E-sport Chinese Drama Review Part 1

E-sport Chinese Drama Review Part 1

Assalammualaikum korang!. PKP makes me marathon a lot of drama, sapa setuju dengan Eca? Mesti korang sama juga kan....hehehe~. So, entry kali ni nak cerita pasal e-sport chinese drama Part 1 sebab banyak sangat esport cdrama tau! (omg, seriously these drama are really good and worth to watch!). Jom!

Antara e-sport cdrama yang Eca tengok ialah Love O2O.  LoveO2O membawa maksud Cinta Online to Offline. Drama ini merupakan adaptasi dari novel tau!. Selain drama, terdapat juga movie bagi novel tersebut. Jalan cerita tentulah hampir sama, cuma pelakon sahaja tak sama. Cerita LoveO2O ini berkisarkan tentang, seorang jejaka iaitu Xiao Nai yang jatuh cinta dengan Weiwei ketika melihat Weiwei bermain games di internet cafe. Sejak tu, Xiao Nai approach Weiwei untuk jadi kekasihnya bagi menyelesaikan misi dalam games tersebut. Dah dating dalam games, masa tuk bertemu pula!. Weiwei langsung tak tahu bahawa Naihe iaitu kekasihnya di dalam games tersebut merupakan idola semua pelajar wanita di university mereka. Weiwei pun kira beruntunglah dapat jadi kekasih Xiao Nai, so bila dah bertemu tu, bermulalah episod cinta di dunia nyata. Lupa pula, Xiao Nai ini merupakan games developer tauuu. 

Atas : Movie (ML : Jing Bo Ran, FL : Angelababy)
Bawah : Drama (ML : Yang Yang, FL : Zheng Shuang)

Eca lebih suka tengok drama berbanding movie, tapi female lead dalam movie iaitu Angelababy lebih sesuai bawa watak tu berbanding Zheng Shuang. Yes, of course the male lead will goes to my Yang Yang. (^-^) Ohya, bagi Eca, cerita ini lebih banyak cinta semasa di universiti dan kehidupan seorang games developer. Kedua-dua drama dan movie LoveO2O boleh ditonton di Netflix.

*********************

Next, The King's Avatar. My King's Avatar ni pun ada anime jugak. Ramai ja kawan Eca dah tengok anime dia, cuma tu lahhhh i'ols bukan diehardfananime. Hero utama cerita ni, tentulah my Yang Yang. Cerita ni pula mengenai Ye Xiu yang memilih untuk berhenti dari team Excellent Era sebab company dorang nak gantikan Ye Xiu dengan seorang pemain baru. Ye Xiu pilih untuk jadi pembantu kat pusat internet yang terletak dihadapan company lama. Ohya, semasa berada di team lama, Ye Xiu lebih suka memakai facemask, so takde sorang fans pun tahu rupa sebenarnya. Tu pasal bila dia pergi ke pusat internet tu, takde sorang pun tahu identiti sebenarnya. Sejak malam dia berhenti dari team lama, Ye Xiu sebenarnya kembali bermain Glory dengan identiti 'Lord Grim'. Sejak tu, Ye Xiu mula kumpul member untuk team dia. Satu demi satu masalah yang muncul tapi berjaya diselesaikan. 

Part paling Eca suka dalam cerita ni lebih kepada psikologi dalam bermain games. Ye Xiu yang terpaksa memilih keluar dari team Excellent Era (walaupun dah 10tahun bermain tuk company tu!), Yifan yang langsung takdak keyakinan kerana langsung tidak mendapat peluang di team lama, bila masuk team baru pula dia takdak keyakinan untuk memimpin member dalam teamnya kerana masih ragu-ragu dengan kebolehannya. Tang Rou yang berhenti jadi pianist dan memilih untuk jadi esport player, Mo Fan yang introvert akhirnya menerima rakan-rakan di team dorang. Banyak sangat kisah yang memberi inspirasi dalam cerita ni. Cerita ini boleh ditonton di Netflix, untuk anime cuba cari kat aplikasi iQiYi

Dari hari tu cari uniform ne kot-kot ada jual. Kalau bundle pun daku layan gakkk!! Minat sangat dengan design 


**************************

Latest esport cdrama by my Yang Yang ialah You Are My Glory. Cerita ni tengah airing kat WeTV, Isnin-Rabu (2 new episodes) so saat Eca menaip entry ini, cerita ne dah sampai episod 18. Female lead dalam cerita ini ialah Dilraba Dilmurat. OMG, sangat cantik pelakon berketurunan Ughyur ne. Comel pula tu dalam drama ni.  Cerita ne berkisarkan tentang Jing Jing (Dilraba), seorang aktres terkenal dan menjadi duta kepada games Honor of Kings. Satu video memaparkan Jingjing tidak reti bermain games, so untuk tidak digugurkan dari menjadi duta, Jingjing kena join satu pertandingan melibatkan games tersebut. Kat sanalah, Jingjing mula berhubung semula dengan crush di zaman sekolah dia iaitu Yu Tu. So, Jingjing minta Yu Tu jadi coach tuk train dia bermain games. 

Disebabkan baru episod 18, takleh komen lebih-lebih. Buat masa ni, Eca suka watak Jingjing sebab dia tunjukkan bila dia nak sesuatu, dia akan cuba usahakan. Contohnya, dia suka kat Yu Tu masa zaman sekolah dulu, sanggup confess biarpun akhirnya di-reject dua kali oleh Yu Tu (berani betul watak Yu Tu reject perempuan secantik Jing Jing!)...Eh episod seterusnya, dorang dah couple!

So, (setakat episod 18 ne) cerita ini bermula dengan "reunion" dengan crush lama ketika bermain games ke alam percintaan. Untuk episod seterusnya, Eca akan update kemudian oke! Drama Your Are My Glory ini boleh ditonton di applikasi WeTV dan tentu sahaja ada di channel Telegram.

next entry kita sambung Part 2. 

Post a Comment

0 Comments