Jenis-Jenis Cinta|kamu yang mana satu|

Jenis-Jenis Cinta|kamu yang mana satu|

.assalammualaikum.korang tengah bercinta tak?,ke baru putus cinta?,ataupun masih tercari-cari cinta?.Tau kategori cinta korang tue?.tak tahu,dah toksah nak pening-pening kepala.....jom kita kenali kategori-kategori  cinta.

1. Cinta Pertama.
Cinta Pertama ne merujuk kepada cinta yang pertama kamu punya.Mungkin si dia itu orang pertama yang mengetuk pintu hati kamu.Ianya boleh merujuk kepada lelaki/wanita impian kamu,mahupun cinta zaman kanak-kanak yang kamu sendiri tak sedari :)

2. Cinta Pandang Pertama.
Cinta kategori ini merujuk kepada situasi dimana kamu melihat si dia buat pertama kalinya dan si dia telah membuat jantung kamu berdegup kencang mengalahkan kelajuan cahaya.Cinta jenis ini mungkin ketika kamu melihat si dia|wanita itu sedang membuat iklan rejoice,guna jari pun boleh|.Owhh ya,cinta jenis ini mungkin akan terjadi dimana-mana sahaja,tapi 'crime scene' popular adalah di tempat membeli-dan-membelah seperti Centre Point,1Borneo atau shopping mall berdekatan rumah anda.

3.Cinta Bersegi.
Cinta jenis ini adalah amat tidak digalakkan.Hal ini demikian kerana cinta bersegi ini akan memudaratkan kesihatan setiap insan,apatah lagi jika cinta bersegi ini ditambah menjadi bersegi-segi.Hal ini selalu terjadi kepada lelaki yang suka 'mengamalkan sunah nabi'.dari satu segi,kepada dua segi,kepada tiga segi sehingga kepada empat segi,maka terjadilah lima segi yang akan membentuk sebuah pentagon.

4.Cinta Berdarjat.
Cinta jenis ini memang telah lama terjadi.Sejak zaman batu dimana cinta Laksamana Hang Tuah tidak kesampaian dengan cinta Puteri Gunung Ledang.Apa tak,Puteri tu darjatnya di gunung,susah nak dapat.sedangkan hang tuah tidak selalu bertuah.Ibarat kata orang-orang tua,,enggang tak boleh bersama dengan pipit.Tetapi zaman sekarang hal ini tidak menjadi masalah.

5.Cinta Gila.
Cinta jenis ini amat sukar dicari dimana-mana.Mungkin di Hospital Sakit Jiwa,Hospital Bahagia atau mungkin di hospital dimana Kluang Man ditempatkan.Ini kerana ditempat sedemikanlah kita boleh berjumpa dengan orang-orang gila tengah bercinta :P

6.Cinta Buta.
Cinta tidak pernah buta,tetapi Kassim Selamat telah membuktikannya,bahawa cinta itu buta.

7.Cinta Monyet.
Cinta jenis ini hanya boleh wujud dikalangan spesies-spesies monyet sahaja.Cinta monyet ini adalah amat dikhuatiri berleluasa di kalangan anak-anak remaja,kerana takut akan sindrom 'bergayut' akan berlaku.Selain itu juga,dikhuatiri akan berlakunya musim 'mengawan' ini kerana cinta monyet ini mengikut apa yang diceritakan oleh pakar monyet lebih terjadi pada musim mengawan.
.sweet je cinta monyet ne kan.tapi kalau cinta monyet tu jadi cam kat bawah neyh,sapa nak jawab?!    

 sumber:pakcik google.

 agak-agak jenis cinta korang yang mana satu pula?..
jangan jadi yang last tu sudahlah,bawa-bawalah bertaubat.

p/s: sekadar kongsian,gurauan dan yang sewaktu dengannya.terima kasih.:)

Post a Comment

6 Comments

  1. xde dlm kategori di atas..
    haha

    ReplyDelete
  2. Cinta aku teda dalam sini. Tapi ko boleh kira cinta aku tu agak lebih kurang sama dengan Cinta Darjat. Hmm.

    ReplyDelete
  3. @kotak bulat cinta sakti takde lagi.belum gali.hehehe

    ReplyDelete
  4. @Cik Ezy hahaha.xde?,,means cintanya bagus2 je.tahniah2 :))

    ReplyDelete
  5. @Fadzmie Mohamad alahai cinta berdarjat pula dah..sabar2,mesti ada hikmah sume tu :)

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*