Novel ke Drama : Bayangan Rindu.

Novel ke Drama : Bayangan Rindu.

Assalammualaikum.


korang tahu tak novel Bayangan Rindu karya Anis Ayuni?!..that one was my favourite ever.Lama dah novel tu di pasaran tapi sampai sekarang eca ingat jalan ceritanya.Bila novel tu telah diadaptasikan menjadi sebuah movie, haruslah tonton pulak movienya kan?..Movie ditayangkan di Astro Box Office, tapi eca tengok kat youtube je.....meh baca review eca mengenai movie ne.


Novel VS Drama : Bayangan Rindu


jalan cerita. tak banyak beza...Iddya bercinta dengan Baien,kemudian putus.Berkenalan dengan Lutfi tapi akhirnya dapat tahu mereka adik-beradik susuan.Akhirnya, Iddya & Kiew (Umar) meluahkan perasan...tengok movie ne, tak berasa sangat perasaan, baca novel jugak yang best.

latar. movie bermula sewaktu Iddya & rakan-rakan di zaman universiti.Ikutkan novel, ianya bermula sewaktu mereka di zaman persekolahan lagi...Baien menyambung pengajian di Istanbul tapi dalam novel Australia je!.yang lain, semua lebih kurang je.

watak. dalam novel watak Iddya digambarkan sebagai seorang wanita yang memakai tudung tapi dalam movie, tak pun.Eca tahu la sebab eca ingat ada satu dialog si Kiew (Umar) macam ne, "kita kenal dari zaman u rambut tocang lagi..." macam tu la dialog dalam novel tu.

yang lain-lain, ada juga yang tiada dalam movie..rentetan cerita pun ada juga yang berbeza.Contohnya, Iddya diserang oleh isteri Baien sepatutnya sebelum papa dia meninggal tapi dalam cerita ne selepas papa dia meninggal.Contoh lain, malam reunion dorang tu, sepatutnya Kiew yang sediakan sos spageti, tapi dalam movie ne si Iddya pulak.Apapun, movie ne mampu memecahkan tembok sunyi dihari minggu.Jom saksikan yer...


Bayangan Rindu (part #1 | 1jam 28 minit)


Bayangan Rindu (part 2 | 1 jam 26 minit)

kalau korang berminat nak dapatkan novel Bayangan Rindu, sila jenguk laman Alaf21.