surat seorang Menantu kepada Ibu Mertua :)



SURAT BUAT MAK MERTUA YANG COMEL :)


   
Mak Mertua I,
d/a : Rumah Mak & Ayah Mertua tersayang,
No. 143,
Jalan Asmara,
Daerah Rindu,
Negeri Cinta.


kehadapan mak mertua I...
selamat menjadi Mak Mertua kepada I yang sopan nak mampus neyh.
silalah Mak tersenyum bahagia sekarang juga!


oh Mak,,,
adakah Mak tahu bahawasanya Mak sangat lah bertuah dapat I sebagai Menantu?yerr..I tau Mak da mula tersenyum bahagia sebab dapat I.Comel gila kan menantu Mak neyh.Cakap arh Mak yang I neyh comel,sopan dan yang baik-baik je kat kawan-kawan Mak,biar dorang duk jeles dangan Mak.
So dengan adanya kecomelan I ne yang akan buat Mak bangga dan tersenyum bahagia,..dan untuk itu Mak kenalah bagitau anak teruna Mak tue.Jangan cuba-cuba nak pandang pompuan lain bila keluar kemana-mana.Mata anak Mak tue gatal gila,dari dulu lagi mata dia meliar je tengok pompuan lain.
Tolong lah Mak,tegur-tegur sikit.I tak dapat da nak membebel-bebel,nanti anak Mak tue sepak terajang I pula...dan bila hal sedemikian terjadi,Janganlah Mak dan ahli keluarga lain nak masuk campur ye.ne hal kami berdua..I takkan marah Mak,sebab I kan jenis yang COOL jer.takyah la juga Mak dan ahli keluarga yang lain sibuk-sibuk nak cari kemana I pergi,sebab I ke rumah parents I  je.tengok betapa baiknye I kan Mak...tak reti la Mak nak lari jauh-jauh.penat deh.

owh Mak,,,
seperti yang telah diberitahu sebelum kahwin lagi,I memang sukar..diulangi ya Mak..SUKAR nak dan SUKAR mahu  BANGUN PAGI terutamanya dihujung minggu.ya dihujung minggu Mak iaitu Sabtu dan Ahad.Sebagai wanita yang berkerjaya,Mak harus faham bahawasanya dari hari ISNIN hingga JUMAAT I sibuk kerja.tak cukup tidur dan tak cukup rehat Mak.Maka,Mak dan ahli keluarga lain hendaklah membuat APPOINTMENT jika ingin bertemu mahupun keluar berreakrasi bersama-sama.Dan untuk pengetahuan Mak..kami akan pulang ke rumah Mak sebulan sekali,iaitu pada minggu ke-tiga.Ini kerana pada minggu pertama,kami akan berada di ruma parents I.Pada minggu kedua dan keempat pula kami akan berada dirumah kami.So,harap maklum dan jasa baik Mak dan ahli keluarga yang lain amat kami hargai.

Mak,
sebagai seorang wanita,I tahu kita patut tahu memasak.Ya I amat mengerti itu.Sebab Mama da cakap da pasal tu.setiap hari I kena bebel.So,Mak tak payah la nak bebel-bebel lagi ye.kang kebas telinga neyh mendengar..tu oke lagi Mak dari sesetengah perempuan,bila kena bebel oleh Mak Mertua dorang...teruslah nak merajuk.tapi dengan I,Mak takyah nak risau yer.dan untuk pengetahuan Mak,I memang pandai masak.ye Mak,I masak air memang pandai Mak.jangan risau!.okelah Mak,I main-main je,sekadar gurauan untuk mengeratkan hubungan kita.Betul tak?.Mak jangan la risau Mak,I pandai masak laksa kegemaran Mak...Mak suka kan Mak?.....tapi Mak,anak lelaki Mak tue,susah sikitlah.kadang-kadang nak Makan Mee Goreng Mamak tengah malam.Takkan I nak masak Mak?..dah lah seharian penat bekerja,encik suami pula meroyan nak makan Mee Goreng Mamak malam-malam buta.So,janganlah Mak membebel pula lagi ye I tak masakkan untuk anak lelaki Mak tue.I tak pandai nak masak Mee Goreng Mamak.

ooo Mak Mertua kesayangan I,
Disini,I nak tegaskan bahawasanya niat untuk mempunyai zuriat sendiri itu amat berkobar-kobar dihati.Insyaallah,dengan doa dan usaha yang berterusan,kami bakal menimang cahaya mata sekaligus menambah bilangan cucu-cucu Mak.Akan tetapi wahai Mak Mertuaku,janganlah Mak berharap agar kami mempunyai bilangan anak yang ramai dan cukup untuk menubuhkan sepasukan team Futsal ye Mak.
Bukan taknak.Tapi taraf kewangan kami amat menyukarkan kami untuk menyara keluarga kami.Maklumlah Mak,harga barang da semakin naik.Even nak masuk tandas awam,nak kena bayar 30sen.apatah lagi nak beli pampers,susu,baju....dan yuran pengajian semakin tinggi ya Mak.Dah tak macam dulu-dulu.Aduh Mak,belum pun ada anak,I da risau da Mak.Haruslah I menabung mulai dari sekarang kan Mak.

Mak,
anak menantu Mak yang comel gila neyh nak la sangat meminta jasa baik Mak,agar segala kekurangan I ditegur dengan berhemah.Taknak bermasam muka ye Mak.I ne memang seorang yang kuat merajuk Mak.So,Mak janganlah nak heran bin ajaib pula ye.I ne juga sangatlah sensitif wahai Mak.Maka,diharapkanlah Mak dapat membimbing anak  menantu Mak ne seperti anak sendiri yer.Segala jasa baik Mak,I dahulukan dengan dengan ucapan terima kasih banyak-banyak.Kalau boleh,tolonglah selalu ye Mak...Rasa-rasa kain I dan encik suami a.k.a anak kesayangan Mak masih belum berbasuh sejak seminggu yang lalu.Paam-paam lah Mak....outstation lah katakan.

Surat ini akan berhenti disini dan akan bersambung pada edisi akan datang sekiranya anak menantu Mak yang comel ini mempunyai masa terluang.Oh ya Mak,Mak sihat tak?..lupa la pula nak tanya khabar berita...Ayah sihat?..Adik-beradik..ipar-duai sume sihat Mak?..Tolong kirim salam kepada mereka ya Mak.dan kalau boleh tolong kirimkanlah makanan ke rumah kami.

Terima Kasih kerana Mak sudi meluangkan masa membaca surat dari menantu Mak yang comel ini.Sekian.Wasalam :)

tulus ikhlas;
(__________________)
Isteri kepada anak kesayangan Mak merangkap 
BAKAL MENANTU KESAYANGAN.



p/s : Sekadar hiburan sahaja.
p/ss : diharap bakal mak  mertua I tak baca ini.
p/sss : penulis blog ini sedang dilanda 'sakit kus-kus'.
p/ssss : orang yang menyebabkan penulis blog ini berpenyakit sedemikian ialah seorang encik POLIS.
p/sssss : opps,,masih terlalu awal untuk bercerita mengenai beliau :) surat seorang Menantu kepada Ibu Mertua :)

{ 18 comments.. read them below or add one }

KimiCnoL KimiCnoL 15 April, 2011
hahahaha..sumpah lawak..boleh plk tulis surat kt mak mertua..ssurat untuk bapak mertua xda ke ;p

JOM BACE ENTRY BARU =)

1.cuti-cuti semester kini kembali


2.Satu sentuh percuma Satu tupperware
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 15 April, 2011
@KimiCnoL coming soon :)
hehehe.idea dtg dah lama..just bru nak publish..rasa malu pula actually.bila dah publish,,,tak tahu camna nak cakap.hahaha :)
Journey of Youth Journey of Youth 15 April, 2011
ko dah try bagi pd mak mertua ko?respon?hehehe
Zaza Zaza 15 April, 2011
haha,mak mertua ai kena baca ni.huhu
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 15 April, 2011
@Journey of Youth nyte before my wedding baru nak bagi.hahaha..weddingnye ntah bila.ngeeeeeee
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 15 April, 2011
@Zaza bak mai alamat mak mertua u..i tlg pos surat neyh..heheheh :D
♥ ♥secomel hello kitty♥ ♥ ♥ ♥secomel hello kitty♥ ♥ 16 April, 2011
wah .. hahaha .. best gler surat nie .. :)
D'ya Marshmello D'ya Marshmello 27 June, 2011
hahaha,memang chill la surat ni..huhu

http://miss-dya.blogspot.com
merahitujambu merahitujambu 19 July, 2011
pergghhh.....ni mak mertua zalim ke menantu zalim??heee
rara pinkmafia rara pinkmafia 19 July, 2011
hahahahaahah nk tergelak2 golek2 baca surat ni taw.hahahaha.meh num fon ur mom.i nk pas kat dye.
.m  y  z. .m y z. 19 July, 2011
hahaha adoi, kompem mak mertua campak surat ni dalam tong sampah XD terbaikkk!
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 19 July, 2011
@rara pinkmafia..hahaha,taknak bagi!...nanti mom marah :P
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 19 July, 2011
@.m y z...hakhakhak,ne bukan lagi kena buang.tapi kena suh cerai ne.wakakaka :P
Ummi Iman Ummi Iman 07 August, 2012
Sedang bayangkan akak ni mak mertua kpd surat ni.. nak marah tak boleh, nak ketawa pun tak boleh... senyum je lah. Tp kalau dpt ibu mertuaku mcm citer p ramlee tu... habislah Eca ;)

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*