365 hari yang berlalu....

365 hari yang berlalu....

Assalammualaikum.


365hari yang berlalu tanpa sedar.
365hari penuh tragedi.
365hari yang mendewasakan.
jom review apa yang eca lakukan sepanjang tahun 2013.


Januari 2013
TAMAT belajar di Uni. Tun Abdul Razak (Sabah)
alhamdulillah, tamat dengan kejayaan akhir semester yang agak memberansangkan bila eca antara top 15 pelajar Seminar In Education yang membuat pembentangan hasil kerja thesis di Atrium Centre SIDMA College.....cek HERE.


Februari 2013
nothing SPECIAL rasanya....eh,lupalak..masa tu RANKING BLOG berada di tahap yang baik ekoran kerajinan tuan punya blog...dapat PR2, Alexa (my) 4771...ooo,dulu-dulu rajin tau!...bacalah sendiri SINI.


March2013
berjaya menghasilkan ENTRY terlebih rajin SEO....traffik tanpa henti sentiasa ada dalam entry-entry ini :
MINI PAVLOVA di KK, SABAH.
Tips Merancang Majlis Pertunangan
Tips Tingkatkan PV
jadi babysitter kepada Mohd Adam Haziq...rindu AdamHaziq.


April2013
bulan yang membuatkan diriku bangga sebagai blogger....bermula dengan template serba pink diawal kemunculan, eca berubah TEMPLATE iaitu BUKAN Blog Pink Lagi.....dan paling membanggakan, eca berjaya sertai Kontes Panduan Blogger yang menurut eca sendiri dapat membuka minda para blogger diluar sana untuk turut sama membangunkan dunia blogger Malaysia.Dalam kegembiraan itu, eca sebenarnya masih tak percaya, pada bulan ini, eca telah setahun kehilangan dua teman baik eca :(
#alfatihah.


Mei2013
gunakan STREAMYX untuk ONLINE sepuasnya....puas gak membayar!.
cek out entry review tak berbayar di SINI.eh,claim dari Telekom boleh tak?.kikikiki~
lupa lak,,,bulan ne juga START keja kat Ceria Educational Centre.


Jun2013
taknak cakap banyak, boleh baca entry ini :
nak tulis juga, bulan ne tarikh 26hb....couple dengan seseorang yang eca kenal sejak bulan April.


Julai2013
bulan PUASA kan ne?..eca dapat interview PPPS DG41 (Permata), boleh baca kat SINI.
Namun bukan rezeki eca, which is eca GAGAL dalam temuduga tersebut.Takpe,kita terima dengan hati yang terbuka oke?!


Ogos2013
bermulanya bulan yang membuatkan eca kurang update blog....Betapa Pemalasnya Daku ketika itu,,,,tapi berkesempatan pulak nak JOIN Contest Review Papa Mifz...tak sangka dapat tempat ke-tiga!.hahaha,lucu lak even join last minutes,boleh pulak menang..Baca Review eca di SINI.


September2013
Bulan ini, bertarikh 7hb, eca selamat mendaftarkan diri sebagai Pelajar Pascasiswazah jurusan Pengurusan Pendidikan..nama glamer : Master of Education Management (MEM)..eca memang da merancang nak sambung master, tapi tak sangka secepat ini sebab masa apply tu bergantung kepada nasib je memandangkan eca takde pengalaman kerja.Tak Sangka dapat!!!!...more excited stories about eca & classmates coming soon!...mari baca ke'excited'an eca tu---> SINI.


Oktober2013
waktu ne dah mula kesibukan dengan kelas, assignment & presentation...uwaaa,busy sangat sampai blog sangat-sangat terabai...Tapi pada bulan ne, eca dapat hadiah sebiji S3 dari kaklong..iyaalaah, orang tu beli iphone5 gitu, s3 bagi kat adik!..terima kasih kaklong, love u even more (blueeek, gediks lak rasa). ENTRY s3.


November2013
selepas 3tahun lebih (menghampiri 4tahun penantian), akhirnya eca KONVO juga...dapat juga sijil Bachelor of Education dari Unirazak..Konvo ke-13 bertempat di PWTC....full entry eca tak update lagi, nak ceta pasal icity pun tak lagi...uwaaa!.sabar eh sabar..korang baca dulu entry Teaser Konvo (#1, #2)

seriously, RINDU nak KONVO..lagi setahun lebih ya eca!.Mohon Buat yang terbaik & pastikan DEAN LIST sehingga ke akhir semester 4..berusaha untuk disertasi anda mulai hari ini!!!...bulan November antara bulan yang eca tak nak kenang sangat even suatu perkara terbaik berlaku pada eca (konvo i mean), tapi bulan ne bulan kesedihan bila eca ambil keputusan tuk putus cinta demi kebaikan semua orang..antara rela dan tidak.


Disember2013
Alhamdulillah, walaupun bukan  berlaku  pada diri eca, tapi ia berlaku kepada keluarga eca...Akhirnya setelah bercinta sekian lama, abang eca  akhirnya selamat ditunangkan dengan bekas awek beliau (aah, bekas..sekarang dah jadi tunang!). Tahniah Ejump & Jijie --> ENTRY TUNANG. Insyaallah diikutkan perancangan, majlis hujung bulan 5 (untuk pihak perempuan) dan insyaallah majlis belah kami pada bulan 8 (raya tu....)

...dan tak sangka, kejap je masa berlalu, pada 29 & 30 Disember 2013, eca selamat menduduki peperiksaan akhir semester 1 eca.Alhamdulillah, walaupun tak buat dengan baik, eca bersyukur dah beri yang terbaik untuk semester ini.jumpa lagi bulan Februari 2014 (dah seniorrrrr...kekeke)



jatuh dan bangun, semua hadir dalam hidup.
kiri dan kanan, hanya akan silih berganti.
antara rela atau paksa, redha atau pasrah,
hadapi dengan senyuman dan teruskan hidup dengan tenang.
mari mulakan tahun 2014 dengan penuh keceriaan.

1.1.2014 : eca ke Pitas, melawat kubur arwah Ady.
tenanglah sahabatku disana.Al-fatihah.