How I Meet My Late-Bestfriends

How I Meet My Late-Bestfriends

Assalammualaikum

korang pernah rasa kehilangan?...setakat hilang handphone, hilang kasut, hilang duit, hilang boyfriend apa lah sangat kan....ini cerita kehilangan kawan-kawan yang tersayang.*yerp,eca rindu arwah kawan-kawan baik eca*..sometimes,when I listen to our song, see our recording video, scrolling the chat & comment via  FB, see our picture,seriously airmata tu mengalir.Even kadang-kadang eca dalam bas,kalau teringat arwah mesti eca nangis dan waktu tu eca rasa orang sebelah eca akan cakap, "gila a budak ne,tiba-tiba nangis"...

How I Meet the wonderful FRIENDS.
19 March 1989 - 7 April 2012
Al-fatihah Ady Mohd Firdaus Bin Abdullah.
Ady - eca kenal arwah Ady sejak tingkatan 1 lagi.Waktu tu kami satu sekolah tapi berlainan kelas.Cuma waktu kelas agama Islam je kami sekelas...waktu tu tidaklah rapat sangat...orang kata, geng-geng budak Tingkatan 1....tapi tak lama kenal, tingkatan 2 dia pindah sekolah.Tup-tup naik Tingkatan 6 Rendah, eca waktu tu dah pindah ke SMK Kota Marudu..jumpa lagi dia balik.Masa tingkatan 6 Atas pulak, dia couple dengan bestfriend + dormmate eca.....tapi tak rapat lagi yer.Bila eca dah Semester 2 kat Unirazak, Ady baru masuk kiranya Junior eca lah neyh....waktu tu awal tahun 2010.Waktu tu,kira kami ne aktif PERMAI (persatuan mahasiswa/i islam)..banyak aktiviti yang kami terlibat....Sejak tu kami jadi rapat,..sampailah satu hari sebelum puasa, Ady ajak kami buka gerai.*heaven gila masa tu..penat tak cakap la..tapi spending time dengan kawan-kawan baik...masak sampai larut malam, sahur sesama, g gelakkan orang sesama..lepak sesama....u'll never feel the same!* Banyak yang arwah ajar eca pasal memasak, he's the masterchef among my friends.Tapi dia tetap tak boleh lawan eca masak Laksa!!!....ada sekali raya tu,dia datang rumah eca beraya with his parents, tak tahu malu punya budak kan, dia terus gi dapur.Masa tu, all my cousins are there.Sampai dorang cakap, "BF ko ka ca?!."...terus eca jawab,"kawan baik aku tu,,,adik aku juga".

*how I proud to called him as my brother & bestfriend*
tapi disebabkan badan dia lagi besar dari kami,so dia jadi ABANG.hehe
29 June 1990 - 7 April 2013
Al-fatihah  Jennifer Nurshafiqa
Jenn - dengan Jenn,perkenalan tu singkat sangat.seriously,kalau korang nampak kami mesti akan cakap, "macam manalah dua budak ne boleh berkawan baik"...eca amik Bachelor of Education,Jenn amik Bachelor of Management  sangat-sangat berbeza tapi yes,we're bestfriend.Eca kenal Jenn melalui one of our bestfriend,Athira...Ari tu,kami kat rumah ada makan-makan...Eca,Ady & Abu pergi beli gas yang sentiasa habis bila kami berkumpul kat rumah sewa yang kecik tu.So, on the way balik, we picks Athira & Jenn..Memula nampak Jenn, eca cakap "aduii,siapa lagi budak ne...penuh la kita dirumah" -cakap dalam hati je pun!.hahaha..tapi bila sampai rumah, budak Jenn ne punyala tiada rasa malu atau segan, kitaorang semua dah jadi macam "kawan yang dah kenal sejak dari dalam perut our mummy lagi!!!"..Starting from the day, kemana je eca pergi mesti ada Jenn.even kalau eca pergi pejabat pos yang tak de lah jauh sangat dari rumah eca tu,eca akan panggil Jenn temankan.Sampailah masa tu budak Jenn ne terbercinta pulak dengan kenalan eca.....terpaksalah si eca tu menemankan mereka berkasih-kasihan.*sebenarnya jeles sebab time tu takde BF.kuikuikui~ But, she still the best.Kalau dia balik Labuan, mesti eca akan cakap, "Jenn,jangan lupa coklat".Few days before dia passed-away pun, dia sempat bagi eca Coklat Kisses.....and the most I proud of her, kalau dia betul-betul bertekad nak lakukan sesuatu,dia akan buat.Contohnya,dia cakap dia nak pakai tudung whereever she goes.Kalau dulu,setakat ke kedai depan apartment,dia tak pakai tudung tau.Tapi lepas dia cakap macam tu, eca yang jadi segan sebab eca pun on-off juga...dan eca pernah hadiahkan Jenn pashmina kaler hijau *time tu dia cakap baju kurung dia banyak hijau even sebenarnya dia minat ungu*.Bila dia terima hadiah tu,korang tahu punya la excited dia.sampai berkali-kali cakap,"ca,aku tengok tutorial ne di youtube..lawa jugak guna tu shawl kau bagi".

sampai sekarang eca ingat pesan dia,"Aku mahu kau bahagia"...yes Jenn,ur BFF now are falling in love, and I wish u were here,listen to all my stories and give encourage for me.I know you're always with me.

13 August 1988 - 13 August 2012
Al-fatihah Sahariana Binti Darwis.

Kak Rain  - dia degil, dia gedik, dia suka tidur, dia kawan sepertiduran eca, dia minah rempit, dia rajin dan dia bukan sekadar kawan eca :)  Memula kenal dia masa dia datang rumah sewa eca (time tu belum duduk serumah dengan dia lagi).Dia datang sebab melawat coursemate dia yang duduk serumah dengan eca.Hari yang dia datang tu, eca tengah masak tuk makan tengahari.So,masa makan tu ajaklah dia sekali..siap puji tau dia!!!.tapi masa tu,takde sangat boraknya *eca kan penyegan orangnya!hahaha. Keesokkan harinya, masa tu eca tengah stay di Surau Unirazak...sambil online kat sana.Then, dia datang letak beg dia tepi eca.Lepas tu, dia boleh pulak turun ke bawah..nak makan katanya.eca pun jaga je la beg dorang kat surau tu.Bila dia balik g surau tu,dia bawakan eca setin Iced Lemon Tea,which is my favourite ambil cakap,"aku bagi kau tu"...akhir tahun 2009, eca duduk serumah dengan dia sampai lah kejadian tu.Dua tahun lebih duduk serumah,eca diatas dia dibawah..eh eh,jangan fikir bukan-bukan pulak..kami share beli katil,so eca tidur dibahagian atas,dia dibawah.Tapi setiap malam sebelum tidur,mesti kami akan berborak panjang.Kadang-kadang,dia tidur dulu eca masih berjaga dan khusyuk bercerita.*rupanya bercerita syok sendiri!.hihihi...tapi yang tak boleh lupa, kami jatuh hati pada orang yang berbeza tapi ada ciri yang sama.lepas tu kecewa dan masing-masing gelakkan diri sendiri.adoooi kak,aku rindu pula masa tu.masa kau nangis-nangis cerita pasal dia, masa kau marah aku jatuh hati dengan orang yang tak patut...dan paling rindu, kau di Tawau,aku di Kudat..kau call semata-mata mau tanya,"Ca, yang kau buat agar-agar tu berapa banyak air kau letak,kenapa agar-agar aku keras"...sempat kan kak aku ketawakan kau.sampai mama mu pun cakap,"kakakmu tu ca, kalau dia nda cerita pasal kau,pasal ady,pasal abu,pasal kamu dirumah,nda lah boleh tidur"....setiap kali aku melawat kau kak,mesti aku bisikkan ditelinga kau kan pasal kami dirumah,supaya kau tahu,kami selalu sayangkan kau.

greeting them, meeting them, grown up with them, they see me from nothing to something.
from the bottom of my heart, I damnly missed them so much.
Al-Fatihah besties,you'll never be replaced in my life.
if Jenn is still alive, she will be 23years-old by this coming Saturday.
mungkin ada yang tak tahu cerita pasal mereka,jom baca kat SINI
dan cerita pasal KAMI SEMUA ada kat SINI