yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.



.assalamualaikum.heho,lama tak update eh.hilang sebentar sebab tengah sibuk edit blog PERMAI.[blog sendiri pun macam da memanggil-manggil suh belai].errr,pena dengar tak peribahasa tu "yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran".(tak pasti sangat betul ke tidak peribahasa tu,sebab dah lama tak berperibahasa).

maksud peribahasa tu kan leboh kurang camne:
kita mengejar sesuatu yang tak pasti lagi sehingga mengabaikan apa yang telah dimiliki dan akhirnya kehilangan kedua-duanya.(sila betulkan I kalau salah yer).I nak ceritakan satu situasi yang dialami oleh seorang lelaki.yer LELAKI YANG TAMAK CINTA.(maaf kepada kaum adam,tapi segelintir dari kamu memang camne oke).kita gelarkan beliau sebagai si M.

si M ne ada awek,awek dia tak HOT,tak cantik,tak kaya tapi ada pendidikan,ada family yang sporting,penyayang,sudi berkorban(masa & wang) demi dia.awek dia ne tak kisah pun nak topupkan si M,nak CALL si M,nak melawat si M.Memang tak kisah.dan paling penting,awek dia neyh kan,selalu tanya pasal family si M,berkenal-kenalan dengan adik-beradik si M.(even dorang ne tinggal jauh).si M ne kira lovely la juga.everynyte,kalau ble,mesti dia akan wish kat awek dia neyh "goodnyte syg,mimpi indah-indah".awek si M ne pun takde kurangnya,tau je si M ne sakit ke apa terus diCALLnya.Even orang cakap,awek dia ne sebenarnya boleh cari yang lebih baik dari si M,dia tetap setia dengan si M.Sehingga kawan-kawan awek si M ne kenen-kenenkan dia dengan orang lain,dia tetap tak berapa nak layan.SETIA pada si M lah katakan.Walaupun kadang-kala perangai si M ne,menjengkelkan.

Kisah cinta mereka berdua ne makin hari makin bertambah.Walaupun berjauhan,dua-dua tetap redha.Telefon dan YM sajalah penghubung mereka.Ada masa si M ne akan online,on webcam.kadang-kala sampai nanges depan wc tengok awek dia.rindu lah katakan.Sehingga satu hari ini,si M mula mengenali seorang pompuan di dalam FACEBOOK.Pompuan ne duduk jauh,malah lebih jauh dari si M dan aweknya.Pengenalan di FB tu membawa kepada episod berSMS dan berCALL.Mulanya awek si M ne tak tahu.Dia ingat pompuan ne cuma kenalan sahaja kepada si M.Awek dia ne cuba add pompuan ne kat FB,tapi pompuan ne tak accept puwn.tapi awek dia ne tak kisah,sebab dia ble access acc FB si M ne.Bolehlah dia tau apa yang mereka sembangkan.Tak lama lepas tu,awek dia try to access FB si M tapi tak dapat.disebabkan awek dia ne tahu sume password si M,dia pun tukarlah balik password FB tu.tapi si M tukar balik.dan bermulalah keraguan dihati awek si M ne.Sehingga ada satu masa tu,si M ne mengherdik awek dia "Napa suka-suka tukar password neyh".even sebelum ne,si M lah yang suh awek dia manage FB dia,delete orang tu,antar msg dengan orang tu,si M tak kisah pun.Then,awek dia mulalah bertanya tentang kehadiran pompuan dalam FB tu.dan si M pun meyakinkan awek dia neyh,yang tu just kawan online.tapi tak puas hati,awek dia ne msg pompuan tu tanya elok-elok.dengan niat nak berkawan juga.tapi pompuan tu pula cam mau takmau je.dan tak lama lepas tu,si M ne pun kata dengan awek dia "kita putus!",seakan ada halilintar membelit dibadan awek si M ne bila dia cakap camtu.Awek dia hanya mampu kata "apa salah saya?.kenapa buat saya camne?".Pertanyaan itu tergantung gitu jer.tiada jawapan.

Dan,hari yang berlalu buat mereka.Awek yang kini jadi bekas awek tu hanya mampu menangis je.Kawan-kawan pun dah tak sanggup tengok dia camtu.makin kurus nampaknya.Sehingga satu hari,awek dia ne dapat kekuatan kembali tuk percaya pada cinta.Dia dah lupakan si M neyh,tapi tak bermaksud dia sudah jumpa yang baru.Pengalaman bersama si M neyh membuatkan dia berhati-hati memilih cinta.Hati si awek neyh pun memang dah takde nama si M.KOSONG ingatan terhadap beliau.Namun aweknya ne masih belum punya penggati baru si M.

tetiba,disatu hari awek dia ne menerima satu panggilan dari si M.Panggilan yang bertanya khabar berita itu disambut baik oleh awek dia ne.Even,dalam hati dah tertusuk sembilu bisa.Namun,panggilan si M dilayan baik.Sehinggakan kawan-kawan semua kehairanan.Lantas awek dia neyh cakap kat kawan-kawan "taksalah berkawan dengan ex-bf,biar banyak kawan dari banyak musuh".Dalam hati kawan-kawan beliau semua mengharapkan agar awek dia ne tak terpedaya lagi dengan cinta si M.Tak sanggup melihat kawan mereka terseksa seperti dahulu.Sehingga satu hari terkeluarlah satu ayat berbisa dari awek dia neyh kepada si M "kenapa kasi putus saya dulu?".dan si M pun menjawab.....
"salah saya.saya tahu memang salah saya tidak hargai kau.saya ingat perempuan tu suka ma saya,sayang ma saya.tapi akhirnya dia tinggalkan saya.Sebenarnya dia suda kahwin.Dia cuma main-mainkan saya.Sampai saya putuskan kau.saya tidak tahu camna lagi mau merayu sama kau mau balik kapel ma saya.Cum saya harap kau beri saya kesempatan dan peluang lagi".
dan,si awek yang baik ini pun kata...
"dulu,saya cuma anggap kau kawan,sampai satu hari tu,saya dapat rasakan cinta dari kau.kau lain dari lelaki yang saya pena kenal.sayang saya sama kau lebih dari segala-galanya.Saya sanggup pegi tempat kau semata-mata mau jumpa kau.saya sanggup tidak pegi berlibur sebab mau save duit mau topup tuk CALL kau.entah pengorbanan apa yang saya tidak buat saya tidak tahu.Tapi sebab pompuan yang kau belum kenal sepenuhnya,belum pena jumpa,kau tinggalkan saya begitu saja.Saya rasa macam kau kutip saya dan kemudian kau buang tepi jalan.Lama saya menderita sebab kau.Syukur ada kawan-kawan saya.Sekarang,walau kau merayu-rayu sama saya pun,apapun kau mau lalukan untuk dapatkan balik cinta saya,abaikanlah hentikanlah.itu saja saya mahu.saya anggap kau macam kawan.tidak lebih dari itu dan tiada peluang kedua lagi".
dan akhirnya,si M kehilangan kedua-duanya.Seorang kekasih yang terlalui menyayangi beliau satu ketika dahulu dan seorang perempuan yang beliau kejarkan cintanya.Si M ne pun menerima padah,seorang wanita meninggalkan dia kerana seorang lelaki yang telah lama hadir disisinya dan seorang perempuan yang dahulu menyayanginya tidak menerima cintanya kembali.dan inilah yang dikatakan "yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran".

ermm.lelaki.sentiasa tak puas.Bila perempuan mengetuk pintu hati mereka,cinta lama dilepaskan begitu sahaja.tapi kadang-kala perempuan pun ada juga macam si M neyh kan.heran.dan watak perempuan jahat tu pun ada di muka bumi ne.tak cukupkah dengan apa yang telah dimiliki.tak pernah menghargai mungkin.dan kadang-kala bila kita tidak menghargai apa yang kita ada,kita bakal kehilangannya.SO,hargailah orang yang ada disekililing kita.Biarpun jasanya,peranannya,dirinya cuma sekecil hama.renung-renungkan eh!.
yang dikejar tak dapat,yang dikendong berciciran.

{ 8 comments.. read them below or add one }

cik_zetty cik_zetty 27 June, 2011
jangan tinggalkan orang yang kita sayang demi orang yang kita suka kerana orang yang kita suka akan tinggalkan kita demi orang yang dye sayang, PADAN MUKA M

*tetibe rasa macam nak nangis* T_T
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 27 June, 2011
@cik_zetty betul tue.orang yang menyayangi kita lebih bagus dari kita menyayangi seseorang yang belum tentu menyayangi kita :D

hehehe.kita BOOOooooo M ramai-ramai :D
AnonymousAnonymous 27 June, 2011
sedihnyaaaaaa Ca...
aq pernah lalui situasi di atas,
n___n
Akemi Yukiko Delarose Akemi Yukiko Delarose 27 June, 2011
sedihnyaaaa.... mgkn nie la perasaan c'e2 kn caa??? hihihihihiihi
fazihah fazihah 27 June, 2011
salam. bila baca citer nie, hati dah say NO untuk si M. benarlah org kata, kita tidak tahu menghargai apa yg ada di dpn mata, bila dah tiada.. baru terasa..kalau bleh x mau lebih bnyk M kat muka bumi ini....hahhahahaha
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 03 July, 2011
@Tia Nuts ya sedih kan...skrg ne si M pun merayu-rayu teda guna uda :D
ecadwinkyasha ecadwinkyasha 03 July, 2011
@fazihah tu la....bila da teda,baru sedar betapa pentingnya sume tu kan?!.

Terima Kasih atas komen anda.
Eca akan balas & terjah anda secepat mungkin.
*-*