tips berjimat tuk majlis perkahwinan.

tips berjimat tuk majlis perkahwinan.

.
.assalammualaikum.kemarin I merapu semacam je kan,nak kahwin la,padahal study tak habis lagi.even study dah habis nanti,KAHWIN bukanlah satu perkara penting yang perlu difikirkan dulu.tue hah,hutang PTPTN tu dulu ko fikir wahai ecadwinkyasha.jangan nak mengada-ngada pula nak kahwin,tapi kalau dah jodoh,I takleh nak cakap apa :P

abaikanlah perasaan gediks semacam budak seekor tu yer wahai peminat.hari ini I nak bagi tips berjimat tuk majlis perkahwinan.nak jimat sangat lah neyh.so,ble buat yang agak-agak grand gitu.ini I kongsi juga tips-tips yang family I lakukan semasa kahwin kaklong I,dua tahun lepas.jom kita mulakan tips-tips ini wahai bakal-bakal pengantin;;

1) kad kahwin.-trend sekarang buat kad kahwin satu je tuk kedua-dua belah pihak.kad kahwin yang u'll reka sendiri lagi lah molek yer.bukan susah pun nak buat.I buat oke tuk kahwin kakak I.guna MS Words je,lepas tu print,dan masukkan dalam sampul.so easy step to taken.kalau u'll ne jenis yang berkerjaya dan nak jemput officemate korang,tempah la beberapa kad kahwin yang agak grand harganya,tapi takyah nak bagi sume orang lah.bagi satu kad tuk satu department.kan senang tu.dah jimat duit tuk kad kahwin.sekarang ne lagi la jimat,u'll create je event kat dalam FB tu.INVITE kawan beramai-ramai.takpun upload gambar kad kahwin u tu dan TAG kawan-kawan je.so simple step kan?.

2) baju pengantin.-ramai yang kata baju pengantin ne kita sewa je.hanya buat baju tuk nikah.tapi dibuatnya ko nikah sekali then sanding,better buat baju yang agak-agak grand juga kan?!.tak mahal mana pun sebenarnya.u just pilih kain yang boleh tahan qualitynya(takde manik pun takpe),then g jahit dengan tukang jahit.pastikan u'll bawa contoh design oke.upah pun paling kurang lah RM90++,then kalau agak-agak kreatif,jahit la segala manik dan labuci kat baju korang tu.nak suruh tukang jahit buatkan,paling kurang dia cas dalam RM50++.dah berapa sumenya tue.SO,buat baju tuk nikah sahaja.Kalau boleh pastikan ianya boleh kamu pakai selepas itu,oo bukan tuk bagi pinjam laki kamu tuk menikah satu lagi,I means boleh pakai tuk hari raya ke,majlis bertandang ke,majlis akikah anak ke apa.kan dah jimat.

3) buahtangan buat tetamu.-ne part paling I suka.I suka bila datang majlis perkahwinan terus kena hulur buahtangan.tak kisah la,dalam uncang tu gula-gula ke,coklat ke,saputangan ke,ianya umpama tanda kamu berterima kasih kepada para tetamu kan.nak jimat camna.ne I ajar k,u'll buat sendiri sume tu.tak lah susah sangat pun.bajet,dalam RM250,u boleh dapat dalam 300++ buahtangan tau.I buat buahtangan tuk majlis kakak tau.saputangan+pin.bahan-bahannya cuma perlu saputangan(harga 40sen tu),reben(harga segulung dalam RM3),pin@keronsang(satu dozen harganya RM3,murahkan,beli kat kedai borong je).cara buat:korang lipat saputangan tu,then diikat dengan reben tadi,amik pin tu,letak diatas reben.gunalah kekreatifan korang tu,tak susah mana pun,trust me :).kalau agak-agak u beli kat kedai yang dah siap sedia harganya pula,sedozen dalam RM30++.dah berapa tu kalau u'll nak dalam 300++.so nak buat sendiri ke,nak beli?!.btw,kalau u nak juga beli yang siap sedia,belilah cuma tak perlu beli banyak-banyak,beli ala kadar je,tuk diberikan kepada tetamu yang masuk ke bilik pengantin.hehe.

4) barangan hantaran.-bab ne,memang sangat la boleh jimat sebabnya takyah bagi barangan hantaran banyak-banyak,17 dulang berbalas 15 lah-adooi,itu SANGAT MEMBAZIR tau tak?.cukuplah 7 berbalas 5 sahaja.cukupla bagi (1)senaskah Al-Quran+sehelai sejadah+telekung(tuk perempuan)/songkok(tuk lelaki),(2)sepasang persalinan+tudung(tuk perempuan),(3)kek,(4)buah-buahan + manisan,(5)wangian+aksesori tambahan,(6) kasut + handbag/dompet (7) sirih junjung jangan LUPA oke?!...cara berjimat yang u'll ble applykan;;beli barangan hantaran bersama-sama,in case dapat discount,macam beli kain ela(baju persalinan),beli je yang set pengantin,tak mahal pun kan dalam RM120++.Lepas tu,u'll boleh la gubah sendiri,takpun minta tolong dengan sanak sedara + kawan-kawan,nak minta tolong ecadwinkyasha tu pun boleh,sebab dia memang minat nak mengubah hantaran,makcik dia bertunang dulu,dia yang tolong gubahkan.(tolong mama je,tapi bolehlah)

5) photographer + videographer.-yang ini HARUS dan WAJIB.hehe.yela,kenangan tu sekali seumur hidup je kan.bila di usia emas nanti,boleh tunjuk kat anak cucu semua.cara berjimat paling mudah,suh adik-beradik u'll snap banyak-banyak.hehe.kan senang.nak photoshoot?!..agak-agak dah berapa banyak duit korang guna.takpe nak tempah photographer cari photographer yang tak kenakan bayaran mahal sangat,kalau boleh biar pakej sekali dengan videographer.ohya,if u around SABAH,u can contact this person[abang I lah..pst,abang kandung oke,bukan abang sayang tue.].contact him via his-fb[ejumplah the photoG].tell him I suggest u ya,baru I dapat income :).kalau tunggu ecadwinkyasha yang snap pun boleh,tapi tunggu lah sampai dia PRO suda,ntah bila la tue.haha.

6) pelamin + bilikpengantin deco.-pelamin neyh agak payah nak membuatnya sendiri berbanding deco bilik pengantin.So,tak salah menempah pelamin,kalau dapat carilah yang berpakej sekali dengan make-up pengantin serta sewa baju kahwin.rasa-rasanya tak mahal sangat kan kalau pakej sekali,sekarang pula dah banyak butik pengantin dibuka,so bijak la berbelanja dengan mencari harga yang berpatutan ye.Tuk bilik pengantin,senang aje la,deco sikit-sikit,takyah grand sangat,cukuplah dengan hiasan bunga,langsir serta cadar.yang penting kreatif.sekali lagi nak promote,if U around Kota Marudu & Pitas,my cousin ada pakej membuat pelamin+make-up+sewa baju pengantin,silalah contact beliau via FB|emeldah mustapha|


oke,ne sahaja yang I dapat fikirkan buat masa neyh.Yela,I kahwin lambat lagi[calon pun takde]...so,hanya ini sahaja yang terlintas didalam kepala otak I buat masa ini.kalau u'll rasa nak
tambah ke,suggest apa-apa ke,ruangan komen ada ruang untuk kamu.

kepada bakal-bakal pengantin[macam I yang ntah bila]...I doakan u selamat mengharungi proses perkahwinan itu.muafakat antara kedua belah pihak harus la ada agar majlis kamu nanti akan berjalan dengan lancar sehingga dapat menutupi semua cacat cela yang ada.Insyaallah,doa dan tawakal itu penting.Apapun,SELAMAT PENGANTIN BARU pada yang nak kahwin dalam tempoh terdekat ini.Kalau ada yang nak menjemput I,sila la,insyaallah I datang :)

Post a Comment

2 Comments

  1. hehe... macam best.. nanti2 saya bookmark la page nie.. simpan sampai hari nak dekat kawen [entah bila la jugak tu]

    ReplyDelete
  2. @Shiety Myra Chubbyra ;P [ntah bila agaknya tue]...hikhikhik.bookmark je.in case berguna dimasa hadapan :))

    ReplyDelete

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*