TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Gong Xi Fa Chai di Tahun Kuda.

Assalammualaikum.

CNY kali ne adalah CNY pertama eca sejak kerja dengan majikan berbangsa Cina & persekitaran kaum Cina....dan buat malu daku je kalau tak paam dorang cakap apa kan?!..Paam tul tu idaklah, paam sikit-sikit cukuplah...hehehe (^-^)..so, sama seperti Christmas lepas, office kami akan cuti lama sikit.Orang lain Isnin atau Selasa dah mula kerja, eca pula Khamis baru mula keja..kira cuti 7 hari lah!...eh eh, awal-awal dah buat replacement dekat anak-anak murid.

So, macam sambutan-sambutan lain, boss memang kasik buahtangan..Last Moon Cake Festival, boss kasi Kuih Bulan *HALAL* oke?!...Kali ne pulak, boss bagi limau mandarin ++ angpao.Even boss tak kawen lagi, tapi dapat angpao pekerja..Ooo,pekerja pun kena bagi eh even boss tak kawen...oke boss, saya doakan boss cepat kawen & next year saya boleh dapat 2 Angpao.hahaha =P


Ikutkan kaum cina, dorang ada 12 zodiak yang terdiri daripada haiwan.Eca lahir tahun 1989, so eca tahun ular (SNAKE)...ikutkan fengshui *BACA BOLEH, PERCAYA JANGAN*....tahun ne tahun bertuah eca, ntahlah, eca pun tak tahu tuahnya dimana, tapi eca berdoa supaya Allah makbulkan doa eca hari-hari, beri kekuatan sebab tahu tahun ne antara tahun yang sangat sibuk...kahwin abang bulan 5 & 8, semester 2 & 3 pengajian master eca dimana eca kena buat thesis pada semester 3....what a tough year!..Jangan ada orang bawak eca kawen tahun ne sudah, bertunang boleh?!..eh, gediksss nampak.....

till then,
stay positive stay healthy.

Selfie Of The Week #3

Assalammualaikum.

Mehhhh, tunjuk sikit selfie minggu lepas....atas bawah kiri kanan ada cerita...korang layan je eh...

Day 1 : comeinya, bakal-gf sapa lah ne?
Day 2 : rasa penat sangattttt
Day 3 : 20°c, sejuk oke?.selimutlah jawabnya.
Day 4 : ada kurus sikit x?kuikuikui....
Day 5 : halfmoonshawl dilabuhkan, cantikkan?
Day 6 : SABTU-day tanpa kuliah + kerja.hanya bantal + katil jadi peneman.
Day 7 : merahnya mak ngah.....

Itu cerita seminggu, cerita korang pulak....jom meluat tengok selfie eca ::

20 tahun lepassss

Assalammualaikum.

20 tahun lepas, umur eca 5 tahun....yela, sekarang dah 25tahun kan?..Tapi rasa macam baru habis SPM lak~....tetiba adik eca upload gambar masa kecil-kecil dulu.Masa ne masi tinggal kat Qtrs Pjbt Kesihatan, rumah panjang gitu...masih segar di ingatan lak kenangan masa kecil siap ada rumah atas pokok.Tapi yang tak boleh lupa, zaman kanak-kanak eca, eca memang LASAK, yelah da kebanyakkan kawan-kawan masa kecil semua lelaki....masuk hutan, lari sana-sini memang tak tinggal sehinggala satu hari besi pagar kebun jiran eca tercucuk di kaki kanan eca....sedapp oo, ada lubang, kesan sampai sekarang memang tak boleh lupa =.="


yang paling menyerlah tu memang korang dah konfirm kenal kan?..tengok a dari kecik senyuman memang tak berubah kan?..tapi APASAL tengok orang lain macam banyak perubahan je?..apasal diri sendiri statik macam tu je, ehhh statik ke?!...rasanya dulu kurus sekarang gemuks!....kikikiki, memori 20tahun lepas memang segar dek ingatan lagi....tapi gambar ne tak pasti umur 5tahun ke 4tahun?!...yang eca ingat, kami adik-beradik memang suka sambut birthday dari dulu.hikhikhik.


eh Asha, awak comel senyum macam tu, terus senyum oke?!

till then,
stay positives, stay healthy.
hug & kiss.

Cara ber"SELFIE" dengan betul.

Assalammualaikum.

muahahaha, tajuk tu aiii kemain tau!.Selalu tunjuk gambar selfie of the week, kali ne nak share pulak cara berselfie dengan BETUL dan COMEL eh?!.


cara eca :
1) Abaikan duckface, takut korang disumpah jadi "duck"
2) Senyum mau manissss.
3) Mata kena jadi lebih gediks gitu, baru oke?!
4) pipi kembung2 oke, tapi jangan keterlaluan.
5) cakap "keju" memang membantu naikkan semangat.hikhik.
6) tengok keadaan sekeliling, takut kantoi tengah selfie ditengah-tengah orang ramai.hiks~

ohlupeee, nak share something :
In November 2013, the word "selfie" was announced as being the "word of the year" by the Oxford English Dictionary.This is believed to be the first instance of self-portrait photography. (copy from LOUIS PANG STUDIO)




So, Selamat Berselfie semua orang! :)
selfie of the week #3, tunggu tau.....

WhoHAA....free points, free gifts.

Assalammualaikum.

ramai kalangan rakan-rakan blogger yang suka jawab survey, kumpul point then redeem gifts kan?..Banyak juga website ala-ala survey ne..ala jawab survey, boleh dapatlah points kan?..Keja senang sambil menghabiskan masa online gitu.....so, mari eca kenalkan korang dengan WhoHAA...


WhoHAA ini berbeza dengan 8share dan seangkatan dengannya.Kalau iklan 8share Churp-Churp.....kita kena share iklan kan?.Tapi dengan WhoHAA, kita cuma perlu jawab soalan yang disediakan, melawat website pengiklan mahupun menonton video saja....sangat mudah, sambil makan kacang pun siap dah tau!


setiap task yang kita buat, kita dapat points, 10/15/20 points bergantung kepada iklan.Korang cuma boleh jawab soalan tu SEKALI je tau.Means kalau iklan tu ada 20 points, korang akan dapat 20 points sekali aje!!!.Tapi kena alert tau, sebab setiap iklan ada limit points, contohnya iklan cuma beri 20000 points, kalau 20000points tu dah diagihkan kepada members yang dah siapkan task tu, korang takkan dapat lagi tau~ memang WhoHAAaaaaaa lah!


Redeem Gifts yang ditawarkan pun not BAD!...eca aim tuk dapatkan Samsung Galaxy Camera.So, kena kumpul sehingga 1 900 000 points..wahhh, lama jugak tu nak kumpul.Tapi eca baru mula sehari ne je tak sampai sejam eca da kumpul 195points!...berbaloi-baloi tau tapi bukan itu aje hadiahnya..ada voucher TESCO, 

kalau korang rasa ragu-ragu dengan WhoHAA, boleh cuba hubungi mereka :
Customer Service : +603 8066 4445
Alamat Pejabat : 23-2B, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri Puchong, 47100 Puchong, Selangor Malaysia
Email : hello@whohaa.com 

kalau rasa-rasa nak SERTAI, meh klik tuk daftar. 
Register WhoHAA.




 


"aku ingin berubah..."

Assalammualaikum.
hari ne nak jadi ustazah sikit, mohon korang jangan muntah!.. apa yang ingin eca sampaikan harap dijadikan iktibar buat kita semua.





cerita tentang seorang Cik T.Cik T ne orangnya sangat happy go lucky, periang, cuma kurang digemari oleh sesetengah pihak.Tapi dia tetap kawan yang baik, hormat keluarga, dan orang sekeliling.Dari hal agama, manusia mudah lupa, begitu juga Cik T kita ne...kadang tertinggal solat, kadang terlalu alpa dengan dunia.Namun begitu, pernah terdetik dihati Cik T kita ini untuk berubah dan disuarakan kepada seorang teman..."Aku mau pakai tudung labuh menutup aurat, yang sewajarnya sebagai seorang muslimah"..Lantas si kawan berkata, "niat itu kamu, kamu yang punya hak ke atas diri kamu."

maka, pada suatu penghulu hari, Cik T kita ne memakai tudung yang agak labuh bersama baju kurung yang sangat cantik.Namun, sebaik sahaja tiba di tempat kerja, beliau telah menjadi bahan tawa, bukan hendak memberi sokongan malah ramai yang sinis pada perubahan itu.Setibanya dirumah, si kawan yang baru melihat Cik T berpakaian labuh ini terkejut sambil  mengucapkan syukur atas perubahan yang drastik ini.Tiba-tiba Cik T berkata, "semua orang mentertawakan aku, kata aku bukan aku yang mereka kenali.Kata aku dirasuk sehingga aku tidak menjadi aku.Kata mereka, ini perubahan yang drastik...", mendengar kata-kata Cik T, lantas si kawan pun berkata,

"Berubahlah atas niat kerana Allah SWT, nescaya perubahan kamu akan di senangi semua pihak malah itu lebih memudahkan kamu.Kenapa perlu memakai tudung labuh jika kamu belum pasti perubahan apa yang perlu kamu lakukan dulu...hati ada jawabnya.Dari HATI, kamu berdetik untuk berubah...jangan jadi drastik terlalu taksub akan menjadi muslimah sejati..jangan kerana itu, lantas kamu berubah.Kerana bimbang akan tiada yang menyokong kamu.Berubahlah secara perlahan-lahan agar kamu dapat menyesuaikan diri.Pakaian itu kamu, tapi perubaan kearah muslimah sejati tidak dilihat pada pakaian....maka, kawallah tuturkatamu, tingkahlakumu, lantas ia akan memberi perubahan kepada kamu...So, jaga solamu, katamu, tingkahmu..mulakan perubahan dengan memakai handsock, stokin, labuhkan hijabmu, insyaallah, suatu hari kamu adalah muslimah sejati yang benar-benar sejati."


perubahan atau mungkin boleh kita anggap satu penghijrahan itu dituntut oleh agama, maka berhijrahlah kearah kebaikan yang dapat memberi manfaat kepada kita....ohya, jika ada kesempatan, boleh JOIN Contest ini :

for more info, please do visit : Contest Hijrahku by maeraismail.com

Kalendar 2014 ecadwinkyasha.com

Assalammualaikum

Hujung tahun lalu kan eca buat mini GA....so, hadiahnya pun mini-mini juga.Just bagi kalendar 2014..satu lagi merchandise ecadwinkyasha.com

Kalendar ne bukan eca yang design bukan juga eca yang print...eca order dari Hery (www.hazwanhairy.com)...murah dan cepat!...warna pink + hitam jadi pilihan eca.Kat bookmark tu, eca letakkan id wechat + instagram...mohon korang add lah yer!.hikhikhik.

Jom cuci mata benda eksklusif dari ecadwinkyasha.com

Selfie of The Week #2

Assalammualaikum.

Eca sambung cerita selfie lagi.....atau bak kata my sis-in-law, "eca buat muka"....hahaha....bagi korang yang belum tengok episod 1, terjah SINI.

Sebelum tengok...meh eca simpulkan cerita disebalik gambar....

Day 1 : nak makan penampar wat muka gitu...hihi
Day 2 : daku diet, berani dorang bawa gi makan ayam penyet.fuhhh~~
Day 3 : syasya solera pun nangis tengok mata macam comel jerrr...
Day 4 : hari yang panas panas panas,hati pun panas.
Day 5 : im 25th!!!!....and still pinky.
Day 6 : ...sedih sebab baru sedar ic hilang.uwaaaaaaaa
Day 7 : its a happy face got something priceless...

Eh eh, lengkap 7 hari dan gambar pun ikut susunan yang betul.hikhikhik.....Dalam hidup ini, ada laut dan darat, ada malam dan siang, ada aku dan kamu eh?!, ada gembira dan duka.....apapun yang berlaku, HADAPI DENGAN SENYUMAN.....

Geng Ayam Penyetku

Assalammualaikum.

ada orang minta eca tulis cerita konvo, tapi memandangkan gambar masih dalam simpanan...eca dahulukan cerita "Geng Ayam Penyet"....geng ayam penyet ne, eca yang beri gelaran buat teammates eca dalam kuliah master dan berpanjangan tali persahabatannya.

cerita pengenalan kami macam ne, eca & Fazihah memang kawan dari zaman degree..sama-sama meredah kelas demi segulung ijazah dan sama-sama pulak bertekad sambung master.So,hari pertama kuliah, sama-sama juga.Ai is tumpang keta fazi yer....so, masa mula-mula datang Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial...we're macam malu-malu segan-segan...sampailah ada sorang kakak ne menegur kitaorang.Kakak ne kalau uolls nak tahu, sangatla GOJES gitu.Sekali dia ceta, "kakak ne ada 5 anak"...eca & Fazi ternganga je tidak...wahh, lima anak + keja + study, dalam fikiran eca WONDERFUL..sebab eca yang takde anak + keja + study + blog pun dah huru-hara.....sejak perkenalan ringkas kononnya* di luar kelas, berpanjangan pulak ke dalam kelas...kitaorang berkenalan pulak dengan serang gadis dari Lawas.malu-malu segan-segan lagi tau nak berkawan-kawan.

ini la kakak lima anak tu, cuba teka umur dia berapa. 
wa syak makbudak ne guna PRODUK ne tuk kelihatan awet muda...huhuhu~


tapi hari demi hari, makin erat & arkab, dah tu ayam penyet tak boleh tinggal.Setiap kali kuliah, setiap kali tu jugak ayam penyet jadi santapan.Makin hari makin serasi dan semakin memahami.Kala eca ada masalah, eca luah pada mereka, sebaliknya.Dari mereka, eca belajar semua manusia dilimpai ujian masing-masing...alamdulillah, walaupun pelbagai ujian, kami dapat harungi juga dengan peperiksaan final dengan jayanya.

geng ayam penyet.
dari kiri : Kak Nyra, Fazi, yg comel, Kak Wid

BEST TAU berkawan dengan budak bertiga tu...eh eh, mak budak sorang.hihihi.Kalau takde hati ke takde mood nak buat assignment, mesti teringat kat Kak Wid & Kak Nyra...kalau dah nak hampir down kata nak berhenti, mesti teringatkan mereka jugak..Kak Wid dengan masalahnya & keluarga lagi nak diuruskan..Kak Nyra lagi dengan kerja jauh nun di pendalaman & terpaksa drive jauh-jauh dari Lawas demi ilmu, Fazi lagi yang sentiasa tabah even banyak ujian yang berlaku, memang eca kagum sangat...Bak kata seorang classmate kami, "Kalau dorang boleh,  kenapa saya tidak boleh."..kata-kata tu eca pinjam kuatkan diri.

Thanks to my geng ayam penyet, sebab selalu dengar masalah cinta & selalu bagi nasihat.Kalau takde dorang, ntah boleh ke tidak eca jawab paper exam ari tu..sakit kepala juga masalah cinta dekat-dekat exam tau!....Thanks juga atas kasih sayang yang tidak berbelah bagi, thanks atas persahabatan yang kita bina ini.LOVE YOU ALL TILL JANNAH.

till then, 
stay healthy & maintain posititives.
selfie of the week #2, lambat kuar minggu ne.


betul tak PINK lagi?

Assalammualaikum.

sempena status dah berubah, blog layout pun berubah.konon-konon matang gitu...kalau kata takde PINK, korang boleh ketuk kepala dak comel tu eh...*konon sangat takde PINK, konfirm ada seketul dua*...tapi kali ne lebih bermain dengan warna BIRU & background dari nada warna COKELAT.nak buat layout pastel, tapi tak menjadi tak berkenan background asal nak letak sini...takpe, itu next time.

Mari cerita tentang belog baru tukar cat :


ini HEADER..ada dua keping gambar supergedik...tau dah, mesti korang nak cakap "comel lah eca tak pakai spek..".Mohon belanja satu pasang contact lens,TQ~..ohya, dah takde lagi Cerita Dari Hati, nama blog pun dah tukar "ecadwinkyasha".Kononnya, kalau kekal CERITA DARI HATI, daku asyik tulis pasal masalah cinta memanjang. -,-"  *tapi masih mengekalkan tagline, ...dan cerita kita mungkin berbeza, yelah semua orang tak punya cerita yang sama kan?!

my footer yang agak sangat simple tapi quote yang eca sertakan beri satu makna besar...betul tak?Tak da siapa yang mampu merubah diri kita, kecuali kita.nak berjaya,usahakan.tak nak berjaya, jangan menyesal sudah.

untuk new layout ne, tak banyak beza dari yang dulu.Tengok sidebar, masih sama cuma permainan warna yang berbeza...untuk post body pun sama.Eca nak buat simple tapi sedap mata memandang gitu.Alhamdulillah, sempat juga siap dari semalam diusahakan.so, enjoy my stories, enjoy your life.

edit belog sendiri sempena usia bertambah,MAAFkan daku wahai customer, belog kalian terpaksa tunggu lama..hikhikhik :) 



till then,
stay positives, stay cutes.


Potpori Homemade

Assalammualaikum.

Sebagai seorang perempuan, wangi itu wajib kepada eca!...terutama dalam rumah.Mesti nak wangi je rumah bila balik keja...baru hilang stress kan?Kat rumah kecik eca tu, setiap bilik ada pewangi tau..addicted tul kepada wangian..tapi banyak-banyak pewangi, eca paling suka potpori eca ne.

Sebenarnya bekas potpuri ne eca buat sendiri menggunakan bahan terbuang.apa yang eca perlukan ialah

Bekas Gam Plastik (selofen eh orang panggil?)
Reben
Kertas Pewangi  (beli kat Kaison RM2.90..lebihan dari lapik rak buku)
Pembalut Bunga (recycle bunga konvo)
Kelopak bunga kering (recycle bunga konvo)
Pewangi Munif Hijjaz (beberapa titik je)

Bekas gam tu korang susun bertingkat dan lekatkan guna gam.pastu, balut dengan pembalut bunga dan ikat reben...Then, bahagian dalam susun elok kertas pewangi.Letakkan bunga kering kemudian titis pewangi.Siap dah...boleh jadi decoration kat ruang tamu :)

Senang kan...guna barang terpakai lagi.Selagi boleh recycle takde salahnya kan?...nanti eca share lagi decoration kat rumah eca yer...

Selfie Of The Week #1

Assalammualaikum.

Tahu kan apa tu selfie?..kalau taktahu, meheca definisikan sikit... Selfie merujuk kepada kegiatan mengambil gambar diri sendiri.Menurut anak murid eca, selfie ialah kegiatan syok sendiri...SO, dapat eca simpulkan, selfie tu ialah kegiatan "MENGGEDIK" di hadapan kamera =P

ada macam ayat daku wat assignment tu,hihi~
So, last weeks, ntah setan mana merasuk eca, hari-hari kena SELFIE oke?!...setiap kali keluar dari rumah, setiap kali tu jugak daku selfie depan S3..peduli apa, S3 daku, bukan iphong ko puwn kan?!.kikikikiki.Sebenarnya, bila kita SELFIE, ini menaikkan keyakinan diri sendiri..sebabnya nampak muka sendiri yang supercute, supercantik dan SUPERPERASAN buat kita terfikir, "eh, cute jugak aku ne kan?"...kan tu jugak satu doa, semoga semakin cute gitu!. :)

jom la tengok gambar syok sendiri tu :
 
erkkk, gambar ne tak tersusun ikut hari la...benci!.Tapi this week, insyaallah akan buat mengikut hari...bawa satu semangat....eh eh eh, TENGOK BOLEH, JATUH CINTA JANGAN!. =P

Setiap selfie sebenarnya ada cerita, meh eca nak share....
gambar pertama, PENAT,rushing sebab lambat buka office.
gambar kedua, PASSION (semangat KONONNYA pergi kerja minggu baru).
gambar ketiga, MEH? (sebab tak percaya muka sendiri cute.hahaha)
gambar keempat, PINKYku (semalam kuar jumpa geng ayam penyet...comel lak pakai pink)
gambar kelima, SWEET (kan senyuman itu satu sedekah, mohon senyum selalu eca!)
gambar keenam, MEH MEH aaa...(buat muka nak minta penampar je..comel sangat kenapa?!)
gambar ketujuh, INDAH (tengah buat mission ajak reramai LABUHKAN HIJAB..kan indah,saya pun dalam proses menjadi seorang muslimah yang baik)


so, apa kata mulai hari ne, reramai SELFIEkan diri sendiri...
hujung minggu tolong upload kat FB, tag eca tau! *-*


tetiba rasa nak cakap, "eh asha, awak cute tau, tolong STAY macam tu!"

Keputusan GA Year End 2013

Assalammualaikum :)

hye korang korang!...eca nak UCAPkan terima kasih kepada yang sudi join GA eca last year.amboii last year tu macam dah lama je kan?!..So, ini adalah senarai peserta tau dan semua peserta ne layak terima kalendar dan eca cuma pilih 4 pemenang untuk terima HADIAH MISTERI.....sebelum tu, silakan korang terjah mereka semua ::
http://www.syuhadasalleh.my/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://gonfaizal.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://iamliniey.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://solehahshamsuddin.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://bicaraaddien.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://storybudakfanty.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://thesilentfreezesoul.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://tengku-boyz.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://amirahamer.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://lfeerafeera.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://afiqahanaktapa.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://coolpixxxx.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://havinue.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://unprivatediarytyping.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://fatinamdzfr.blogspot.com/2013/12/giveaway-year-end-2013.html
http://eymasu.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://eymasu.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://aidilzaki55.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://sueadnan.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://contenganmesra.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://teenagersareawesome.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://nysachubby.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://idreyldreams.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://sitifatimahpunyablog.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://my-life-are-here.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://izyanyancinnamon.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://flowerliciousazzahrah.blogspot.com/2013/12/tekan-banner-untuk-join-ga-year-end.html
http://haiikittykawaii.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://nuyushahidarahim.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html
http://lalazarryn.blogspot.com/2013/12/ga-year-end-2013.html


dan PENERIMA HADIAH MISTERI ialah :

sebab eca memilih beliau --> ENTRY yang sangat KREATIF.maksud eca ialah menggunakan gambar untuk menceritakan entry....& actually kalau ada gambar tuan belog, lagi kreatif..maybe buat entry dari gambar mimik muka tuan blog gituu...eca cakap 4 kan, tapi bila eca check entry penyertaan, hanya ada satu ne yang eca rasa terkreatif.So, 3 hadiah lagi eca simpan untuk GA akan datang :)

overall, THUMBS UP untuk semua yang sudi LUANGKAN masa untuk SERTAI GA eca yang serba kekurangan itu..insyaallah, doakan agar semua kemalasan telah eca tinggalkan di tahun 2013 & semangat berblogging kembali semula di tahun 2014 ini. 

MOHON SEMUA PESERTA ALERT!!!...PM eca alamat untuk urusan pengeposan kalendar 2014 :)

365 hari yang berlalu....

Assalammualaikum.


365hari yang berlalu tanpa sedar.
365hari penuh tragedi.
365hari yang mendewasakan.
jom review apa yang eca lakukan sepanjang tahun 2013.


Januari 2013
TAMAT belajar di Uni. Tun Abdul Razak (Sabah)
alhamdulillah, tamat dengan kejayaan akhir semester yang agak memberansangkan bila eca antara top 15 pelajar Seminar In Education yang membuat pembentangan hasil kerja thesis di Atrium Centre SIDMA College.....cek HERE.


Februari 2013
nothing SPECIAL rasanya....eh,lupalak..masa tu RANKING BLOG berada di tahap yang baik ekoran kerajinan tuan punya blog...dapat PR2, Alexa (my) 4771...ooo,dulu-dulu rajin tau!...bacalah sendiri SINI.


March2013
berjaya menghasilkan ENTRY terlebih rajin SEO....traffik tanpa henti sentiasa ada dalam entry-entry ini :
MINI PAVLOVA di KK, SABAH.
Tips Merancang Majlis Pertunangan
Tips Tingkatkan PV
jadi babysitter kepada Mohd Adam Haziq...rindu AdamHaziq.


April2013
bulan yang membuatkan diriku bangga sebagai blogger....bermula dengan template serba pink diawal kemunculan, eca berubah TEMPLATE iaitu BUKAN Blog Pink Lagi.....dan paling membanggakan, eca berjaya sertai Kontes Panduan Blogger yang menurut eca sendiri dapat membuka minda para blogger diluar sana untuk turut sama membangunkan dunia blogger Malaysia.Dalam kegembiraan itu, eca sebenarnya masih tak percaya, pada bulan ini, eca telah setahun kehilangan dua teman baik eca :(
#alfatihah.


Mei2013
gunakan STREAMYX untuk ONLINE sepuasnya....puas gak membayar!.
cek out entry review tak berbayar di SINI.eh,claim dari Telekom boleh tak?.kikikiki~
lupa lak,,,bulan ne juga START keja kat Ceria Educational Centre.


Jun2013
taknak cakap banyak, boleh baca entry ini :
nak tulis juga, bulan ne tarikh 26hb....couple dengan seseorang yang eca kenal sejak bulan April.


Julai2013
bulan PUASA kan ne?..eca dapat interview PPPS DG41 (Permata), boleh baca kat SINI.
Namun bukan rezeki eca, which is eca GAGAL dalam temuduga tersebut.Takpe,kita terima dengan hati yang terbuka oke?!


Ogos2013
bermulanya bulan yang membuatkan eca kurang update blog....Betapa Pemalasnya Daku ketika itu,,,,tapi berkesempatan pulak nak JOIN Contest Review Papa Mifz...tak sangka dapat tempat ke-tiga!.hahaha,lucu lak even join last minutes,boleh pulak menang..Baca Review eca di SINI.


September2013
Bulan ini, bertarikh 7hb, eca selamat mendaftarkan diri sebagai Pelajar Pascasiswazah jurusan Pengurusan Pendidikan..nama glamer : Master of Education Management (MEM)..eca memang da merancang nak sambung master, tapi tak sangka secepat ini sebab masa apply tu bergantung kepada nasib je memandangkan eca takde pengalaman kerja.Tak Sangka dapat!!!!...more excited stories about eca & classmates coming soon!...mari baca ke'excited'an eca tu---> SINI.


Oktober2013
waktu ne dah mula kesibukan dengan kelas, assignment & presentation...uwaaa,busy sangat sampai blog sangat-sangat terabai...Tapi pada bulan ne, eca dapat hadiah sebiji S3 dari kaklong..iyaalaah, orang tu beli iphone5 gitu, s3 bagi kat adik!..terima kasih kaklong, love u even more (blueeek, gediks lak rasa). ENTRY s3.


November2013
selepas 3tahun lebih (menghampiri 4tahun penantian), akhirnya eca KONVO juga...dapat juga sijil Bachelor of Education dari Unirazak..Konvo ke-13 bertempat di PWTC....full entry eca tak update lagi, nak ceta pasal icity pun tak lagi...uwaaa!.sabar eh sabar..korang baca dulu entry Teaser Konvo (#1, #2)

seriously, RINDU nak KONVO..lagi setahun lebih ya eca!.Mohon Buat yang terbaik & pastikan DEAN LIST sehingga ke akhir semester 4..berusaha untuk disertasi anda mulai hari ini!!!...bulan November antara bulan yang eca tak nak kenang sangat even suatu perkara terbaik berlaku pada eca (konvo i mean), tapi bulan ne bulan kesedihan bila eca ambil keputusan tuk putus cinta demi kebaikan semua orang..antara rela dan tidak.


Disember2013
Alhamdulillah, walaupun bukan  berlaku  pada diri eca, tapi ia berlaku kepada keluarga eca...Akhirnya setelah bercinta sekian lama, abang eca  akhirnya selamat ditunangkan dengan bekas awek beliau (aah, bekas..sekarang dah jadi tunang!). Tahniah Ejump & Jijie --> ENTRY TUNANG. Insyaallah diikutkan perancangan, majlis hujung bulan 5 (untuk pihak perempuan) dan insyaallah majlis belah kami pada bulan 8 (raya tu....)

...dan tak sangka, kejap je masa berlalu, pada 29 & 30 Disember 2013, eca selamat menduduki peperiksaan akhir semester 1 eca.Alhamdulillah, walaupun tak buat dengan baik, eca bersyukur dah beri yang terbaik untuk semester ini.jumpa lagi bulan Februari 2014 (dah seniorrrrr...kekeke)



jatuh dan bangun, semua hadir dalam hidup.
kiri dan kanan, hanya akan silih berganti.
antara rela atau paksa, redha atau pasrah,
hadapi dengan senyuman dan teruskan hidup dengan tenang.
mari mulakan tahun 2014 dengan penuh keceriaan.

1.1.2014 : eca ke Pitas, melawat kubur arwah Ady.
tenanglah sahabatku disana.Al-fatihah.