hari ini,eca nak kongsi satu post yang eca perolehi dari website QuranKini.Eca ada menulis mengenai website ini semalam di entry "Menjana pendapatan disamping berkongsi ilmu agama"
Kelebihan Membaca Al-Quran & Kerugian Bagi mereka yang tidak membaca Al-Quran.
Di dalam Al-Quran dipaparkan contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.
KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.
Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.
KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN
Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.
Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:
Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong.
Jangan Malu untuk Belajar,dari MALU bila ditanya disana kelak.
So,berminat tak nak belajar Al-Quran tapi MALU?!..nak belajar sendiri tapi takut salah?...Mari beli set QuranKini,lengkap dengan Pen Reader,Panduan Solat dan bermacam-macam lagi.Untuk lihat harga,klik SINI.
1 Comments
thumbs up ! bolehla amlkan selalu penghilang kebosanan ^^
ReplyDeleteTerima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*