TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Dah besar dahhhh...

Assalammualaikum.

Lama eca tak ceta pasal anak sedara eca tu kan?..dalam tak sedar dah besar anak sedara eca tu,makin banyak karenah!.

Kalau dulu rasa ringan je dia...sekarang?.dukung sikit pun eca dah lenguh..tapi yang peliknya,dia ne makan nasi tak banyak..kalau makan nasi...makan nasi putih je...kalau letak kicap,dikeluarkan semula.

Jangan ingat dia tak makan pulak....dia ne kuat makan...eca bagi kek pisang dia taknak kongsi tau.bagi puding kelapa laju je masuk mulut...tu yang dia semakin membesar.syukurlah... :)

Jom layan gambar #babychenta ::

Derma untuk Mangsa Taufan Haiyan

Assalammualaikum.

pernah tak korang BERniat atau TERniat untuk menderma kepada mangsa Taufan Haiyan di Filipina?...bagi anda yang memiliki akaun NUFFNANG, kini korang boleh teruskan NIAT itu....cara mudah dan korang boleh gunakan earnings Nuffnang korang tu!.

Cara mudah :
1) Log in ke akaun Nuffnang anda.
2) Klik pada icon-icon seperti dibawah ini  atau klik SINI.

 

3) Then, korang boleh pilih dua cara untuk derma.
     - melalui earnings Nuffnang
     - melalui akaun PayPal.

4) Kalau anda pilih derma melalui earning Nuffnang anda, boleh teruskan pilih nilai untuk anda dermakan.RM5, RM10, RM25 atau RM50...korang boleh pilih samada nak letakkan nama (We'll feature the name of all Nuffnangers who have made the donation as a token of appreciation on behalf of all the victims of Typhoon Haiyan.) atau korang boleh pilih "ANONYMOUS"...ala,mana-mana pun oke kan?!..tapi jangan riak sangatlah yer pi canang berapa korang da dermakan,tak baik tau!..

5) Last, klik pada button Donate and please war-warkan kepada rakan-rakan blogger yang lain!.

eca dah DERMA...berapa?!,jangan ditanya yer.Asal NIAT dah tertunai.
so, tunggu apa lagi.......

Dari Abu Hurairah , ia berkata : Rasulullah SAW bersabda “ Barangsiapa meringkankan seseorang yang berada dalam kesulitan di dunia ini , nescaya kelak Allah akan meringkan dirinya di dunia mahupun di akhirat ,” ( HR Muslim )

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda

Assalammualaikum

Ephyra Serlahkan Kejelitaan Sebenar Anda
Kulit Lebih Gebu Dan Flawless Dalam 14 Hari

Sana sini orang ramai heboh perkatakan kehebatan Ephyra. Ramai blogger yang sudah mencuba Ephyra dan rasa sangat berpuas hati dengan hasil bagus produk ini. Ephyra semakin dikenali dan diyakini oleh ribuan pengguna.

Tetapi apakah itu Ephyra? Ada yang bertanya, krim ke? Pil ke? Ephyra adalah produk minuman supplemen tambahan yang sangat sedap untuk  kecantikan dan kesihatan tubuh badan yang bermula dari dalam. Ephyra didatangkan dalam bentuk serbuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul alam semulajadi di seluruh dunia, kolagen terhidrolisis ikan laut dalam, L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi dan Serbuk Tomato yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Dengan ribuan testimoni yang meyakinkan, telah menambat hati ramai pengguna Ephyra. Mengapa Ephyra sangat berkesan? Sudah tentu kerana formula hebatnya yang mengandungi 9 bahan alam semulajadi berkualiti tinggi bergred super AAA. Ephyra bukan hanya produk kolagen semata-mata, tetapi Ephyra adalah formulasi rumusan minuman antioksida yang terbaik untuk kecantikan dan kesihatan anda. Sesuai untuk semua peringkat umur, untuk lelaki  juga wanita semestinya. Ephyra disahkan selamat dan berkesan serta mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia beserta disahkan Halal oleh JAKIM.

Testimoni boleh dicipta, pengalaman boleh direka, gambar boleh diubah dan pelbagai lagi. Tetapi testimoni dari pengguna setia Ephyra memang tidak boleh disangkal lagi. Kalau anda google "testimoni ephyra" atau "review ephyra", anda akan lihat banyak review hebat perkongsian dari ribuan pengguna Ephyra.

Jika anda ada masalah kulit kusam, kedutan, jerawat, jeragat, sakit sendi, tumit merekah, kulit kering, rambut gugur dan sebagainya, jangan ketinggalan untuk dapatkan penyelesaian anda dengan Ephyra. Jom lihat apakah kelebihannya...
  1. Membantu menjadikan kulit kita lebih anjal, halus dan cerah berseri.
  2. Merangsang penghasilan kolagen yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
  3. Membantu memulihkan wajah yang bermasalah seperti jerawat dan jeragat. 
  4. Membantu memulihkan masalah kulit ekzema (kegatalan dan kemerahan).
  5. Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus di wajah.
  6. Menghindari kita daripada penyakit barah, tekanan darah tinggi, diabetes dan masalah kulit kerana ianya mengandungi supplemen anti oksidan Astaxanthin.
  7. Menguatkan rambut dan melambatkan uban.
  8. Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
  9. Melancarkan sistem pencernaan dalam  badan, menurunkan berat badan dan mengawal nafsu makan.
  10. Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhkan kita daripada risiko mendapat sakit jantung.
  11. Membantu seimbangkan tekanan darah.
  12. Meningkatkan tenaga dan daya ingatan.
  13. Meningkatkan sistem ketahanan badan.
  14. Melindungi retina dan mencegah penyakit mata akibat kerosakan termasuk faktor usia.
  15. Melegakan kesakitan sendi dan arthritis.
  16. Melegakan kesakitan pedih ulu hati dan gastrik.
Untuk maklumat yang lebih lanjut, sila klik Flyer, Website dan Fanpage.

Bagi memudahkan anda semua, jom kita klik link di bawah, antara testimoni Ephyra yang dipilih dari kalangan blogger.
  1. Masalah kulit muka dan jerawat - klik SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI, SINI dan SINI
  2. Masalah period / haid - klik SINI dan SINI
  3. Masalah tumit / tapak kaki - klik SINI dan SINI
  4. Testimoni kuku dan rambut - klik SINI, SINI dan SINI
  5. Testimoni lelaki - klik SINI
  6. Testimoni menyusukan anak - klik SINI
  7. Pelbagai masalah lain - klik SINI
Kulit yang sempurna. Wajah yang jelita. Keyakinan tiada tandingan. Hasil yang nyata. Semuanya lengkap dalam satu produk kecantikan dan kesihatan. Ephyra terbukti berkesan. 


Jom dapatkannya sekarang...

Official Websitewww.oceanlife2u.com
Instagram : ephyra2u
Telefon : 03 4141 7889
SMS : 019 3999 238
Emel : info@oceanlife2u.com



Giveaway ini dianjurkan oleh mialiana.com dan ditaja sepenuhnya oleh OceanLife2u.com dengan hadiah berupa wang tunai dan produk Ephyra bernilai RM 2,387.00. Sila klik SINI untuk join Giveaway ini.
kot-kot ada rezeki kali ne, sebab contest sebelum ne tak menang lah pulak...hehehe *-*
rasa tamak lakkkk...kekeke :)

Ephyra Idaman Saya

Assalammualaikum.

Suara merdu pungguk merindu,
zapin ditari lemah gemelai,
EPHYRA trending di laman FBku,
wajib dah kena TRY.


Selama ne duk baca testimoni pengguna ephyra membuatkan eca teringin nak cuba.yerp, dari testimoni sahaja mampu membuatkan eca tertarik!..Apa taknya, kesan EPHYRA dapat dilihat seawal penggunaan 2 minggu....tapi sebenarnya, ada perkara lain yang buat eca tertarik......


sebelum eca REVEALkan RAHSIA kenapa nak sangat EPHYRA ne, mari eca perkenalkan produk EPHYRA yang menjadikan Memey Suhaiza sebagai dutanya.



EPHYRA merupakan minuman tambahan yang mengandungi Deep Sea Fish Hydrolysed Collagen Acai Berry, Acacia Gum, L-Glutathione, Astaxanthin, Acerolla Cherry, Marigold Flower, Tomato Powder dan Superberry. Bahan-bahan ini didapati dari alam semula jadi di seluruh dunia yang mampu merawat, memperbaharui dan menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Sebenarnya eca bukan mengharapkan perubahan pada kulit sangat-sangat, sebab sekarang pun kulit eca tiada masalah sangat...TAPI eca harapkan EPHYRA dapat membantu eca dalam permasalahan ::

Meningkatkan tenaga dan daya ingatan & Meningkatkan sistem ketahanan badan
Sekarang ne, eca bukan sahaja bekerja malah eca juga belajar...Ramai orang mungkin ingat belajar secara separuh masa ini tidak memberikan tekanan..anda SILAP!!!.Macam eca, memanglah eca kerja hanya pada sebelah petang sahaja...tapi perjalanan dari rumah ke tempat kerja dengan jammed memang memenatkan.Sampai di rumah, kadang-kadang eca curi-curi masa untuk blog dan buat assignment.Kadang-kadang takde masa pun untuk kedua-duanya.So, dengan EPHYRA, eca harapkan eca sentiasa bertenaga untuk mengharungi hidup sebagai cikgu tuisyen + pelajar...apatah lagi, Final Exam kurang dari sebulan....Bila tenaga dapat dipertingkatkan, maka sistem antibodi akan menjadi kuat....takdelah selalu sakit-sakit kan...memang terbaik EPYHRA ne.


Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, 
Menurunkan berat badan, Mengawal nafsu makan
dan Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
Dengan EPHYRA, eca YAKIN sistem pencernaan dalam badan akan menjadi lancar.Sekarang ne, bukan tak lancar, cuma kadang-kadang sembelit pulakkkkk...So, bila sistem pencernaan lancar, maka secara tidak langsung kita dapat turunkan berat badan... (mimpi jap berat 69kg turun ke 59kg, WAHHH)...
Bila berat badan dah kurang (dalam mimpi), nafsu makan kita dapat dikawal..iyelah, sapa jugak nak bentuk badan kembali macam dulu-dulu-dulu tu kan?!...So, bila kita dapat kawal pemakanan, secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri dari mengambil makanan yang berkolestrol tinggi...Bila kita dapat hindarkan jenis makanan sedemikian, maka kita setapak menjauhi risiko terkena penyakit jantung.


BETUL KE BOHONG teori eca ne?..mohon fikir secara logik *-*
seterusnya, eca juga harapkan EPHYRA ini dapat.....



Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
Satu MASALAH BESAR eca ialah RAMBUT GUGUR.....tambah STRESS tengok bantal penuh rambut gugur..mana lantai rumah pun macam tu jugak...dulu pernah SHAMPOO yang kononnya mampu kurangkan rambut gugur, aah kurang untuk hari tu je!.Tambah stress esok-esok rambut gugur penuhi ruang rumahku!. =.="

jom tengok TERJAH testimoni mereka :


sambal tumis pucuk paku,
hidangan buat yang tersayang,
kalaulah EPHYRA jadi milikku,
masalah teratasi hati pun senang.


entry disediakan bagi melayakkan eca join CONTEST ::

"Contest Ephyra Idaman Saya dianjurkan oleh Eyriqazz.com 
dan ditaja oleh OceanLife2u.com"


eca memang suka join last minutes...konon-kononnya peluang menang cerah, 
padahal.....asyik bertangguh je..*busy kalah menteri kewangan*
^-^

TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY

ASSALAMUALAIKUM

Dengan ini saya Hazwan Hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013


SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja : 
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..

Simple saja kan..

HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi

Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING 

Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..



dapat FM Krabi pun cukuplah :)
sesaje tau hinttt =D

Hari Jubah #teaser

Assalammualaikum.

Penat dari KL tak hilang lagi.....so,eca upload teaser dulu yerrr....

Teaser keKONVOan

Assalammualaikum.

Yeah!!!...hari yang ditunggu after 4tahun lebih bergelumang dengan assignment,test,class...waktu tuk konvo dah tiba!!!.

Eh eh,konvo bukan hari ne tapi esok..after session 1.30pm onwards..at PWTC...and you're invited to comes.hehehe :)

#teaser.....

7pm???

Assalammualaikum.

Giler kalau tak cakap eca tak penat?!..jam 5am dari Telipok ke Kota Kinabalu International Airport,flight jam 6am...sampai KLIA around 9am...g rumah pakcik kat Golden Villa *jangan tanya area mana,sebab makcik cakap rumah sempadan Shah Alam-Klang*...so tadi p ronda-ronda kat Jalan TAR so on...balik rumah almost 5...ceta-ceta then dengar azan,tengok jam...dah jam7 pulakkk.wohoooo..tak pecaya  masi terang....oke ketuk kepala kat balkoni rumah pakcik tengok langit masih terang..sebab waktu camne eca balik keja dah gelap!..jelly benar tengok orang balik keja masih terang yerrr.

Oke.terang lagi yer....jelly tahap gaban dah neyh......dan nak gtau yang eca penat!

Hanya Kerana Mata

Assalammualaikum

Orang kata dari mata turun ke hati... betul ke?...urmmm,nak tahu ke tidak...tengok gambar kat bawah ne.kalau turun ke hati,confirn lerrr tu :-D

Doa Awal & Akhir Tahun Hijrah.

Assalammualaikum.

beberapa hari lagi kita akan melangkah ke satu tahun baru mengikut kalendar hijrah.Adalah digalakkan agar kita membaca doa akhir tahun & awal tahun hijrah.eca kongsikan bersama anda doa-doa tersebut.


Doa ini dibaca sebanyak 3 kali diantara waktu asar - maghrib pada akhir zulhijjah.
Bersamaan hari Isnin 4hb yer.


Doa ini dibaca selepas Maghrib atau pada malam satu Muharam.
Maghrib Hari Isnin tu tauuu,selepas maghrib dikira 1Muharam.

Semoga tahun 1434H ini telah menjadi tahun yang mematangkan kita dan tahun akan mendatang akan menjadikan kita lebih dekat kepada pencipta.amin.

*ramai orang tak tahu dan tak ambil tahun pasal Awal Muharam...sedih betul*