Tips Melansungkan/Merancang Majlis Pertunangan

Tips Melansungkan/Merancang Majlis Pertunangan

Assalammualaikum. 

cuti sekolah bakal TIBA,tentu ramai yang akan mengambil kesempatan untuk melansungkan ikatan perkahwinan..tidak kurang ikatan pertunangan....Jom mari baca TIPS untuk mereka yang akan bertunang tidak lama lagi yer.... 

Tips Melansungkan/Merancang Majlis Pertunangan.

1) Agenda Majlis. Sebelum merancang majlis,haruslah ditetapkan terlebih dahulu agenda majlis pertunangan itu sendiri.Takut majlis itu menjadi kucar-kacir.Apa yang perlu korang titik beratkan adalah : 

- Tarikh & Masa.Adalah lebih baik dilansungkan sekitar jam 10-11.Ini kerana,apabila majlis perbincangan selesai,korang boleh teruskan dengan acara makan tengahari...tak perlulah rombongan pihak lelaki mengeluarkan duit untuk makan diluar...kan da buat penat mereka je.

- Tempat.Kediaman keluarga adalah tempat yang lebih baik kerana kamu tidak perlu keluarkan kos yang banyak.Tak salah juga melansungkan majlis pertunangan didewan,apatah lagi jika rumah kediaman kamu kecil.Takut tidak memuatkan rombongan pihak lelaki....*pernah terjadi dalam hidup ini,terpaksa bersempit dalam rumah yang kecil ketika mengikuti rombongan bertunang....patutlah perasaan tu lain macam je sebelum jalan!!!!.next time,ikut kata hati~

- Wakil.Bagi pihak perempuan,tetapkanlah wakil dari kalangan ahli keluarga untuk menjadi jurucakap/perantara dalam perbincangan.Berkemungkinan besar,pada majlis pertunangan ini juga,ditetapkan hal-hal yang akan datang seperti tarikh perkahwinan dan sebagainya. 


persetujuan wakil adalah PERLU agar tiada masalah dikemudian hari.kalau nak MASUK MEMINANG,sila-sila BERUNDING dengan wakil-wakil eca diatas tu *pakcik & atuk-atuk daku bersongkok tu hah~ 

2) Cincin Pertunangan. -Cincin adalah benda yang amat penting menunjukkan kamu sudah masuk ke alam pertunangan/perkahwinan.Tak perlulah berbelanja mahal kerana lebih banyak lagi yang perlu kamu sediakan.Adalah lebih baik jika kamu membeli cincin ketika Sales atau kamu juga boleh membeli sekali cincin untuk majlis perkahwinan akan datang.Tidak mustahil kamu akan mendapat potongan harga jika membeli dalam kuantiti yang banyak.Jangan pula terlalu memilih cincin diluar bajet kamu. 



bukan cincin tunang gua oke?! 

3) Hantaran Pertunangan. - Bilangan hantaran pertunangan selalu dalam kuantiti nombor ganjil.Seperti : 5 berbalas 7,7 berbalas 9,9 berbalas 11 dan seterusnya.Tak perlu memberikan terlalu banyak hantaran kerana ianya cuma akan membuatkan kamu berbelanja diluar kemampuan.Adalah lebih baik jika barangan hantaran kamu itu boleh digunakan untuk majlis akan datang,contohnya : kain persalinan (boleh dijahitkan untuk pakaian pengantin) serta kasut (boleh digunakan untuk majlis akan datang). 

Antara barangan hantaran yang boleh kamu letakkan : 
1) Sirih Junjung 
2) Telekung & Sejadah *untuk perempuan @ Songkok & Sejadah *untuk lelaki. 
3) Al-Quran. 
4) Kain Ela 
5) Manisan ( kek,coklat dan sebagainya) 
6) Buah-buahan. 
7) Beg Tangan *untuk perempuan @ Dompet *untuk lelaki. 
8) Jam Tangan 9) Kasut *mari beli QURAN DIGITAL

Antara barangan lain adalah : 
 1) buku kegemaran si dia, 
2) gadget (laptop,tab etc,TIDAK DIGALAKKAN kerana hanya akan mengundang PENCURI) 
3) set mandian/wangian.


rombongan wakil lelaki bersama dulang hantaran...agak kurang sedondon bila ada yang tak mengikut tema. 
>,<" nasib bukan majlis gua =P 

4) Baju & Make-up - untuk lebih jimat,RECYCLE sahaja baju raya kamu!...atau boleh sewakan dari butik-butik pengantin sendiri.Tak perlu keluarkan banyak kos disini. - adalah lebih baik jika keluarga terdekat juga mempunyai warna tema untuk baju.Majlis kamu akan kelihatan lebih meriah. - tatarias untuk diri sendiri boleh saja kamu lakukan.Tidak perlu khidmat mak andam.Adalah lebih baik jika kamu meminta saja ahli keluarga mahupun sahabat karib kamu untuk menatarias wajah kamu agar lebih terserlah serinya. 

5) Mini Pelamin. - telah menjadi trend masa kini penggunaan mini pelamin dimajlis pertunangan.Tiada salahnya kerana,penggunaan mini pelamin ini juga boleh kamu jadikan background untuk mengambil gambar kamu dan pasangan *sekaligus,boleh lakukan photoshoot dan gambarnya boleh kamu gunakan untuk persediaan hal-hal berkaitan dengan majlis perkahwinan. - dekorasi sahaja mini pelamin kamu sendiri dan tidak perlulah mengeluarkan bajet untuk menyewa mini pelamin.Barangan yang kamu perlukan (barang-barang boleh kamu gunakan semula untuk menghias bilik pengantin pada majlis akan datang) :: 
1) Kain langsir. - beli sahaja kain siap sedai dijahit. 
2) Bantal-bantal kecil sebagai hiasan. 
3) Hiasan bunga atau rama-rama 
4) Lampu 

 sekarang nak kongsi lak apa yang TAK PERLU KAMU LAKUKAN untuk majlis pertunangan nanti :

1) TAK PERLU KAD UNDANGAN.
-alahai,setakat bertunang je kan?..tak perlu nak kecoh bagai,kalau nak juga kecoh-kecohkan...biar tak perlu keluarkan kos berlebihan sampai nak buat kad pertunangan.Cukup sekadar jemputan melalui telefon,FB,Twitter,Blog dan social network yang lain.[Lagipun,Islam menyeru umatnya "Rahsiakan pertunangan"..baca di entry Bertunang Menurut Islam]

2) TAK PERLU Sediakan DOORGIFT. - biarpun korang agak berkemampuan,tapi tak perlu nak sediakan doorgift.Bukan apa,kadang-kadang kita tak berapa nak anggar berapa ramai yang akan datang bertandang ke majlis itu.Lagipun,kalau terlalu mengada sangat buat pelbagai macam,nanti menjadi buah mulut orang pulak.

tak salah pertunangan itu nampak GRAND,tapi eloklah BERSAHAJA....sebab baru satu fasa..dikhuatiri pulak tak sampai ke fasa seterusnya..jadi umpatan orang lain pulak dah.... 
sama-sama beringat yer 
p/s : eca bertunang?!...nanti da bertunang,baru eca khabarkan.