Ephyra Idaman Saya

Ephyra Idaman Saya

Assalammualaikum.

Suara merdu pungguk merindu,
zapin ditari lemah gemelai,
EPHYRA trending di laman FBku,
wajib dah kena TRY.


Selama ne duk baca testimoni pengguna ephyra membuatkan eca teringin nak cuba.yerp, dari testimoni sahaja mampu membuatkan eca tertarik!..Apa taknya, kesan EPHYRA dapat dilihat seawal penggunaan 2 minggu....tapi sebenarnya, ada perkara lain yang buat eca tertarik......


sebelum eca REVEALkan RAHSIA kenapa nak sangat EPHYRA ne, mari eca perkenalkan produk EPHYRA yang menjadikan Memey Suhaiza sebagai dutanya.



EPHYRA merupakan minuman tambahan yang mengandungi Deep Sea Fish Hydrolysed Collagen Acai Berry, Acacia Gum, L-Glutathione, Astaxanthin, Acerolla Cherry, Marigold Flower, Tomato Powder dan Superberry. Bahan-bahan ini didapati dari alam semula jadi di seluruh dunia yang mampu merawat, memperbaharui dan menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Sebenarnya eca bukan mengharapkan perubahan pada kulit sangat-sangat, sebab sekarang pun kulit eca tiada masalah sangat...TAPI eca harapkan EPHYRA dapat membantu eca dalam permasalahan ::

Meningkatkan tenaga dan daya ingatan & Meningkatkan sistem ketahanan badan
Sekarang ne, eca bukan sahaja bekerja malah eca juga belajar...Ramai orang mungkin ingat belajar secara separuh masa ini tidak memberikan tekanan..anda SILAP!!!.Macam eca, memanglah eca kerja hanya pada sebelah petang sahaja...tapi perjalanan dari rumah ke tempat kerja dengan jammed memang memenatkan.Sampai di rumah, kadang-kadang eca curi-curi masa untuk blog dan buat assignment.Kadang-kadang takde masa pun untuk kedua-duanya.So, dengan EPHYRA, eca harapkan eca sentiasa bertenaga untuk mengharungi hidup sebagai cikgu tuisyen + pelajar...apatah lagi, Final Exam kurang dari sebulan....Bila tenaga dapat dipertingkatkan, maka sistem antibodi akan menjadi kuat....takdelah selalu sakit-sakit kan...memang terbaik EPYHRA ne.


Melancarkan sistem pencernaan dalam badan, 
Menurunkan berat badan, Mengawal nafsu makan
dan Mengurangkan kadar kolesterol dan menjauhi risiko sakit jantung
Dengan EPHYRA, eca YAKIN sistem pencernaan dalam badan akan menjadi lancar.Sekarang ne, bukan tak lancar, cuma kadang-kadang sembelit pulakkkkk...So, bila sistem pencernaan lancar, maka secara tidak langsung kita dapat turunkan berat badan... (mimpi jap berat 69kg turun ke 59kg, WAHHH)...
Bila berat badan dah kurang (dalam mimpi), nafsu makan kita dapat dikawal..iyelah, sapa jugak nak bentuk badan kembali macam dulu-dulu-dulu tu kan?!...So, bila kita dapat kawal pemakanan, secara tidak langsung kita dapat menghindarkan diri dari mengambil makanan yang berkolestrol tinggi...Bila kita dapat hindarkan jenis makanan sedemikian, maka kita setapak menjauhi risiko terkena penyakit jantung.


BETUL KE BOHONG teori eca ne?..mohon fikir secara logik *-*
seterusnya, eca juga harapkan EPHYRA ini dapat.....



Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar.
Satu MASALAH BESAR eca ialah RAMBUT GUGUR.....tambah STRESS tengok bantal penuh rambut gugur..mana lantai rumah pun macam tu jugak...dulu pernah SHAMPOO yang kononnya mampu kurangkan rambut gugur, aah kurang untuk hari tu je!.Tambah stress esok-esok rambut gugur penuhi ruang rumahku!. =.="

jom tengok TERJAH testimoni mereka :


sambal tumis pucuk paku,
hidangan buat yang tersayang,
kalaulah EPHYRA jadi milikku,
masalah teratasi hati pun senang.


entry disediakan bagi melayakkan eca join CONTEST ::

"Contest Ephyra Idaman Saya dianjurkan oleh Eyriqazz.com 
dan ditaja oleh OceanLife2u.com"


eca memang suka join last minutes...konon-kononnya peluang menang cerah, 
padahal.....asyik bertangguh je..*busy kalah menteri kewangan*
^-^