TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Monday Blues-lah sangat

Assalammualaikum.

monday blues?!..peh peh apa tu..serius dah lama tak rasa monday blues.Sewaktu eca kerja (GSTT) tahun 2008 dulu,hari Isnin memang tak suka tau!!!.Bukan apa,setiap pagi isnin kat sekolah ada perhimpunan.tu yang menyebabkan monday blues selalu terjadi,lebih-lebih lagi dua hari sebelum itu dihabiskan diatas katil berserta tilam yang empuk.



masa praktikal tahun lalu (june- september) tak rasa sangat Monday Blues ne.Mungkin sebab eca bekerja disesi petang.Masuk kerja pun paling awal jam 11.30 pagi..ditambah pulak hari isnin tak banyak kelas,memang lah tersangat suka...suka pun daku bosan gak takde keja sebenarnya,nasib baiklah wifi pereee..boleh BW sakan~.~"

sekarang ne Monday Blues datang kembali tau!!!.Bukan apa,eca kan balik kampung khamis lalu, jumaat ada makan-makan dengan family + eca buat kek tuk kenduri, sabtu lak kenduri dirumah Mama Tua (kakak kepada mama eca), ahad tentunya menghabiskan masa dengan si babychenta tu, dan isnin ne baru balik KK.tu yang monday blues sangat tu.Bila da balik kampung,spend time dengan family, masak ramai-ramai, makan ramai-ramai.....tu yang payah nak tinggal.Yelah, jarang sangat jumpa kan?!...


so,sekarang Monday Blues sangat-sangat....camne nak hilangkan yer Monday Blues ne...lebih-lebih lagi esok hari pertama eca masuk keja..ala,keja dari jam 3- jam 9 malam je pun nak Monday Blues sangat kan?!..hikhikhik.tapi sekarang memang rasa tak nak balik KK pulak.sebab macam tak cukup je rehat berapa hari ne.eleh,padahal kalau duk KK,kejanya merayap je ntah kemana kan?!..duit takde,asal tengok sunset dah cukup memadai pun.hikhikhik =)


eh,camne eh korang hilangkan Monday Blues tu?!..ada tips tak?!..eca ingat esok lepas keja nak pergi makan pizza, pujuk diri sendiri tuk bersemangat keja macam tu.....baru hari pertama keja da buang duit kan?!..nasib baiklah cek nuffnang tuk bulan Dec & Jan dah sampai ke tangan eca,tu yang semangat keje lebih tu,eh semangat nak makan pizza.hahaha


seriously, camne nak hilangkan Monday Blues eh?!

mungkin ini akan membantu..nak dengar lagu negaraku oke tak?


p/s : eca keje biasa-biasa je tau.asal ada duit yang halal...nak kumpul duit tuk gi konvo bulan 11 nanti.
p/s : tak suka tapi kena gak balik KK.hye yang disana,jom dating lepas keja! =P
p/s : dah takde masa nak tengok sunset lagi...sabtu & ahad je ada masa tau.. :(
p/s : jangan nak minta belanja bila gaji eh,duit gaji tak cukup..nak kumpul tuk kawen jugak.#gedikje.
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Wordless Wednesday #85

Assalammualaikum.

lama tak jumpa budak cute ne.last jumpa masa bday dia 9 Feb..minggu ne baru nak jumpa balik.
ohya,time ne dia kena buli...kitaorang cakap kat dia, "nurul tu pukul mummy,kami ambil mummy nurul".
tu yang dia menyangkut je dengan mummy dia.biasalah budak baur bangun tidur,mana mood terus oke kan..nak kena pujuk,nak kena buli sikit.nasib kau la nak dapat mama-mama yang kaki buli.


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Wordless Wednesday #84

Assalammualaikum.



Saturday - 16 March - 06.00pm - Sutera Habour,Sabah

p/s : JANGAN TANYA mana GAMBAR...card reader eca ROSAK,dslr kabel lak dengan abang.=.="
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Resepi Agar-Agar Buah

Assalammualaikum.
hari ne kita main masak-masak yang mudah.tak perlukan Chef Wan dalam entry ini ye...Chef Eca cukup dah..so,makcik-makcik yang ada anak teruna,akak-akak yang ada adik lelaki,adik-adik yang ada abang...sila cepat gtau yang bujang tu saya masih bujang lagi.#eh?!...melalut betul!.dah,g amik pen dan kertas ye,kelas memasak nak mula...

Resepi Agar-Agar Buah


Bahan-bahan :
  • 2 pek serbuk agar-agar (yang kat kedai harga RM1-RM2 tue)
  • 1/2 susu manis (nak lagi manis,tambahkan je susu..sebab resepi ne tak guna gula)
  • 1 cawan air
  • 1 tin buah-buahan campur (gunakan sekali air buah tu yer...jangan membazir)
  • susu cair (ikut suka,sebab yang ne kita letak time nak makan je pun.hikhikhik)
Cara Memasak :
  • Didihkan secawan air & 2 pek agar-agar tersebut.
  • Bila serbuk agar-agar agak larut,korang masukkan air buah-buahan dalam tin tu ye. (AIR dia je tau!)
  • Agak-agak dah mendidih,sejukkan sebentar kemudian tuangkan susu manis ke dalam tu.
  • Selepas tu, masukkan kesemua buah-buahan dalam tin tu.
  • Dah sejuk,boleh masukkan ke dalam peti ais.
  • Agak-agak dalam dua jam dalam peti ais korang da boleh makan.Time nak makan tu,potong kecil-kecil dan letakkan susu cair diatas agar-agar kita.

Agar-agar ne eca buat dah lama,masa birthday eca bulan Jan (lambat gila up entry.hahaha).Habis oleh adik sepupu eca yang baru masuk tadika sambil mulut dia cakap,"sedappppppppp oo kak eca"...oke makcik,tu tanda makcik dah boleh masuk meminang tawww.cepat sikit boleh tak,saya da bosan tidur sorang.hakhakhak. =P

p/s : kalau waktu panas makan manis-manis macam ne kan bagus.

Resepi Nasi Lemak Ikan #terjun.

Assalammualaikum.

kali ne nak kongsi resepi yang amat sesuai tuk dijadikan sarapan.Malaysian Most Favourite Breakfast Menu..iaitu Nasi Lemak.Kali ne eca kongsi satu resepi yang sangatlah mudah sebab tak sampai sejam dah siap oke?!...tak caya leee tue~

Resepi Nasi Lemak Ikan



Bahan-bahan :
untuk nasi lemak.
  • Beras 3 cawan 
  • Santan 1 peket
  • Air secukupnya

untuk sambal ikan (ikan masak merah je puwn).
  • ikan agak-agak setengah kilogram
  • bawang merah 3 biji (ditumbuk)
  • bawang putih 5 ulas (ditumbuk)
  • bawang besar 1 biji (dihiris)
  • cili boh 4sudu makan
  • sos cili 4sudu makan
  • sos tomato 1sudu makan
  • kicap 1sudu makan
  • nak pedas tambahkan cili padi.
  • serbuk kunyit - untuk menggoreng ikan
  • garam secukupnya.
  • air secukupnya.

Cara Memasak :
  • siang ikan,bersihkan & kemudian goreng (peram ikan bersama kunyit & garam sebelum menggoreng)
  • Bersihkan beras,kemudian campurkan serbuk santan dalam beras tadi.Gaul sebati & tambahkan sedikit garam.Kemudian,tambahkan air mengikut sukatan beras.
  • eh,tengok-tengok gak ikan kamu tu,jangan sampai HANGUS lak yer..garingkan sedikit sahaja tau.
  • Dah habis menggoreng ikan,buat sambalnya pula.
  • Panaskan minyak,kemudian tumis bawang merah & bawang putih sehingga naik bau.
  • Dah naik bau,masukkan cili boh dan masak sehingga keluar minyak.
  • campurkan sos cili & sos tomato.
  • Didihkan sebentar dan masukkan bawang besar yang dah dihiris.
  • Dah agak layu bawang besar tersebut,masukkan sedikit air.
  • Last masukkan kicap & sebatikan rasa sambal kamu.
  • Dah masak semuanya,masukkan ikan goreng tadi ke dalam sambal dan sebatikan.
  • kalau nasi da masak,boleh la terus makan yer.

seriously,tak sampai sejam dah siap tau.kalau lagi expert tak sampai pun setengah jam..eca rasa eca masak dalam 45minit je tau..expert tak expert?!....hahaha,tapi ne nasi lemak ikan versi SIMPLE eh...bukan versi pemalas.kalau versi pemalas,guna je sambal ikan tin tu.hikhikhikhik.


err,makcik..saya sayang anak makcik.agak-agak makcik boleh masuk meminang saya tak?!.kuikuikuikui.
p/s : BREAKFAST korang apa eh pagi ne.....ke terus BRUNCH ke?.....
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Pemenang Monthly GA #Mac13

Assalammualaikum.
sebelum eca umumkan pemenang,jom la blogwalking ke peserta yang sudi drop down link mereka di ruangan yang eca sediakan....sehingga pukul 11.59pm semalam hanya 15 orang peserta je yang dah letakkan link.Bila eca tengok pagi tadi,bertambah 3link.salah eca juga sebab tak CLOSED terus widget tu dan benarkan korang letakkan link.SO,sebagai mengikuti syarat-syarat,hanya peserta 1-15 je yang eca akan buat perhitungan tuk mencari pemenang ye....jangan risau buat yang 3 lagi tu,bulan hadapan eca buat lagi tau..
jom BW ke blog mereka neyh ::


so pemenangnya ialah ::

http://nusha1706.blogspot.com/
http://sallyyatiey.blogspot.com/
http://tedannasayang.blogspot.com/


kepada pemenang,sila hantarkan detail berikut dengan segera ke ecasha.89@gmail.com

Nama :
Alamat :
No Phone :
URL Blog : 

kalau boleh sebelum malam ne,sebab esok eca mungkin akan kuar..dapatlah pos sekali hadiah tu yer.
so,next month korang JANGAN LUPA tau....setiap 17haribulan Monthly Giveaway ini akan berlangsung selama 24jam...hadiah tuk next month,..eca tak fikir lagi,doakan je rezeki semakin masuk supaya eca pun boleh beri hadiah-hadiah yang HEBAT gitu...[jangan berangan eca nak bagi VIVA sebijik sudah,daku pun takde..orang punya yang eca duk tumpang hari-hari adalah..nasib baik encik skandal baik hati bagi drive keta dia....hahahaha] 


p/s : any suggestion nak hadiah apa next month tak?..eca cuba usahakan dapatkan.hikhikhik.
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Komisen Pertama dari QuranKini

Assalammualaikum.

eca pernah bercerita tentang program Affliates ini sekali di entry INI,malah eca juga pernah update satu entry yang eca kongsi dari program itu sendiri (Entry Kelebihan Membaca Al-Quran).Ketika eca mula join program affliates ini,tidak terlintas langsung dibenak untuk mendapatkan komisen yang amat tinggi memandangkan komisen dibayar apabila kita dapat membuat sales.Maksudnya disini,orang membeli Quran Digital itu melalui pautan kita yang telah disediakan oleh pihak berkenaan.

Pada hari Sabtu yang lalu (apahal da macam karangan UPSR lak ne...alahai =.=")....oke,hari sabtu yang lalu eca kuar dengan abang & awek dia.Balik je dari rumah,terus cek email (kita takde hp memahal tuk online dimana sahaja tau,cian kan?!)....so,dah cek email tu,terkejut seketika bila dapat email dari pihak QuranKini menyatakan eca telah perolehi komisen hasil jualan QuranDigital.


komisen QuranKini terus masuk ke akaun Maybank eca tau...sangat bersyukur atas rezeki ini.pihak QuranKini juga bagi maklumat pelanggan tu tau..boleh la eca email & berikan sedikit bonus..ole-ole dari Sabah agaknya sesuai sebab pembeli ini dari Johor oke?!..camne eca boleh tahu?!..alahai,dunia hujung jari anda bukan payah pun,dapat email,cek kat FB je kan.....kuikuikui.so kepada rerakan blog yang berminat,boleh la apply untuk sertai program ini.Maklumat lanjut,boleh baca di entry Menjana Pendaptan disamping berkongsi ilmu


lain-lain affliates yang eca sertai :
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

p/s :: rezeki itu ada dimana-mana.eca percaya penuh,biar dari dalam rumah sekalipun.
p/s : agaknya rezeki sapa menang Monthly GA #Mac13 yang dijalankan semalam eh?..tengahari atau petang eca umumkan.

Monthly Giveaway #Mac13

Assalammualaikum.

17 March da datang dan seperti biasa,eca memang akan sediakan giveaway bulanan untuk semua.syarat mudah dan hadiah untuk kali ini eca dah up..selalu untuk dua pemenang,tapi kali ne,eca sediakan untuk 3 pemenang..yola,bulan march ada rezeki lebih sikit,tak salah eca kongsi lebih sikit kan?

Sheep Placenta .. Essential Nose Mud Mask.
benda ne macam Shisedo tu a..(eh,betul ke eca eja tu..hikhikhik)
for whitehead & blackhead removal.dan ianya ternyata berkesan tau.satu pek leh guna dua-tiga kali.
kalau nak guna sekali pun oke gak,terus sapu satu muka...dengan bulu-bulu halus dia tanggalkan.
eca dah try oke!!!.dan hasilnya bila kawan cakap,"eh,ko ada p facial ka semalam?","eh,ko ada guna pencuci muka baru?".."eh,muka kau lain sudah"....so,memang sangat berkesan tau!!.
dan dengan ini,eca nak giveawaykan 2 pek kepada 3 pemenang GA bulan ini...means,sorang dapat dua pek tau....untung korang yang menang bulan ne...so,apa lagi,jemput JOIN dibawah ini ::
Syarat-syaratnya :
1) OPTIONAL untuk Follow Blog,Like Fanpage & Follow Google+  (semuanya ada dibawah yer)
2) TAK PERLU buat entry oke?!
3) Masukkan Nama, Email & Url Blog korang pada ruangan dibawah ini yer :
Tempoh GA : 12.00am - 11.59pm SAHAJA 17 March 2013
Keputusan    : selewat-lewatnya hari Selasa.

p/s : Happy 24years 2month eca! =P
tolong klik :


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013


Blog Cerita Dari Hati
D/A  www.ecadwinkyasha.com
Jalan Celcom Broadband
Negeri SukaHati.


Menemui Encik Merah yang kurang kacak tapi comel,
saya,Eca Dwinky Asha,pemilik blog Cerita Dari Hati,dengan ini turut serta dalam kontest yang encik anjurkan iaitu Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013.


kehadapan encik,
sebelum saya mengolah lebih lanjut,izinkan saya memperkenalkan asal-usul blog yang pink ini.Saya mula berblogging pada Mei 2010 namun mula aktif pada akhir tahun 2011.Saya mula aktif apabila menyedari terlalu banyak perkara yang menyeronokkan boleh kita lakukan dengan berblog.Dari menggunakan subdomain .blogspot.com sehingga berdomain sendiri yang berharga RM30/tahun,banyak turun naik yang telah saya alami.Malahan,saya lebih percaya blog saya dari orang lain.

Apa yang seronoknya dengan blogging?...mari saya kupaskan satu persatu.
Pertama,blogging wujudkan satu persahabatan.Bagi saya,sahabat alam maya sangat sukar dicari..bak kata orang,sahabat ketawa merata,sahabat menangis bersama payah.Tapi bagi saya,semua sahabat di alam maya,mereka adalah yang terbaik.Tanpa perlu bersua muka,mereka lebih tahu sebenarnya apa yang kita luahkan dan mereka sering ambil berat.Saya amat percaya hal tersebut.Buktinya,bila tak update beberapa hari,ada sudah yang bertanya kenapa tak upadate?..busy ke?..sakit ke sampai tak update?..mereka lebih memahami,sangat.

Kedua,blogging mengajar erti menulis dengan jujur.Sebagai blogger,saya seringkali diingatkan dang diajar agar menulis dengan jujur.Apabila menulis,semua hasil penulisan itu bukan sekadar penulisan tapi ianya lebih kepada isihati diolah dalam bentuk penulisan.ya,saya menulis dari hati.marah,suka,duka,ketawa,menangis...saya luahkan dalam blog.Maka,saya amat jujur dalam menulis.Itu juga menegaskan saya kurang berminat dengan entry copypaste semata-mata dengan tujuan menaikkan traffik blog,melainkan entry tersebut sesuai dengan niche blog ini dan backlink diberikan kepada penulis asal entry tersebut serta entry yang dikongsi itu mendapat keizinan dari empunya entry.

Ketiga,blogging buat saya lebih peka kepada isu semasa.Dengan blogwalking,saya sekurang-kurangnya melawat lebih dari 30blog setiap hari.Ekoran dari blogwalking tersebut,saya pasti akan membaca isu-isu semasa yang diupdate oleh rakan-rakan blog yang lain.Biarpun tidak melihat Buletin Utama,saya tetap tahu perkembangan semasa malah saya lebih tahu perkara-perkara yang tidak dipaparkan di dalam berita TV.

Keempat,blogging beri saya sumber rezeki.Tanpa saya sedari,saya mula mendapat duit sendiri melalui blog.Bukan sekadar kerja yang saya lakukan iaitu servis edit blog yang mula mendapat perhatian,malahan juga melalui iklan-iklan yang saya letakkan didalam blog.Bukan itu sahaja,dengan menyertai segmen,contest mahupun giveaway teman-teman blogger yang lain,peti pos dirumah sewa sering berisi dengan hadiah-hadiah kalian.Ini sudah cukup membuatkan teman serumah irihati...tambahan lagi,bila cek sering datang..pasti orangtua tersenyum gembira sebabnya mereka tidak perlu berikan duit belanja yang lebih pada waktu tersebut.Nampak tak,saya dah kurangkan perbelanjaan orangtua saya..hikhikhik.

sebenarnya,jika diolah lebih mendalam,banyak lagi yang seronoknya dengan blogging.tidak akan terhitung pahit manis dengan blogging.Apatah lagi,jika blog kita mula mendapat perhatian ramai.Inshaallah,akan lebih banyak perkara manis akan datang kepada kita.

sekian sahaja entry yang melayakkan saya untuk turut serta dalam contest ini.Jika teman-teman lain nak turut serta dan kongsikan apa yang seronok dengan blogging,mari sertai Apa Seronoknya Blogging : KWM CONTEST 2013 sebelum 1 April 2013.

yang ingin menang,
ecadwinkyasha


p/s : kalau SKEMA sangat entry ini,korang boleh KLIK X ditepi tu eh.hikhikhik
^_____^,

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.

Wordless Wednesday #83

Assalammualaikum.

en Skandal belanja makan Kebab Ayam (katanya)
nak cuba,boleh pergi ..

Restoran Anak Mami (cawangan Lintas)
sebaris dengan Station One,Bake With Me,di belakang Digi Centre.
Harga : RM6.00 


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Wordless Wednesday #82

Assalammualaikum.


susulan entry jam 10 tadi.
ini hasilnya....Satak Masak Kamheong. *tak tahu ejaan*
lupa lak nama gerainya,nanti eca tanya abang yer,sebab dia yang ajak makan kat situ.

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Wordless Wednesday #81

Assalammualaikum.


orang kata namanya "satak",
penjual kat Pasar Malam Todak KK pulak cakap, "udang lipan".
korang tau namanya apa?


Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Wordless Wednesday #80

Assalammualaikum.


telan liur sendiri sambil update blog nampak gambar ne.
#kbye




p/s : terliur lah tue kan.kuikuikui~
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Glasses, Cat & Gift 2013

Assalammualaikum.

dari pagi tadi sebenarnya nak join contest/segmen/GA segala..tapi ntah napa line buat hal...da oke,sambung layan youtube lak..end-up sampai ke malam tak join.sebelum mata ngantuk,nak join dulu....

Glasses, Cat & Gift 2013

kelolaan : kak Suri dari blog Cahaya Cinta.



dialog mengikut urutan nombor diatas.
situasi : seekor anak kucing tengah skodeng lauk makan malam tuan dia.

tuan gua makan burger ayam
 macam burger daging pulak
tuan gua makan ikan goreng la
tak nak kongsi ke?..sedihnya....


sharp 20 patah perkataan.hikhikhik =)
kalau korang nak meriahkan kontest ini dengan mencipta ayat kreatif berdasarkan gambar diatas,
boleh terjah sini : Glasses, Cat & Gift 2013.



p/s : Kak Suri,eca join yer....harapnya entry menepati syarat & selera kak Suri. ^,^

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Wordless Wednesday #79

Assalammualaikum.


Tanjung Aru,dikala petang hari memadu asmara sambil melihat matahari terbenam.
kan best kalau bawak Mr Kens~
ini guna vivaz pink 8mp je tau~

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Wordless Wednesday #78

Assalammualaikum


cik perasan najewalatipsabah & pengurus.
encik BF pun cakap rupa dia macam "Najwa Latif",gua iyakan je..
kang gua tak dapat bawak keta pulak pas ne.hahahaha~

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Tips Tingkatkan Pageviews Blog

Assalammualaikum.

eca mendapat permintaan dari seorang makcik tu,bagaimana nak tingkatkan PAGEVIEWS Blog...padahal UV dia dah cecah 2k per day..jelly nak mampus daku dibuatnya.hakhakhak.takpe,itu usaha beliau,memang patut dapat UV macam tu,ikutkan daku yang pemalas nak update neyh,memang tak merasa lah 2k tu.so,mari kita teruskan bagaimana nak tingkatkan Pageviews.

sebelum tu,korang kena tahu eh :
Unique Visitors - bilangan pengunjung yang datang blog korang pada satu masa.
Pageviews - bilangan berapa banyak blog korang diterokai.


maksudnya disini, encik A,encik B,encik C datang blog korang pada masa yang sama.Itu dah dikira 3UV.Bagaimana pula dengan Pageviews (PV)?..tadi da dapat 3UV means ada 3PV juga,PV dikira bila encik A yang da masuk blog korang kemudian refresh blog korang sekali lagi,means korang da dapat 4PV...begitu juga jika encik B masuk blog korang dan refresh atau berada lama diblog untuk membaca blog korang....paam tak neyh?..so,mari teruskan cara tingkatkan PV.




Tips Tingkatkan Pageviews.

1) Penggunaan plugin LinkWithin atau Related Post.
Penggunaan plugin ini betul-betul membantu jika korang nak tingkatkan PV,ini kerana bila korang letakkan kedua plugin ini,maka akan keluar kesemua entry berkaitan.Contohnya,korang menulis mengenai Resepi Mee..tentu sahaja semua entry berkenaan resepi akan keluar pada plugin tersebut.Ini akan membuatkan pembaca tertarik pada kesemua entry tersebut dan kemudian KLIK pada entry berkaitan untuk lebih explore mengenai resepi mee. *adakah korang tahu daku sedang lapar ketika menaip entry ini..so,jangan hairan jika contoh pada entry ini semua tentang makanan.

2) Masukkan link entry lama pada link entry terbaru.(ENTRY SUSULAN BERTERUSAN)
Kadang-kadang,kita akan buat entry susulan.Contohnya,hari isnin update entry mengenai aktiviti hujung minggu mengenai sesi "mengumpat di dapur"...hari khamis update pasal resepi hasil "mengumpat di dapur".Bila korang update untuk entry pada hari khamis,masukkan link entry pada hari isnin.Ini akan membuatkan para pengunjung untuk membaca entry tersebut..betul tak?..

3) Pecahkan entry pada bahagian-bahagian (Entry by Part)
Kadang-kadang nafsu akan menerajai hati bila terlalu ingin mengupdate entry....bila dah jadi macam tu,terus nak update sekaligus sampai dua tiga pages baru nak selesai entry tersebut.Bukankah entry sedemikian akan mengundang "KEBOSANAN PEMBACA SAHAJA?"....so,adalah lebih baik jika buat entry part-by-part.Contohnya mengenai percutian korang ke Sabah.Hari pertama melawat Lahad Datu,hari kedua snorkeling kat Pulau Sipadan,hari ke tiga naik Gunung Kinabalu.....tiga tempat menarik tu,takkan semua nak update dalam satu entry.So,pecahkan satu tempat kepada satu entry..ini akan lebih menarik minat.*eh,sebenarnya point ne sama je dengan point no. 2.

4) Letakkan SHOUTBOX pada ruangan lain.
Ada segelintir blogger,bila membuat kunjungan,mereka suka drop komen pada ruangan shoutbox sahaja.So,bila korang letakkan shoutbox pada ruangan lain kemudian letakkan link di homepage,ini akan mengundang pengunjung untuk klik link shoutbox bagi tinggalkan jejak.So,bila berlaku hal sedemikian,ini akan membuatkan blog korang direfresh lagi oleh visitor yang sama...kan da tambahkan pageviews tu.*baca contoh maksud UV dan PV diatas sekali..lebih kurang macam ne lah~ [ce cari shoutbox eca kat mana,pastu tinggalkan link yerrr]

5) PenggunaanWidget lain.
Bagi eca,adalah lebih baik jika korang letakkan dua widget ini dalam blog korang :
 * Archive.
 * Popular Post.

Bila penulisan korang mula digemari oleh para pembaca,tidak mustahil mereka akan scroll pada entry lama.Apatah lagi jika entry korang tu mendapat liputan popular....tak mustahil pembaca akan tertarik.So,dengan adanya kedua widget berkenaan,ini akan memudahkan para pengunjung untuk membaca entry korang even entry tu tiga tahun lepas...hikhik.

ohya,ini satu lagi yer...semakin lama pengunjung berada dalam blog korang,semakin rendah bounce rate korang tu..apa itu Bounce Rate,mohon google yer *_*

bila malas dan kesibukan menerajai diri...++ blog daku takde ceta artis tu kahwin bulan julai.kbye~


Pageveiws dan UV eca memang tak cecah 1k tau,tapi nak juga berkongsi tips ini untuk korang..ngade kan?!.hahahaha.even tak update atau kurang BW pasa last week,still maintain gak lah UV tu...300lebihkurang..so,mari kita tingkat PV & UV sesama ehh....*baru perasan LinkWithin tak letak selepas tukar template hari tu.hakhakhak =P

lagi cara naikkan PV adalah dengan REFRESH Blog korang sampai tangan naik lebam,
pastu tunjuklah PV dah cecah 150juta,mesti orang rasa korang BLOGGER HEBAT.cubalah~
Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda

Tips Melansungkan/Merancang Majlis Pertunangan

Assalammualaikum. 

cuti sekolah bakal TIBA,tentu ramai yang akan mengambil kesempatan untuk melansungkan ikatan perkahwinan..tidak kurang ikatan pertunangan....Jom mari baca TIPS untuk mereka yang akan bertunang tidak lama lagi yer.... 

Tips Melansungkan/Merancang Majlis Pertunangan.

1) Agenda Majlis. Sebelum merancang majlis,haruslah ditetapkan terlebih dahulu agenda majlis pertunangan itu sendiri.Takut majlis itu menjadi kucar-kacir.Apa yang perlu korang titik beratkan adalah : 

- Tarikh & Masa.Adalah lebih baik dilansungkan sekitar jam 10-11.Ini kerana,apabila majlis perbincangan selesai,korang boleh teruskan dengan acara makan tengahari...tak perlulah rombongan pihak lelaki mengeluarkan duit untuk makan diluar...kan da buat penat mereka je.

- Tempat.Kediaman keluarga adalah tempat yang lebih baik kerana kamu tidak perlu keluarkan kos yang banyak.Tak salah juga melansungkan majlis pertunangan didewan,apatah lagi jika rumah kediaman kamu kecil.Takut tidak memuatkan rombongan pihak lelaki....*pernah terjadi dalam hidup ini,terpaksa bersempit dalam rumah yang kecil ketika mengikuti rombongan bertunang....patutlah perasaan tu lain macam je sebelum jalan!!!!.next time,ikut kata hati~

- Wakil.Bagi pihak perempuan,tetapkanlah wakil dari kalangan ahli keluarga untuk menjadi jurucakap/perantara dalam perbincangan.Berkemungkinan besar,pada majlis pertunangan ini juga,ditetapkan hal-hal yang akan datang seperti tarikh perkahwinan dan sebagainya. 


persetujuan wakil adalah PERLU agar tiada masalah dikemudian hari.kalau nak MASUK MEMINANG,sila-sila BERUNDING dengan wakil-wakil eca diatas tu *pakcik & atuk-atuk daku bersongkok tu hah~ 

2) Cincin Pertunangan. -Cincin adalah benda yang amat penting menunjukkan kamu sudah masuk ke alam pertunangan/perkahwinan.Tak perlulah berbelanja mahal kerana lebih banyak lagi yang perlu kamu sediakan.Adalah lebih baik jika kamu membeli cincin ketika Sales atau kamu juga boleh membeli sekali cincin untuk majlis perkahwinan akan datang.Tidak mustahil kamu akan mendapat potongan harga jika membeli dalam kuantiti yang banyak.Jangan pula terlalu memilih cincin diluar bajet kamu. 



bukan cincin tunang gua oke?! 

3) Hantaran Pertunangan. - Bilangan hantaran pertunangan selalu dalam kuantiti nombor ganjil.Seperti : 5 berbalas 7,7 berbalas 9,9 berbalas 11 dan seterusnya.Tak perlu memberikan terlalu banyak hantaran kerana ianya cuma akan membuatkan kamu berbelanja diluar kemampuan.Adalah lebih baik jika barangan hantaran kamu itu boleh digunakan untuk majlis akan datang,contohnya : kain persalinan (boleh dijahitkan untuk pakaian pengantin) serta kasut (boleh digunakan untuk majlis akan datang). 

Antara barangan hantaran yang boleh kamu letakkan : 
1) Sirih Junjung 
2) Telekung & Sejadah *untuk perempuan @ Songkok & Sejadah *untuk lelaki. 
3) Al-Quran. 
4) Kain Ela 
5) Manisan ( kek,coklat dan sebagainya) 
6) Buah-buahan. 
7) Beg Tangan *untuk perempuan @ Dompet *untuk lelaki. 
8) Jam Tangan 9) Kasut *mari beli QURAN DIGITAL

Antara barangan lain adalah : 
 1) buku kegemaran si dia, 
2) gadget (laptop,tab etc,TIDAK DIGALAKKAN kerana hanya akan mengundang PENCURI) 
3) set mandian/wangian.


rombongan wakil lelaki bersama dulang hantaran...agak kurang sedondon bila ada yang tak mengikut tema. 
>,<" nasib bukan majlis gua =P 

4) Baju & Make-up - untuk lebih jimat,RECYCLE sahaja baju raya kamu!...atau boleh sewakan dari butik-butik pengantin sendiri.Tak perlu keluarkan banyak kos disini. - adalah lebih baik jika keluarga terdekat juga mempunyai warna tema untuk baju.Majlis kamu akan kelihatan lebih meriah. - tatarias untuk diri sendiri boleh saja kamu lakukan.Tidak perlu khidmat mak andam.Adalah lebih baik jika kamu meminta saja ahli keluarga mahupun sahabat karib kamu untuk menatarias wajah kamu agar lebih terserlah serinya. 

5) Mini Pelamin. - telah menjadi trend masa kini penggunaan mini pelamin dimajlis pertunangan.Tiada salahnya kerana,penggunaan mini pelamin ini juga boleh kamu jadikan background untuk mengambil gambar kamu dan pasangan *sekaligus,boleh lakukan photoshoot dan gambarnya boleh kamu gunakan untuk persediaan hal-hal berkaitan dengan majlis perkahwinan. - dekorasi sahaja mini pelamin kamu sendiri dan tidak perlulah mengeluarkan bajet untuk menyewa mini pelamin.Barangan yang kamu perlukan (barang-barang boleh kamu gunakan semula untuk menghias bilik pengantin pada majlis akan datang) :: 
1) Kain langsir. - beli sahaja kain siap sedai dijahit. 
2) Bantal-bantal kecil sebagai hiasan. 
3) Hiasan bunga atau rama-rama 
4) Lampu 

 sekarang nak kongsi lak apa yang TAK PERLU KAMU LAKUKAN untuk majlis pertunangan nanti :

1) TAK PERLU KAD UNDANGAN.
-alahai,setakat bertunang je kan?..tak perlu nak kecoh bagai,kalau nak juga kecoh-kecohkan...biar tak perlu keluarkan kos berlebihan sampai nak buat kad pertunangan.Cukup sekadar jemputan melalui telefon,FB,Twitter,Blog dan social network yang lain.[Lagipun,Islam menyeru umatnya "Rahsiakan pertunangan"..baca di entry Bertunang Menurut Islam]

2) TAK PERLU Sediakan DOORGIFT. - biarpun korang agak berkemampuan,tapi tak perlu nak sediakan doorgift.Bukan apa,kadang-kadang kita tak berapa nak anggar berapa ramai yang akan datang bertandang ke majlis itu.Lagipun,kalau terlalu mengada sangat buat pelbagai macam,nanti menjadi buah mulut orang pulak.

tak salah pertunangan itu nampak GRAND,tapi eloklah BERSAHAJA....sebab baru satu fasa..dikhuatiri pulak tak sampai ke fasa seterusnya..jadi umpatan orang lain pulak dah.... 
sama-sama beringat yer 
p/s : eca bertunang?!...nanti da bertunang,baru eca khabarkan. 

Mini Pavlova di Kota Kinabalu,Sabah.

Assalammualaikum.

kalau korang da try pavlova,try mini pavlova pulak......saiz kecil je,sekali ngapppppp!!!.tapi puashati makan even makan satu biji jer.......*makan sebijik je konon..padahal~~~~*
jom layankan gambar mini pavlova yang eca beli last few weeks.
abaikan kesan-kesan yang tak berkenaan....jadi macam tu sebab bawa keta 120km/j..
pavlova pun jadi mabuk dalam bekas~..kuikuikui.

1 set - 2biji mini pavlova - RM5.
close-up sikit.....................


buah peach,buah naga merah,buah kiwi & anggur.....whipping cream tu tak manis sangat.
THUMBS UP!!!!..merasa gak  makan pavlova even mini pavlova je...hikhikhik.

eca beli 3 set...
satu kak jijah punya (lepas mengidam beliau...hahaha)
satu eca kongsi dengan Cik Perasan Najwa Latif (treat her cause sudi jadi driver hari tu)
satu eca bagi dekat encik boifren (Thanks sebab pinjamkan kereta gi interview)

encik boifren cakap,whipping cream tu tak manis sangat..kena dengan tekak dia.tapi buah tu semua bagi kat eca.....nasiblah daku memang suka makan buah.....memang meriah buah atas mini pavlova tu tau!!!.Paling suka bila encik boifren cakap,"berbaloi jugalah pergi  sepanggar semata-mata tuk beli benda ne...nanti kita pg lagi!"..ai lap u sayang~

so,kalau korang nak cari 
Pavlova (RM35) atau mini pavlova (RM2.50/satu)
contact Umie ::
No. Phone : 
0168430546/0128386460

Setiap Ahad,boleh juga dapatkan variasi of kek,crepe,apam di TAMU S.O.T di Giant Kolombong........#pujuk encik boifren dating ke sana lak minggu ne...hikhikhik~


pavlova ne manis,amat kurang sesuai untuk penghidap kencing manis..#eh?!



Rancang PERCUTIAN keluarga disini!
HOSTING untuk website/blog anda