TEMPLATE BLOG INI MASIH DALAM PENAMBAHBAIKAN.
Showing posts with label penaja Contest. Show all posts
Showing posts with label penaja Contest. Show all posts

Hazwan Hairy #ReviewBlogger

Rancang PERCUTIAN keluarga disini!

Assalammualaikum.
lama betul mencari rentak berblog bila kemalasan itu menjelma,sampaikan asyik tergendala je mereview para sponsor untuk GA/Contest hujung tahun lalu..so,malas nak tangguhkan lagi kerja itu,jom kita baca review kali ini.
Hazwan Hairy,sapa yang tak kenal kan?!..Seorang blogger lelaki yang mempunyai blog yang agak comel dan menarik.Antara blogger yang semakin naik namanya dan pernah menjadi pilihan Majalah Remaja, In Trend & Utusan.Baca di sini : Majalah Remaja | Majalah In Trend | Blogger Pilihan Utusan Malaysia.
tak hairan lah blogger ini semakin meningkat naik dari masa ke semasa.Selain berblogging,beliau juga mempunyai bisnes percetakan(printing) sendiri dibawah BoxCreative.Antara produk yang dihasilkan adalah kadnama, banner, baju, button badge dan sebagainya.Malah eca sendiri pernah menempah baju ILOVEBLOGGING dari beliau.

baju yang sampai minggu lalu,tak guna lagi tau.hikhikhik :)
so,kalau berkenan nak order kad nama,banner atau apa saja,boleh la jenguk-jenguk BoxCreative.
HOSTING untuk website/blog anda


komen untuk blog Hazwan Hairy :
1) Centerkan widget/gadget agar lebih menarik.
Eca lihat pada banner exabytes mahupun beberapa banner iklan berbayar tidak dicenterkan.Jika dicenterkan,widget/gagdget akan nampak lebih tersusun dan kemas.Selain itu,ini juga dapat membuatkan blog kelihatan seimbang dari segi susun aturnya.
2) Satukan widget/gadget seumpama.
Eca lihat Hery letakkan gambar entry berkaitan pada kotak yang berbeza.Gambar yang eca maksudkan ialah gambar sedutan majalah seperti In Trend,Remaja, Utusan Malaysia serta gambar bersama Randy diletakkan pada kotak berlainan.Untuk lebih kemas dan menjimatkan ruang,satukan kesemua sekali.
Sama juga dengan social network, i.e Instagram, Twitter & Fanpage Blog.Boleh disatukan agar lebih tersusun dan nampak kemas.
3) Kemaskan menutab.
Menutab kelihatan tidak kemas kerana border dibahagian atas yang tidak kelihatan.Mungkin sengaja atau kesilapan pada kod.yang ini,eca harap Hery jumpa kod yang sesuai untuk template beliau.
jangan ambil hati sangat apa yang eca komen,ini cuma pandangan peribadi eca sahaja.Untuk diubah mahupun tidak,terpulang kepada pemilik blog tersebut.Semoga komen in memberikan feedback positivite kepada Hery...ini cuma pandangan sahaja.
untuk mereka yang ingin mendapatkan baju Blogging itu secara percuma,boleh join 
Segmen Seminggu HazwanHairy. #inshaallah,ada kesempatan,eca join.
bekerja tanpa bangun awal pagi.klik sini.
semput gak mereview ne.sebab kita tak boleh review ikut sedap hati je..kena juga berikan pandangan yang boleh meningkatkan mutu sesebuah blog...ada sesapa nak kena review?.

Review Blog MiaLiana Smile Smile Smile

Assalammualaikum.

masih lagi mood mereview penaja GA & Contest akhir tahun lalu..kali ne,eca nak review Kak Mia...ala,blogger yang sinonim dengan tagline "Smile Smile Smile"  ^_____________^

cantik & menarik perhatian dengan warna yang ceria header kak Mia ne.

Blogger ini lebih dikenali sebagai MiaLiana berasal dari Johor Bharu,merupakan seorang anak,isteri & ibu kepada anak perempuannya yang dah mula masuk tadika......Berusia 34tahun,bekerja sebagai Assistant Information Technology Officer....atau dalam bahasa melayunya Pembantu Pegawai Teknologi Maklumat.

Beliau juga dipilih dari beribu graduan OUM di Malaysia untuk menerima Commonwealth Educational Media Centre for Asia (CEMCA) Award juga Anugerah Counselor pada majlis konvokesyen ke-13 OUM tahun lalu.Nak tahu Tips Pembelajaran di OUM ataupun tips belajar sambil bekerja,korang boleh baca entri-entri kak mia dibawah label Study @ OUM.

Komen mengenai layout blog pulak....

1) Susunan Sidebar yang kemas.Eca suka cara kak Mia menyusun sidebarnya.Nampak begitu kemas....Lihat sahaja bahagian sidebar yang tidak terlalu panjang dan tidak melambatkan loading blog...Paling eca suka penggunaan Widget Tabber,yang menggabungkan beberapa gadget antaranya Cbox,Archive,Bloglist & Statistik Blog.Nampak amat kemas.

2) Bahagian MenuTab yang simple.Untuk menutab Kak Mia,setiap linkies dipisahkan dengan bentuk love......amat mencuri perhatian daku ketika menunggu loading blog siap.

3) Suggestion eca,agar gadget "Follow By Email",diletakkan sekali (secara berturutan) dengan Google Friend Connecter (Follower) juga Google+ Follower.Bukan apa,jika ada yang berminat untuk membaca blog Kak Mia,dan tercari-cari bagaimana nak subscribe blog tersebut melalui email,dia boleh nampak terus dibahagian Follower.Agak memudahkan sedikit. *Ini SUGGESTION je Kak Mia...hehehe ^____^

4) keep SMILE & keep blogging.....& kalau ada SEGMEN yang Kak Mia anjurkan,invite-invite la eca lagi yer.hehehehehe :)

Masak lemak si jantung pisang ,
Digulai dengan ikan kering,
mereview blogger buat ku girang,
mari semua kita berkunjung.

mialiana.com
*klik je banner untuk ke Blog Kak Mia.
p/s :: kalau ada segmen review-review blog,ada sapa nak JOIN tak?!.

Review Blog ZafikStory (Eza)

Assalammualaikum.

haish..baru nak terkedek-kedek review blog penaja GA tahun lalu..tapi takpe,dari tak review langsung.In Sha Allah,satu minggu eca akan sediakan dua review blogger setiap hari Khamis..#moga-moga tercapai hasrat tu,sekarang sibuk betul mengedit blog.tak putus-putus bekerja dengan photoshop.Jom mulakan dengan penaja yang comel ini...

#comel kan ibu mengandung neyh...

akak ne,eca panggil kak eza.Seorang isteri,seorang ibu dan seorang cikgu Kemahiran Hidup.Kini bergiat pula dengan business ye kak?..nak tahu produk apa buat ibu mengandung ne nampak semakin comel..ini rahsianya ::

BB Plus Collagen..kalau nak tahu info mengenai produk ini,baca sini [link entry]


pandangan eca mengenai blog kak eza :
1) Gambar dalam entry kalau lagi besar,puas nengoknya..#yola,kita takdak instagram kak,kita tengok kat blog je.hikhikhik.

2) Widget "Entry Terbaru" boleh dibuang.Sebabnya pada bahagian Archive Blog,kita boleh nampak senarai-senarai entry yang terbaru.So,boleh jimat ruangan sidebar.

3) Blog dah cukup ringan tanpa widget-widget mengarut.cuma boleh dipertingkatkan pada bahagian sidebar untuk susunan yang lebih baik.

4) semoga sentiasa ada mood untuk update :)



jom terjah & follow blog Kak Eza neyh yer :

"Terima Kasih kerana sudi menjayakan GA eca tahun lalu.Jasa akak eca kenang sampai bila-bila.Eca doakan akak dan baby akan selamat..lagi 3bulan ++ nak deliver tu.Dah ada kawan abang adi hakimi main."
#suka nengok orang pregnant ne,tambah-tambah comel..kan kan kan?!

Bicara Tentang Cinta


Manusia di ciptakan secara berpasang-pasangan, itu adalah fitrah semulajadi yang telah di tetapkan sejak kita azali lagi...dengan kata nama lain mase kite berusia 4 bulan di dalam kandungan ibu kite, Allah swt dah tetapkan Ajal Maut, Rezeki  dan Jodoh kita.


Bila cerita tentang jodoh, mesti kite nak kaitkan dengan CINTA...heheheh sebab Cinta DAN Jodoh memang tak dapat di pisahkan. Tapi ade yang  bertemu Jodoh TANPA Cinta... Cinta boleh berputik selepas kahwin kan??

Tak Semua orang bertuah memiliki cinta yang sejati... kadang-kadang kita rase pakwe/makwe kita adalah jodoh kita tapi akhirnya .... tak kesampaian. Bila berhadapan dengan situasi macam nih... mula laa kita rase dunia nih gelap je..huhuhu takpun rase macam ... kenapa kite tak boleh rase bahagia macam orang lain. Kecewa berganda-ganda la orang cakap.. L




Boleh kata 70% la dari kalangan kita pernah gagal dalam bercinta kan... Lagi 30% tuh alhamdulillah kerana anda tidak berpeluang untuk merasa ‘feel’ orang yang gagal dalam bercinta...confirm banyak ragam kan? Hehehe 





So, kat sini nugrul nak share skit tips bagi mereka yang Gagal dalam Bercinta.
1    Dekat kan diri pada pencipta
Mengadu lah kepada NYA, luahkan lah kepadaNYA sebab hanya DIA sahaja yang tahu apa yang kita rase...mungkin ade kawan2 kita pun yg pernah putus cinta dan cakap “ aku tahu ape yg ko rase la...aku pun penah frust jugak”  yes! Mmg betul... tapi hanya DIA je yang benar-benar tahu dan boleh tenangkan balik hati kita.
      Lakukan perkara baru yang kita tak penah buat
Yeay! Enjoy....kita buat perkara baru  yang kita rase boleh puaskan hati kita...bukan buat mende jahat2 k...tapi buat mende baru yang boleh buat kita ‘lupa’ pada ex kita tuh, pupuk minat baru gituw.
     Buang  kenangan
Wajib! Kene buang / erase/padam/delete kenangan dengan si dia tuh tapi confirm 88% akan cakap “dah cuba lupa/buang kenangan berdua tapi still jugak teringat” huhuhu teringat tak salah tapi cuba elakkan dari tgk gambar or brg2 yg penah si dia tuh bagi dalam tempoh terdekat...sorok letak dlm kotak humban bawah katil yerp dulu buat sementara. In sha allah ianya sangat2 membantu.

Last sekali nugrul nak share satu ayat yang boleh bangkit semangat.

"kita dilahirkn di dunia dalam keadaan single tapi kite masih mampu berdiri & menuju hari mendatang kerana kite ada family di sisi & knape bile kte ditinggalkan oleh seseorang yang tiada pertalian darah kte perlu meratapi yea sedangkan kite msih ade family yang tak pernah tinggalkan kita"

Tentang Penulis : Mula berblogging sejak April 2010(baya-baya zaman blogging eca neyh.hehehe).Seorang blogger yang peramah dan rajin mengikuti segmen/giveaway/contest rakan-rakan blogger.

Jom Follow blog Nugrul Sakura.(FOLLOW)

eca cakap-cakap : hari-hari bicara cinta,masih belum bertemu jodohnya.Mungkin Allah masih sembunyikan eh?!.sabar eca sabar..bina dulu persahabatan.In Sha Allah,kalau da jodoh,esok lusa ada la kad jemputan sampai kat korang ye =)

Hotchouz Craft



Set dah siap, customer mntk jdkan brooch, hairclip and ponytail hairband

Nak something macam ni tak? Join la GA contest yang Eca buat. Yang kaum Adam pun boleh join. Dapat hadiah boleh bg isteri, mak, makcik, bakal mak mertua, akak, adik, tunang, anak buah, cousin, secret admire.

Mr. Otherhalf saya ckp kt saya, ”Ayang buat la utk diri Ayang. Buat color yg Ayang suka. Nnt dh siap bg Abg bungkus, Abg bg hadiah kt Ayang. Duit Abg bayar.” Itu namanya SWEET BANGAT! Walaupun lah xsuprise, tp saya rasa intention tu pn dh SWEET. Org perempuan mmg suka dpt2 hadiah ni tau! Jd xsalah pn kaum2 Adam join GA ke-4 ni. Infact, saya byk dpt order from Kaum Adam, mntk balut cantik2 lg utk bg kt org tersayang. Cair agaknya org yg receive hadiah tu (*^v^*) Bertuah betul diorg disayangi oleh org2 yg SWEET.

Untuk set ni winner bertuah boleh pilih nk buat combination color apa, nk design apa (sakura/ butterfly/ bow/ plum blossom/ peony/ rose/ iris/ tulip), nak besar mana, nak dijadikan apa (brooch/ ponytail hair band/ hair clip/ hair comb). Custom made order YOUR ONE AND ONLY. Saya tak buat yg sama dah.

Jd, ramai2 lah join GA Eca ni, ye? Ajak member2 blog yg lain jgk(^^)



Nk tgk design lain boleh jenguk2 blog saya (http://hotchouz.blogspot.com/).

Nak beli our product tapi nk jimat postage cost? Jgn risau, 21-23 December ni Hot Chouz akan buka booth di Karnival Sate Kajang. You guys boleh pilih yg mana satu idaman kalbu sambil2 mkn sate Kajang free. Jd, dtg….jgn tak datang~ 

Tentang Penulis : Blogger & Crafter bernama Fadhlyna Abd Wahab.Memulakan bisnes craft ini bermula May 2012.Pelbagai craft berasaskan kain satin yang dibentuk untuk menjadi brooch,hairband dan sebagainya.

Jom Follow Blog Hotchouz Craft

eca cakap-cakap :: ouh ouh ouh,terberkenann dengan bentuk rama-rama tu!!!.serious berkenan.Dalam kepala da set, "nanti tunang,nak letak rerama kat barang hantaran"...orang lain letak bunga,eca letak rerama..dah da,ini idea eca,jangan tiru oke!.hahahaha.*macam la kau nak tunang dalam waktu terdekat eca oiii,bakal-bakal pun tak nampak lubang hidung lagi.muahahaha *,*

Penaja Contest Blogger & Forum CariCyber.com diperlukan

Assalammualaikum.



Penaja untuk Contest Blogger & Forum CariCyber.com amat diperlukan dan setiap tajaan anda akan mendapat pulangan yang setimpal dari pihak penganjur.tak percaya akan pulangan buat anda?!.mari baca apa yang bakal kami berikan.......#jengjengjeng.

Penaja Contest Blogger & Forum CariCyber.com akan perolehi ;;


Ciri-ciri blog reviewer #ehem,blog kitteww leww teww...<--ayatgediksnakmakanpenamparagaknya!
  • Google pagerank : PR1
  • Alexa Rank : 6,545 (MY)
  • Aktif
  • Lebih 1000 Followers (terima kasih yang sudi FOLLOW)
  • Organic Traffic & Referral Traffic yang tinggi 


Cara-cara untuk menjadi penaja :
  • Emelkan kepada penganjur [admin@caricyber.com] butiran berikut;
  • Tajuk : Penaja Contest Forum CariCyber.com
  • Nama :
  • Nama Syarikat/Perniagaan :
  • Barang Tajaan :
  • Nilai Tajaan (RM) :
  • URL Website/Blog : 



So,BERMINAT tak untuk menaja Contest Blogger & Forum CariCyber.com ne?!.Jangan malu jangan segan,segala pertanyaan dari kamu,kami akan jawab dengan segera!!!!!.

Jemput baca REVIEW PENAJA-PENAJA My Little Giveaway eca pula.Klik SINI!

#jeling kejap dekat penjuru sebelah kiri blog ne..ye yang kat penjuru kiri tu,comel tak banner pink tu?!.cuba tekan sikit!.