Kerjaya Guru tidak semudah yang disangka.

Kerjaya Guru tidak semudah yang disangka.

.assalammualaikum.
ramai yang ingat kerjaya sebagai cikgu itu mudah kan?.iyalah pegi keja sebelum jam 7pagi dan balik paling awal pun jam 2petang.Masuk kelas,,bla bla bla,,kuar kelas.Cuti sekolah,cikgu pun cuti..kan banyak masa terluang tue.ANDA SEMEMANGNYA SALAH oke?!.kerjaya sebagai seorang guru tidak semudah itu.~~tak semudah yang kau sangka[oke,sila sambung.......]

bila memikirkan kerjaya sebagai seorang guru,ramai yang amik mudah.Yela,jadi cikgu banyak cuti.sekolah cuti,cikgu pun cuti.Ini adalah tidak benar sama sekali.Tugas seorang guru tetap akan berjalan biarpun ketika waktu cuti.Even waktu cuti,terdapat segelintir guru akan membuat kelas tambahan,itu tidak termasuk guru-guru terlibat dalam aktiviti ko-kurikulum dan sebagainya.Tugas guru tidak terhad kepada aktiviti pembelajaran&pengajaran di dalam kelas semata-mata.

Tugasan sebagai guru bukan setakat mengajar.Kadang-kala ramai yang berpendapat seorang guru hanya akan menyampaikan apa yang tertulis dalam buku teks sahaja.Sekali lagi,I nak cakap,tak benar!.Seorang guru sebelum memulakan proses P&P,mereka akan terlebih dahulu menyiapkan Rancangan Pengajaran Harian(RPH).Ianya bertujuan untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai.Selain itu,adanya RPH,tugas guru didalam kelas akan lebih teratur kerana RPH juga membantu kita merancang aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

Selain RPH,seorang guru juga harus menyiapkan Alat/Bahan Bantu Mengajar(ABM/BBM).Bahan-bahan hendaklah disediakan terlebih dahulu sebelum guru tersebut memulakan aktiviti pembelajaran bahkan,guru-guru sendiri akan menggunkan wang mereka untuk menyediakan alat/bahan yang mungkin tidak dibekalkan oleh kerajaan.Guru bukan sahaja mengeluarkan masa,tenaga bahkan juga wang untuk kerjaya mereka.Ramai yang kata guru antara kerjaya yang berpendapatan tinggi,namun wang bukan ukuran semata-mata.Gaji yang mereka dapat setimpal dengan usaha mereka dalam menghasilkan generasi masa hadapan,yang mampu membawa perubahan kepada negara kita.

Kerjaya guru yang berpendapatan tinggi tidak bermaksud mereka mampu hidup senang dan bermewah-mewah.Ianya adalah tidak benar!.Lihat sahaja guru-guru yang dihantar ke kawasan pedalaman.Ada di antara mereka terpaksa berjalan kaki,menaiki perahu sampan segala..takdenya kereta mewah,takde kapal layar.Kepayahan mereka untuk menurunkan ilmu kepada anak didik harus kita hargai.

Kerjaya sebagai guru kini semakin mencabar.Tugasan guru bukan sekadar memberi ilmu sahaja,malah guru antara insan yang bertanggungjawab mengasah bakat para pelajar dari pelbagai bidang.

Banyak lagi sebenarnya yang orang diluar sana tak tahu kerjaya seorang guru ini.Tugas utama mereka mendidik tapi tugasan lain yang harus mereka pikul.Guru semua sama sahaja,dibandar mahupun luar bandar.Masing-masing menerima bebanan yang berlainan,namun misi untuk mendidik para pelajar ini masih tetap sama.

Jangankan nak jadi cikgu,nak 'study' tuk jadi cikgu pun dah terasa bahang kepayahannya.Tapi itulah yang harus seorang guru tempuhi.ohye,I nak kongsi satu sajak dari Usman Awang yang berjudul Guru Oh Guru!.Sajak ini memang feveret sepanjang zaman I,setiap bait dari saja ini membawa seribu pengertian kepada seorang insan yang bergelar guru :)

Usman Awang|1979|Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

pesanan penaja: hargai guru kamu,biar apapun cacian dan hinaan yang dia berikan,kerana ilmu yang dicurahkan itu lebih penting dari segalanya.Sedekahkan Al-Fatihah jika mereka telah pergi.Amin.

Post a Comment

0 Comments