TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Pengoperasian Sekolah 3 Oktober

Assalamualaikum korang! Hari tu, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Radzi Jidin telah umumkan pengoperasian sekolah yang bermula pada 3 Oktober 2021 nanti. Tapi, ramai lagi yang tak faham rupanya. Mostly tak tengok pun taklimat tu kan, pastu kecoh di media sosial tak setuju buka sekolah sebab tak nak risikokan anak-anak (tapi bawah anak-anak gi keluar nak pulak!). Sabarlah mak-mak, bapak-bapak. Bila diumumkan pembukaan semula sekolah, bukan semua pelajar terlibat pun. 

Pengoperasian Sekolan pada 3 Oktober ini adalah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara. So,, kena tengok negeri korang berada di fasa yang mana.  

FASA 1
Semua murid meliputi semua peringkat dari prasekolah sehingga Tingkatan 6 mengikuti pdpr. Maksudnya, duduk rumah dan belajar secara atas talian. Buat masa ini, tinggal Negeri Kedah dan Johor sahaja masih berada pada Fasa 1. Kita doakan semoga kedua-dua negeri ini segera beralih ke fasa seterusnya tau!



FASA 2
Untuk negeri-negeri Fasa 2, sekolah akan dibuka hanya untuk beberapa peringkat. Antaranya ialah : 

Hadir tanpa penggiliran
1. Pelajar Tingkatan 6 (Semester 2) - Exam Sem 2 dan MUET menanti korang! 
2. Pelajar IDB Tahun 2
3. Pelajar Program Pra Universiti Sem 3 di Sekolah Sukan Malaysia
4. Murid Berkeperluan Khas di SMKPK/SMPKV dan PPKI hadir tanpa penggiliran
5. Murid kelas peperiksaan antarabangsa (IGCSE O-Level, A-level, Australia Higher School

Untuk Fasa 2 ini, negeri terlibat adalah : Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Perlis, Kelantan, Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Pahang, Perak dan Terengganu.

*Untuk pelajar SPM (sekolah berasrama penuh mahupun sekolah harian) masih menjalani pdpr. (kena highlight ne, sebab ramai ibubapa dan pelajar masih bertanya mengenai status pelajar SPM)




FASA 3
Untuk Fasa 3, lebih banyak sesi pembelajaran secara bersemuka dijalankan namun penambahan ini tertakluk kepada kehadiran murid secara penggiliran dan tanpa penggiliran. Antaranya : 

Hadir secara penggiliran
1. Murid kelas peperiksaan antarabangsa yang lain (senarai akan dikeluarkan oleh KPM) 
2. Murid kelas peperiksaan awam (SPM, SVM, STAM dan STPM) di sekolah harian dan sekolah swasta

Hadir tanpa penggiliran
1. Murid Pra Universiti Sekolah Sukan Malaysia
2. Murid kelas peperiksaan awam (SPM, SVM, STAM dan STPM) di sekolah asrama sepenuhnya (contoh SBP, SMKA/SABK Berasrama Penuh, Sekolah Seni Malaysia dan Sekolah Sukan Malaysia)
3. Murid prasekolah/tadika swasta 

Negeri terlibat adalah Negeri Sembilan, Sawarak dan Perlis.
*Murid sekolah rendah dan sekolah menengah (bukan kelas peperiksaan) masih pdpr ya!






FASA 4
Lebih banyak sesi pembelajaran secara terbuka dijalankan namun demikian masih ada juga murid yang menjalani sesi pembelajaran secara bergilir terutamanya murid bukan kelas peperiksaan. Boleh lihat gambarrajah di atas ya!. Ohya, untuk Fasa 4 ini, hanya WP Labuan sahaja setakat entry ini ditulis. Tahniah penduduk WP Labuan. Semoga kekal sihat hendaknya kalian disana. 

Ada yang bertanya kepada Eca, apa rasionalnya murid menjalani sesi pembelajaran secara bergilir. Oke, bagi mereka yang tidak berada dalam tenagakerja sekolah, mungkin tidak maklum akan fasiliti dan kekangan yang dihadapi. Eca ambil contoh untuk sekolah tempat Eca mengajar ya!.

Dalam satu kelas, bilangan pelajar adalah melebihi 30 orang. Malah pelajar tingkatan 1 di sekolah kami ada yang menghampiri 40orang. Dengan keadaan kelas yang agak kecil, mustahil akan memuatkan semua pelajar sekaligus. Jika dipaksa, maka SOP Penjarakkan TIDAK AKAN DAPAT DILAKSANAKAN!. 

Ibubapa dan orang awam, janganlah sesukahati komen, korang tak nampak situasinya. Malah Menteri Pendidikan sendiri telah menyatakan jika ibubapa tidak mahu menghantar anak ke sekolah, itu hak mereka tapi perlulah memaklumkan kepada pihak sekolah. Kenapa kena maklum? Untuk tujuan rekod kehadiran serta mengelakkan situasi yang tidak diingini berlaku (contoh : ponteng sekolah)

Ada pelajar dan rakan guru bertanya, kenapa untuk Fasa 2 ini, hanya pelajar Tingkatan 6 Semester 2 sahaja yang terlibat? Pelajar SPM serta STPM Semester 1 tidak terlibat, sedangkan mereka juga kelas peperiksaan. Untuk makluman korang, Pelajar tingkatan 6 semester 2 ini, telah dijadualkan untuk menduduki peperiksaan semester 2 pada bulan Oktober (jadual asal selepas PKP tahun lepas). Kalau nak tangguh lagi, mungkin akan drag sampai ke tahun hadapan. Semester 3 menanti lagi, lepas tu nak enroll masuk universiti lagi. So, memang baik juga peluang diberi kepada pelajar tingkatan 6 ini menghadiri sesi pembelajaran. 

Walapun mereka sudah dewasa, mereka tetap perlu dijaga tau!!! Budak besar ne lah bahaya korang, kadang minum air berkongsi botol, tak reti pakai masak, membawang duk sebelah menyebelah...ehh, nak je aku buat partition setiap meja. baru padan muka takleh sembang dengan member sebelah rapat-rapat. Hahaha. 


itu baru peperiksaan semester 2, peperiksaan MUET berkali-kali dan dianjak korang!....Sampai budak pun hurmmm dikrikkknya kita dalam kelas. Bila Whatsapp, ada ja jawapan kenapa tak join kelas =.="

So, kita terima dengan hati terbuka yer. Doakan yang baik-baik untuk semua pelajar yang telah kembali ke sekolah ini dihindari daripada virus Covid-19 serta dapat menjalani peperiksaan STPM Sem 2 dan MUET dengan jayanya. 

bila sesi pdp bersemuka dijalankan, tugas sebagai warden pun bermula. 
daripada mengeluh, baiklah bersyukur ada kerja kan korang hehehe.
oke, till next entry ya!


2 comments:

  1. adik saya form 6 kena masuk sekolah balik katanya , apa-apapun kena selalu berjaga-jaga lah kan dan ikut sop <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah, yg tingkatan 6 atas/senior sahaja yang masuk.

      Delete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*