Lelaki-lelaki,hadiah buat isteri/bakal isteri anda.

Lelaki-lelaki,hadiah buat isteri/bakal isteri anda.

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!

Assalammualaikum.
kehadapan lelaki-lelaki diluar sana,terutama kepada encik-bakal-suami.Ini,bakal isteri anda sedang berbicara.Berikut adalah hadiah yang saya inginkan sebelum, semasa dan selamanya ketika bersama awak menjalani bahtera hidup ini.PLEASE TAKE NOTE. *serius bebenor bunyinya..hakhakhak.


HOSTING untuk website/blog anda

Hadiah Terbaik Suami Untuk Isteri Tercinta


1. Hadiah Mendengar :
Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. [encik-bakal-suami,sila sediakan telinga u setiap hari mendengar cerita bakal-isteri u ini,kerana ai seorang yang kuat membebel dan bercakap.]


2. Hadiah Tanda Kasih
Jangan kedekut untuk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yang ada didalam diri anda. [ikut suka andalah encik-bakal-suami nak buat camne,yang penting biar kena dengan tempatnya...kita ne harus bersopan lebih-lebih lagi dikhalayak ramai,depan bakal-bakal anak takpe,sebab itu tandanya ayah sayangkan ibu.]


3. Hadiahkan Sehelai Nota :
Ia mungkin ringkas seperti
“Saya Sayang Awak!.”, 

“saya nak awak selalu!” 

“Senyuman awak buat hati saya tenang.” 

atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi

Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa[mohon letak dalam dompet ai berserta not berwarna ungu 5keping yer,encik-bakal-suami.hikhikhik...tapi,please ayat tu jangan jiwang sangat tau!!!]




4. Hadiah Ketawa :
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah :

“Saya suka ketawa bersama awak.” 
“Saya suka cara awak ketawa”

“Saya suka cara awk berjalan”   dan lain-lain.
[encik-bakal-suami, ai like jika u lukis gambar ai lepas tu buat bentuk love-love banyak-banyak.suwiit je rasa tau!.]


5. Hadiahkan Puji-Pujian :
Sesuatu yang simple seperti :

“Warna biru memang ngam dengan awak la” 
atau 
“Sedapnya masakan awak” 
atau 
“Cantik baju ni sayang!”
[encik-bakal-suami, sila pastikan pujian itu amat ikhlas yer..]

6. Hadiah Bantuan
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yang boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja-kerja rumah dan tambah-tambah lagi jika isteri yang juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga. [kalau encik-bakal-suami tolong ai masak,lagilah ai like....kalau tak reti masak,takpe!Tolong ai urut badan ne,boleh?!]


7. Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. 
Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar-benar dia tak jangka. Bercuti di tempat-tempat yang indah dan romantik. [bunga adalah benda yang cepat layu.So,ai taknak yer...kalau boleh buat kejutan makan malam oke...hikhikhik.JANGAN KEJUTAN BAWA BALIK ISTERI NO. 2 sudahhhhhhhhh]


8. Hadiah Bersendirian
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri. [sebagai seorang blogger, ai perlukan masa bersendirian untuk blog.Masa dating bersama blog,ai taknak diganggu yer encik-bakal-suami.Mohon Alert!!!]
 more than I love you.haha~

9. Hadiah Keceriaan
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.[penat macam mana pun awak,please senyum bila kita berdua..especially saat-saat ai menghabiskan duit u di shopping mall..hahaha #kejam tak?!]


10. Hadiah Riadah
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu. Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang. [ini,u takyah risau yer..sebab ai tak suka sangat sport..tengok bola oke,u boleh bawak ai asalkan yang bermain dipadang itu ialah Amri Yahya.#u tak jeles kan?!]


11. Hadiahkan Doa
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. [encik-bakal-suami,u tak gtau pun takpe,asal u doakan tuk ai,ai da rasa bersyukur.Sebab ai takkan lupakan u dalam doa-doa ai..#comel tak ai?!..comel dari kak ton kan?!]

so,kepada lelaki-lelaki diluar sana,hadiah diatas amatlah bernilai harganya bagi seorang isteri kerana isteri sanggup berkorban apa saja untuk anda.Mengandungkan zuriat anda,melahirkan zuriat anda apatah lah membesarkan zuriat anda.....tanpa isteri,anda mungkin akan hidup membujang.paham dak ne?!....mohon alert ye encik-bakal-suami.

bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.
alahai,meluat agaknya encik-bakal-suami ai baca entry ini nanti..hahaha.
Hye B,ini ayg dah bagi hint tau..mohon alert *flying kiss buat encik-bakal-suami.