TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Resepi Puding Jagung | Menu Kegemaran Iftar.

Resepi Puding Jagung | Menu Kegemaran Iftar.
Assalammualaikum.....kat group Sabahan Blogger, sibuk pulak dorang ceta pasal menu iftar. Telan liur jak lah baca conversation bebudak eh mak budak kat situ. Eca "UP"-kan terus menu kegemaran Eca kat blog...biar terliur korang semua eh eh!



pudingjagung


tu dia Menu Kegemaran Eca iaitu Puding Jagung...like seriously, Eca memang suka makan jagung. Tak pernah jemu makann, so apa ja yang ada kaitan dengan jagung, Eca memang suka contohnya, jagung rebus, jagung bakar, bubur jagung....sekarang teringin nak minum air jagung yang tengah HOTTT tu!

ok ok, Eca tak nak membebel panjang, nak share dengan korang Resepi Puding Jagung. 
Bahan-bahan
1cawan tepung kastard
3cawan air
1 tin krim jagung
1/2 cawan gula
1/2 pek santan
Garam

Cara Membuatnya
1) Gaul kesemua bahan kecuali krim jagung dan sebatikan.
2) Dah agak-agak sebati iaitu tepung jagung + santan tak berketul, masukkan krim jagung.
3) Masak atas api sederhana & gaulkan sehingga adunan puding nampak masak & berkilat.Tempoh dalam 30minit - 45minit bergantung kepada adunan kamu)
4) Dah masak, letakkan ke dalam mangkuk puding

 kalau korang nak tahu, tiga bahan utama iresepi ini iaitu tepung kastard, jagung & santan boleh korang beli secara "online" di Lazada?..tak caya, jom tengok gambar dibawah ne :





Lebih mudah kan menyediakan juadah iftar, apatah lagi kalau buat Puding ne waktu Sahur...simpan je dalam peti ais, lagi sejuk, lagi sedapp gitu!...Ohya, korang tahu tak Lazada sedang mengadakan Marhaban Ya Ramadan dan Riang Ria Raya Sale bermula pada 19 Mei 2017 - 30 Jun (sempat lagi ne nak memborong kat Lazada sebab diskaun sehingga 90% tau~)

Selamat Mencuba Resepi Puding Jagung by ecadwinkyasha =)
kalau sedap, khabar-khabarkan tauuuuuu.

till next entry,
xoxo : ecadwinkyasha.

Lazada Ramadhan Raya 2017 Blogger Contest


Lazada Ramadhan Raya 2017 Blogger Contest

Assalammualaikum semua!..hari ini Eca nak kongsi satu contest dari Lazada..Maybe ramai yang dah tahu tapi Eca still nak kongsi dengan korang semua...Lazada juga pernah menganjurkan contest sebelum ne dan sambutan amat menggalakkan, so apa kata kita join pulak contest kali ini. The more, the merrier orang kata! 


JOIN RAMADHAN RAYA BLOGGER CONTEST.
1. Pertandingan ini bermula 19 Mei - 23 Jun 2017.
2. Selama 4 minggu pertandingan ini dijalankan, peserta akan diberikan 4 tajuk berbeza setiap minggu. Peserta boleh menyertai lebih dari satu pertandingan.
3. Setiap 4 minggu, peserta akan diberikan tajuk-tajuk yang berbeza tau seperti :
  • Minggu 1 : Resepi Ramadan (19 Mei - 1 Jun)
Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut :
a. Apakah hidangan iftar kegemaran anda?
b. Kongsi resepi hidangan tersebut.
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang boleh digunakan untuk membantu korang menyediakan hidangan tersebut.

  • Minggu 2 : Hiasan Rumah untuk Raya (2 Jun 2017 - 8 Jun 2017)
Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut :
a. Bagaiaman hiasan rumah untuk menyambut raya?
b. Kongsikan tips menghias rumah untuk menyambut raya?
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang boleh digunakan untuk membantu korang menghias rumah (contoh : perabot pilihan)



  • Minggu 3 : Tampil Cantik & Menarik. (9 Jun 2017 - 15 Jun 2017)

Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut :
a. Apakah tema warna Raya korang?
b. Kongsikan butiran pakaian Raya korang?
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang boleh korang gayakan di hari Raya.

  • Minggu 4 : Balik Kampung (16 Jun 2017 - 25 Jun 2017)

Setiap peserta perlu menyediakan entry bagi menjawab soalan-soalan berikut
a. Di manakah korang akan balik beraya?
b. Senaraikan barang keperluan apabila balik ke kampung.
c. Nyatakan produk daripada Lazada yang korang akan bawa balik ke kampung halaman.


3. Perkara itu mesti mengandungi screenshot produk yang dinyatakan di titik 1.c, 2.c, 3.C dan 4.c 
4. Peserta perlu menyebut Marhaban Ya Ramadhan Sale dan Riang Ria Raya (http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya/) yang akan berlangsung dari 19 Mei hingga 30 Jun (di mana anda boleh mencari khas diskaun sehingga 90%!).
5. Peserta dikehendaki menyerahkan pautan Artikel mereka melalui e-mel kepada contest@lazada.com.my dengan subjek bertajuk: Lazada Ramadhan Raya Blogger Contest
6. Peserta adalah dialu-alukan untuk menghantar artikel dalam mana-mana bahasa.
7. Pemenang akan dipilih secara rawak.

Jom kita meriahkan!..Eca sendiri tengah karang entry tersebut. 
Mana nak tahu rezeki kita sangkut hadiah utama keeee...kan kan?! 
Tak cuba, Tak tahu!!!!

till next entry,
xoxo : ecadwinkyasha

SABAHAN BLOGGER (Part 1)

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia semua.

SABAHAN  BLOGGER | Di Bawah Bayu, Kami Bersatu. Hari ini Eca nak ceritakan sedikit tentang Sabahan Blogger..Dah tentu-tentulah kan members group ini terdiri daripada blogger-blogger di negeri Sabah...ye, kami tak ramai, tapi kami ada. So, jom kenal satu demi satu Sabahan Blogger yer.

Sabahan Blogger Lepaking after event

tu diaaaa, gambar kami selepas cover event di Putatan. Dah cover event tu, dak Eca ajak member-member yang lain gi Kak Kiah Cake House tu sesi kenal-kenal dan lepak-lepak. Seriously, Eca pun tak kenal mereka sangat. Sebelum ne cuma pernah jumpa dengan beberapa orang tapi takdelah sampai duk bersembang bergelak tawa macam ne...kali ini, jumpa lebih ramai lagi & jom Eca kenalkan mereka di dalam gambar tu dulu.

Blogger Junzie atau lebih dikenali sebagai Mrs Hafizie. dah terang lagi bersuluh ada Mrs so Blogger Junzie sebenarnya dah berkahwin hampir enam tahun dan masih ttc (try-to-conceive). Kita doakan untuk mereka berdua. Untuk pengetahuan korang, Ju ne juga online seller untuk produk Diamond Gold Skincare...jom stalk Blog Junzie



Allah mengatur takdir kadang dengan jalan yang kita tak terfikir, Kadang dengan cara yang tak mampu kita singkir...Kata-kata yang cukup indah..Malah, kalau korang tengok pemilik blog ini, masyallah syurga!...hahaha. Ibu kepada dua orang cahaya mata ini turut berkerja sebagai setiausaha. Yang menarik, beliau juga seorang online seller yang menjual tudung Amaris secara online. Boleh skodeng FB beliau k! Blog Liza Izara



I Blog About Everything. Yes she is!...kalau korang nak tahu, pemilik blog ini seorang yang peramah dan periah. Tak sangka pulak usia dah 3*...tapi still jiwa muda gituuuu..gi masuk blog Yatie sebab dia memang banyak cerita nak kongsi dengan korang!Blog Yatie


Adik kami yang seorang ne masih menuntut di UMS dalam jurusan teknologi rangkaian macam tu! Mula kenal ingat pendiam...nasib baik peramah. Bukan pe, Eca kan susah gak buka mulut kekadang lebih lebih kalau baru kenal orang tu! Blog Natrah

Sebenarnya, ramai lagi komuniti Sabahan Blogger. Korang boleh klik banner Sabahan Blogger di sidebar Eca ne tuk baca dan kenali Sabahan Blogger dengan lebih rapat lagi.

till next entry!!!
xoxo , ecadwinkyasha.


Nuffnang berakhir di blog ini.

Assalamualaikum.
Nuffnang berakhir bersiaran di blog Eca awal tahun ini cuma baru kali ini berkesempatan untuk cashout. Bukan tak sudi bekerjasama dengan Nuffnang, namun jumlah yang diperolehi semakin hari semakin berkurangan tidak seperti dahulu. 

hasil nuffnang

RM606.17 merupakan jumlah hasil iklan di blog Eca meliputi dua blog iaitu www.ecadwinkyasha.com dan mymaster.ecadwinkyasha.com 

Eca mula berblogging pada tahun 2010, namun ketika itu masih agak keanak-anakkan. Nuffnang pun kena study lama (waktu tu, tak ramai lagi yang buat entry camna nak tingkatkan earning). Letak iklan nuffnang pun sebijik ja malah tidak konsisten. Setiap kali tukar template, setiap kali tu jugak lah nuffnang hilang. Lama baru letak balik. Tapi sejak 2011, Eca dah "champion" dengan Nuffnang. Bermula dari Januari 2011, Eca dah konisisten dengan iklan Nuffnang. Letakkan ketiga-tiga iklan di tempat yang betul malah ketika itu ramai teman-teman blogger amalkan prinsis, "U klik, I klik"...indah lak masa tu!!!..HA HA HA HA.

Tahun 2012, Tahun ini agak aktif bagi eca...tambahan pula, eca kehilangan tiga rakan baik ketika itu menyebabkan eca semakin aktif di blog....income dari blog bukan sekadar iklan Nuffnang sahaja. Masa tu Eca rajin edit blog blogger-blogger lain. So, memang hidup pada tahun tu berback-upkan duit dari blog. Tahun 2012 - tahun 2014, memang masyukkk iklan Nuffnang. Kalau korang perasan, dalam setahun tu, sampai dua kali cashout...tu pun main-main banyak, cuba kalau SERIUS!..wahh gitu.

nak buat camna, Eca dah tamatkan perkhidmatan nuffnang di blog ini. Salah satu sebab, income makin kurang..biar CPUV banyak tapi income hanya 2 sen, 50 sen...rasa rugi!!!. Tambahan pula, Google Adsense dah APPROVE Eca untuk iklan mereka...adsense kena kayuh lebih, dah masuk grup support Adsene, siap beli e-book lagik tau!! Semoga makin mencurah-curah rezeki dari blog selepas ini...doa-doakan Eca ya.

ohya, ada sesiapa nak minta editkan BLOG?..tetiba nak buat semula edit blog tau!.
boleh email eca : ecasha.89@gmail.com

till next entry~
xoxo, ecadwinkyasha

Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah)


Assalammualaikum
Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah).Ahad lepas  bersamaan 30 April 2017, Eca berkesempatan hadir ke Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah) bertempat di Ruang Legar Blok K, Royal Plaza, Putatan. Majlis ini dirasmikan oleh YB DSP Yahya Bin Husin, Timbalan Ketua Menteri  merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. 
  
Majlis bermula sekitar jam 8 pagi dimulakan dengan tadarus Al-Quran di pejabat baru Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah). Di kesempatan ini, pihak Glocal Travel & Tours turut mengambil kesempatan memberikan bantuan kepada anak-anak yatim, pelajar-pelajar tahfiz serta sumbangan kepada beberapa surau dan masjid sekitar daerah Putatan.

GLOCAL TRAVEL & TOURS (CAWANGAN SABAH)
GLOCAL TRAVEL & TOURS (CAWANGAN SABAH)
Datuk Yahya menyampaikan sumbangan daripada Glocal Travel & Tours kepada surau & masjid sekitar daerah Putatan.

PAKEJ UMRAH MURAH
PAKEJ UMRAH MURAH
Datuk Yahya menyampaikan sumbangan daripada Glocal Travel & Tours kepada anak-anak yatim & pelajat sekolah tahfiz.


DATUK YAHYA MEMOTONG REBEN SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GLOCAL TRAVEL & TOURS
DATUK YAHYA MENANDATANGANI GOLDPLATE SEMPENA MAJLIS PERASMIAN GLOCAL TRAVEL & TOURS

    
Penyampaian Cendera Kenangan daripada CEO Glocal Travel & Tours, Encik Mohd Idzham Mohd Isa kepada YB DSP Yahya Bin Hussin atas kesudian merasmikan Pejabat Baru Glocal Travel & Tours (Cawangan Sabah). Turut ditemani oleh  Ust Haji Lamsin (Duta & Ketua Muttawif Glocal Travel & Tours) serta isteri CEO.

Bukan itu sahaja, bagi pengunjung yang hadir semasa majlis tersebut turut berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah iaitu diskaun 50% bagi pakej umrah yang ditawarkan. Malah, CEO Glocal Travel & Tours, Encik Mohd Idzham Mohd Isa turut membuat kejutan dengan memberi tawaran diskaun sebanyak RM1000 dan RM500 kepada pengunjung bertuah. Nak tahu siapa antara yang bertuah itu, tengok gambar kat bawah ni :

TAHNIAH KEPADA SEMUA BAKAL JEMAAH UMRAH.

ehh, buddak ne pun menang jugak yer?..Diskaun RM500 dengarnya.


Untuk pengetahuan korang, Glocal Travel & Tours ne sebenarnya dah lama bertapak di Malaysia malah kini Glocal  Travel & Tours mempunyai tiga cawangan iaitu di Kedah, Selangor & Sabah. Malah, yang lebih membanggakan Glocal Travel & Tours juga kini menghantar hampir 6000 kumpulan ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah. Tambahan pula, syarikat Glocal Travel & Tours mempunyai rekod baik dalam perkhidmatan mereka. Yela, Datuk Yahya dalam ucapan perasmian beliau turut mengingatkan bahawa individu yang ingin menunaikan umrah wajar memilih syarikat travel yang mempunyai rekod baik bagi mengelakkan mereka tertipu. Betul tak?..kan sekarang ne banyak kes-kes jemaah tersadai di lapangan terbang. So, untuk elakkan kejadiaan sedemikian daripada berlaku, kenapa tidak kita memilih syarikat yang mempunyai rekod baik seperti Glocal Travel & Tours.
antara pengunjung yang hadir dan mendaftar untuk pakej umrah pada hari tersebut. 

KENAPA KORANG KENA MEMILIH GLOCAL TRAVEL & TOURS sebagai agen umrah korang?
1. Glocal Travel mempunyai tiga cawangan di seluruh Malaysia : Kedah, Selangor & Sabah.
2. Terdapat dua pakej umrah yang ditawarkan iaitu Pakej 9 hari & Pakej 12 hari dengan harga yang berpatutan.
3. Turut menawarkan Badal Haji serendah RM 2200 malah turut diberikan Air Zam-zam, Tasbi, Sejadah, Minyak Wangi & Sijil Pelaksanaan Ibadah Haji.
4. Staff-staff yang mesra dalam melayani para Jemaah umrah.
5. Pakej lengkap dengan tiket, hotel, makan & minum, bagasi serta turut menjanjikan keselesaan kepada para Jemaah.

nak pakej umrah yang menarik daripada Glocal Travel & Tours
nanti Eca share dengan korang ya!

Jumpa di entry akan datang!


30 April 2017 | Royal Plaza, Putatan
Majlis Perasmian Glocal Travel & Tours