TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.

Another Online Games Website

Solitaire Games | Assalammualaikum. Since kita masih berada dalam fasa PPN dan masih berperang dengan covid-19 virus, jom isi masa terluang dengan bermain online games. Setelah penat seharian menghadap tugasan rumah, mesti nak kurangkan stress kan, cara Eca adalah dengan bermain games. So, Eca nak kenalkan korang dengan satu lagi website yang memberikan pengalaman bermain games secara percuma.

Solitaire Games. 

Kalau korang pernah memiliki komputer desktop, dulu-dulu mesti ada games Solitaire dalam desktop tu kan? Samalah macam Eca, desktop pertama keluarga Eca semasa berusia dalam 11 tahun masa tu, hanya ada game solitaire. Apalagi, memang hari-hari duk main. Selepas tu, makin Eca meningkat dewasa dah banyak games yang boleh kita install dalam laptop/dekstop. Tapi, Solitaire Games ini antara games yang Eca takkan lupa dan sentiasa tercari-cari. Sekarang, Eca jumpa pula satu lagi website yang mengandungi Solitaire Games.



Solitaire sebenarnya bermula di Eropah Utara sekitar tahun 1700-an. Antara nama awal untuk permainan ini adalah “Patience” yang dimulakan di negara Jerman, Sweden, Perancis dan Rusia. Pada pertengahan abad ke-19, Solitaire mula terkenal dalam kalangan golongan bangsawan Perancis. Sementara, di England, Putera Albert merupakan salah seoarang peminat permainan Solitaire.

Permainan Solitaire semakin terkenal di kalangan pemain kad dari semua dari semua lapisan masyarakat saat munculnya computer desktop. Kita kena berterima kasih kepada Microsoft Windows, iaitu sistem operasi terkemuka telah memasukan permainan Solitaire secara percuma pada tahun 1990 (wahhh 31 tahun yang lalu tu!). Tentu saja pada zaman itu, banyak waktu tersisa kerana permainan yang agak mencabar ini. Malah ramai yang secara senyap-senyap bermain ketika waktu bekerja.

Terdapat lima permainan Solitaire yang amat popular iaitu :

1. Klondike – juga dikenali sebagai klasik solitaire.
2. Freecell - permainan yang mempunyai 4 tempat percuma bagi pemain meletakkan kad sementara.
3. Spider
4. Tripeaks
5. Golf


Eh, kalau korang nak cuba kesemua permainan diatas, layari sahaja solitaire.org tauuu! Sebenarnya, selain daripada permainan Solitaire, banyak lagi permainan lain yang terdapat dalam website tersebut. Antaranya ialah Mahjong Solitaire dan Peg Solitaire.


Mahjong Solitaire

Sebenarnya Eca suka sangat juga main permainan atas talian Mahjong ne. Objektif permainan Mahjong ini ialah untuk memasangkan ‘tiles’ yang mempunyai imej yang sama. Bila barisan atas telah berjaya diselesaikan, maka barisan bawah akan lebih mudah untuk dipasangkan. Apabila semua ‘tiles’ telah dipasangkan, maka pemain tersebut telah memenangi permainan Mahjong. Tidak semua ‘tiles’ dapat digerakan dengan mudah. So, ‘tiles’ yang berada diatas hendaklah diselesaikan. Begitu juga dengan ‘tiles’ yang berada di kiri kanan sesebuah ‘tiles’, hendaklah diselesaikan dahulu baru boleh gerak tau!. Kalau tiada pergerakan berlaku, pemain dikira kalah!.

Eca berjaya selesaikan permainan ini dalam 14minit.

Ehhhhhhh, jangan risau! Permainan komputer kan ada butang ‘undo’. ‘Undo’ sahaja gerakan sebelumnya dan teruskan bermain seperti biasa. Tapi, kalau dah selalu praktis, tak perlu lagi gunakan butang tu kan......

Bagi Eca, permainan Mahjong sebenarnya memberikan kita fokus dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Dalam proses menyelesaikan permainan itu, kita hendaklah jelas dan faham akan corak permainan dan menggunakan kepekaan dalam memastikan kita boleh memenangi permain tersebut. Demikian juga dalam kehidupan, kena explore sebanyak mana dalam hidup kita, barulah boleh berjaya. Betul kan?

Jadi, untuk korang yang dah bosan duk rumah kerana pandemic ini, dari merungut nak berjalan-jalan. Jom layari website solitaire.org untuk mencuba semua jenis permainan yang ada. Konfirm ketagih tau!..

Till next entry! =)

3 comments:

  1. Kak pip main solitaire dulu time matriks. Masuk lab komputer, sambil tunggu lecturer datang, layan solitaire dulu. Argh, kenangan sangat bah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. difahami kak. masa kelas komputer, mesti main ne dlu.

      Delete
  2. seronok ni, boleh isi masa terluang

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*