Bertunang Menurut Islam

Bertunang Menurut Islam

Assalammualaikum.

Bertunang?!..lah,jangan salah sangka lak yer...belum masanya lagi untuk eca.Cuma disini eca ingin kongsikan sedikit hasil pembacaan tentang tajuk yang pernah menjadi perbualan hangat antara eca dan teman serumah.Persoalannya,"perlukah bertunang baru menikah?".
Housemate 1 : nda payah,terus seja kahwin.
Housemate 2 : setuju....lagi bagus nda payah bercinta,terus nikah.
Housemate 3 : aku mau bertunang hari ne,nikah hari yang sama.
Eca : Bagi aku,tempoh tunang adalah persediaan untuk mendirikan rumahtangga.Dimana ianya merujuk kepada tempoh kita lebih mengenali pasangan hidup kita.....kan bagus,dalam tempoh menyiapkan persedian perkahwinan...kemana-mana menyiapkan majlis tu bersama si dia dengan panggilan 'tunang aku'.Nampak macam lagi sweet.Lagipun dalam tempoh inilah kita boleh menguji pasangan kita sebenarnya.
Itu cuma pendapat kami sahaja.Tapi apa pula hukum bertunang dalam islam.....jom baca lagi!!!

bertunang menurut islam

Hukum Bertunang Menurut Islam

Nabi SAW sendiri ada mengingatkan kepada kita:“Rahsiakan pertunangan dan iklankan (maklumkan) tentang perkahwinan” (Hadith riwayat Ahmad dari Abdullah bin Zubair Radhiyallahu ‘anhu, dan disahihkan oleh al-Albani di dalam Irwa’ al-Ghalil)

Walhal dengan itu,bertunang adalah satu tuntutan dalam Islam,kerana ianya merupakan titik tolak kita mengenali pasangan kita.Dalam Islam,disyariatkan agar tempoh pertunangan tidak mengambil masa yang agak lama.Ianya agar hubungan itu dapat dielak daripada fitnah mahupun dikhuatiri akan menjurus kepada zina. 

Selain itu,dikhuatiri juga ketika tempoh pertunangan,kita mahupun pasangan akan dikenakan pelbagai ujian.Antara lain,seseorang yang meminati kita ataupun pasangan akan berusaha untuk memisahkan kita.kan agak payah tue..........

So,tak perlulah kita nak bertunang lama-lama.Cukup sekadar 3 ke 6 bulan sebelum melangsungkan majlis pernikahan...takut kalau terlalu lama,"manisnya akan hilang"..kan orang-orang lama da pesan,"kau tu tunang orang,darah manis"...tapi kan,even eca ne bukan tunang orang,darah tetap manis ooo,asyik-asyik nyamuk datang kiss =.="

ishhh,tak boleh blah langsung ayat tu kan.hahaha...so,bijak lah membuat keputusan untuk melangsungkan pertunangan ataupun tidak......bagi mereka yang ingin melangsungkan pertunangan,nantikan entry minggu hadapan mengenai 'Tips Melangsungkan Pertunangan'.

Post a Comment

0 Comments