TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online

[Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online]

Assalammualaikum & Salam 1 Syaaban. Bila dah berkereta ne, tiap tahun kereta kena sambut birthday..masa tue lah gelabah sangat-sangat  sampai tak lalu makan fikir pasal Insurans & Roadtax kereta kesayangan #cinta1701. Tahun ne dah masuk tahun ke-tiga Eca renew insurans & roadtax kereta...eh, empat tahun la kan dah punya kereta sendiri. Alhamdulillah.


Nombor Plat kereta sempena tarikh lahir....
MOTIP : Supaya orang tak lupa birthday Eca. 
LUPA, hmm, mohon jangan tumpang lagik!

[since March2014]
3x Renew Roadtax & Insurans. 
Langgar kereta orang 2x.
Langgar divider jalanraya 2x.
masuk bengkel 2x.
almost 57 000km.

Masa beli kereta dulu, kereta tu under Etiqa Insurans...Lepas tu tukar pulak Zurich Insurans sebab kat JPJ Tuaran, dekat dengan insurans tu. Tahun ne, Eca decide nak buat online ja!...Bukan malas oi, tapi takda masa nak pergi =.="

Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online adalah jawapan kepada kesemua kemalasan seorang Eca. Nampak tak dunia dihujung jari anda je!..Masyaallah senang sangat pulak berurusan. Apatah lagi dapat ejen yang dikenali & paling penting ejen cepat beri respon. Ejen Renew Insurans & Roadtax Kereta yang Eca gunakan perkhidmatan mereka ialah Blogger Yana Halim & suami dengan perlindungan dari Etiqa Takaful.


Bagaimana nak Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online?
1. Whatsapp :  Encik Adren : 0192810206   
2. Beri detail mengenai kereta anda.
3. Ejen akan inform jumlah bayaran (insurans, roadtax & penghantaran)
4. Buat pembayaran secara online (guna je Maybank2u, CimbClick dan lain-lain)
5. Update pembayaran kepada Blogger Yana.
6. Tunggu confirmation & email daripada Ejen. [Ejen akan email covernote, nak print ke tidak terpulang, paling mudah SIMPAN dalam email je!]
7. Selepas seminggu, tunggu abang posmen hantarkan roadtax korang.
8. Dapat roadtax, jangan lupa tampal kat cermin hadapan kereta. kang tak letak kena sama abam polis or jpj lakkkk!

Eca print sesaja...sebabnya letak dalam fail. Kot-kot jadi apa-apa senang nak rujuk. Renew untuk kali ketiga ini dalam RM520++ sahaja tidak termasuk roadtax.


selepas seminggu, sampai dah roadtax eca...beberapa minggu sebelum tarikh akhir roadtax lama. Ohya, renew roadtax Viva hanya RM20 untuk setahun. sib baik murah!!.hehehe~

so, jangan lupa kalau nak RENEW INSURANS DAN ROADTAX KERETA, hubungi :
Encik Adren : 0192810206   
Perunding Takaful terhebat (polisi hayat & renew roadtax insurance) 

till next entry, BYE!

9A SPM. Tahniah Apek.

Assalammualaikum.
hari ini (walau sebenarnya, cerita ini boleh dianggap dah basi!)...eca nak share dekat semua pasal kejayaan adik lelaki eca, Apek yang berjaya mendapat 9A dalam Sijil Peperiksaaan Malaysia 2016.

macam tak menyangka pulak dia lulus dengan cemerlang, walaupun kadang-kadang tension dengar kerisauan dia sebab takut tak lulus SPM...ohya, adik eca ne dulu masa UPSR dapat 2A ke 3A, tak ingat sangat. Tapi masa tu, dia tak boleh masuk Sekolah Berasrama Penuh atau MRSM. So, dia gi sekolah biasa...masa PT3, dia dapat 6A 2B & bawaklah gelaran Top Student PT3 SMK Kudat II (gelaran tu dia share dengan seorang budak perempuan). Bila dapat result 6A 2B, dia try nak masuk MRSM atau SBP. Alhamdulillah, rezeki dia dapat menyambung ke SM Sains Labuan...tapi kan masa dia kat sana, hanya Allah je tau betapa penatnya melayan karenah anak bongsu seorang tu.

Antara yang dia pena buat dan buat kami sekeluarga mengucap panjang :
1.  Selepas beberapa hari dia bersekolah disana, dia call minta pindah balik SMK Kudat II
2.  Banyak baju & buku hilang =.="
3. Pernah tambah cuti seminggu lepas Raya Aidilfitri & Raya Aidiladha sebab tension nak balik asrama.
4. Tiap-tiap bulan nak kena lawat dia disana. *oke, total cost KK-Menumbok-Labuan include homestay semua kadang-kadang cecah RM500.nangis woooooo!

Kenakalan alam persekolahan, takyah cakap!.Bagi eca, itu biasa..yela, sebagai cikgu, eca sendiri lihat kenakalan budak-budak remaja. As long as, sebagai orang yang lebih berusia dari mereka, kita tegur cara berhemah so dorang pun tak berani memberontak lama.Alhamdulillah, adik eca berjaya tersenarai juga Best Student SM Sains Labuan 9A.

inilah dia adik bongsu eca yang dapat 9A tu.

Pemenang Marching March Giveaway

Assalammualaikum
ohyeah,  maafkan eca lambat umumkan pemenang tau. Sebelum tu, korang boleh tengok entry INI untuk lihat senarai nama peserta untuk Marching March Giveaway. Terima Kasih untuk 42 orang blogger yang join....dan TAHNIAH untuk 5 blogger yang bertuah.



kepada semua pemenang bertuah, sila whatsapp (0148594953) atau email eca : ecasha.89@gmail.com untuk tuntut topup/cash RM10 anda!.

Tahniah sekali lagi dan kepada yang tak berjaya, stay tuned! 
Sikit masa lagi kita ON April Giveaway pulak~