - Dapatkan RM50 bila anda SIGN-UP.

Assalammualaikum.

Seperti yang eca dah UPDATE pada Wordless Wednesday #73 hari rabu yang lalu,eca dah tak boleh nak RENEW Pengiklanan EXABYTES untuk 3bulan lagi...Sebabnya klik untuk banner exabytes tidak mencapai TARGET....pihak EXABYTES mensasarkan 40-50 klik untuk setiap bulan...eca punya tidak mencapai TARGET...sedih betul tapi apa boleh buat kan,takkan nak mengamuk pula.So,eca pun beralih kepada satu lagi program dari EXABYTES.

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!

Program yang eca maksudkan ialah :

Untuk pengetahuan korang,SETIAP SIGN-UP korang akan diberikan RM50 terus ke akaun affliates korang.TAPI takleh cashout lagi lah yer.....korang boleh CASHOUT bila dah mencapai tahap minimum cashout rasanya (RM400 rasanya).Komisen yang bakal anda terima bergantung kepada jenis hosting plan yang anda dapat jual gitu...dari serendah RM8 - RM118 - RM388....so,each sales yang korang dapat refer kepada exabytes melalui iklan di blog ataupun refer kepada kawan-kawan yang lain,korang akan dapat komisen.

Mungkin agak lambat untuk dapat komisen tapi tak rugi pun mencuba kan?!.Mungkin satu hari nanti,ada yang tertarik untuk beli hosting dari exabytes thru your blog...tak salah pun letak banner je..hikhikhik.

Kalau nak SIGN-UP,boleh melalui TUTORIAL & LINK yang eca berikan ini :
1) Masuk website ini  [Link Exabytes Angle Programme]
2) Isikan FORM yang disediakan.
3) Selesai isikan form,korang boleh sign-in ke site tersebut.
4) Cari banner script , text ads atau text link,kemudian masukkan ke dalam blog korang.
5) Keep up sales dan boleh cashout bila tiba masanya.


HOSTING untuk website/blog anda
so,berminat,boleh klik pautan yang eca SEDIAKAN yer.
dan paling penting,tak salah mencuba oke?!

Review Blog MiaLiana Smile Smile Smile

Assalammualaikum.

masih lagi mood mereview penaja GA & Contest akhir tahun lalu..kali ne,eca nak review Kak Mia...ala,blogger yang sinonim dengan tagline "Smile Smile Smile"  ^_____________^

cantik & menarik perhatian dengan warna yang ceria header kak Mia ne.

Blogger ini lebih dikenali sebagai MiaLiana berasal dari Johor Bharu,merupakan seorang anak,isteri & ibu kepada anak perempuannya yang dah mula masuk tadika......Berusia 34tahun,bekerja sebagai Assistant Information Technology Officer....atau dalam bahasa melayunya Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat.

Beliau juga dipilih dari beribu graduan OUM di Malaysia untuk menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award juga Anugerah Counselor pada majlis konvokesyen ke-13 OUM tahun lalu.Nak tahu Tips Pembelajaran di OUM ataupun tips belajar sambil bekerja,korang boleh baca entri-entri kak mia dibawah label Study @ OUM.

Komen mengenai layout blog pulak....

1) Susunan Sidebar yang kemas.Eca suka cara kak Mia menyusun sidebarnya.Nampak begitu kemas....Lihat sahaja bahagian sidebar yang tidak terlalu panjang dan tidak melambatkan loading blog...Paling eca suka penggunaan Widget Tabber,yang menggabungkan beberapa gadget antaranya Cbox,Archive,Bloglist & Statistik Blog.Nampak amat kemas.

2) Bahagian MenuTab yang simple.Untuk menutab Kak Mia,setiap linkies dipisahkan dengan bentuk love......amat mencuri perhatian daku ketika menunggu loading blog siap.

3) Suggestion eca,agar gadget "Follow By Email",diletakkan sekali (secara berturutan) dengan Google Friend Connecter (Follower) juga Google+ Follower.Bukan apa,jika ada yang berminat untuk membaca blog Kak Mia,dan tercari-cari bagaimana nak subscribe blog tersebut melalui email,dia boleh nampak terus dibahagian Follower.Agak memudahkan sedikit. *Ini SUGGESTION je Kak Mia...hehehe ^____^

4) keep SMILE & keep blogging.....& kalau ada SEGMEN yang Kak Mia anjurkan,invite-invite la eca lagi yer.hehehehehe :)

Masak lemak si jantung pisang ,
Digulai dengan ikan kering,
mereview blogger buat ku girang,
mari semua kita berkunjung.

mialiana.com
*klik je banner untuk ke Blog Kak Mia.
p/s :: kalau ada segmen review-review blog,ada sapa nak JOIN tak?!.

Tribal Peplum,Dress,Tops & Skirt yang AWESOME dari EA DressBaju

Assalammualaikum.
ini STICKY POST sehingga 14 Februari 2013.entry terbaru,scroll kebawah atau klik pada Older Post.

Tribal Pattern tu korang tahu tak sudah menjadi TREND semasa sekarang...ramai orang dah mula suka dengan pattern TRIBAL neyh....meh meh kita cuci mata sikit tengok camna rupa pattern TRIBAL neyh yer ::

 
ne la Pattern Tribal ne....cuba bayangkan kalau baju korang pattern macam ne.nampak sangat-sangat UPDATE oke.sebab pattern ne menjadi kegilaan ramai......untuk pattern tribal ne,banyak dah ada kat pasaran.Buat dress,skirts,tops or even PEPLUM pun dah ada...tak caya ke,jom eca nak kenalkan korang dekat satu blogshop ne 

EA DressBaju, menawarkan pelbagai koleksi pakaian dengan pattern TRIBAL.

 
Tops 
Harga : RM39.00 (tidak termasuk postage)
Free Size (fit till M)  *agak-agak daku muat tak?!.hikhik.
kalau tak berkenan dengan TOPS tu,jom tengok skirt pulak.


 
Skirt (material COTTON)
Harga : RM45.00 (tidak termasuk postage)
yang ne konfirm muat..sebab saiz sehingga saiz XL.
*terus jeling dekat SKANDAL yang tengah drive dekat sebelah...hikhikhik.

eca da nyatakan,tribal pattern ne ada gak buat PEPLUM yang tengah hot tu kan...jom tengok pulak.



HOT TRIBAL PEPLUM (material - high quality Lycra)
CLEAREANCE STOK : RM35 sahaja!!! 
fit till M je ye....agak-agak muat ke tidak dengan eca yer?!.
ada satu lagi,kaler OREN tau...

Size: fit S
Price: RM40.00(exclude postage)
Lenght: 23inch


sebenarnykan banyak lagi yang ada kat EA DressBaju


dan yang paling menarik hati eca ialah tribal cardigan neyh ::

tapi da sold-out.
UPDATE : TRIBAL CARDIGAN ne akan RE-Stock tidak lama lagi!!!!

kalau korang berminat cuci mata tengok semua design ne,mari lawat blog & Like Fanpage

Instagram : eadressbaju

Design memikat hati si dara,
Sang teruna teruja hendaknya,
mari tengok blog mereka,
pelbagai dress macam-macam ada.

JOM TERJAH MEREKA!............

p/s : meneruskan misi minta belanja encik skandal belikan peplum tu...hikhikhik.

Review A Good Day to Die Hard

Assalammualaikum.

Berkesempatan tengok wayang minggu lalu,walau sebenarnya tak tahu nak tengok wayang apa...Sebabnya eca jenis yang depan kaunter,baru decide nak tengok ceta apa....bukan apa,kalau kita rancang nak tengok satu movie tu,tapi sebenarnya masa tayangan tak sesuai,macam tak best pulak kan...apatah lagi,daku bukan jenis orang yang suka menunggu lama.

so last Friday,berkat memujuk sang skandal,akhirnya dia kata,"oke la tengok la wayang tu"..eca jawab,"wayang AKSI apa neyh..best bha"..dan akhirnya tengok movie ::


Filem ini mengisahkan tentang seorang ayah (John McClane - lakonan Bruce Willis) yang mendapat tahu anaknya (Jack McClane - lakonan Jai Courtney) telah ditangkap Polis Rusia dan akan dibicarakan kerana membunuh.Setibanya di Rusia,John terbabit dalam satu kejadian apabila anaknya melarikan diri dari mahkamah bersama-sama seorang banduan.Pelbagai aksi dan halangan terpaksa mereka tempuh sebelum akhirnya semua persoalan dijawab diakhir cerita.Nak tahu siapa banduan itu?.Apa pula kaitan Jack McClane dengan banduan itu...korang kena tonton sendiri di pawagam berhampiran!!!.

Review Filem A Good Day to Die Hard :

Duration - wayang English jangan korang nak expect macam wayang hindi lak yer..movie ini lebih kurang sejam lebih  sahaja.

Aksi - bagi mereka yang sukakan AKSI,PERANG,DARAH dan yang sewaktu denganya,filem ini HARUS anda tonton....Eca paling suka AKSI dimana Bruce Willis menyelamatkan anaknya ketika mereka hampir menumpaskan penjahat....waktu tu kan,ala korang tengok la sendiri yer..tak syok la eca cerita!!..Tapi,movie ini,memang banyak AKSI yang unexpected sangat-sangat.*sila heret diri sendiri ke panggung wayang*

Moral of Story -
1) Air dicincang takkan putus..eh?!....oke,dalam cerita ini,Jack McClane tu taknak panggil bapak dia "bapak"....they just go by name.Sebabnya,dia rasakan bapak dia ne terlalu pentingkan KERJA sehingga tiada masa untuk anak-anak dia...lastly,baru dia sedar...bapak dia ne hebat orangnya dan sayang dekat dia.

2) Do Not Trust your partner!!! - oke,dalam ceta ne,si banduan itu sebenarnya dikhianati oleh partner dia sendiri....selepas tu,dia nak balas dendam,tapi partner tu dengan angkuhnya berkata,"aku berkuasa"...Lastly,dengan bantuan dan kerjasama seseorang,mereka menumpaskan partner si banduan itu...siapa seseorang itu,korang kena tengok sendiri oke?!.

Eca bagi 4.5/5 bintang..sebab daku suka action movie sebenarnya..hahaha.
tapi masa tengok wayang ne kan,sangat-sangatlah SAKIT HATI bila sang skandal boleh pulak TERTIDUR dalam cinema tu....hilang mood weiiii!.Sebab eca ne jenis yang SUKA MENGULAS dan SUKA EXPECTED apa yang berlaku selepas itu,tapi takdelah sampai RIUH satu panggung...geram tul bila dia tidur...terpaksa SIKU-SIKUkan dia..Dah siku-sikukan dia,boleh lak dia say SORRY SORRY SORRY,grrrr!!!.pastu tidur balik..dua tiga kali siku,terus tak peduli,sebab tengok couple yang duduk sebelah kami pun,pakwe dia TERTIDUR..eca mampu senyum je dekat amoi cina tu.=.="

Antara filem Die Hard yang lain ialah :
Die Hard (1988)
Die Hard 2: Die Harder (1990)
Die Hard with a Vengeance(1995)
Live Free or Die Hard (2007)
A Good Day to Die Hard (2013)

untuk maklumat lanjut mengenai Filem Die Hard,korang boleh baca diwiki.[Die Hard]

#nak tengok filem Journey To The West lak....orang kata MANTAP.

Review IntenseDebate Comment

Assalammualaikum.

bermula semalam,dalam jam 3 gitu..eca dah start gunakan IntenseDebate.Benda ne adalah salah satu widget untuk drop komen di blog...means here,kotak drop komen yang lama tu telah disembunyikan dan digantikan dengan IntenseDebate ini.Jom checkout sikit melalui gambar :
Inilah rupa widget IntenseDebate neyh.....untuk korang,boleh masukkan Name,Email,Website....jangan risau,email tu takkan display dekat komen..lagipun,eca dah set,komen korang takkan terus appear dekat post tu,semua komen kena moderate...kena lulus "KOMEN KEGILAAN TAHAP GABAN" untuk blog daku ne,tak lulus...KOMEN ANDA SEDIA UNTUK DIBUANG KE BAKUL SAMPAH...#kejamtak?!

Tapi,eca rekomen korang,agar daftar IntenseDebate neyh!!!!.Bukan apa,bila korang dah daftarkan,tak perlu susah payah nak taip kembali nama,email,website pe semua tu ehhhh,buat susahkan korang je tau!.Bila da daftar,korang login macam biasa,pastu boleh terus drop komen tahap kecomelan tuan punya blog yer =)

JANGAN RISAU,kalau korang DAFTAR IntenseDebate ne,tak letak widget kotak komen macam gambar diatas pun takpe..takde kesan kepada template blog pun..takkan ganggu blog korang.CUMA akan lebih memudahkan korang tuk komen diblog yang meletakkan widget IntenseDebate je tau~

dan paling best bila ada widget ini,korang secara tak langsung MEMBERIKAN BACKLINK kepada blog korang sendiri.Caranya bagaimana,rujuk gambar dibawah ::

eca gunakan COMMENTLUV tau...dengan adanya commentluv neyh,korang just perlu masukkan URL BLOG dan nanti,tajuk entry terbaru/sticky post korang akan kelihatan di KOMEN korang tu...lihat lagi gambar dibawah untuk pemahaman lanjut :

Pada komen-komen dalam gambar,perasan tak ada memaparkan "My Recent Post".....,itu adalah tajuk entry terbaru mereka.So,boleh berikan backlink kepada diri sendiri bila kamu datang mengomen disini.Lagipun,ianya memudahkan eca untuk TERJAH korang kembali...tak perlu susah payah nak masuk Blogger/Google+ Profile tuk masuk ke blog kamu...eca ne ingatan LEMBAB,payah nak ingat URL Blog orang lain,apatah lagi kalau URL panjang macam nama bakal suami kepada bakal mak mertua aku punya anak punya jiran punya sepupu punya adik ipar.

Bila ada KEBAIKAN,tentu ada KEBURUKAN juga kan?!....apa yang eca kurang BERKENAN dengan widget ini adalah loading yang boleh dikatakan 'sempat daku lapar kalau makan maggi baru nak berak'..*watdefekpunyacontoh!...maksudnya = LOADING LEMBAB,korang mungkin kena refresh sekali,duakali,tigakali atau mungkin berkali-kali-kali-kali-kali.

mari lah daftar IntenseDebate kalau berkenan yer yer yer yer yer.....

Terima Kasih Encik +Ikhmal Malique atas tutorial ini yer....silakan mengomen disini dan eca doakan agar ur PR pun naik juga *__________*

#cerita pasal PR...apa itu PR,tunggu entry eca nanti yer.hehehehe.

Wordless Wednesday #73

Assalammualaikum.


sedih betul..lepas ne da tak dapat RM50 tuk 3bulan kontrak..terpaksa guna affliate je lah yer
=.="

Blog Berwajah Baru

Assalammualaikum.

Dikesempatan ini,eca nak ucapkan "Thanks So Much" untuk Ibu Alisha & Aqilah....seriously,kerja-kerja mengedit blog ini berkembang sejak edit blog beliau tahun lepas....so,untuk kali ini,eca nak tunjukkan dua hasil blog yang baru sahaja eca siap edit minggu lalu.,,yang ne pun menempah selepas berkenan dengan hasil edit blog IntaNBerliaN yer....



Blog ini bertemakan Pink+Rose....dia pilih 'rose' sebab suaminya yang gemarkan bunga ros...wah,romantik gitu...*as a woman,I should be jealous~..hahaha.So,eca pun buat menurut permintaan pelanggan.So far many kind of rose *dan eca bukan penggemar bunga..thats why nampak ros yang pelbagai jenis.Ros yang baru nak berkembang,ros yang kembang setaman,ros yang malu-malu nak berkembang..hikhikhik.

Untuk Blog Nazirahnyerr,eca try buat scroll pada archive tapi bila buat,semua tajuk entry tu tak keluar.I am so disappointed with it...tak tahu apa kes.Eca juga siapkan frameshoutbox berlatarbelakangkan beads berwarna pink & perkataan Assalammualaikum tu,eca tukarkan gambarnya.

Eca paling suka buat tab dia,tapi I think I make a mistake there!!.Eca tak kontrakan warna pada tab,maybe ramai yang akan terlepas pandang tentang tab yang berada ditepi sebelah kanan tu.........ce tengok,ada tak?




Blog ne pula,I think,I do a lot of mistake...Kak Su minta kaler purple + baby blue..tapi eca tak perasan 'baby blue"..dalam kepala asyik fikir purple purple purple..dah hampir siap,baru teringat kaler baby blue..tapi daku ne boleh gak dikategorikan dalam kategori buta warna,so tak tahu la,kaler blue yang eca letak tu baby blue ke atau kategori lain?!.hahaha~

blog ne,eca tambahkan shoutbox,alang-alang da sediakan frame shoutbox.Dekat shoutbox tu,ada gambar Syawal tau~...so,pergilah drop 'hye' dekat Syawal.....dan eca juga sediakan menutab,even Kak Su tak minta.hikhikhik....dan masalah paling besar yang eca alami,bila FOOTER tak leh nak upload.Maksudnya,dekat kod dah sedia.....dengan gambar yang sepatutnya.Tapi bila save tak keluar pun...*sakit hati betul lah!!!!..

Perkara sama berlaku untuk blog kak Su bila archive pun tak leh nak letakkan scroll.Asal letak je,hilang terus isinya..gerammmmmmmmmmmmmmmm,sebab blog-blog sebelum ne,oke je.Dua blog ne masalah lak..ke eca yang bermasalah ne?!..Lepas ne,eca akan cuba gunakan template lain.Blog-blog sebelum ne gunakan Picture Window Template dan diubahsuaikan...mungkin,untuk blog akan datang,eca akan gunakan template simple je......and its take a lot of code need to be change.=.="

nak melawat blog mereka,klik banner dibawah ini ::
    


ada 1 blogshop yang tak siap-siap lagi,dua blog peribadi yang hendak disiapkan dalam minggu ne,,,dan minggu ne jugalah daku ada interview kerja.oke oke,a lot of work,,,izinkan daku bercuti-cuti dulu dekat kampung yer...... =)

Korang nak apa?!!!!!.

Assalammualaikum.

uina...tajuk kemain ganas!.lempang sikit muka dak eca tu yer.hikhikhik.Actually,entry ini adalah entry AUTOPUBLISH...kuikuikui,disaat anda sedang membaca entry ini,daku sedang bersuka ria menyambut birthday babychenta yang ke-dua tahun...sedang khusyuk menaip entry untuk minggu hadapan,daku terpanggil pulak nak tanya pendapat korang...

Korang nak apa dari blog eca neyh?!Nak eca tulis ceta apa?!
Minat baca ceta yang macam mana dekat blog eca neyh?!
ke korang suka baca puisi-puisi yang eca tulis selama ne?!
pendek kata,KENAPA KORANG SUKA BACA BLOG Eca 
#selain tuan blog yang perasan comel gituwwww~.

dah dah,tak hingin daku nak nyusahkan korang buat entry segala yer...just drop kat komen je.
biar daku baca sorang-sorang dulu....nanti baru daku updatekan tuk tatapan korang.

SILA GRAB peluang ini untuk KUTUK,KOMEN,KRITIK habis-habisan blog picisan ini.
last but not least,nak tunjuk muka tuan blog yang perasan comel gitu.gambar pernah diupdate dalam Wordless Wednesday #69....menjawab pertanyaan dan komen anda di entry itu ::


Arol, itu bukan cincin tunang.Gila cincin tunang simple gitu,akak nak cincin bertakhtakan berlian...tunjuk dekat Arol,biar silau je nampak..*ngade betul kan*

AJ, biasalah seat GSC besar,pulak da tengok wayang midnight..sah sah tak ramai orang.Tu yang orang sebelah tu selamba je naikkan kaki..++ dorang tu GAY ~hahaha.

MV & Solehah ,thanks my dearies.....eca jenis yang simple nak kuar gimana-mana.Even blusher pun takde,pakai bedak Silky White (pink)...gincu secalit (pink)...minyak wangi sembur dua-tiga tempat.

Cik Nur, haruslah jelingan manja..kuikuikui...kita tengok wayang cinta-cinta je.hahaha~

PK, mari mari tengok wayang,tapi PK belanja! =P



haish..nak tulis entry pendek je,tertaip panjang berjela.maafkan hamba.
#jangan LUPA DROP KOMEN yer!

Pesanan Roh kepada Manusia

Assalammualaikum.

eca ingin berkongsi satu artikel dari FB yang eca baca.Amat berguna untuk kita semua dalam memuhasabahkan diri kita...ya,ianya tentang 'roh,kematian,amal dan akhirat"....Biar setinggi mana ilmu,seluas mana harta,sedalam mana pengalaman,kita semua pasti akan melalui ini.Setiap yang bermula,pasti akan berakhir.Mari baca artikel dibawah ini :

Pesanan Roh Kepada Manusia.

Apabila roh keluar dari jasad, ia akan berkata-kata dan seluruh isi alam sama ada di langit atau bumi akan mendengarnya kecuali jin dan manusia. Apabila mayat dimandikan, lalu roh berkata : "Wahai orang yang memandikan, aku minta kepadamu kerana Allah untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan sebab pada saat ini aku beristirahat daripada seretan malaikat maut". Selepas itu, mayat pula bersuara sambil merayu : "Wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Begitu juga jangan menuangnya dengan air yang dingin kerana tubuhku terbakar apabila terlepasnya roh dari tubuh".

Apabila dimandikan, roh sekali lagi merayu : "Demi Allah, wahai orang yang memandikan jangan engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka dengan keluarnya roh" . Setelah dimandi dan dikafankan, telapak kaki mayat diikat dan ia pun memanggil-manggil dan berpesan lagi supaya jangan diikat terlalu kuat serta mengafani kepalanya kerana ingin melihat wajahnya sendiri, anak-anak, isteri atau suami buat kali terakhir kerana tidak dapat melihat lagi sampai Hari Kiamat.

Sebaik keluar dari rumah lalu ia berpesan : "Demi Allah, wahai jemaahku, aku telah meniggalkan isteriku menjadi Balu. Maka janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim dan janganlah kalian menyakiti mereka. Sesungguhnya pada hari itu aku telah keluar dari rumahku dan aku tidak akan dapat kembali kepada mereka buat selama-lamanya".

Sesudah mayat diletakkan pada pengusung, sekali lagi diserunya kepada jemaah supaya jangan mempercepatkan mayatnya ke kubur selagi belum mendengar suara anak-anak dan sanak saudara buat kali terakhir.

Sesudah dibawa dan melangkah sebanyak tiga langkah dari rumah, roh pula berpesan: "Wahai Kekasihku, wahai saudaraku dan wahai anak-anakku, jangan kamu diperdaya dunia sebagaimana ia memperdayakan aku dan janganlah kamu lalai ketika ini sebagaimana ia melalaikan aku". "Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku telah kumpulkan untuk warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku". "Adapun didunia, Allah menghisab aku, padahal kamu berasa senang dengan keduniaan. Dan mereka juga tidak mahu mendoakan aku".


Baginda Rasullullah saw bersabda:
Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.



Sambung Rasullullah saw lagi:
Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail as akan menebarkan sayapnya yang di sebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada di sekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail as "Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail as akan menebarkan sayap di sebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang di sekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah swt menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata: "Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah swt " Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah swt dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu.

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah rohnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan." Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata: Tidak ada jalan bagimu dari arah ini Kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu." Apabila gagal malaikat maut mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata: "Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah swt.

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud:
"Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu. " Sebaik saja mendapat perintah Allah swt maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah swt. Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah swt maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang."

Abu Bakar ra telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar ra:
"Roh itu menuju ketujuh tempat:-
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5.Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7.Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah saw: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-
1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

artikel yang agak panjang namun membuatkan kita berfikir.
Sejauh mana amal dan ibadah?..Lengkapkan persediaan kita mengakhiri kehidupan ini?
renung-renungkan dan selamat beramal.

Doa Bertemu Jodoh Untuk Wanita

Assalammualaikum.

dah habis study ne,boleh fikir la kan pasal nak ehem ehem.*kui,otak kuning tul korang kalau fikir daku tengah bercakap pasal Malam Pertama*..hahaha!!!!..Daku pasal fikirkan pasal  JODOH dan Perkahwinan...sampai bila nak duduk membujang ne...umur baru 24tahun,chill-ah!.,tapi sebenarnya,selalu fikir camtu.wakakaka.

So,apakata bagi mereka yang macam eca,kita amalkan doa ini juga yer..

Doa Bertemu Jodoh (Untuk Wanita)




temukanlah aku dengan seseorang yang akan menjadi imamku,sahabatku,kekasihku juga kekasihmu.
Amin Amin Ya Rabbi.


#jangan nak malu sangat baca doa neyh.malu korang jugak yang rugi.hikhikhik.

Review Filem Hansel & Gretel

Assalammualaikum.

Review Filem Hansel & Gretel....tak rugi tengok,eca sampai dua kali tengok,tak TERTIDUR LANGSUNG oke?!..kalau selalu,bila tengok movie kali ke-2 atau tengok mid-night movie,mesti akan lelap 5minit.tapi movie ne TIDAK SAMA SEKALI...best ke tidak,mari baca review dari eca.


Hansel & Gretel,dua beradik yang ditinggalkan oleh ayah mereka didalam hutan pada suatu malam.Ekoran dari itu,mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain untuk mencari jalan keluar.Sehinggalah mereka terjumpa sebuah rumah yang dipenuhi dengan gula-gula.Kerana kepenatan dan kelaparan,mereka berdua memakan gula-gula yang berada dirumah tersebut sehinggakan mereka  terperangkap masuk kedalam rumah yang dipenuhi gula-gula.Rupa-rupanya rumah itu ialah milik seorang ahli sihir yang sangat kejam.Kerana ingin menyelamatkan diri,mereka berdua terpaksa membunuh ahli sihir tersebut.

*camna dorang bunuh ahli sihir tu?!..korang kena TENGOK dengan perasaan berdebar~

Selepas je kejadian itu,mereka berdua ne digelar WITCH HUNTER....kerja dorang memburu ahli sihir dan membunuh ahli-ahli sihir...Sehinggalah dorang dapat satu job ne dan mengembalikan kenangan pada zaman kanak-kanak mereka.....

Apa pula kaitan job mereka tu dengan kejadian mereka berdua ditinggalkan di hutan?
Apa pula yang terjadi kepada ibu bapa mereka?
semua itu akan terjawab KALAU korang gi tengok MOVIE ini sendiri.
Bagi eca,kekuatan movie ini bukan sahaja pada kemantapan pelakon utama sahaja malah juga dari kesemua pelakon-pelakon....Dari segi bunyi,...mantap habis.Ada satu scene tu,eca tak sangka-sangka..sampai dalam cinema boleh lak teriak sebab terkejut dengar sound effect tu....*sampai kena kutuk oleh kawan*

so,eca bagi 4.5/5 bintang untuk movie ini.kenapa tak bagi 5 bintang?!..sebab movie ne kejap je..sejam setengah gitu.....klu lama sikit,banyak scene-scene bunuh-bunuh ke cinta-cinta ke..oke kot!.hikhikhik.yang bawah 18tahun,jangan nak tengok yer.ini cerita kategori dewasa.ada unsur SX & SG.macam eca boleh tengok,dah dewasa sangat kot.hahaha~


p/s : eca tengok movie biasa,bukan 3D..tu juga kot yang tak bagi 5bintang.nak try tengok 3D la pulak.ada sesapa nak belanja..baru RM16 kat GSC Suria Sabah...jom!