Kisah Temuduga PPPSDG41 (PERMATA)


Assalammualaikum.

alhamdulillah, urusan hari semalam dipermudahkan...dan sebenarnya ada sedikit kekeliruaan pada surat tawaran temuduga itu...Pada surat tawaran dinyatakan, "Perlantikan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41" tapi untuk temuduga yang eca ikuti ini adalah pengambilan Kontrak Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 PERMATA.
nampak tak pada kotak merah tu.....


Ralat pada surat tawaran temuduga itu agak menyakitkan hati.Apa tak, parents eca sendiri beranggapan bahawa temuduga ini adalah untuk pengambilan guru di sekolah menengah,siapa yang tak HAPPY kan, baru habis study dapat tawaran macam tu....Nasib baik untuk interview ini, eca teringat jawatan yang eca pohon melalui jobsmalaysia (Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah DG41 PERMATA).Maka, persediaan eca telah bersedia dengan isu-isu penjagaan anak-anak di taska & apa itu PERMATA..Tambahan pula, ada kawan-kawan terlebih dahulu menjalani temuduga yang sama..dapatlah kongsi maklumat. :)
untuk temuduga ini, ada 3 sesi ::
  • pengenalan diri,
  • isu semasa & PERMATA 
  • bidang tugas guru PERMATA
semasa pengenalan diri, kami diminta menerangkan nama, umur, asal, pendidikan & pekerjaan sekarang.Haruslah jawab dengan jujur kan, so eca jawab macam ne,
"Assalammualaikum Puan, Tuan. Nama saya Siti Ashah Awang Aman, berusia 24tahun.Berasal dari Kudat dan kini menetap di Taman Telipok Ria Tuaran (tegaskan Tuaran sebab Pusat Asuhan Permata Negara ada branch kat Tuaran.kahkahkah).Saya lulusan Ijazah Pendidikan dalam pengkhususan Bahasa & Kesusasteraan dari Universiti Tun Abdul Razak.Baru sahaja tamat pengajian pada Januari 2013 dan akan konvo pada November 2013.Selepas habis belajar, saya telah bekerja di Pusat Tuisyen Ceria sebagai Guru Tuisyen bagi matapelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris & Matematik bagi murid sekolah rendah".


untuk sesi kedua iaitu isi semasa & PERMATA, kami ditanya mengenai siapa penaung PERMATA & pengambilan anak-anak PERMATA.Ini ialah jawapan eca,

Penaung - Yg Amat Berbahagia Datin Paduka Seri Rosmah Mansur.
Pengambilan anak-anak PERMATA : berusia 4tahun kebawah dimana pendapatan ibu bapa tidak melebih RM1500 bagi penduduk luar bandar & RM2500 bagi penduduk pinggir bandar..[So,mana-mana rakan blogger yang mencari TASKA untuk anak-anak, boleh lah survey Pusat Asuhan Permata Negara, kot-kotlah eca jadi cikgunya....boleh semak cara pengambilan anak-anak Permata di website ini : http://www.permata.jpm.my/]


untuk sesi ketiga, kami diberikan soalan mengenai bidang tugas Guru Permata.Tiga situasi diberikan dan bagaimana kami menyelesaikan tugasan itu.Situasinya ialah ,

1) Apa yang akan kamu lakukan jika anak kamu jatuh?! (Anak jagaan kamu maksudnya,oke?!)
2) Jika saya bapa kepada anak tersebut, bagaimana kamu menerangkan kejadian itu berlaku?!.
3) Bagaimana kamu menerangkan kepada anak-anak ini jika mereka bertanya mengenai Merdeka / sambutan Krismas?!...(eca kena sambutan Krismas, so eca jawab "Permata sekali saya akan menerangkan mengenai perayaan kepelbagaian kaum di Malaysia secara ringkas sahaja.Kemudian, saya mengajak anak-anak menghias pokok krismas yang mana ianya menjadi simbolik kepada sambutan ini.Seterusnya, melalui Alat Bantu Mengajar, saya boleh menunjukkan video mengenai sambutan Krismas itu sendiri, kerana saya yakin anak-anak ini lebih senang memahami jika mereka melihat sendiri video sambutan itu".)

dan gua nampak si Penemuduga punya muka sangatlah berpuas hati.Good Job,Eca! :)
so, kita tunggu jelah yer keputusan temuduga ini.Selalunya akan mengambil masa dalam 2-3bulan...Walaupun kotrak 6bulan, eca tetap akan terima kerja ini dengan harapan kontrak tersebut akan di lanjutkan dan diharapkan dapatlah lantikan tetap.Oke apa kerja Guru Permata atau nama glemer  'Pengasuh Anak-anak"....persediaan ke arah menjaga anak sendiri gitu....*bila nak ada anak pun tak tahu, kursus kahwin pun tak p lagiiiiiik*

harap maaf, kualiti gambar tidak grand.tapi jangan risau, saya perasan cantik pada waktu temuduga berlangsung kerana lesung pipit saya sentiasa kelihatan.kbye! =P
Terima Kasih Bapa & Mama yang sentiasa mendoakan dan memberikan yang terbaik buat anak manja anda ini. Terima Kasih buat adik-beradik & ipar-ipar yang turut nervous. Terima Kasih buat saudara-mara yang mendoakan melalui FB...juga rakan-rakan blogger sekalian atas doa anda. 
[Thanks Makcik Comel ne sebab siap mention kat belog dia..kikikiki]

Terima Kasih tidak terhingga buat Mr Love *erkkk,takyah mention nama, takut dia lagi glemer dari eca* atas kerjasama yang awak berikan, sanggup berjaga kerana ingin memastikan saya tidur & bangun tepat pada masanya.Terima Kasih sebab sudi berlakon jadi penemuduga walaupun hanya melalui YM.haha.
*I appreciate what you have done & I never stop in loving you.LOVE LOVE*
#owhmyjiwangness.kbye!