11tahun lalu, bila Eca start berblogging, tak pernah langsung terlintas di fikiran untuk bertahan lama. Apatah lagi menambah pendapatan sampingan melalui blog dan social media Eca. Menulis untuk suka-suka itu akhirnya membawa Eca ke satu alam menjana pendapatan melalui social media seperti Facebook, Instagram dan Blog. Jika dihitung, telah banyak brand-brand produk yang Eca review di dalam blog. Tidak lupa juga jemputan pelbagai majlis sebagai media (blogger).