Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online

Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online

[Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online]

Assalammualaikum & Salam 1 Syaaban. Bila dah berkereta ne, tiap tahun kereta kena sambut birthday..masa tue lah gelabah sangat-sangat  sampai tak lalu makan fikir pasal Insurans & Roadtax kereta kesayangan #cinta1701. Tahun ne dah masuk tahun ke-tiga Eca renew insurans & roadtax kereta...eh, empat tahun la kan dah punya kereta sendiri. Alhamdulillah.


Nombor Plat kereta sempena tarikh lahir....
MOTIP : Supaya orang tak lupa birthday Eca. 
LUPA, hmm, mohon jangan tumpang lagik!

[since March2014]
3x Renew Roadtax & Insurans. 
Langgar kereta orang 2x.
Langgar divider jalanraya 2x.
masuk bengkel 2x.
almost 57 000km.

Masa beli kereta dulu, kereta tu under Etiqa Insurans...Lepas tu tukar pulak Zurich Insurans sebab kat JPJ Tuaran, dekat dengan insurans tu. Tahun ne, Eca decide nak buat online ja!...Bukan malas oi, tapi takda masa nak pergi =.="

Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online adalah jawapan kepada kesemua kemalasan seorang Eca. Nampak tak dunia dihujung jari anda je!..Masyaallah senang sangat pulak berurusan. Apatah lagi dapat ejen yang dikenali & paling penting ejen cepat beri respon. Ejen Renew Insurans & Roadtax Kereta yang Eca gunakan perkhidmatan mereka ialah Blogger Yana Halim & suami dengan perlindungan dari Etiqa Takaful.


Bagaimana nak Renew Insurans & Roadtax Kereta secara Online?
1. Whatsapp :  Encik Adren : 0192810206   
2. Beri detail mengenai kereta anda.
3. Ejen akan inform jumlah bayaran (insurans, roadtax & penghantaran)
4. Buat pembayaran secara online (guna je Maybank2u, CimbClick dan lain-lain)
5. Update pembayaran kepada Blogger Yana.
6. Tunggu confirmation & email daripada Ejen. [Ejen akan email covernote, nak print ke tidak terpulang, paling mudah SIMPAN dalam email je!]
7. Selepas seminggu, tunggu abang posmen hantarkan roadtax korang.
8. Dapat roadtax, jangan lupa tampal kat cermin hadapan kereta. kang tak letak kena sama abam polis or jpj lakkkk!

Eca print sesaja...sebabnya letak dalam fail. Kot-kot jadi apa-apa senang nak rujuk. Renew untuk kali ketiga ini dalam RM520++ sahaja tidak termasuk roadtax.


selepas seminggu, sampai dah roadtax eca...beberapa minggu sebelum tarikh akhir roadtax lama. Ohya, renew roadtax Viva hanya RM20 untuk setahun. sib baik murah!!.hehehe~

so, jangan lupa kalau nak RENEW INSURANS DAN ROADTAX KERETA, hubungi :
Encik Adren : 0192810206   
Perunding Takaful terhebat (polisi hayat & renew roadtax insurance) 

till next entry, BYE!

Post a Comment

0 Comments