TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Hobi Jadi Bisnes

Assalammualaikum.
hobi jadi bisnes?...mesti biasa kan?!..eca pun sendiri dah terjebak tau....sebabnya kekonon nak kumpul duit lagik dua tahun nak kahwin #eh?!.

hobi yang mana jadik bisnes tu?..tu hah hobi dan kepakaran masak laksa penang. Ala bukan susah pun, yang susah tu kemalasan nak belajar dan mencuba. Betulke tidak?!.

Eca sekarang waktu kerja jam2petang -jam9malam. Orang ngajar kat pusat tuisyen pun! hikhikhik jadiknya waktu pagi dah free. pastu isnin selasa & khamis jam2-9, rabu jam7-9, jumaat jam3-5..Sabtu & Ahad Fullday!..makpak student daku rajin bebenor hantar anak g ngaji tuisyen ne. Eca lak yang kadang-kadang naik kesiannnn kat bebudak ne tau kena g tuisyen hujung minggu. Dorang tak tahu ke hujung minggu tu kartun kat tv mula dari pagi sampai tengahhari, naknak kartun barbie. eh melalut dah pulak!. oke, balik cerita bisnes laksa (bunyik macam bisnes berjootajoootaaaaaa). Disebabkan waktu kerja macam tu, eca taknak lah terkejar-kejar then penat. So, kekonon buat hari Rabu je, tapi permintaan banyak. Tengah pening susun jadual lak daku ne. Cadangnya nak buat Laksa & COD  hari Isnin(Pagi & Tengahari) - Rabu (Pagi & Tengahari) - Jumaat (Pagi sahaja!)...oke tak???...

takbuat rugi, sekarang banyak permintaan dah!!!..jangan je lah tak lama lagik kena cari pembantu, mau digandakan usaha melaksa tu!!!!.. apapun Syukur Ya Allah atas rezeki ini.

korang ada tak dari hobi jadi bisnes?

Pemenang Welcoming January Giveaway

Assalammualaikum semua.
yeah, tak sangka pulak eca bilamana Welcoming January Giveaway mendapat sambutan sehingga 48 penyertaan...serius, eca ingat dalam 20++ je yang sudi join, rupanya RAMAI gak yang berminat yer. Hadiahnya menarik ke?..lupa pulak wat survey korang nak hadiah apa kan! Ha Ha Ha, nanti kita wat survey tau...(korang komen kat ruangan komen tu, ti eca pertimbangkan yer)

So, dari 48 penyertaan tu, eca printkan url blog, gunting dan lipat..kemudian cabut!!!.

dan pemenangnya ialah .........



Tahniah kepada kedua-dua pemenang!!!. Sila hantar detail : Nama / Alamat Surat-Menyurat / Nombor Telefon ke email : ecasha.89@gmail.com atau boleh komen dalam ruangan komen dibawah. Kepada yang tak bernasib baik, cuba lagi pada Lovely Februari Giveaway yang bakal berlangsung pada 1hb - 11hb Februari 2017.


ohya, kalau sudi, komenlah kat ruangan dibawah ini korang nak hadiah apa!.Kot-kot boleh dipertimbangkan kelak...hihihi.

BETWEEN - Aplikasi untuk pasangan kekasih/suami-isteri.

Assalammualaikum.
Sekarang ne dah menjadi-jadi kan aplikasi untuk berhubung  melalui telefon pintar..Bukan tu sahaja, aplikasi nak berkenalan & mencari jodoh pun berlambak...yelah, makin banyak aplikasi seperti Wechat, Line, Beetalk dan macam-macam lagi..eca sendiri ada Whatsapp, Wechat, Beetalk & Messenger kat dalam phone J5 eca tu. kali ne, eca nak kenalkan korang dengan BETWEEN. 

BETWEEN - satu aplikasi khas tuk pasangan (couples) yang bukan sahaja menjadi medium untuk chatting malahan dapat berkongsi gambar, "counting days" dan sebagainya. untuk apps ne, eca paling suka adanya "counting days" ne. siap letak birthday eca & dia, tarikh mula kapel, tarikh mula kenal..kalau macam ne, konfirm pasangan korang takkan LUPA...dan kalau LUPA juga, barulah kita ada HAK untuk marah... Janganlah marah tanpa sebab kan, kita sebagai perempuan ne kalau asyik marah, orang lelaki pun mudah jemu.

minta maaf, terpaksa pulak sembunyikan nama pakwe eca.
risau dia lagi popular dari eca! hahahaha~



eca dengan Encik M (wahh gitu letak nama pakwe) sentiasa akan share macam-macam.
contoh : gambar selfie, gambar apa-apa je dalam FB yang sesuai untuk dibincangkan. 
kalau korang nampak gambar kat atas tu, eca share pasal BSN Home Loan. ada lah topik tuk kitaorang bincangkan.... eh eh, nak tanya, kalau dalam proses mengenal hati pasangan, banyak je kan cerita wajar kita bincangkan, tapi member eca bercakap kat phone dengan awek dia sampai 2 jam tapi selalu cakap kat eca dia bosan dan tak tahu nak cakap apa. pelik disitu. nasib baik Encik M kita ne, ada je topik dia!...yeah.

Antara lain yang eca paling suka, dalam apps ne juga ada berkongsi lokasi & keadaan cuaca. Takyah la nak tanya sangat kat pasangan dia ada dimana atau macam mana cuaca kat sana. Jangan risau, kat BETWEEN jugak banyak sticker-sticker comel korang boleh kongsi.

ohya, korang boleh download aplikasi ini di PlayStore mahupun AppleStore..Bukan tu sahaja, korang juga boleh download di Laptop/PC tak kira pakai Windows ataupun Mac. sila ke LINK BETWEEN.

pstt : yang baru nak kapel-kapel tu, apa kata korang invite pakwe/makwe korang install BETWEEN kat smartphone, kalau dorang taknak...hahhhhh, adalah tu something dia nak sembunyikan.

till next entry.
loves : eca!

Welcoming January Giveaway

Assalammualaikum.
lama dah tak buat GiveAway dekat blog eca ne...disebabkan tahun ini "NIAT" kembali aktif berblog, so eca cadang nak buat GiveAway. Untuk bulan Januari ini, eca namakan giveaway sebagai "Welcoming January GiveAway" dan semestinya menjadi impian besar agar GiveAway ini mendapat sambutan yang memberansangkan.

2 pasang kain songket Sarawak untuk dimenangi
Untuk menang hadiah ini, korang kena ikuti syarat-syarat dibawah :

1. Tentunya kena buat entry dengan tajuk Welcoming January GiveAway.

Copypaste Code ini pun boleh ::: 


2. Tolong LIKE Page Eca -- EcaDwinkyAsha Blog
3. Tarikh giveaway dijalankan : 7 Januari - 17 Januari 2017 (10hari je!)
4. Selepas dah buat entry & publish dekat blog korang, Letakkan permalink entry tersebut dalam ruangan komen je!

Pemenang eca akan umumkan sebelum bulan Januari berakhir.
Jangan lupa jemput ramai-ramai join tau!!!


UPDATE SENARAI NAMA PESERTA : 

  1. https://bluechoralpearl.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  2. http://www.huhahuhajerr.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  3. http://nurazizahyahaya.blogspot.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  4. http://mellyacrayola.blogspot.com/2017/01/welcoming-january-giveaway-17022017.html
  5. https://missobsesi.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway-2-pasang.html
  6. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  7. http://anzulnashome.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  8. http://littlesnorlax.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  9. http://presntisgift.blogspot.my/2017/01/welcoming-2017-giveaway.html
  10. http://darihatimissmulan.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  11. http://itsmelyya.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  12. bajetciputselerabesar.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  13. http://www.nooratikahramli.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  14. http://thezafirahnazri.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  15. www.leaazleeya.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  16. http://blogashalya.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  17. http://adna2029.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  18. http://www.kisahsidairy.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  19. http://kanvasdakwat.blogspot.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  20. http://www.sayidahnapisah.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  21. http://thisni3zahata.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  22. http://nourayuadieb.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  23. http://www.nam-comel.blogspot.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  24. http://kotakconteng.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  25. http://cikmijah.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  26. http://cikilamenari.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  27. http://ourmemoria.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  28. http://www.syuhadasalleh.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  29. http://cikdylah.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  30. http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  31. http://messarah.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  32. https://unnianje.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  33. http://muslimahsejati96.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  34. http://azlanbahar.com/contest/welcoming-january-giveaway/
  35. http://wannurnabihah.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  36. http://farhannajafri.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway-welcoming.html
  37. https://kasihkuamani.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  38. http://frrhnd.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  39. http://sishawa.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  40. http://ftndiana.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  41. http://dunia-iekafarhana.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  42. http://www.sheilainspire.com/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  43. http://jombercontest.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  44. https://belogsjm.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway-by-eca.html
  45. http://nusha1706.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  46. http://msvelentine.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  47. http://najwazahid94.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html
  48. http://fiqahhamed.blogspot.my/2017/01/welcoming-january-giveaway.html

Dah UPDATE SENARAI PESERTA!.
Pemenang akan eca umumkan pada minggu ini jugak~