Kontes Panduan Blogger - Memperkayakan Ilmu Blog

Kontes Panduan Blogger - Memperkayakan Ilmu Blog

Kontes Panduan Blogger
Assalammualaikum.

Kontes Panduan Blogger, seperti yang ramai sedia maklum di entry lepas (rujuk Kontes Panduan Blogger) merupakan satu kontes yang bermanfaat.Selama hampir 3tahun berblogging,inilah pertama kalinya eca rasakan kontes yang wajar dilaksanakan bagi membuka mata para blogger di Malaysia khususnya.Mari baca fahaman eca tentang dunia blogging menerusi 3 soalan mudah yang disediakan oleh pihak penganjur.


Soalan Pertama : 
Apakah yang dimaksudkan dengan Google Pagerank (PR)?
Berikan pendapat anda mengapa ia penting untuk blog anda.

Google Pagerank (PR) merujuk kepada satu penanda aras tahap kepopulariti sesebuah blog atau website terhadap Google.Angka bermula dari 0 ke 10.Sekiranya blog tersebut berPR tinggi seperti PR10,ia menunjukkan blog tersebut popular pada enjin carian Google itu sendiri.PR adalah sangat penting bagi setiap blogger.Bukan merujuk kepada tahap popular blogger itu tapi merujuk kepada betapa kuatnya blog tersebut dapat memikat Google di enjin carian.



Bagi eca, semakin tinggi PR sesebuah blog membawa kepada semakin berisi sesuatu entry tersebut disamping kuatnya backlink dari website mahupun blog yang lain.Contohnya, blog A dengan PR7 dan blog B dengan PR4.Kedua-dua blog ini menulis artikel yang hampir sama (sama tajuk contohnya).Apabila seseorang mencari sesuatu artikel berdasarkan kata kekunci tertentu dan kedua-dua blog ini menulis mengenari artikel tersebut, Blog A akan lebih diutamakan oleh enjin carian Google kerana ranking yang lebih tinggi berbanding Blog B.


Soalan Kedua :
SEO atau Search Engine Optimization ialah satu cara untuk blog menerima trafik organik.
Berikan satu (1) tips asas yang anda tahu untuk sesebuah entry tepati cirian SEO ini.


Tidak dinafikan Search Engine Optimization adalah satu cara untuk blog mendapat trafik organik.Dengan sedikit sentuhan SEO pada blog mahupun entry,tidak mustahil blog akan mendapat tempat dihati enjin carian.Apatah lagi, dengan adanya sentuhan SEO itu sendiri, kita (blogger) tidak perlu sibuk memikirkan traffik yang akan masuk.

Untuk menghasilkan satu blog yang mesra SEO, blogger mungkin boleh gunakan template SEO contohnya Thesis Template for blogspot kelolaan forblogger.net.Tetapi menggunakan template SEO sahaja tidak mencukupi jika anda tidak mengaplikasikan cirian SEO tersebut.

Bagi rakan-rakan blogger yang ingin cuba hasilkan entry yang menepati cirian SEO ini, eca sarankan penggunaan kata kunci (keywords) pada entry anda.Pastikan anda menggunakan kata kunci yang sesuai.Contohnya, anda ingin menulis mengenai percutian ke Pulau Sipadan...perbanyakkanlah kata kunci Pulau Sipadan kerana kata kunci demikian sahaja cukup untuk google robot mengesan entry anda.Bukan sekadar pada limpahan kata kunci pada entry, gunakan juga kata kunci yang sama pada alternatif gambar juga akan membantu entry tersebut ke arah entry yang menepati cirian SEO.

Soalan Ketiga :
Adakah anda fikir penampilan blog penting untuk menarik pengunjung menjadi pembaca setia?
Berikan pendapat anda penampilan bagaimana yang sesuai untuk tujuan yang dikatakan?

Blog umpama HOTEL...jika servis yang diberikan hotel itu baik,tidak hairanlah jika ramai yang suka menginap di hotel tersebut.Seperti juga blog, sekiranya sesuatu blog tersebut membuatkan para pengunjungnya selesa dengan penampilan blog, maka akan wujudlah komuniti pembaca setia pada blog tersebut.Bukan sekadar dari segi template malahan juga dari segi penulisan blogger terbabit.
Blog yang ringan adalah salah satu ciri blog terbabit suka dikunjungi lebih ramai pembaca.Bohonglah jika eca katakan, ada yang suka jika blog seseorang tersebut terlalu semak, sesak dan melelahkan dengan pelbagai widget yang berterabur.Seperti hotel, jika hotel tersebut tidak bersih, servis yang kurang memuaskan apatah lagi tiada yang mendamaikan hati para pengunjungnya, mustahil hotel itu akan mendapat pengunjung yang ramai.


Untuk memastikan blog kita sering dikunjungi oleh pembaca setia, ikutlah tips ringkas yang eca sediakan :
1) Template Blog yang simple dan ceria.
2) Penyusunan widget yang diaturkan dengan kemas dan tiada widget yang tidak penting.
3) Jadilah blogger yang ramah dengan membalas komen-komen pengunjung anda.
4) Lawatlah kembali para pengunjung blog anda,ini secara langsung akan berikan komunikasi dua hala antara anda juga pengunjung sekaligus akan membawa kepada pembaca setia pada blog.
5) Jangan kedekut berikan backlink dan tanda penghargaan kepada pembaca setia anda.
6) Jangan jadi blogger syok sendiri. >,<"

so,mari bersama perbaiki blog kearah dunia blogging Malaysia yang lebih cemerlang.

entry ditulis khas untuk ::


siapa lagi yang wajar menyokong dunia blogging Malaysia jika bukan kita?!...betul ke tidak?! :)