Tips Berbelanja & Berjimat dengan gaji kecil.

Tips Berbelanja & Berjimat dengan gaji kecil.

Assalammualaikum.


Seperti yang sediamaklum,gaji minimum untuk Semenanjung Malaysia ialah RM900 dan RM850 untuk Sabah/Sarawak....*kalau salah,mohon betulkan eca yer.So,bagaimana nak berbelanja & berjimat dengan gaji yang kecil tu je.Mungkin ramai yang tak tahu atau buat-buat tak tahu..belum pun setengah bulan,gaji dah habis melayang ntah ke mana?..kan kan kan.So,mari ikut tips Berbelanja & Berjimat dengan gaji kecil ini.


1) 10% dari gaji adalah SIMPANAN.
Disiplinkan diri anda,10% dari hasil gaji adalah untuk simpanan.Tak salah menyimpan walaupun ketika itu anda tidak mempunyai matlamat jangka pendek mahupun jangka panjang.Mungkin anda belum berfikir untuk mendirikan rumahtangga dan sebagainya,tapi sebagai langkah persediaan berjaga-jaga untuk persediaan masa akan datang mahupun hal-hal kecemasan.
2) Keperluan & Kehendak.
Keperluan merupakan sesuatu yang perlu ada dan tidak boleh hidup tanpanya.Contoh : makanan,tempat tinggal,pakaian dan lain-lain.Manakala kehendak pula merujuk kepada sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu.Contoh : makan di tempat yang mewah, pakaian berjenama dan lain-lain.
So,fikirkan dahulu barangan yang anda ingin beli samaada ianya keperluan utama atau kehendak nafsu semata-mata.Sebagai contoh, korang nak beli HP baru sebab HP dah rosak.Kenapa perlu beli yang mahal-mahal sedangkan masih banyak HP yang boleh digunakan sebagai alat telekomunikasi...tidak salah berbelanja demi kepuasan,tapi itu kepuasan itu bisikan syaitan semata.dan tidak salah berbelanja ala kadar kerana berjimat-cermat itu menguntungkan.
keperluan atau kehendak?
tepuk dada,tanya poket.kikikiki~
p.s :: HP Vivaz rosak,plan nak beli HP baru...then,kak long bagi HP lama dia kat adik bongsu.Disebabkan adik bongsu dah ada smartphone beliau sendiri,HP lama kaklong pass kat eca.Selamat duit aku =)
3) Rumah , Kereta  dll.
Jika bekerja berhampiran tempat sendiri, tak perlu susah payah nak menyewa lagi.Kalau jauh,tak salah untuk menumpang dirumah saudara-mara.Tak perlu bagi duit sewa, korang boleh hulurkan sedikit belanja dapur mahupun tolong tuan rumah mengemas rumah, menjaga anak dan sebagainya.Ingat tau,kalau menyewa kat luar lagi,korang bukan sekadar nak hulur duit sewa, malah banyak lagi bil-bil yang korang perlu langsaikan.Selain dapat menjimatkan duit, korang juga boleh mengeratkan lagi tali persaudaraan.
Membeli kereta merupakan satu keperluan bagi sesetengah orang.That's why, ada diantara syarikat pengeluar kereta sanggup memberikan Harga Murah terutama kepada lepasan universiti.Memang tak salah jika kita berkemampuan.Ini PTPTN pun tak lepas bayar,ada hati nak tambah hutang...So,gunakanlah pengangkutan awam untuk ke tempat kerja atau boleh menumpang dengan rakan sepejabat...Hulur la sedikit duit minyak atau offer ambil giliran untuk memandu kereta mereka.Ini bukan sahaja meringankan beban kawan tu malah boleh membuatkan kawan berehat dari menempuh traffik jammed.kikikiki.
pilihan terletak ditangan kita.
p.s : dua kali naik bas untuk ke tempat kerja.total pergi balik 4kali naik bas dan jumlah tambang sehari RM5.20..kadang-kadang jam7.30pm baru sampai rumah.Kat Sabah dah gelap oke?!...tapi tak pernah rasa bosan sebab dalam bas banyak gelagat yang boleh diperhati.Nanti boleh dijadikan entry pula cerita-cerita dalam bas ne.hehehe :)
4) Perbandingan.
Sebelum membeli sesuatu barang, lebih elok jika dibuat perbandingan harga.Mungkin supermarket ini lebih murah berbanding supermarket yang satu lagi.Tapi diingatkan, beli membeli barangan keperluan rumah eloklah dibeli sekaligus bagi mengelakkan pembaziran masa, duit minyak dan sebarang kos terselindung.

Selain itu, gunapakai segala kad yang anda perolehi.Contohnya, kad1Siswa membolehkan seorang pelajar itu mendapat potongan untuk pembelian barangan di kedai 1Malaysia serta kedai-kedai terpilih yang lain.Kerajaan dahbagi, jangan dok peram pulak.


5) Membeli dimusim perayaan.
Bila tiba musim perayaan, shopping complex di Malaysia ne tidak pernah sesekali tidak mengadakan SALE.Seriously, membeli ketika SALE berlangsung itu dapat menjimatkan kerana terdapat pelbagai pilihan menarik disamping Harga Runtuh dan Harga BolehMilik oleh kita.Namun, jangan didahulukan nafsu ketika melihat jumlah discount yang ditawarkan.Bijaklah berbelanja mengikut pendapatan dan keperluan.


p.s : Sempena Pesta Kaamatan hujung minggu lalu, sempat ke 1Borneo....Parkson buat WAREHOUSE tau!.Tshirt JEEP yang harga cecah RM100 tu, tinggal RM20++ je...sempat grab satu handbag.harga pun cecah RM100 selepas discount...nasib baik mama belanja.moga murah rezeki mama saya lepas ne.hehehe.
gaji kecil tapi boleh menyimpan banyak?!...tepuk dada tanya selera anda.
suka naik bas sebab ramai lelaki macho, cuci mata hari-hari...yang lelaki, mesti korang suka tu kan kalau duk sebelah korang awek cun....jangan tak ngaku,sekeh kang!